Impian Menghasilkan Blog Dan Imbasan Ringkas 7 Tahun


Impian menghasilkan blog dan imbasan ringkas 7 tahun| Siapa sangka saya sudah masuk 8 tahun dalam dunia blogging. Walaupun pada arkib blog saya hanya mempunyai artikel sejak tahun 2012, sebenarnya ia telah bermula lama sebelum itu. Artikel dari 2010 hingga 2012 sudah dipadam. Mengapa saya padam entri tersebut? Jawapannya saya catat di bawah. Melalui beberapa peralihan dalam fasa membuat blog, kini ianya sudah semakin stabil dan konsisten walaupun kadang kala ada waktunya idea untuk menulis menyusut dan terkusut, Alhamdulillah ianya masih mampu bertahan sehingga kini selagi hayat dikandung badan.


Semasa pada permulaan membuat blog, saya masih mencari identiti, kelainan dan arah tujuan saya membuat blog. Begitu banyak perubahan. Alhamdulillah saya banyak menemui contoh blog dan pemilik blog yang mampu saya cemburui dan teladani. Antara blog awal yang saya ikuti secara kerap adalah blog saudara BinMuhammad. Saya banyak memerhati blog beliau. Pada waktu itu, saya hanya bergerak bersendirian. Sama juga pada masa kini. Mengapa? Sebab saya sukar untuk memberi komitmen jika saya menyertai mana-mana komuniti. Namun saya tetap menghormati setiap komuniti yang ada dan kagum dengan komitmen mereka. Antara komuniti yang ada pada masa ini adalah Kelab Blogger Ben Ashaari. Sempat juga saya membeli baju kelab Abang Ben pada awal tahun 2010. Selain itu komuniti AFB Feeds, Blogger Pantai Timur, JDT Blogger (memandangkan saya berasal dari Johor), Komuniti Sabahan Blogger, Blogger Utara dan sebagainya

Setiap perjalanan seorang blogger nampak mudah. Orang tidak nampak blogger bersengkang mata, mencari idea, menyiapkan tugasan dan mencari dana untuk blog. Apa yang mereka nampak adalah artikel sahaja dan mereka tidak perlu tahu kepayahan seorang blogger. Ditipu dan menipu. Banyak ragam. Berebut itu dan ini. Cantas mencantas. Namun hakikatnya ramai blogger sanggup meringankan tangan membantu blogger lain seperti entri saya sebelum ini di SINI. Terdapat juga blogger yang berkongsi tips hebat untuk menjadi blogger terbaik dan antara yang saya teladani seperti Abang Hasrul Hassan. Melalui perkongsian ilmu yang disampaikan dalam apa juga bentuk dan kaedahnya, ia banyak membantu blogger kecil seperti saya




Sebelum ini, banyak entri mengarut yang telah saya hasilkan. Copy dan paste artikel, sumber diragui, tidak betul-betul mencari fakta dan mula bermain api kebencian dengan membicarakan topik berkaitan politik. Pada akhirnya saya memahami sesuatu, sesuaikah dengan diri saya? Cukupkah kepuasan yang saya nikmati melalui entri yang saya hasilkan? Semuanya bermain dalam fikiran. Maka saya padam semua entri mengarut dan membahayakan diri sendiri. Saya tidak mahu mengambil risiko dalam dunia blogging. Hidup sebagai blogger sangat mudah mencari musuh jika tidak berhati-hati dengan setiap kata yang kita cuba sampaikan

Hingga kini saya dikelilingi ramai blogger hebat, sangat komited dan sangat berpengaruh. Hubungan hanya sebagai rakan seperjuangan dan bukan rakan persaingan. Namun ianya berbaloi kerana banyak blogger sangat ikhlas untuk membantu menyelesaikan masalah berkaitan blog. Minta sahaja mereka bantu. InsyaAllah kebanyakan mereka tidak sombong. Untuk menghasilkan blog yang mampu menjadi inspirasi kebanyakan orang bukan mudah. Saya mahu mencapai itu sebagai sasaran diri sendiri walau terdapat banyak kelemahan diri ini. Namun jika dapat memberi sesuatu yang bermanfaat dan berfaedah kepada orang lain adalah kekuatan sebuah blog. Ia akan diingati selalu ibarat sebuah buku ilmu

Manfaat dan faedah buat blog juga telah mula saya tuai pada masa ini. Lulus Google Adsense, You Tube Blog, Review, Paid Job walaupun tidak banyak seperti blogger hebat lain namun ianya lebih daripada itu. Ianya mampu melatih seorang blogger untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan amanah dan bersikap profesional. Ianya sangat baik. Jika anda seorang blogger yang belum mempunyai peluang seperti blogger lain, jangan risau. Tingkatkan kualiti blog terlebih dahulu seperti penghasilan artikel, paparan blog lebih profesional dan munculkan diri kehadapan. Promosi blog, join aktiviti blogging dan InsyaAllah anda akan berjaya. Semua itu bergantung kepada kemahuan anda dalam dunia blogging. 
Entri ini adalah imbasan ringkas selama saya berkecimpung dalam dunia blogging. Ambil mana yang bermanfaat sahaja jika ada. Selain itu anggap ini entri meluah rasa dan perasaan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Adalah harapan saya pada masa akan datang, blog ini mampu bertahan begitu juga dengan blog lagi satu, Blog NA agar ianya terus berkembang. Anda mungkin ada sasaran ingin dicapai dalam dunia blogging bukan? Atau sekadar suka-suka sahaja? Semoga rakan-rakan blogger semakin maju dalam dunia blog. InsyaAllah. Wallahualam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bilalelakiberbicara.com/2017/12/impian-menghasilkan-blog-dan-imbasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tersenarai Dalam List Blog Pilihan Tahun 2018 Di Blog Hasrulhassan Com

Tersenarai Dalam List Blog Pilihan Tahun 2018 Di Blog Hasrulhassan Com

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 269 hits
Assalamualaikum Hai Dah lama CikSha tak aktif menulis blog Paling banyak entri tertulis pun masa tahun 2010 2011 Ada la ratus ratus jugak entri Masa tu memang aktif gila menulis Macam macam topik ada Lepas tu makin slow down dah Bila dah ka...
Mediatek Megvii Dan Himax Bekerjasama Menghasilkan Sistem Imbasan Wajah 3d Seakan Face Id

Mediatek Megvii Dan Himax Bekerjasama Menghasilkan Sistem Imbasan Wajah 3d Seakan Face Id

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 356 hits
istem imbasan wajah Face ID adalah yang paling selamat kerana mengimbas wajah secara tiga dimensi Setakat ini sistem yang sama pada Android hanya ditemui pada peranti seperti Xiaomi Mi 8 Explorer Edition MediaTek Magvii dan Himax semalam me...
Ada Apa Dengan Tahun 2017

Ada Apa Dengan Tahun 2017

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 307 hits
Hari terakhir di tahun 2016 Ucapan yang sangat kelise menjelangnya tahun baru Selamat Menyambut Tahun Baru 2017 Proses belajar mutlak memerlukan kesalahan Kesalahan bukanlah kegagalan melainkan satu feedback yang akan membuat kita makin kua...
Freemason Telah Lama Wujud Sejak Tahun 1916 Najibrazak Tengkuadnanreal

Freemason Telah Lama Wujud Sejak Tahun 1916 Najibrazak Tengkuadnanreal

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 570 hits
Kisah Tahyul Pembangkang Memburukkan Kerajaan Mengenai Freemason di Bukit Jalil dan Membuat Tuduhan Kepada Najib Razak Tengku AdnanMenjelang PRU 14 kita akan dengar macam macam cerita tahyul untuk memburukkan kerajaan Terbaharu kononnya Naj...
Jepun Buka Loji Solar Terbesar Selepas 2 Tahun Krisis Nuklear

Jepun Buka Loji Solar Terbesar Selepas 2 Tahun Krisis Nuklear

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 288 hits
Syarikat elektronik jepun Kyocera melancarkan loji solar terbesar di negara itu Loji berkenaan dapat membekalkan elektrik kepada 22 000 rumah dan paling penting tidak ada lagi loji nuklear yang bocor pekerja yang maut dan kebocoran nuklear ...
10 Gambar Kanak Kanak Lelaki 5 Tahun Paling Stailo Di Dunia

10 Gambar Kanak Kanak Lelaki 5 Tahun Paling Stailo Di Dunia

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 1178 hits
Memang stailo kalah Wak Doyak Alonso Mateo tidak seperti budak lelaki berumur lima tahun yang lain kerana beliau boleh dikatakan budak lelaki berusia 5 tahun paling stailo di dunia Beliau mula dikenali ramai selepas ibu beliau Luisa Fernand...
Gadis 22 Tahun Mati Disyaki Didera Keluarga

Gadis 22 Tahun Mati Disyaki Didera Keluarga

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 514 hits
Gadis 22 Tahun Mati Disyaki Didera Keluarga Chukai 2 Mei Polis telah menahan empat sekeluarga kerana disyaki mendera seorang gadis berusia 22 tahun di Kampung Binjai yang juga dipercayai menjadi punca kematian gadis berkenaan melaporkan pem...
Selamat Tahun Baru 2017

Selamat Tahun Baru 2017

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 315 hits
Lama rupanya tidak menulis di blog ini kali terakhir tahun 2015 sibuknya tahun 2016 sampai tidak sempat menaip di blog ini atau disebabkan hal lain Tahun 2016 tahun yang amat mencabar bagi saya terutama dari segi hati dan kesabaran dan kesi...
Foto Hujan Meteor Perseid 113 Tahun Sekali

Foto Hujan Meteor Perseid 113 Tahun Sekali

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 412 hits
Pernahkah korang melihat Hujan Meteor Perseid Coretan Zark Qie
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It