Iman Amin Exchange Gift Last Day Tution 24 12 2018
hi there, 24.12.2018 ialah hari terakhir Iman & Amin tuition sempena cuti sekolah... cikgu dah siap siap bagitau, last day ni nak buat exchange gift, so setiap student kena sediakan hadiah masing masing untuk tukar dengan kawan kawan ... minimum nilai hadiah ialah RM10.00, no toys and food ... hanya alat tulis sahaja ...
so mrs pip sediakan dua set hadiah untuk Iman dan Amin tukar dengan kawan kawan nanti secara cabutan undi ... bagus juga aktiviti tukar tukar hadiah ni, budak budak suka sangat bila dapat hadiah kan, walaupun sebatang pen atau pensel, Iman n Amin pasti gembira T_T
Iman & Amin exchange gift last day tution || 24.12.2018
ni la classmates tuition Iman dan Amin ... campur campur la gitew , ada yang tadika ada yang budak sekolah rendah ... tapi kalau tak silap, budak sekolah rendah tu kebanyakkannya ialah budak yang bakal menduduki UPSR bila buka sekolah kelak ....
gambar atas tu ialah budak budak semua dah dapat hadiah masing masing lepas aktiviti exchange gift ... semua pun muka muka happy :))
Iman & Amin exchange gift last day tution || 24.12.2018
ni Iman dan Amin bergambar dengan hadiah yang dorang terima ... tak sabar sabar nak buka hadiah, dalam kereta lagi dorang sudah buka tu hadiah ... masing masing show off hadiah masing masing ...
Iman dapat satu set alat tulis, kaler semua biru ... happylah Iman dapat kotak pensel yang baru ... hari tu tukar tukar hadiah di sekolah tadika, Iman pun dapat kotak pensel, tapi tu berzip, kaler kuning .. cantik pula tu .. mrs pip minta, tapi Iman tak nak bagi mommy :(( ouch.
Amin pula dapat set kaler pink! apakah ini? maybe pasal Amin ni suka kaler pink, tu sebab sangat kebetulan dia dapat kaler pink pula ... Amin punya kotak pensel tu jenis berzip, siap ada tag harga lagi, ouch! mahal you (bagi mrs pip la) ...
then Amin juga dapat 4 set pen warna warni, dan Amin yang baik hati share pen tu dengan kitorang >>> one for daddy, one for mommy, one for Iman and one for Amin ... eh, baiknya anak mommy sorang ni, tidak kedekut :)) ...
Iman & Amin exchange gift last day tution || 24.12.2018
ni Iman dan Amin dengan kawan kawan dan juga cikgu tuisyen dorang , Laoshi Chiam ... ni cikgu sekolah tadika Iman dan Amin ekceli, rajin cikgu ni buat kelas tuisyen hujung tahun ... dia buat kat lot shop office di pekan Membakut ... dia mengajar pun best. Iman dan Amin nampaklah ada improvement dari segi menulis dan mengenal nombor ...
Iman & Amin exchange gift last day tution || 24.12.2018
cikgu yang baik hati tu siap belanja anak anak makan mi tapau ... siap ada minuman sekali , padahal mommy dah siap siap buat bento box untuk Iman dan Amin , dan siap bekalkan dorang dengan minuman kotak pada hari tu, tapi budak berdua ni tak pandang langsung bento box yang mommy sediakan ...
dalam kereta balaik dari kelas tuisyen baru dorang makan bento box yang mrs pip sediakan untuk dorang ... ok lah, sesekali laoshi belanja makan kan ...
Iman & Amin exchange gift last day tution || 24.12.2018
gambar last ni kalau tak silap mini gift dari laoshi , so dorang pilih mana satu mini gift yang dorang suka ... Iman dapat keychain arnab (mrs pip dah tapau keychain tu, haha), manakala Amin pula dapat set pemadam bentuk kuda, ada 3 biji ....
hadiah tu kira for fun untuk anak anak yang pergi tuition, tapi yang penting sepanjang tempoh tuition ni, Iman dan Amin memang suka, tak pernah dorang ponteng kelas tuition ... pagi pagi dah bangun bila tahu ada kelas tuition, memang dorang happy sangat attend kelas tuition ni ... moreover, laoshi dorang ni memang baik , jenis pandai ambil hati budak so budak budak pun rajin pergi kelas ..
lepas habis cuti ni, sesi sekolah Iman dan Amin akan bermula pada 3/1/2019 nanti, dan lepas ni jadual kembali seperti biasa, Isnin-Jumaat pergi sekolah ... dan mrs pip dah mula rancang jadual harian Iman dan Amin untuk bulan depan ni ...
selain dapat tambah ilmu bila pergi kelas tuisyen, masa cuti Iman dan Amin juga digunakan dengan baik untuk belajar ... walaupun mrs pip mengajar budak berdua ni di rumah, tetapi tidaklah se-efisyen kalau ada cikgu sebenar yang mengajar ...
tak sure lagi samaada mrs pip nak hantar dorang tuisyen bila kelas bermula nanti, kena tengok bajet juga coz yuran sekolah Iman dan Amin pun boleh tahan juga kena bayar setiap bulan, nak hantar tuisyen ada extra cost di situ, so doakan mrs pip murah rezeki ya, so nanti bolehlah hantar Iman dan Amin ke kelas tusiyen lagi ..
to Iman & Amin, semoga sentiasa rajin menuntut ilmu ... menuntut ilmu tu jambatan untuk ke syurga tau ... mommy try the best untuk berikan pendidikan terbaik untuk anak anak mommy ..
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2018/12/iman-amin-exchange-gift-last-day-tution.html