Impian 300 Orang Ke Eropah Musnah Rugi Hampir Rm2juta Selepas Ditipu Agensi Pelancongan Di Kajang




LEBIH 300 individu kerugian hampir RM2 juta selepas pakej percutian murah yang mereka tempah dari sebuah agensi pelancongan di Kajang, dibatalkan saat-saat akhir, dua hari lalu.

Agensi pelancongan yang menawarkan percutian ke benua Eropah itu juga didakwa membenarkan bayaran secara ansuran menyebabkan ramai individu memilih untuk mengambil pakej melancong bersama agensi itu.

Mangsa, Badrul Hanapi Ali, 29, berkata, dia dan keluarga kerugian hampir RM40,000 untuk percutian ke Eropah yang dijadualkan Mac ini.

Menurutnya, dia sepatutnya ‘terbang’ 7 Mac ini bersama keluarga untuk percutian itu dan merancang menyambut hari lahirnya di sana pada 9 Mac.

Bagaimanapun, katanya, impiannya itu musnah selepas agensi pelancongan berkenaan memberi notis pendek melalui mesej pesanan ringkas (sms) dua hari lalu menyatakan kesemua pakej dibatalkan.

“Tidak puas hati dengan notis itu, saya kemudian menghubungi agensi pelancongan berkenaan, namun tiada jawapan.



“Rentetan itu, saya dan keluarga datang ke sini (pejabat agensi pelancongan itu) untuk bersemuka dan mendengar penjelasan daripada mereka.

“Tidak sangka pula ramai yang hadir membanjiri agensi pelancongan berkenaan hari ini,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ros berkata, dia kerugian hampir RM50,000 selepas impiannya bercuti di Turki tidak kesampaian.

“Saya dan 17 ahli keluarga lain sudah ambil cuti dua minggu, malah terpaksa menolak beberapa tempahan katering.

“Saya sepatutnya menaiki pesawat 1 tengah malam esok tetapi semuanya musnah selepas agensi (pelancongan) membuat pembatalan tanpa sebab yang kukuh,” katanya yang datang dari Ipoh.

Katanya, dia mengetahui mengenai agensi pelancongan itu melalui kenalan yang pernah menggunakan perkhidmatan itu sebelum ini.



“Sebelum ini, kawan saya pernah menggunakan agensi pelancongan itu untuk ke Turki. Sebab itu saya percaya dan tidak fikir panjang mengambil pakej percutian bersama mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif agensi pelancongan itu memaklumkan bahawa kesemua wang mangsa akan dikembalikan dalam tempoh enam bulan.

Sumber artikel : harian metro © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/02/impian-300-orang-ke-eropah-musnah-rugi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Impian Bercuti Ke Eropah Lebur 120 Pelancong Terkandas Di Klia Dan Rugi Rm810 000 Ditipu Agensi Pelancongan

Impian Bercuti Ke Eropah Lebur 120 Pelancong Terkandas Di Klia Dan Rugi Rm810 000 Ditipu Agensi Pelancongan

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 1440 hits
Impian bercuti ke Eropah lebur rugi RM810 000 ditipu agensi pelanconganImpian kira kira 120 individu untuk menikmati percutian ke benua Eropah lebur selepas mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang kelmarin dipe...
Selepas Tagline Malu Apa Bossku Sekarang Najib Razak Tampil Dengan Tagline Baru Bukan Bisher Bisher

Selepas Tagline Malu Apa Bossku Sekarang Najib Razak Tampil Dengan Tagline Baru Bukan Bisher Bisher

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 605 hits
Makin famous dan digemari golongan marhaen tagline Malu Aper Bossku oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ini menjadi titik kebangkitan bekas PM tersebut selepas mendapat cemuhan akibat terlibat dengan skandal 1MDB Pun begitu Na...
Malu Apa Bossku Najib Bangkit Selepas Kecewa Kalah Pru14

Malu Apa Bossku Najib Bangkit Selepas Kecewa Kalah Pru14

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 481 hits
Malu Apa BOSSKU hahaha memang layan siut ayat terbaru najib tun razak nih Sampai satu masa najib di angkat sebagai king of troll dia punya ayat dia punya engagement nih lagi power dari sifu sifu marketing dalam malaysia Ingat aku terbaca ad...
Teruknya Ph Kini Mb Johor Pula Miliki Ijazah Palsu Selepas Marzuki

Teruknya Ph Kini Mb Johor Pula Miliki Ijazah Palsu Selepas Marzuki

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 778 hits
KUALA LUMPUR Isu memiliki ijazah palsu turut terpalit kepada Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian Menurut pelayar Facebook Ops Johor Osman didakwa tidak memiliki Ijazah Perakaunan daripada Universiti Putra Malaysia Kantoi MB Johor miliki ...
Ini Jawapan Balas Dari Syed Abdullah Selepas Netizen Menuduhnya Jadi Punca Kenapa Emma Maembong Buka Tudung

Ini Jawapan Balas Dari Syed Abdullah Selepas Netizen Menuduhnya Jadi Punca Kenapa Emma Maembong Buka Tudung

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 582 hits
Semalam pelakon Emma Maembong telah membuat pengakun mengejutkan dirinya kini tidak lagi bertudung nbsp Keputusan itu adalah kehendaknya sendiri dan bukan kerana orang lain dan sudah sampai masanya untuk beliau memikirkan kebahagiaannya sen...
Selepas Kembali Kepada Fitrah Rezeki Emma Maembong Mencurah2

Selepas Kembali Kepada Fitrah Rezeki Emma Maembong Mencurah2

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 632 hits
unable to retrieve full text content Selepas mengambil keputusan untuk tidak memakai hijab yang menjadi lambang wanita Muslim aktress jelita Emma Maembong dilihat telah menerima beberapa tawaran menghiasi akhbar tempatan Menerusi muat naik ...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 2

Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More