Kredit: Instagram @imranbard
NamaMuhammad Al Imran BadaruddinNama PanggilanImran BardTarikh Lahir18 Oktober 2001PendidikanDiploma Jurusan Seni KulinariPekerjaanPersonaliti TikTok dan Instagram, YoutuberAkaun Media SosialTiktok @imeringue2
Kredit: Instagram @imranbard
Kerjaya & Profesional
Imran Bard mula dikenali di platform media sosialnya dengan menghasilkan kandungan video memasak dan menari. Gaya percakapannya yang bersahaja dan tema suasana “rumah” yang dibawa dalam video telah menarik ramai anak muda untuk menonton dan menjadi peminatnya.
Kredit: Instagram @imranbard
Kredit: Instagram @imranbard
Imran Bard Tampil Mohon Maaf
Baru-baru ini, Imran Bard tampil memohon maaf secara terbuka selepas menerima kritikan kerana menghasilkan kandungan media (content) yang dianggap berunsurkan LGBT. Beliau mengakui kesilapannya kerana menghasilkan kandungan tersebut berdasarkan rujukan Barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti serta adat dan budaya Melayu.
Kredit: X @imemerang
Fakta Menarik Mengenai Imran Bard
Imran Bard sering menggunakan trademark “ghisau ghisau” dalam video-videonya.
Beliau pernah terpilih sebagai salah satu daripada lima calon untuk kategori Digital Influencer Tergempak dalam acara Gempak Most Wanted Awards 2022, sebaris dengan nama besar lain seperti Azfar Heri, Hafiz Mahamad, Nelysa Norazlan, dan Ceddy Ang.
Video beliau memberi susu botol kepada anak khinzir di dalam kandang ketika melancong di Thailand pernah menerima kecaman netizen Malaysia.
Di tahun 2022, Imran juga pernah menghasilkan sebuah filem pendek bertajuk “Beradik” di laman Youtube miliknya yang berjaya menyentuh hati ramai peminat.
Semoga Imran Bard terus maju jaya dalam bidang masakan dan menghasilkan video-video menarik serta bermanfaat untuk semua peminat dan anak muda di luar sana.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |