Indikator


 








INDIKATOR

Semalam saya up posting untuk betulkan propaganda 22 bulan. Propaganda yang dibuat, ekonomi Malaysia jahanam ketika Tun M jadi PM7 dan PH memerintah.

Untuk kepastian, saya sertakan data KDNK, KDNK per kapita, Rizab Negara, Prestasi Pelaburan dan Eksport negara untuk tahun 2019. Data yang diambil dari Bank Dunia, BNM dan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Konklusinya, sangatlah PROPA dan SALAH kalau dikatakan ekonomi negara 22 bulan tu jahanam. Semua indikator ekonomi yang saya sebut di atas naik. Tiada yang turun.

Malah 5/6 Indeks Antabangsa Malaysia pada zaman Pakatan Harapan memerintah juga bertambah baik dari tahun2 sebelumnya. Ada yang terbaik dalam masa 10 tahun.

Ramai yang setuju dan kongsi pendapat saya. Terima kasih jua.

Namun seperti biasa ada tak puas hati dan tak percaya. Katanya ekonomi negara jahanam sebabnya Indeks Bursa Saham teruk masa tu.

Ya, memang betul Indeks Bursa Saham kita teruk. We must call spade a spade. Saya pun tulis benda tu dalam posting saya semalam.

Kenapa? Kerana politik negara tak stabil. Dasar jimat cermat Kerajaan PH pun buat pelabur asing potong stim. Makanya, kapitalis tarik handbrake nak melabur.

Namun, nak katakan indikator capital market ni sajalah indikator yang tunjukkan ekonomi negara jahanam, satu pandangan yang dangkal sekali. Tambah kalau ada orang claim dia pakar ekonomi.

Ia berbentuk spekulatif dan kebaikannya kepada rakyat lambat sampai.

Mengikut teori ekonomi, 3 indikator paling baik untuk menunjukkan ekonomi sihat ialah GDP (KDNK), kadar inflasi, dan kadar pengangguran. Kerana apa? Kerana indikator ini terus memberikan impak pada rakyat.

Untuk tahun 2019, KDNK meningkat. Itu tak boleh disangkal. Overall, ini menunjukkan ekonomi kita tak kebelakang.

Kadar inflasi tahun 2018 dan 2019 turun dengan signifikan. Ini kejayaan paling utama Pakatan Harapan.

Mengikut Laporan BNM, faktor utama penurunan adalah kerana:

(I) penetapan harga minyak yang stabil oleh Kerajaan PH

(II) pertukaran dari GST ke SST

(III) kejayaan Kerajaan PH mengawal harga ketika musim perayaan.

Akibatnya, rakyat dapat harga barang lebih murah dalam masa 22 bulan. Ini pusing macam mana pun, data tak boleh disangkal.

Dari segi kadar pengganguran juga makin turun. Berbanding tahun 2016 dan 2017. Lebih banyak pekerjaan yang disediakan mengikut Laporan BNM.

Makanya, pada saya, walaupun Bursa Saham kita merosot, rakyat kita lebih terjaga. Kerana harga barang lebih murah dan lebih banyak kerja.

Apa guna kapitalis dok main saham di atas, tapi golongan marhein tertekan dengan barang harga naik dan pekerjaan kurang? Seperti sebelum 22 bulan. Baikkah ekonomi begitu?

Tambah pula, bila mereka memerintah semula Bursa Saham kita pun tak baik mana. Antara terteruk di Asia juga.

Ringgit juga turut menjunam paling teruk prestasinya, dah sama ketika Krisis Mata Wang 1998 dulu. Paling tak boleh blah, inflasi juga meningkat dan tenaga kerja juga tiada.

Sehabis boleh ada lah kutu2 yang nak menidakkan fakta dan data 22 bulan ini. Di propagandakan seperti teruk sgt negara dijahanamkan. Walhal data menunjukkan time mereka naik pula yang lagi teruk.

Tu sebab, kita jangan cepat sentap dengan propaganda. Kaji data dan fakta yang ada…

Sesungguhnya, sekarang ada yang desperate nak kembali berkuasa. Auta pun diguna…

Salam hormat,

Liyana Marzuki

NB- Fakta di bawah diambil daripada Laporan Ekonomi dan Kewangan BNM tahun 2019. Dan website Trending Economics. Bukan dari blog cap ayam.

https://www.bnm.gov.my/.../20124/2722983/emr2019_en_full.pdf

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/indikator.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Program Penurunan Berat Badan Di Kalangan Kakitangan Kesihatan Keberkesanan Cabaran Dan Implikasi Amalan

Permulaan Hari Yang Baik Dengan Hati Yang Bersih

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak

Allah Tidak Pernah Silap Memilih Bahu Untuk Ujian

Ecentral Kukuh Sebagai Gergasi Kandungan Digital Melayu Serba Digital Catat 365 Juta Capaian Sepanjang 2025