Indoor Playground Bee Fun Land Inanam


AssalamualaikumBismillah
Tak lama lagi dah masuk musim cuti sekolah, korang pasti dah merancang aktiviti nak ke mana sepanjang cuti kan. Terdapat banyak tempat yang menarik di sekitar Kota Kinabalu yang aku sendiri belum lawati. 
Kanak-kanak ini semula jadinya memang suka bermain terutama sekali bermain di luar. Namun kadang-kala keadaan cuaca sekarang agak tidak menentu dan sukar untuk diramal. Kadang hujan dan panas terik, budak pun rasa kurang seronok nak bermain dlam keadaan cuaca yang tidak menentu.  
Selain melakukan aktiviti outdoors seperti ke pantai, taman permainan dan tempat-tempat menarik yang lain, kebanyakkan shopping mall juga menyediakan taman permainan (indoor playground) khusus kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti. Antara indoor playground yang korang patut lawati bersama anak-anak ialah Bee Fun Land, Servey Inanam. 
BEE FUN LAND is an indoor playground both educational and fun for kids. With many safety features padded around. There are areas such as Ball Pool, Role Play Town, Toys Corner, Racing Car, and a parent and guardian lounge. There's also side activities such as puzzle making.


Bee Fun Land ini baru dibuka pada tahun ini juga dan sesuai sekali untuk kanak-kanak yang gemarkan aktiviti yang lasak dan menyeronokkan. Bee Fun Land ini terletak di Servey Inanam. Ia berada di Tingkat 2, Servey Inanam.
Waktu operasi : 10 pagi - 9.00 malam (Isnin - Ahad, Cuti Umum/ Cuti Sekolah)
Tiket : RM35 (seorang kanak-kanak & penjaga)
Pada hari tersebut, aku menggunakan ID member (pekerja punya ID), so ada diskaun iaitu RM10 per person. Jadi aku termasuk adik-adik aku sekali adalah dalam RM40 juga. Berbaloi lah kalau ada ahli keluarga yang bekerja di Servey juga. 
Kebiasaannya taman permainan seperti ini kanak-kanak perlu memakai stokin dari rumah. Kalau tidak bawa stokin ibu bapa/penjaga terpaksa beli stokin lagi. 
Tiket masuk di Bee Fun Land memang agak mahal sebenarnya berbanding indoor playground yang lain tetapi kalau korang memang jenis tak kisah pasal harga dan yang penting anak-anak gembira dapat main sekali-sekala itu apa salahnya belanja lebih kan. Ikut kemampuan lah macam mana. Seperti yang korang nampak memang ada banyak tempat yang kanak-kanak boleh main. 


Aku dan adik-adik aku pergi ke Bee Fun Land pada hari biasa (Jumaat) sebab tiket masuk bolehlah murah dan tidak terlalu ramai kanak-kanak. Pada hujung minggu pula tempat ini menganjurkan  pelbagai aktiviti yang menarik seperti Guess Animal, Lego Learning Activities, Musical Chair dan Football. Jadi kemungkinan terlalu padat dan sesak. Aku recommend kepada yang berminat untuk membawa anak-anak ke sini, silalah pergi pada hari biasa (weekdays). 



Sebenarnya adik aku agak takut pada mulanya nak naik tetapi dia beranikan diri dan cabar diri dia naik juga



Aku bangga juga sebab dia dah berani nak main ataupun panjat jaring-jaring ini. Sebelum ini adik aku kurang yakin. Tetapi sebab nak main punya pasal kan kenalah berani. 



Selain itu, taman permainan ini juga ada tempat khas kanak-kanak untuk bawa kereta. Ada tempat parking lagi. 


Kanak-kanak boleh bermain bola juga di ruangan khas yang telah disediakan. Bolehlah tunjukkan bakat jadi pemain bola kan. 



Permainan pasir ni pula sangat sesuai untuk kemahiran sensori kanak-kanak. Risau juga apabila main pasir nanti takut terlalu seronok sampai baling-baling pasir. Susah lagi nak bersihkan. Kawasan ini kanak-kanak perlu tanggalkan stokin, tetapi adik aku hentam je masuk sekali dengan stokin. 



Bagi kanak-kanak yang tidak suka duduk diam dan suka melompat sana-sini ada disediakan trampoline juga. 



Seronok dapat tengok Akim begitu teruja sekali main. Kat rumah pun ada juga permainan blok tetapi tidaklah sebesar ini. 



Hampir 3 jam juga kami habiskan masa di Bee Fun Land. Dalam jam 2.30 petang macam tu kami pun balik. Mujurlah senang juga nak ajak balik. So far memang puas hatilah bawa adik-adik ke sini. Ada rezeki lagi InsyaAllah aku akan ke sini balik. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2019/11/indoor-playground-bee-fun-land-inanam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertama Kali Join Fun Run Auranya Tu Masyaallah

Pertama Kali Join Fun Run Auranya Tu Masyaallah

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 564 hits
PERTAMA KALI JOIN FUN RUN Assalamualaikum dan salam sejahtera Ehem saja jer tu tajuk entri ada tambahan hujungnya Ehehe Bebaru ni KG join event Fun Run bertemakan UNICORN di daerah Ranau Tarikh dia sebenarnya pada 8 Disember 2019 baru baru ...
My Experience With A Plot Of An Abandoned Land

My Experience With A Plot Of An Abandoned Land

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 337 hits
Next to my parents kampung house in Bukit Mertajam Penang there was a plot of abandoned government land Many years ago an old Chinese man living in the same kampung requested to use the land for agricultural purpose With the government s ap...
Polisi Ungkap Pengemudi Lamborghini Koboi Punya Mobil Porsche Hingga Land Cruiser

Polisi Ungkap Pengemudi Lamborghini Koboi Punya Mobil Porsche Hingga Land Cruiser

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 243 hits
Mobil mobil mewah lainnya milik Abdul Malik tersebut tidak berada di kediamannya di Jalan Jambu I Pejaten Barat Jakarta Selatan
Villagers Happy To Be Given A Chance To Reclaim Their Land

Villagers Happy To Be Given A Chance To Reclaim Their Land

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 187 hits
KUCHING The 26 landowners who surrendered 40 acres of their land in Kampung Seroban near Serian for the construction of SMK Serian No 2 are delighted that the government has decided to lift its acquisition of the land says DAP Serian branch...
Uk Fun Park Klebang Sasarkan 50 000 Pelancong Ke Melaka

Uk Fun Park Klebang Sasarkan 50 000 Pelancong Ke Melaka

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 1376 hits
UK Fun Park Klebang Sasarkan 50 000 Pelancong Ke Melaka Satu lagi tarikan aktiviti pelancongan UK Fun Park yang kini berlangsung di Pantai Klebang mampu menarik kira kira 50 000 pelancong tempatan dan luar negara ke lokasi berkenaan Aktivit...
Picit Picit Picit Apa Ni Macam Fun Je Rupanya 5 Juadah Malaysia Ni Lagi Enak Kalau Dimakan Dengan Barang Viral Ni

Picit Picit Picit Apa Ni Macam Fun Je Rupanya 5 Juadah Malaysia Ni Lagi Enak Kalau Dimakan Dengan Barang Viral Ni

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 686 hits
Duduk di Malaysia memang beruntung sebenarnya kan Selain negara aman damai rakyatnya peramah kita juga dirahmati dengan kekayaan tradisi makanan yang sedap sedap daripada pelbagai budaya baik tempatan mahupun luar Korang juga tentu ada favo...
Siapa Nice Stupid Playground

Siapa Nice Stupid Playground

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 326 hits
Nice Stupid Playground adalah artis Malaysia sinonim dengan nama panggilan Nice Stupid Playground dan menyanyikan lagu lagu genre pelbagai bukan lagi asing di kalangan peminat peminat muzik Malaysia Sebagai artist Berkumpulan Nice Stupid Pl...
Fun With Akim Sensory Play Colour Experiment

Fun With Akim Sensory Play Colour Experiment

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 677 hits
AssalamualaikumBismillahPada minggu lalu aku telah membuat aktiviti sains eksperimen bersama dengan adik bongsu aku Aktiviti yang kami lakukan ialah Sensory Play Colour Experiment Kalau yang ada follow instagram aku mungkin ada yang dah nam...
Fun With Akim Aktiviti Mewarna Merangsang Kreativiti Anak

Fun With Akim Aktiviti Mewarna Merangsang Kreativiti Anak

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 845 hits
AssalamualaikumBismillahHari ini aku dan Akim telah membuat aktiviti yang sangat mudah iaitu aktiviti mewarna Aktiviti mewarna merupakan salah satu aktiviti yang sangat disukai oleh semua kanak kanak kerana ia dapat memberi ketenangan dan a...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi