Informasi Pas Sokong Tun M Demi Negara Su Pas




PAS suka menegaskan sebarang bentuk sokongan kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia dibuat tanpa sebarang muslihat, sebaliknya demi kepentingan negara dan rakyatnya.
Dari awal lagi PAS amat konsisten dengan sikap bahawa berdasarkan geopilitik negara ini, mana-mana Kerajaan yang menerima mandat rakyat melalui proses Pilihan Raya Umum wajib meletakkan kepentingan Islam dan Melayu sebagai teras utama pembuatan dan perlaksanaan dasarnya dan pada masa yang sama kepentingan semua kaum dan agama lain perlu dijamin sepenuhnya. Ini adalah berdasarkan realiti masyarakat majmuk kita dan harus dilaksanakan berteraskan keadilan sejagat dan kontrak sosial yang diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan.
Sokongan kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad juga tidak ada kena mengena dengan dakwaan sesetengah pihak kononnya bagi ‘menyelamatkan’ PAS daripada siasatan isu RM90 juta. Ini kerana PAS telah memberikan sepenuh kerjasama kepada SPRM untuk membuat siasatan terperinci, termasuk mengarahkan beberapa pemimpin yang dikaitkan dengan tohmahan ini memberikan kenyataan masing-masing.
Dalam hal ini PAS yakin SPRM akan membuat dapatan (finding) mereka dalam kadar yang segera hasil siasatan yang telus, profesional dan adil.
Dalam isu desas-desus kononnya ada pihak yang cuba mengganggu gugat kedudukan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, PAS mengulangi pendirian bahawa perkembangan yang berlaku dalam kalangan pimpinan PH mutakhir ini berhubung isu terbabit, sama ada berbentuk kenyataan atau perbuatan, termasuk luahan hati Tun Mahathir sendiri, emberikan gambaran kepada umum bahawa wujudnya semacam pertembungan keras atau ‘clash of the Titans’ dalam kalangan pimpinan PH terhadap kepimpinan Tun Dr. Mahathir.
Di samping itu wujud juga unsur ketidapatuhan atau ‘insubordination’ yang jelas terhadap polisi dan arahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Justeru PAS tidak boleh dipersalahkan berikutan tanggapan mengenai perkara itu, malah menggesa pimpinan utama parti-parti PH sendiri memberi pencerahan berhubung insiden dan desas-desus tentangnya yang menjadi punca kekeliruan dan tanggapan sedemikian yang menjadi rahsia umum kini.
Akhirnya PAS menegaskan segala sokongan yang diberikan kepada mana-mana pihak, termasuk kepada Kerajaan dan secara lebih khusus kepada Perdana Menteri adalah atas dasar melaksanakan tuntutan Islam ‘amar makruf nahi mungkar’ selain berperanan sebagai semak dan imbang (check and balance) yang menjadi elemen utama amalan demokrasi yang sihat.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
21 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 21/2/2019
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/02/informasi-pas-sokong-tun-m-demi-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Informasi Pas Hidu Sesuatu Akan Sokong Tun M Jika Berlaku Pengkhianatan Dalam Ph

Informasi Pas Hidu Sesuatu Akan Sokong Tun M Jika Berlaku Pengkhianatan Dalam Ph

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 361 hits
Datuk Takiyuddin Hassan berkata Pas komited dalam mempertahankan agama negara dan bangsa dari sebarang bentuk ancaman Gambar fail Astro AWANIPas akan sokong Tun M jika berlaku pengkhianatan dalam PH TakiyuddinMARANG Pas akan berdiri teguh m...
Informasi Pas Tak Sokong Umno Prk Semenyih Mahathir A Hadi Siapa Main Siapa

Informasi Pas Tak Sokong Umno Prk Semenyih Mahathir A Hadi Siapa Main Siapa

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 565 hits
PAS tak sokong UMNO PRK Semenyih Mahathir cuba game Hadi agaknya siapa yang kena Dr Mahathir Mohamad berkata dalam pertemuan beliau dengan Presiden PAS semalam Abdul Hadi Awang memberi perakuan untuk tidak menyokong Umno Ketika ditemui di P...
Tun Mahathir Tidak Perlukan Sokongan Pas

Tun Mahathir Tidak Perlukan Sokongan Pas

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 377 hits
Tun Mahathir tidak perlukan sokongan PasPosted By on February 25 2019PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad tak perlukan sokongan PAS untuknya terus kekal mentadbir negara Katanya beliau hanya memerlukan sokongan lebih 50 wakil rakyat sedia ad...
Saya Tak Perlukan Sokongan Pas Kata Tun M

Saya Tak Perlukan Sokongan Pas Kata Tun M

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 362 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan beliau tidak memerlukan sokongan dari parti pembangkang khususnya PAS Sebaliknya Mahathir menegaskan beliau hanya perlukan sokongan Pakatan Harapan Saya perlu sokongan wakil rakyat set...
Tun Mahathir Tak Percaya Pas Sia Sia Saja Hadi Beri Sokongan

Tun Mahathir Tak Percaya Pas Sia Sia Saja Hadi Beri Sokongan

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 443 hits
Hadi Awang nampaknya hanya melakukan kerja sia sia apabila menyatakan sokongan parti itu terhadap Tun Mahathir Mohamad Ia bukan saja kerana usul undi tidak percaya yang diharapkan Hadi akan berlaku kepada Tun Mahathir itu sebenarnya tidak l...
Pas Tetap Sokong Umno Di Semenyih

Pas Tetap Sokong Umno Di Semenyih

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 403 hits
MARANG PAS hari ini menafikan tidak akan menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih seperti didakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS tetap menyokong ...
Pas Bersama Tun M Jika Kafir Dap Sekutu Khianati Beliau

Pas Bersama Tun M Jika Kafir Dap Sekutu Khianati Beliau

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 374 hits
MARANG Surat perakuan bertulis berbentuk contoh yang diserahkan PAS kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah untuk menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Pengerusi BERSATU itu jika berlaku pengkhianatan daripada mana mana pa...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


China Musim Sejuk Di Lijiang Ancient City

Travelog Haji Sebuah Perjalanan Iman Yang Mengubah Jiwa

Gegar Vaganza 11 Liza Aziz Dinobat Pemenang Gegar Vaganza Ke 11

Muzium Negeri Selangor Muzium Sultan Alam Shah Dah Dibuka Semula

Happy168 World 25 February 2568 168 168 Top 83 By Lorenzo

Panda555 50 Pgslot Slotxo Joker Spinix Panda555 Top 84 By Verona Panda555 Vip 23 25