Indo Movie 4 Mantan
Masa dengar radio dalam kereta hari tu, Dina Nadzir ada recommend satu Indo Movie ni. Tajuk Movie dia 4 Mantan. Sebuah filem psiko yang dikeluarkan pada tahun 2020 yang lepas
4 Mantan dibintangi oleh Jeff Smith, Akja Dethan, Ranty Maria, Denira Wiraguna, Melayu nicole, Melanie Berentz dan ramai lagi
Diarahkan oleh Hanny R. Saputra dan produksi oleh Raffi Ahmad, RA Pictures
Filem : 4 MANTANMula tayangan : 20 Februari 2020Durasi : 81 minit (1jam 21 minit)Pengarah : Hanny R. SaputraProduser : Raffi AhmadProduksi : RA PicturesPenulis skrip : Demas Garin bersama Thalitha Tan
Genre : Thriller
baca juga : 4 mantan full movie online
4 MANTAN CAST /PELAKON 4 MANTANJeff Smith sebagai AlexAkja Dethan sebagai Alex KecilRanty Maria sebagai SaraDenira Wiraguna sebagai AmaraMelayu Nicole sebagai RachelMelanie Berentz sebagai AirinMario Wiericx sebagai DevonCinta Brian sebagai NioDelano Daniel sebagai MarcoJean-Marc Moeremans sebagai IvanDenny Weller sebagai RayhanAyu Diah Pasha sebagai Mama NioGary Iskak sebagai Papa Alex/SaraWani Siregar sebagai Mama Alex/Sara
SINOPSIS 4 MANTAN4 Mantan mengisahkan tentang 4 gadis yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Mereka adalah Sara( Ranty Maria), Airin (Melanie Berentz), Rachel (Melayu Nicole) dan Amara (Denira Wiraguna) kebetulan bertemu dalam satu kejadian yang berlaku
Kejadian dimana kematian mantan kekasih mereka, Alex. Punca kejadian masih belum dikenalpasti lagi. Sebelum Alex meninggal dunia, dia sempat meninggalkan wasiat untuk 4 orang gadis ni.
Sara, Airin, Rachel dan Amara menerima surat masing masing selepas Alex meninggal. Mereka mula mengesyaki ada diantara mereka adalah pembunuh Alex.
Dalam mereka berempat sibuk mencari cari siapa pembunuh Alex dan pengirim surat, mereka sentiasa diselubungi rasa takut dan ngeri.
Siapakah pembunuh Alex sebenarnya? Adakah betul salah seorang mereka adalah pembunuh Alex? Atau hanya prank semata-mata? Kenalah tengok 4 mantan full movie
Siapa suka tengok cerita seram, psiko dan kena banyak fikir ni boleh layan Indo Movie 4 Mantan ni. Selamat menonton
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/01/indo-movie-4-mantan.html