Ilham Dari Atas Motor Arif Buat Pembaca Terkenang Ibu Bapa


malaysiakini.com
M Fakhrull Halim
Diterbitkan 2 May 2021, 12:17 pm

Hampir setiap hari menempuh hampir 80 kilometer perjalanan ulang alik antara rumah dan pejabat dengan menunggang motosikal, banyak hal yang bermain di kepala.

Tiada radio atau pemain muzik untuk dimainkan. Selain melayan banyak perkara yang singgah di fikiran, banyak juga yang dicerapnya daripada pemerhatian di sepanjang perjalanan.

Perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja itulah, kata pereka bentuk industri, Muhammad Arif Asat, yang banyak mencetuskan ilham kepadanya untuk menghasilkan karya komik di laman Facebook Galeri Sentuhan ArifSan.

“Kita naik motosikal bukannya boleh dengar muzik, jadi banyak masa untuk berfikir, banyak benda bermain dalam kepala kita.

“Pada masa itulah ilham paling banyak datang,” kata Arif kepada Malaysiakini.
Komik Arif menyentuh banyak perkara tetapi subjek yang paling kerap ditampilkan lewat karya-karyanya ialah berkenaan ibu bapa dan ikatan kekeluargaan.

Malah, di halaman Galeri Sentuhan ArifSan, gambar utamanya memaparkan imej seorang ayah sedang menolak basikal dengan anaknya yang berpakaian sekolah, sedang duduk menggendong di belakang.

“Bila di lampu isyarat, kita berhenti tengok orang, tengok respons mereka - ada yang bawa anak pergi sekolah, kadang-kadang idea boleh terlintas.

“Kadang-kadang saya nampak ada ayah bawa anak kecil naik motosikal. Kadang-kadang kita pergi stesen minyak pun kita nampak (ilham). Perjalanan jauh, jadi macam-macam situasi ada sepanjangnya.

“Dulu saya pernah buat komik pasal baju hujan. Itu semua memang yang saya nampak dari atas motosikal saya,” kata lelaki berusia 39 tahun ini.

Dengan motosikal model GPX Gentleman 200, dia berulang alik antara rumahnya di Puncak Alam dan Shah Alam, tempat dia bekerja di sebuah syarikat elektronik.
Komik di halaman Facebooknya turut mengangkat isu semasa seperti pemansuhan UPSR dan tragedi kapal selam Kri Nanggala 402 dari Indonesia namun berdasarkan pemerhatiannya, komik bertemakan kekeluargaan yang tetap mendapat reaksi paling banyak daripada kira-kira 110,000 pengikutnya.

Ibu bapa dan anak yang berjauhan

Selalunya, komik Arif memaparkan kesunyian ibu bapa di kampung setelah anak-anak mendewasa merantau mencari rezeki serta mendirikan keluarga sendiri. Ada juga komiknya memaparkan suasana keriuhan di kampung apabila anak-anak pulang beraya.

Semuanya dihasilkan bukan menggunakan tablet atau pun tablet lukisan, sebaliknya dengan telefon pintar jenama Samsung Galaxy Note 10 miliknya.

Dia mula menghasilkan karya secara digital sejak 2012 dan dikongsikan di akaun Facebook peribadinya, sebelum mewujudkan Galeri Sentuhan ArifSan pada Jun 2018 untuk berkongsi karya-karyanya secara lebih tersusun.
Melewati komen di sana, ramai pengikut yang menjadikan ruang itu sebagai medan melepaskan rindu buat ibu bapa di kampung halaman, lebih-lebih lagi ketika umat Islam memasuki fasa sepuluh malam terakhir sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

Sedangkan, perjalanan rentas negeri masih belum dibenarkan.

Ada juga yang berkongsi dan mengimbau kenangan masing-masing bersama ibu bapa yang telah pun tiada.

“Kadang-kadang orang simpan di dalam hati, mereka tak kongsi dan luahkan (perasaan rindu) di media sosial mereka. Tapi mereka kongsi guna kartun," katanya.

Arif berkata pengunjung dan pembaca komiknya semakin meningkat sejak perintah kawalan pergerakan tahun lalu. Malah karya-karya lamanya kembali dikongsi mereka.

Dia banyak mendapat mesej daripada pembaca yang meluahkan rasa tersentuh ketika menatal komiknya di skrin telefon masing-masing.

Kebanyakannya mengucapkan terima kasih, dan malah ada yang memberitahunya mereka terus menelefon ibu bapa selepas membaca komiknya - sesuatu yang memberikannya rasa ‘lega’ dalam hati apabila karyanya memberi kesan sebegitu kepada pembaca.

“Ada juga mesej dari ibu bapa sendiri. Ada ibu mesej saya, dia cakap, dia rindu anak-anak dia. Dia harap anak-anak dia baca (komik saya) dan telefon dia semula,” kongsinya.
Ayah saya dulu kuat ...

Selain daripada pemerhatian dari atas motosikal, Arif berkata dia juga mendapat ilham daripada komen pembaca, berita, serta pengalaman waktu kecilnya ketika pulang ke kampung sebelah ibunya di Bukit Gambir, Muar, Johor.

Sedangkan rumah ibu dan bapanya sendiri terletak di Puchong. Kata Arif, dia akan pulang ke rumah mereka seminggu atau dua minggu sekali dan memastikan akan kerap menghubungi mereka, walaupun rumah mereka tidaklah "dipisahkan" dengan larangan rentas negeri.

Meskipun ada seorang adik yang menemani mereka, kata Arif, dia tetap selalu terfikirkan keadaan mereka dan perasaan itu diluahkan dalam lukisannya.

Tambahan pula, katanya lagi, kesihatan ayahnya kini tidak lagi seperti dahulu dan sudah tidak boleh berjalan seperti biasa.

“Kadang-kadang, saya teringat masa kecil, ayah saya cukup kuat. Boleh buat macam-macam. Sekarang, ayah saya pun dah tak larat nak berjalan."

Dia mengakui sering kali dilanda emosi - teringatkan ibu bapa sendiri - ketika berkarya.

"Sampai pernah menangis. Biasalah, bila melukis kita akan fikir watak ini macam mana muka dia, dia tengah buat apa, jadi saya terbayangkan benda itu kena pada ibu bapa saya. Sebab itu bila dah melukis tu, rasa macam sebak pula," kata anak kedua daripada lima beradik itu sambil ketawa.

Setelah berumah tangga dan menyaksikan anak-anak semakin membesar, dia terlintas betapa karya komiknya itu juga mungkin berlaku ke atas dirinya sendiri pada suatu hari nanti.

Hasil perkongsian hidup dengan isteri, mereka dikurniakan tiga anak - seorang perempuan berusia 13 tahun, dan dua anak lelaki berusia lapan dan setahun. Anak keduanya mempunyai autisme.
Arif berpegang yang ibu bapa adalah satu keutamaan, tanpa mengira sejauh mana anak itu membina kehidupan dan keluarga sendiri.

Meskipun laman Facebooknya semakin mendapat perhatian, Arif berkata dia belum menjana apa-apa pendapatan daripada populariti komiknya.

Tetapi bermula tahun lalu, dia berjinak-jinak menghasilkan barangan seperti baju T, kalendar dan sampul raya bermotifkan komiknya, itu pun setelah mendapat permintaan daripada pembaca.

Ditanya apakah dia tidak bercadang mengumpulkan karyanya dalam bentuk buku, kata Arif, memang ramai pengikut yang meminta berbuat demikian.

Cuma dia berdepan kesukaran mendapatkan versi asal karya lama kerana dua telefon pintar lamanya sudah rosak. Komik yang dimuat naik di Facebook memiliki kualiti gambar lebih rendah dan maka tidak sesuai untuk diterbitkan sebagai buku.

Menjelang Aidilfitri tak lama lagi, Arif berkata seperti tahun-tahun sebelumnya, dia sudah menyiapkan karya sempena sambutan itu dan menunggu masa yang sesuai untuk menyiarkannya.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldRephraseRephrase current sentenceEdit in Ginger×Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldRephraseRephrase current sentenceEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/05/ilham-dari-atas-motor-arif-buat-pembaca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Atas Motor Je Tapi Tetap Bahagia Tular Ayah Mithali Layan Anaknya Main Oh Som

Atas Motor Je Tapi Tetap Bahagia Tular Ayah Mithali Layan Anaknya Main Oh Som

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 230 hits
Kata orang anak perempuan sememangnya manja dengan ayahnya Bagi anak perempuan si ayahlah hero pertama dalam hatinya Ayah pula memang suka melayan kerenah anak perempuan yang dianggap puteri dalam keluarga Nak menang akaun SSPN Lumayan Klik...
Kes Curi Motor Remaja Sorok Atas Bumbung Seharian Minum Air Dari Tangki

Kes Curi Motor Remaja Sorok Atas Bumbung Seharian Minum Air Dari Tangki

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 237 hits
178 total views 178 views today Surabaya Seorang remaja dari Madura sanggup bersembunyi seharian di atas bumbung rumah dan berlapar bagi mengelak dirinya dicekup polis Remaja itu diburu kerana menjadi seorang daripada tiga suspek kes curi m...
Demi Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Bapa Pemilik Butik Ini Dapat Kebenaran Rentas Negeri

Demi Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Bapa Pemilik Butik Ini Dapat Kebenaran Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 443 hits
Seperti yang kita tahu rakyat Malaysia masih belum dibenarkan untuk merentas negeri akibat penularan wabak COVID 19 Namun pemilik butik fesyen bernama Leeyanarahman telah memuatnaik satu video yang memaparkan tindakan beliau merentas negeri...
Video Tak Dapat Balik Kampung Gadis Sebak Jumpa Ibu Bapa Di Sempadan Negeri

Video Tak Dapat Balik Kampung Gadis Sebak Jumpa Ibu Bapa Di Sempadan Negeri

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 330 hits
Sehingga ke hari ini kebenaran merentas negeri masih tidak dibenarkan di seluruh negara kita Pastinya setiap warga Malaysia masih menanti pengumuman daripada pihak kerajaan bagi membenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung menjenguk ...
Ibu Bapa Pihak Sekolah Mungkin Dikenakan Kompaun Jika Wujud Kluster Baharu Covid 19 Di Sekolah

Ibu Bapa Pihak Sekolah Mungkin Dikenakan Kompaun Jika Wujud Kluster Baharu Covid 19 Di Sekolah

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 232 hits
Kompaun mungkin akan dikenakan pada pihak sekolah jika sekolah terpaksa ditutup kerana wujud kluster baharu Covid 19 akibat pengabaian SOP yang ditetapkan pihak berkuasa Baca Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abdul Jalil Hassan tindakan...
Lebih Suka Memendam Rasa Ini Perlakuan Ibu Bapa Yang Tidak Mahu Bimbangkan Anak Mereka

Lebih Suka Memendam Rasa Ini Perlakuan Ibu Bapa Yang Tidak Mahu Bimbangkan Anak Mereka

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 379 hits
Semasa kecil ibu bapa merupakan segalanya bagi kita namun bila meningkat dewasa dan sibuk dengan bekerja serta mempunyai keluarga sendiri kita kadang kala terlupa ibu bapa turut mahukan perhatian daripada kita Tambahan pula apabila halangan...
Mufti Perlis Perli Golongan Kayangan Ziarah Ibu Bapa Lebih Perlu Dari Penuhi Undangan Artis

Mufti Perlis Perli Golongan Kayangan Ziarah Ibu Bapa Lebih Perlu Dari Penuhi Undangan Artis

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 247 hits
Malaysiakini Ketika rakyat kian mempertikaikan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin secara bersahaja membidas pihak yang didakwa melanggar prosedur operasi standard Ia ...
Sayang Ibu Bapa Jangan Balik Raya

Sayang Ibu Bapa Jangan Balik Raya

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 331 hits
Tidak patut kita marah marah dan kecam Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan keputusan kerajaan tidak membenarkan rentas negeri untuk tujuan sambutan Aidilfitri Ismail Sabri selaku jurucakap kerajaan berk...
Jadi Gelandangan Selepas Ibu Bapa Meninggal Akibat Covid 19

Jadi Gelandangan Selepas Ibu Bapa Meninggal Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 242 hits
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB Kanak kanak lelaki yang dibantu yang menjadi gelandangan selepas kematian ibu bapanya akibat Covid 19 KLANG Seorang kanak kanak lelaki berusia 12 tahun yang menjadi gelandangan di Bukit Raja di sini selepas ibu bapany...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri