India Roboh Kediaman Pemimpin Islam Yang Bantah Kes Hina Nabi
ismaweb.net
zuhayati
India roboh kediaman pemimpin Islam yang bantah kes hina Nabi
Antaranya kediaman milik ahli politik, Javed Ahmed Khan
NEW DELHI, 13 Zulkaedah 1443H, Isnin – Pasukan keselamatan India meroboh beberapa kediaman milik ulama Islam yang terlibat dalam himpunan bantahan susulan kenyataan biadab dua ahli politik negara itu mengenai Nabi Muhammad ﷺ.
Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adiyanath mengarahkan kerja-kerja meroboh terhadap kediaman individu yang terlibat dalam himpunan minggu lalu.
Dalam kejadian tragis itu, pemilik telah diberitahu supaya mengosongkan kediaman mereka sebelum kerja-kerja meroboh dilakukan.
Salah satu daripada rumah yang dirobohkan adalah milik ahli politik, Javed Ahmed Khan dan anak perempuannya Afreen Fatima yang merupakan aktivis hak asasi manusia Islam.
Selain itu, dua lagi kediaman turut diroboh kerana didakwa terlibat dalam himpunan selain membaling batu ke arah pasukan keselamatan.
Sementara itu penasihat media kepada Ketua Menteri negeri, Mrityunjay Kumar berkongsi beberapa gambar menunjukkan sebuah jentolak sedang merobohkan bangunan kediaman berkenaan.
Tindakan itu mendapat kecaman teruk, ramai yang mengutuk tindakan ia sebagai tidak bertanggungjawab.
Dua ahli politik India, Nupur Sharma dan Naveen Jindal didakwa membuat kenyataan menghina Islam dan Rasulullah ﷺ dalam debat televisyen serta atas komen di media sosial.
Susulan itu, himpunan besar-besaran diadakan di beberapa bandar di India termasuk New Delhi ketika umat Islam berarak sambil membawa sepanduk dengan melaungkan slogan bantah kerajaan serta menggesa Sharma ditahan segera.
Polis menahan kira-kira 300 penduduk yang terlibat dalam himpunan apabila berkumpul di luar masjid Jama di ibu kota lama dan melaungkan slogan menentang kerajaan parti BJP.
– Agensi
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/india-roboh-kediaman-pemimpin-islam.html