Impiana Klcc Hotel Dengan Permandangan Menakjubkan
Apabila berada di bandar metropolitan Kuala Lumpur. Pastinya keinginan ingin menginap di hotel bertaraf 4 - 5 bintang menjadi impian. Permandangan kota yang berbeza pada waktu malam dipenuhi dengan lampu neon dari lampu jalan raya hingga ke bangunan bertingkat. Membuatkan malam kita lebih relax dan menenangkan. Ruby suka apabila menyelak tirai jendela bilik hotel dan nampak jelas Menara Berkembar Petronas. Menakjubkan apabila dapat melihat bangunan ini dengan sangat dekat. Hebatnya.
Impiana KLCC Hotel Dengan Permandangan Menakjubkan
Sepanjang Ruby menetap di Kuala Lumpur. Salah satu hotel yang masuk dalam wishlist Ruby adalah Impiana KLCC Hotel. Ada beberapa kriteria Ruby lihat tentang hotel ini. Ia adalah hotel yang mempunyai akses mudah jejantas KLCC - Bukit Bintang Walkaway. Kita boleh berjalan ke sana ke sini dengan senang hati.
Impiana KLCC Hotel mempunyai 25 tingkat dan 519 bilik. Sejak Pandemik COVID-19, hotel ini sentiasa mengamalkan Standard Operating Procedure (SOP) bagi menjaga keselamatan dan kebersihan hotel untuk tetamu selesa menginap di sini. 6 jenis bilik selesa untuk memenuhi keinginan anda. Bilik Superior, Superior Plus, Deluxe, Deluxe Plus dan Executive Suite. Manakala di bahagian Club Tower ada Club Benefit Area, Club Deluxe Room, Club Premier dan bilik jenis Deluxe Suite
Laluan masuk hotel sentiasa ada staff bertugas. Pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu, sanitasi tangan dan imbas kod QR adalah wajib. Ia bagi memastikan semua tetamu dan staf di dalam keadaan selamat. COVID-19 tiada penawar lagi, jadi kita harus jaga diri, jaga orang sekeliling kita dan jaga masyarakat.
Selesa Di Bilik Jenis Deluxe King
Salah satu impian Ruby untuk menginap di Impiana KLCC Hotel telah terlaksana. Tidur malam yang selesa dengan katil bersaiz King. Kemudian, apabila nak solat dan berehat pun seronok sebab bilik luas.
Penginapan di sini lengkap dengan WiFi percuma, 24 jam In-Room Dining, Wake Up Call Service, Pillow Menu, Mini Bar, Peti Sejuk, Laundry & Dry Cleaning Services dan International Direct Dialing Facility.
Tonka Bean Café
Ruby berkesempatan makan tengahari dan sarapan pagi di Tonka Bean Café dan amat menyukai kesemua hidangan yang disediakan. Menu semasa makan tengahari adalah seperti beeikut:
Salad: Caesar Salad with Poached Egg
Soup of the day: Creamy Chicken Veloute with Vegetables Bread Rolls & Butter
Main: Braised Roasted Chicken with BBQ Sauce, Mushroom Sauce, Buttered Vegetables & Lyonnaise Potato
Trio Dessert: Fresh Fruit Platter
Tonka Bean boleh memuatkan sehingga 250 orang dalam satu-satu masa. Café ini menyediakan hidangan makanan masakan antarabangsa dan masakan Malaysia yang lazat. Selain dari makanan sedap, anda boleh enjoy permandangan Menara Berkembar Petronas yang indah dari tingkap kaca. Restoran ini dibuka 24 jam. Hidangan sarapan pagi dibuka seawal jam 6.30 pagi.
Fasiliti Impiana KLCC Hotel
Setiap kali penginapan di hotel, pasti Ruby mencari ruang gimnasium dan kolam renang. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), SOP yang dilaksanakan oleh pihak hotel adalah mengehadkan jumplah tetamu seramai 10 orang sahaja dalam satu masa dengan penjarakkan sosial 1 - 2 meter.
Selain dari kolam renang dan gimnasium, hotel ini memiliki SwasanaSpa yang memenangi pelbagai anugerah. Diantaranya adalah HAPA Awards 2016-2018 bagi kategori Spa Of The Year dan World Luxury Spa Awards Winner 2016. Ruang spa di buka dari 10am - 10pm
Mempunyai 160 ruang tempat letak kenderaan, anda boleh senang hati menyimpan kereta anda di sini sepanjang menginap di sini. Oh ya, parking adalah complimentary untuk tetamu yang bermalam di Impiana KLCC Hotel. Best kan
Promosi "Welcome Back Deals"
Industri pelancongan dan perhotelan sangat terjejas semasa kita semua sedang menentang penularan wabak Pandemik COVID-19. Apabila PKPP diumumkan, pihak hotel amat berbesar hati untuk menerima tetamu. Syaratnya, kita sama-sama mengikut SOP. Berikut adalah promosi yang sedang berlangsung di Impiana KLCC Hotel. RM 188 untuk penginapan satu malam termasuk sarapan pagi amat berbaloi-baloi.
Penginapan RM 188 juga menawarkan akses ke Club Lounge kepada para tetamu dengan faedah:
🎉 Sarapan setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 10.30 pagi untuk Hari Biasa. Manakala, 7.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk Hujung Minggu & Cuti Umum🎉 Minum petang setiap hari dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang
🎉 Koktel Petang Harian dengan makanan kecil dari jam 5.30 petang hingga 7.30 malam
🎉 Kopi, teh dan minuman tanpa alkohol percuma dihidangkan sepanjang hari
🎉 Penggunaan perkhidmatan internet tanpa had secara percuma
🎉 Penggunaan ruang perbincangan Club Lounge secara percuma hingga dua kali sehari melalui tempahan berdasarkan ketersediaan. Akan ada caj untuk jam berikutnya
Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi +603-21461111 / +603-21471111 atau e-mel di
[email protected] atau
[email protected] Mengenai Impiana KLCC Hotel
Impiana KLCC Hotel, Kuala Lumpur dikendalikan oleh Impiana Hotels, Resorts dan Spa. Hotel ini mempunyai sejumlah 519 bilik dan merupakan satu-satunya hotel di Kuala Lumpur yang dihubungkan melalui KLCC-Bukit Bintang Pedestrian Walkway (sky bridge) ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan kompleks membeli-belah utama di bandar ini. Kemudahan hotel termasuk Cedar on 15; restoran dan ruang istirahat di tingkat atas di tingkat 15, Tonka Bean Café & Deli; restoran makanan kasual sepanjang hari, perjamuan dan kemudahan mesyuarat, gimnasium yang lengkap dan Swasana Spa yang memenangi anugerah.
Website | Facebook | Instagram
Penginapan di Impiana KLCC Hotel adalah salah satu lokasi program anjuran Tourism Malaysia bersempena MEDIA TRIP POST MCO FOR Media KOL & Blogger pada 3-4 July 2020. Setiap lokasi yang kami lawati mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh MKN & KKM. Malaysia selamat untuk Travel! InsyaAllah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2020/07/impiana-klcc-hotel-dengan-permandangan.html