Info Jerebu Dan Kesan Terhadap Kesihatan Diri



Jerebu masih lagi "mengganas" pada hari ini. Yang mana masih ada 27 buah sekolah yang ditutup di dalam pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Klang kerana bacaan IPU melebihi 200

Klik gambar untuk maklumat lanjut sekolah-sekolah yang ditutup
Bagi sekolah yang mendapat bacaan melebihi 100, pihak sekolah telah diingatkan oleh pihak KPM untuk menghentikan semua aktiviti diluar bilik darjah demi kesihatan para pelajar

Bacaan IPU : Apakah Bacaan Yang Selamat?

API merujuk kepada Air Pollution Index (Index Pencemaran Udara - IPU) yang merupakan skala pengukuran tahap jerebu yang dihadapi
Bacaan 50 - BaikBacaan 51 - 100 SederhanaBacaan 101 - 200 Tidak SihatBacaan 201 - 300 Sangat Tidak SihatBacaan 301 - 400 BerbahayaBacaan 401 - 500 Sangat BerbahayaSekiranya bacaan IPU melebihi tahap 500, kerajaan berhak untuk mengumumkan kawasan yang dilanda jerebu itu sebagai kawasan darurat

Bacaan skala ini menjadi rujukan kepada pihak berkenaan dalam membuat keputusan berhubung penutupan sekolah-sekolah yang berada dalam kawasan jerebu teruk

Kandungan Jerebu : Apakah Ia

Tahukah anda apakah kandungan yang terdapat dalam asap jerebu serta beza antara zarah jerebu 10 mikron atau jirim zarahan, PM10 dan PM2.5

Kajian membuktikan zarah yang amat halus adalah ancaman berbahaya kepada kesihatan manusia

Antaranya ialah zarah jerebu dalam julat saiz 2.5 mikron. Apabila disedut secara terus ke dalam badan manusia boleh mengakibatkan kerosakan kepada paru-paru. Zarah sekecil ini boleh berada di ruang udara lebih lama dan mampu bergerak sehingga beratus kilometer

Semakin lama ianya berada di ruang udara, peluang untuk menjejaskan kesihatan semakin tinggi

Baca disini:-Pengalaman Dan Tips Menghadapi Jerebu Teruk
Topeng Muka Yang Paling Efektif Menghadapi Jerebu
Bagi menghadapi keadaan jerebu yang membawa zarah-zarah terlampau halus yang boleh menyumbang kepada masalah kesihatan diri terutamanya kepada kesihatan paru-paru, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan panduan tentang topeng muka yang sesuai dipakai ketika muism jerebu teruk


Topeng muka jenis N95 merupakan topeng muka yang paling disarankan oleh KKM untuk digunakan ketika jerebu. Ini kerana topeng muka jenis ini mempu menutup muka dan hidung serta menghalang sekurang-kurangnya 95% zarah terampai yang bersaiz kecil 0.3 micron daripada memasuki saluran pernafasan. Ini juga telah diuji oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Amerika Syarikat

Fungsi topeng muka N95 berbeza berbanding topeng pembedahan, perubatan atau penjagaan pesakit
Ketiga-tiga topeng muka lain dicipta bagi menapis partikel yang dikeluarkan oleh pemakainya kepada persekitarannya. 
N95 direka untuk mengurangkan pendedahan pemakai kepada pencemaran yang berada dalam udara

Berdasarkan pemerhatian Pensyarah Fakulti Sains Universiti Monash Malaysia Dr Song Beng Kah, kebanyakan orang masih percaya topeng muka jenis pembedahan iaitu yang mempunyai dua atau tiga lapisan, dapat melindungi pemakai daripada ancaman jerebu

“Mereka tidak menyedari topeng muka jenis pembedahan ini sebenarnya langsung tidak berkesan untuk menapis partikel halus yang terkandung dalam jerebu

“Salah faham ini terbawa-bawa selama bertahun lamanya sejak jerebu menjadi musim tahunan negara kita hingga ia sebenarnya membahayakan kesihatan orang ramai secara kronik

“Hakikatnya, partikel dalam jerebu biasanya bersaiz kurang daripada 2.5 mikrometer dan sememangnya tidak dapat dihalang oleh topeng muka biasa seperti topeng pembedahan itu

“Sesiapa yang memakai topeng jenis berkenaan ketika jerebu untuk jangka masa panjang sebenarnya akan membahayakan diri dengan membenarkan bahan partikel halus bersaiz 2.5 mikrometer memasuki paru-paru dan darah melalui sistem pernafasan seterusnya mengakibatkan pelbagai jenis penyakit paru-paru, jantung dan sebagainya,” katanya

Menurut Dr Song, satu mikrometer bersamaan satu per sejuta meter iaitu lebih halus berbanding serbuk kopi atau sehelai rambut

Baca sini:N95 Tapis 95 Peratus Partikel Halus
Kesan Jerebu terhadap kesihatan Diri
Sekiranya penjagaan kesihatan tidak berada pada tahap paling optimum ketika musim jerebu, akan berlaku masalah kesihatan yang teruk kepada individu

Menurut Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan 40 peratus dalam penyakit bawaan jerebu ini dicatatkan di seluruh negara setakat ini yang mendapatkan rawatan akibat konjunktivitis, asma dan ruam di kulit

Kesan Jangka Pendek
Antara kesan jangka pendek yang dakan dihadapi akibat jerbu ialah:-Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas. Mata terasa pedih dan berair atau konjunktivitis (radang selaput mata).Hidung berair dan kerap bersin. Kulit badan terasa gatal-gatal.Terasa sakit dada.Fungsi paru-paru merosot, menyekat saluran pernafasan, sakit dada, sesak nafas dan radang paru-paru.Jantung dan paru-paru turut terjejas kerana partikel yang disedut ketika jerebu tersangat halus dan sekaligus meningkatkan risiko untuk individu yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru

Ia mungkin mengambil masa antara satu hingga tiga hari untuk kesan atau tanda-tanda jerebu dirasai

Bagi kesan jangka panjang jerebu, tidak ada banyak data yang boleh didapati buat masa ini

Ini mungkin disebabkan faktor utama yang jerebu biasanya tidak memberi kesan kepada sesebuah lokasi geografi sepanjang tahun

Kesan Jangka Panjang
Tetapi menurut beberapa kajian, pendedahan berterusan kepada jerebu akan meningkatkan risiko kepada penyatkit kardiovaskular, mengurangkan perkembangan paru-paru dan masalah pernafasan dikalangan kanak-kanak

Risiko jangka panjang yang berkaitan dengan pendedahan kepada zarah jerebu:Mempercepatkan proses penebalan arteri berbanding orang lain, iaitu punca penyakit vaskular. Meningkatkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular dan mengurangkan jangka hayat dari tempoh beberapa bulan ke beberapa tahun.Boleh menyumbang kepada penyakit kencing manis.Keguguran serta-merta, berat bayi di bawah kadar biasa dan kecacatan ketika kelahiran bayi atau kematian bayi.
Sama-sama la kita menjaga kesihatan ketika musim jerebu teruk ini terutama sekali kepada anak kecil dan juga orang tua


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hayatisuki.blogspot.com/2019/09/info-jerebu-dan-kesan-terhadap-kesihatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Tahun Kena Sedut Asap Jerebu Peguam Jelaskan Kenapa Malaysia Tak Ambil Tindakan Terhadap Indonesia

Setiap Tahun Kena Sedut Asap Jerebu Peguam Jelaskan Kenapa Malaysia Tak Ambil Tindakan Terhadap Indonesia

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 608 hits
Sudah bertahun lamanya kejadian fenomena jerebu ini berlaku Boleh dikatakan hampir setiap tahun isu ini akan berulang dan info info tentang ciri keselamatan dan penjagaan kesihatan sudah tebal difikiran manusia dipercayai sejak tahun 90 an ...
Indonesia Bertanggungjawab Terhadap Jerebu Di Malaysia Yeo

Indonesia Bertanggungjawab Terhadap Jerebu Di Malaysia Yeo

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 334 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia Dr Siti Nurbaya Bakar tidak harus berada dalam penafian terhadap hakikat bahawa negaranya bertanggungjawab terhadap jerebu yang kini melanda Malaysia Menteri Ten...
Info Berguna Untuk Kesehatan Diri Anda

Info Berguna Untuk Kesehatan Diri Anda

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 265 hits
Kekadang kalau kita scroll scroll kebawah group whatapp Munkin akan terjumpa benda yang ada manfaatnya jika dikongsi Walaupun etika blogger katakan tidak pada copy paste Namun jika benda itu baik dikongsi apa salahnya Awal awal kita terus c...
Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu

Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 829 hits
Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu Di ketika negara kita sedang dilanda masalah jerebu yang agak serius dan beberapa kawasan sekolah juga ditutup pihak Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan beberapa tips kesihatan untuk kita ikuti Tips Ja...
Jaga Kesihatan Anda Musim Jerebu

Jaga Kesihatan Anda Musim Jerebu

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 408 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua Jangan lupa berselawat kepada anda semua semoga di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad Insha Allah Cuaca sekarang tidak menentu dengan jerebu sedang melanda negara ki...
Kesihatan Selamatkah Hujan Jerebu

Kesihatan Selamatkah Hujan Jerebu

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 355 hits
Kesihatan Selamatkah Hujan Jerebu Ya sekarang nie negara kita sedang dilanda jerebu asap yang tebal daripada maklumat is dapat Hutan Amazon sedang terbakar dan lebih 10 ribu laporan hutan terbakar di Amazon Hujan yang turun sekali sekala ki...
Diri Kitalah Penentu Layanan Orang Terhadap Kita

Diri Kitalah Penentu Layanan Orang Terhadap Kita

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 323 hits
Diri Kitalah Penentu Layanan Orang Terhadap Kita Sebenarnya fitrah manusia adalah suka akan kebaikan Suka akan keharmonian dan kedamaian Hatta kebanyakan agama menyuruh akan kebaikan Sama seperti kita hidup bermasyarakat Sudah pasti nak ora...
Jerebu Ini 10 Tips Daripada Kementerian Kesihatan

Jerebu Ini 10 Tips Daripada Kementerian Kesihatan

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 283 hits
Berita Bacaan Indeks Pencemaran Udara sehingga ke hari ini masih di tahap membimbangkan sehubungan itu Kementerian Kesihatan mengeluarkan 10 langkah pencegahan kepada orang 1 Elak aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedah...
Jerebu Bahayakan Keselamatan Jejas Kesihatan Nelayan Di Melaka

Jerebu Bahayakan Keselamatan Jejas Kesihatan Nelayan Di Melaka

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 349 hits
Jerebu bahayakan keselamatan jejas kesihatan nelayan di Melaka Dikemas kini 16 minit yang lalu Diterbitkan pada 20 Sep 2019
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Senarai Lagu English Terbaru 2024

5 Tips Mudah Rumah Sentiasa Kemas Walaupun Ada Anak Kecil

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Kempen Ramadan Dan Raya 2024 Kuskop Mari Beli Lokal Kembali Lagi

Sustainable And Ethical Practices

Aktiviti Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia 04 05 2024