Informasi Ketegasan Brunei Serakah Penyokong Lgbt Salleh Buang




KHAMIS lalu saya hubungi seorang sahabat lama (warga kerja Mahkamah Syariah Brunei Darussalam). Saya tanya khabar mengenai dirinya serta perkembangan terkini mahkamah tempat dia bertugas, dan mengenai pelaksanaan undang-undang jenayah Islamnya baharu yang kini menjadi sasaran serangan oleh puak-puak pro LGBT. Beliau menjawab segalanya berjalan dengan baik.


Beliau ambil maklum bahawa Michelle Bachelet (seorang pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia PBB) mahu Brunei menghentikan pelaksaan hukuman rejam ke atas puak LGBT.Beliau juga tahu tentang pendirian Human Rights Campaign (sebuah NGO Barat) yang menuduh kerajaan Brunei bertindak “tidak bertamadun dengan menjadikan golongan LGBT sebagai sasaran”.Semua kritikan itu tidak melemahkan semangat kerajaannya meneruskan langkahnya melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negara itu.Beliau juga tahu bahawa ada beberapa artis Barat yang menentang undang-undang itu, termasuklah George Clooney. Pelakon Hollywood ini menyeru orang ramai memboikot sembilan hotel milik keluarga diraja Brunei, termasuklah Hotel Beverly Hills dan Hotel Bel-Air (kedua-duanya di Los Angeles).Tujuh hotel lain adalah The Dorchester (London), 45 Park Lane (London), Coworth Park (Ascot, UK), Le Meurice (Paris), Hotel Plaza Athenee (Paris), Hotel Eden (Rome) dan Hotel Principi (Savoia, Milan).Bagaimanapun, Clooney segera dibidas pelbagai pihak lain yang menyifatkannya sebagai “seorang hipokrit” kerana tidak membuat saranan sama terhadap Arab Saudi yang turut melaksanakan undang-undang jenayah syariah.Antara celebrity lain yang menyokong Clooney adalah pemuzik Elton John, yang orang ramai tahu adalah seorang homoseksual.Soalnya kenapakah Clooney, artis-artis lain serta NGO antarabangsa begitu berminat menyerang Brunei tetapi sunyi sepi, terkunci mulut dan tidak berani menentang keganasan puak zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza?Kenapa tidak bantah tindakan Israel menduduki secara haram lebih 85 % tanah asal penduduk Palestin?Akhbar Daily Telegraph menyatakan bahawa tindakan memboikot hotel milik Sultan Brunei seperti yang disaran oleh Clooney itu tidak akan memberi apa-apa kesan.Mengikut akhbar itu, sebagai salah seorang individu terkaya dunia, baginda sultan boleh “dengan mudah menangani masalah ini”.Pada Oktober 2013 lalu, Sultan Brunei mengisytiharkan hasrat baginda melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negaranya. Selaras dengan perisytiharan itu, Perintah Kanun Jenayah Syariah 2013 (PKJS) diluluskan.Undang-undang baru ini mengandungi 254 seksyen, dimuatkan dalam 5 Bahagian (iaitu Bahagian I hingga V) dan lima Jadual.Dalam Bahagian I (Preliminary), terdapat peruntukan mengenai tafsiran, pemakaian dan kriteria seorang Muslim. Dalam Bahagian II (Exceptions) terdapat peruntukan mengenai, antara lain, kanak-kanak, orang tidak siuman, hak membela diri, manakala dalam Bahagian III (Abetment) terdapat peruntukan mengenai subahat, niat bersama.Yang penting sekali adalah Bahagian IV Bab I, yang menghuraikan pelbagai kesalahan berat seperti sariqah, hirabah, zina, zina bil-jabar, liwat, qazaf, mengambil minuman yang memabukkan, dan irtidad.Hukuman bagi kesalahan zina disebutkan dalam Seksyen 69, iaitu setelah tertuduh disabitkan oleh mahkamah.Sabitan akan hanya dibuat oleh mahkamah sekiranya ada ikrar (pengakuan) oleh tertuduh sendiri, atau ada keterangan daripada sekurang-kurangnya empat syahid mengikut hukum syarak selepas mahkamah puas hati kehendak tazkiyah al syuhud.Jika tertuduh yang disabitkan itu muhshan, hukumannya adalah rejam sehingga mati; andainya tertuduh bukan muhshan, hukumannya adalah 100 kali sebat dan penjara satu tahun.Hukuman bagi kesalahan liwat adalah sama bagi kesalahan zina (Seksyen 82), dan kesalahan liwat ini juga perlu dibuktikan sama seperti kesalahan zina (Seksyen 83). Di bawah Seksyen 86, ikrar zina dan ikrar liwat boleh ditarik balik oleh tertuduh.Hukuman bagi kesalahan musahaqah (hubungan seks antara wanita) disebutkan dalam Seksyen 96, iaitu denda sehingga B$40,000, penjara 10 tahun, 40 sebat atau kombinasi mana-mana dua hukuman itu.Pelaksanaan undang-undang baru ini secara berperingkat-peringkat ditekankan oleh Sultan Brunei sejak awal lagi.Sewaktu baginda bertitah di majlis Deklarasi Perintah Kanun Keseksaan Jenayah Syariah 2013 Fasa Satu di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Bandar Seri Bagawan pada 30 April, 2014, baginda menyatakan “Beta reda dengan takdir dan bersyukur kepada Allah untuk mengumuman bahawa esok, Khamis 1 Mei 2014 akan menyaksikan penguatkuasaan undang-undang syariah fasa satu yang akan diikuti fasa-fasa berikutnya”.Baginda menambah “Ingatlah fokus kita hanyalah kepada Allah jua, untuk mencari reda-Nya… bukan melihat ke kiri dan ke kanan untuk mencari-cari siapa yang suka atau tidak”Dalam fasa satu, hanya kesalahan di bawah Bahagaian IV Bab IV (Kesalahan Am) dilaksanakan.Antara kesalahan di bawah bahagian ini adalah enggan melakukan solat Jumaat, tidak menghormati bulan Ramadan, khalwat, berkelakuan kurang sopan, menuduh orang Islam itu kafir, menghina Nabi, enggan bayar zakat dan sebagainya, yang kesemuanya membawa hukuman ta ‘zir (denda dan penjara).Dalam fasa dua pula, hukuman yang akan dikenakan adalah bagi kesalahan yang lebih serius seperti dinyatakan dalam Bahagian IV, Bab I (sudah dihuraikan di atas tadi), II (qatl dan menyebabkan kecederaan) dan III (menarik balik syahadah), iaitu hukuman hadd dan qisas, tetapi tidak melibatkan hukuman mati.Dalam fasa tiga, iaitu selepas 24 bulan undang-undang ini diperkenalkan, Perintah Kanun Jenayah Syariah 2013 akan dilaksana sepenuhnya, termasuklah hukuman mati.Pada 17 Disember 2015 lalu, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei, Dr. Norarfan Zainal berkata bahawa seluruh rakyat negara itu menerima baik pelaksanaan hukum hudud sejak ia dilaksanakan pada Mei 2014.“Namun setakat ini (Disember 2015), belum ada mana-mana rakyat Islam Brunei yang dikenakan dan menjalani hukuman hudud,” tambahnya lagi.Pada 3 April 2019 lalu, Brunei mengumumkan hukuman rejam sampai mati akan dikenakan bagi kesalahan homoseksual (hubungan seks sejenis).Hukuman inilah yang ditentang hebat kumpulan LBGT sebagai bertentangan dengan hak asasi manusia.DATUK SALLEH BUANG ialah dan bekas Profesor Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. (Utusan) Amnesty International menggesa Brunei ‘menghentikan segera’ pelaksanaan hukuman rejam sampai mati terhadap pesalah zina dan hubungan sejenis.Brunei akan rejam hingga mati pesalah zina, gay KUALA LUMPUR: Pesalah zina dan hubungan sejenis di Brunei akan direjam hingga mati mulai minggu depan, di bawah undang-undang syariah yang ditangguh selama 4 tahun kerana mendapat kritikan hebat, kata pihak berkuasa.Negara kesultanan kecil itu akan melaksanakan kanun keseksaan baru yang tegas, yang turut menetapkan hukuman potong tangan dan kaki bagi kesalahan mencuri mulai Rabu depan.Homoseksual dilarang di Brunei tetapi kini akan menjadi kesalahan yang membawa hukuman mati. Undang-undang itu hanya terpakai kepada orang Islam.Penalti baru bagi kesalahan mencuri adalah potong tangan kanan untuk kesalahan pertama, dan kaki kiri bagi kesalahan ke-2.Amnesty International pada Rabu menggesa Brunei “menghentikan segera” pelaksanaan hukuman baru itu.“Untuk menghalalkan hukuman kejam dan tidak berperikemanusiaan ini amat mengejutkan,” kata penyelidik Brunei, Rachel Chhoa-Howard dalam satu kenyataan.Satu notis terhadap Jabatan Peguam Negara bertarikh 29 Disember tahun lepas berkata pelaksanaan hukuman itu akan berkuatkuasa pada 3 April.Brunei pertama kali mengumumkan langkah itu pada 2013 tetapi pelaksanaannya ditangguhkan kerana para pegawai mengkaji amalan tersebut dan mendapat kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia.Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei pada Rabu berkata hanya Sultan Hassanal Bolkiah dijangka membuat pengumuman pada 3 April mengenai pelaksanaan undang-undang syariah yang baru tersebut. (FMT)
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/04/informasi-ketegasan-brunei-serakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terapkan Hukuman Mati Bagi Lgbt Dikritik Begini Pembelaan Brunei Darussalam

Terapkan Hukuman Mati Bagi Lgbt Dikritik Begini Pembelaan Brunei Darussalam

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 327 hits
Pemerintah Kerajaan Brunei Darussalam membela haknya untuk menerapkan Hukum Pidana Syariat Islam yang mencakup hukum rajam sampai mati bagi pezina dan pelaku seks sesama jenis Pembelaan negara kaya minyak ini disampaikan setelah rencana pen...
Selain Brunei Inilah Negara Negara Yang Memberlakukan Hukuman Mati Bagi Lgbt

Selain Brunei Inilah Negara Negara Yang Memberlakukan Hukuman Mati Bagi Lgbt

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 299 hits
Kerajaan Brunei Darussalam mulai memberlakukan hukum syariah Islam yang mencantumkan hukuman rajam hingga mati terhadap kaum homoseksual Negara itu bergabung dengan Iran Arab Saudi Yaman Sudan serta sebagian Nigeria dan Somalia yang juga me...
Hukuman Rejam Sampai Mati Lgbt Di Brunei

Hukuman Rejam Sampai Mati Lgbt Di Brunei

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 1109 hits
Hukuman Rejam Sampai Mati LGBT Di Brunei Kerajaan Brunei Darussalam hari ini secara rasmi meluluskan hukuman rejam sampai mati terhadap pesalah homoseksual dilaksanakan di negara itu selepas tertangguh sejak 2013 Hukuman Rejam Sampai Mati L...
Ini Peta Di Mana Lgbt Bisa Dihukum Mati Ternyata Bukan Cuma Di Brunei Darussalam Saja

Ini Peta Di Mana Lgbt Bisa Dihukum Mati Ternyata Bukan Cuma Di Brunei Darussalam Saja

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 286 hits
Bikin geger dunia dengan kebijakan hukum rajamnya ternyata bukan cuma Brunei saja yang memberlakukan hukum mati bagi LGBT
Cops Summon Lgbt Activist For Questioning Over Un Speech

Cops Summon Lgbt Activist For Questioning Over Un Speech

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 374 hits
The police have summoned LGBT activist Numan Afifi for questioning over a speech he delivered during Malaysia s Universal Periodic Review at the UN in Geneva Switzerland last month Numan told Malaysiakini that an inspector from Bukit Aman s...
Terima Kasih Kepada Penyokong

Terima Kasih Kepada Penyokong

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 380 hits
Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau ini merupakan keputusan rakyat Pakatan Harapan dan KEADILAN menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hasan Kekalahan ini merupakan peringatan ...
Isu Lgbt Teguran Da I Wan Terhadap Pendirian Artis

Isu Lgbt Teguran Da I Wan Terhadap Pendirian Artis

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 324 hits
Apa sahaja bentuk tentangan tidak akan menjejaskan kekuatan umat Islam kata Da i Wan InstagramHALAMAN HIBURAN Bukan ancaman besar Da i Wan tak kisah diserang peminat Dua Lipa dalam isu LGBTPENDAKWAH bebas Wan Dazrin Wan Din tidak menganggap...
Kehadiran Penyokong Tambadau Sabah Kurang Memberangsangkan

Kehadiran Penyokong Tambadau Sabah Kurang Memberangsangkan

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 327 hits
KEHADIRAN PENYOKONG TAMBADAU SABAH KURANG MEMBERANGSANGKANKalau kita cerita persembahan memang tidak dinafikan semangat pasukan berada dilandasan terbaik Kalau kita cerita stamina pemain memang sabah menjaga kualiti pemain sediada Tahniah b...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt