Ikut 15 Tips Penting Ini Bagi Yang Baru Belajar Nak Buat Kek


Ikut 15 Tips Penting Ini Bagi Yang Baru Belajar Nak Buat Kek || Salam semua, dalam draft ni sebenarnya banyak lagi yang tak diedit, ternampak la entri ini yang dah lama sangat dalam draft, sebenarnya ambil di facebook dan ingat nak edit balik sebab banyak perkataan shortform yang digunakan. Sekarang ini, nak tulis dalam Bahasa Melayu tak nak main perkataan pendek dah takut pembaca tak faham. :)


Kita rasa macam penting sangat ilmu nak buat kek ini, jadi kita kongsikan di sini ya. Kena rajin membaca sikit. Ramai lagi beginner kat luar sana yang masih menagih ilmu nak belajar buat kek. Ingat ilmu baking ni mudah ke nak buat, tak ada ilmu jangan harap kata jadi okay. Kalau kebetulan jadi tu Alhamdulillah, kalau yang jenis asyik fail, ada la tu yang tak kena.

Yang penting ilmu kena cari walaupun, korang dok ceruk dapur sekalipun. Ingat masak - masak tak pakai ilmu ke. hii. Kita pun baca balik sebab lama sangat dah tak praktis terutamanya buat kek chiffon, lama dah tak buat kek chiffon takut hilang skill. huu

Kek yang tak jadi, boleh jadi inspirasi nak buat lagi dan lagi. Dan kek yang tak jadi juga kita boleh tengok apa punca kek selalu fail. Gitu kan, macam eksperimen kan. biasalah kalau tempat kerja pakai lab coat masuk dapur kita pakai apron :D.

Diharap, petikan soal jawab ini dapat membantu menjawab kemusykilan kawan - kawan yang menghadapi masalah yang sama seperti yang diutarakan.



1. Mengapa Kek Lembab Di Tengah 


Soalan:
Apabila saya membuat kek suatu ketika dulu kek tu masak tapi dia lembap di tengah ada kesan minyak semacam tidak cukup masak, tolong beritau apakah sebabnya?

Jawapan:
Mungkin suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek. Kek yg lembab di tengah menunjukkan sukatan mentega terlampau banyak atau anda telah membiarkan mentega terlalu lama di luar (ia menjadi cair sedikit).


Tambah 3-4 camca besar tepung naik sendiri, insyaAllah kek akan kembang elok. Jika permukaan kek menjadi keperangan terlalu cepat, tutup longgar dengan kertas timah (aluminium foil) sehingga kek masak.

Pastikan guna api atas dan bawah hanya jika anda memasang “kipas” pada dinding belakang oven. Jika tiada kipas, memadai menggunakan api bawah saja, suhu 190 C.
 


2. Kelajuan Memukul Telur 


Soalan:
Sebenarnya kurang pasti apakah kelajuan yang sebenarnya untuk memukul telur, mentega, gula dan sebagainya untuk membuat biskut dan kek.

Yang saya tahu tepung tidak boleh dipukul laju. Walaupun kek saya menjadi tetapi ia tidak naik sepenuhnya. Harap puan boleh membantu saya.

Jawapan:
Untuk membuat biskut, memadai dengan memukul perlahan hingga sebati. Tidak perlu menggunakan mesin kecuali ingin menyediakan dalam kuantiti yang banyak.


Manakala untuk kek pula, pasti ia dipukul perlahan hingga sebati kemudian dipukul tahap sederhana selama 3-4 min sebelum diputar maksima selama 6-7 min atau hingga adunan kelihatan gebu dan ringan.
Jika mesin jenis berkuasa, tidak mengambil masa terlalu lama. Jika jenis hand mixer, anda perlu memastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji.


Baru dimasukkan sebiji demi sebiji telur. Pastikan adunan dipukul rata setelah memasukkan telur setiap kali. Bila masukkan tepung, memadai perlahan saja, bubuh berselang-seli dengan cecair (susu, jus dan lain - lain ).
 


3. Kenapa Kek Saya Tenggelam ? 


Soalan:
Saya ada membuat kek mengikut resepi yang diberikan dan langkah-langkahnya tetapi kek saya biasanya naik dan kemudian tenggelam di tengah, mengapa?

Jawapan:
Mungkin disebabkan:
(1) suhu ketuhar terlalu tinggi
(2) gula dan mentega tidak cukup gebu
(3) kek belum cukup masak/masa membakar terlalu pendek
(4) kedudukan rak iaitu sebaik-baiknya, tin kek di bahagian tengah ketuhar
(5) terlebih penggunaan serbuk penaik



4. Mengapa Kek Merekah ? 
Soalan:
Kenapa kek coklat  yang saya buat selalu merekah dah keras dan kadang - kadang hangus di bahagian atas? Suhu yang saya letak 180 C selama lebih kurang sejam.

Jawapan:
Mungkin oven anda ada elemen pemanas di sebelah atas, itulah sebabnya ia mudah hangus. Sudah berapa lama anda gunakan oven itu?

Mungkin suhunya tidak begitu tepat lagi. Cuba kurangkan ke 170 C dan lihat hasilnya. Untuk mengelak bahagian atas hangus, tutup longgar dengan foil setelah 20 min kek dimasukkan ke dalam oven. (Letak foil atas tin, tak perlu mengemaskan bahagian tepinya).


5. Persoalan Kek Yang Sering Hangus ?


Soalan:
Apabila saya membakar kek menggunakan microwave convection oven (Panasonic), seringkali kek saya hangus di bahagian tepi manakala bahagian tengahnya belum masak lagi.

Sementara menunggu bahagian tengahnya masak, kek tersebut telah merekah di bahagian tengahnya dan mengambil masa yang lama untuk masak. Adakah kerana acuan yang tidak cukup besar (kek melimpah) ataupun suhu yang terlalu tinggi?

Jawapan:
Adakah anda menggunakan bekas empat segi atau bulat? Jika dalam bekas empat segi, anda perlu membungkus keempat-empat penjuru bekas dengan kepingan kecil aluminium foil (bungkus kemas, bahagian berkilat di sebelah dalam).

Ini akan menghalang penjuru kek dari hangus. Seelok-eloknya, gunakan acuan yang besar supaya kek cepat masak dan kek itu seharusnya setebal kira-kira 5-6 cm sahaja. Cuba dengan suhu 170 C, okey?


6. Persoalan Kek Yang Dikukus Berlubang Di Tengah? 

Soalan:
Saya telah mencuba untuk membuat kek kukus buah-buahan, tapi tiap kali selesai kek nya akan termasuk menjadi seperti lubang dibahagian tengah. Bolehkah beritahu di mana silapnya dan kalau boleh berikan saya resepi yang betul.

Jawapan:
Kek kukus puan berlubang di tengahnya mungkin kerana tepungnya tidak mencukupi. Pastikan juga puan menambah air kukusan dengan air panas.

Jika air sejuk, perubahan suhu akan menyebabkan kek itu tidak naik dengan elok. Kek jenis ini selalunya lebih keras sedikit adunannya daripada kek biasa yang dibakar di dalam ketuhar.

7. Mengapa Kek "jatuh" ? 

Soalan:
Saya ada membelikan resepi Kek Kukus Buah baru-baru ini. Kerap kali terjadi apabila saya membakar kek coklat, pada awal pembakaran kek naik tinggi tetapi apabila sudah masak kek akan turun menjunam dan permukaan atasnya akan kelihatan hodoh. kenapa


Jawapan:
Banyak faktor yang menyebabkan kek ‘jatuh’. Contohnya, kekurangan tepung, terlebih gula atau suhu ketuhar terlalu tinggi.

Suhu tinggi juga membuat permukaan kek tidak rata. Jika kandungan serbuk penaik agak berlebihan, kek memang akan kembang semasa panas tetapi mengecut bila mulai sejuk.

Saya tidak pasti sama ada kek coklat yang puan buat, gunakan air/susu kerana melalui pengalaman saya, permukaan kek jenis ini selalunya memang tidak rata.

Ia ada kena mengena dengan kelembapan kandungan kek tersebut. Jika permukaannya tidak cantik dan hendak menghiasnya, potong bahagian yang tidak cantik itu (ratakan permukaan) dan terbalikkan kek. Lazimnya, ia akan dihias di bahagian bawahnya yang lebih rata.




8. Apakah gunanya ovallete dalam adunan kek?


Ovalette akan memberikan tekstur yang halus pada kek terutama kek span yang menggunakan cecair (air atau jus buah-buahan atau susu cair).

Antara jenama lain yang biasa bagi menggantikannya ialah Quick 75 dan jilk (yang lebih kuat dari segi reaksi dengan bahan-bahan kek yang lain).
 
Apakah bahan yang boleh menggantikan ovalette apabila membuat kek supaya lebih gebu?


Jika tidak mahu menggunakan ovalette, pastikan anda memukul telur dan gula hingga kembang dan ringan (bila membuat kek span).

Untuk kek yg memerlukan anda memukul mentega dan gula, tidak perlu memasukkan ovalette, sebenarnya. Anda boleh cuba cara ini: asingkan kuning dan putih telur. Masukkan kuning ke dalam adunan (seperti biasa).

Manakala putih telur dipukul dengan sedikit garam atau setengah sudu jus limau nipis(menggantikan krim tartar) hingga kental. Kemudian kaup balikkan perlahan-lahan ke dalam adunan mentega sebelum dibakar.



9. Berapa lama masa yang sesuai untuk memukul butter+gula, telur  seterusnya tepung?


Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur sedikit. Ini bergantung pada kelajuan mesin pemutar letrik yang anda gunakan.

Selalunya, mula memukul pada tahan perlahan. Berhenti dan pastikan bahan-bahan di tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula.

Kemudian putar kelajuan maksimum selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi 3 minit. Ulang sekali lagi dan putar lagi. Bila adunan nampak ringan (pucat sedikit warnanya), baru dimasukkan sebiji telur, pukul 2 minit, tambah telur sebiji lagi, pukul dan buat hingga habis.


Gunakan senduk kayu untuk memasukkan tepung (bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan satu bahagian pada satu masa.)


10. Apakah perbezaan telur gred A dan gred B?


Telur Gred A lebih besar dari Gred B. Sukatannya tidak ketara jika adunannya sedikit saja atau ketika menggunakan kuningnya saja.

Apakah perbezaan kesan penggunaan telur ayam kampung dalam adunan kek? Telur kuning di dalam telur ayam kampung lebih terang warnanya.

Telur ayam kampung selalunya agak kecil dibandingkan dengan telur Gred A, jadi, mungkin anda mesti menambah bilangan telur bila membuat kek.

Secara amnya, sebiji telur Gred B, selepas dipukul, anggaran 60 ml (1/4 cawan = 63 ml) atau 4 camca besar (1 camb = 15 ml).


11. Saya tidak faham bagaimana cara untuk membalik kaup kek.


Cara ‘kaup-balik’ kek lazimnya menggunakan senduk kayu. Pegang senduk dengan kemas dan pada satu arah saja kerana ia tidak boleh dipusing-pusingkan ketika melakukan proses ini.

Jika hendak ‘kaup-balik’ putih telur ke dalam adunan kek, masukkan 1/4 bahagian terlebih dulu. Buatkan bentuk angka ’8′ yang ‘agak leper’ sambil menyatukan putih telur (atau tepung) ke dalam adunan.

Jangan gangkat senduk terlalu tinggi atau memutar adunan (bentuk bulat). Sebaik-baiknya, perhatikan cara seorang chef melakukannya kerana ia amat mudah jika dilihat sendiri (secara praktikal dan/atau di TV).


 
12. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘jadikan meringue’/kaup balik ?


Untuk membuat ‘meringue’, pastikan pemutar letrik & mangkuk bebas dari minyak (bilas dengan air panas & lap dengan kain bersih).

Pukul putih telur (pastikan tiada langsung sedikit kuningnya yg masuk sekali) pada kelajuan sederhana sambil dimasukkan sedikit demi sedikit gula (1 sudu besar sekali masuk).

Bila semua gula habis dimasukkan, barulah diputar pada kelajuan maksimum hingga adunan putih telur kental. (Bila terbalikkan mangkuk, tidak tumpah). Kaupbalikkan perlahan-lahan ke dalam adunan kek keju supaya kek nanti ringan.


Kalau guna teknik masuk telur satu persatu ke dlm adunan, cuma pukul sampai agak rata dan kelajuan perlahan sahaja.

Terover beat telur, maka akan terjadilah kejadian adunan akan nampak mcm berair. Tapi, kadang - kadang  bergantung juga kepada saiz telur.

Telur gred A memang banyak kandungan putih telur. Telur gred B memang biasanya orang gunakan sebab seimbang.

Kalau ada masa, boleh cuba resipi yang sama tapi menggunakan saiz telur yang berlainan. Hasil dan tekstur kek ada sikit berbeza..Begitu juga jika guna telur yang segar dan tidak segar.

Kalau guna teknik asingkan telur kuning dan telur putih pula. Kuning telur kena masuk satu persatu ke dalam adunan dengan kelajuan slow (1).

Sementara putih telur pula, dipukul sampai kembang hingga diterbalikkan tak jatuh dalam bekas ygang bersih. Kemudian, barulah masukkan ke dalam adunan kek.

2- Teknik asas ini memang diguna pakai jika kek menggunakan telur.  Terpulang kita nak mengolahnya macam mana.



13. Bagaimana hendak membuat kek chiffon supaya tidak turun?


‘Kek Chiffon’  “turun” kerana putih telur tidak dipukul hingga cukup kerasnya. Semasa kaup balik ke dalam adunan, pastikan ketulan putih telur masih kelihatan dan tidak mencampurkan hingga sebati semuanya. Bila telah masak, terbalikkan dan biar kek keluar dengan sendiri.

Kek Chiffon sangat sensitif kerana anda perlu memastikan putih telur naik kental supaya kek tidak turun.

Ini bermakna, mangkuk dan pemutar letrik mesti bebas dari sebarang minyak dll. Bilas dengan air panas dan lap dengan tuala bersih.

Masukkan kek ke dalam oven sebaik saja selesai dibuat. Jika dibiarkan di luar ‘menunggu’ selama 5 min pun, putih telur akan “mendap” dan kek akan berat.

Sebaik saja masak, ia mesti diterbalikkan supaya bahagian tengahnya tidak turun. Bila sejuk baru dikeluarkan dari tinnya. Jika inginkan perasa oren, tambah 1 sudu teh parutan kulit oren dan jus oren yang sama banyak dengan jus pandan.


14. Apa akan terjadi pada kek sekiranya kita mengantikan mentega dengan marjerin?


Bezanya, kek yang menggunakan mentega (terutama yang kandungan krim susunya tinggi – lebih mahal), lebih enak kerana tekstur kek itu akan lebih halus.

Tetapi harus diingat, jika mentega dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik, ia akan berminyak dan hasil kek tidak enak. Kek yang menggunakan marjerin tidak begitu wangi seperti kek mentega.

Ia juga tidak ‘selemak’ kek mentega. Jika anda memilih marjerin (timbang kilo) atau ‘kurang berjenama’, rasa kek juga tidak enak. Kebanyakan marjerin begitu sukar sebati dengan gula kastor dan hasilnya, adunan tidak kembang elok.


15. Berapakah sukatan tepung gandum dan baking powder yang tepat untuk menggantikan tepung naik sendiri.?


Untuk menggantikan tepung naik sendiri, tambah 1 sudu teh (gunakan sudu khas) dengan 250 g tepung gandum.


Sumber : sini

Baca sini >>> 2 petua cepat untuk empukkan ubi kentang dalam masakan
Baca sini >>> Tips untuk menghilangkan getah nangka
Baca sini >>> 10 tips untuk pilih durian yang berkualiti dan sedap




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/07/ikut-15-tips-penting-ini-bagi-yang-baru-belajar-nak-buat-kek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Merangkak Sesekali Ibu Ayah Boleh Ikut Sama Barulah Si Kecil Cepat Belajar

Anak Merangkak Sesekali Ibu Ayah Boleh Ikut Sama Barulah Si Kecil Cepat Belajar

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 478 hits
Pernah tak main merangkak sama sama dengan anak Ibu bapa tahu tak aktiviti ni bagus untuk koordinasi badan motor kasar dan konsentrasi anak Bila buat aktiviti ni semua anggota badan digunakan serentak dan ia dapat menguatkan kaki dan tangan...
Tips Mengelola Keuangan Bagi Pengantin Baru

Tips Mengelola Keuangan Bagi Pengantin Baru

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 275 hits
Mengatur keuangan dengan baik merupakan hal yang krusial dan penting bagi pasangan yang hendak menikah dan memulai kehidupan berkeluarga Dengan mengatur keuangan secara bijak untuk setiap porsi calon pengantin maupun keluarga baru dapat men...
Mengetahui Tips Penting Seorang Pelaku Usaha Ahli Jualan

Mengetahui Tips Penting Seorang Pelaku Usaha Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 320 hits
Sekarang kami akan jelaskan mengenai Reseller merupakan pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya penghasilan tam...
Syafiq Dibelasah Dari Jam 1 Hingga 5 Petang Ibu Saudara Dakwa Mangsa Dibelasah Kerana Tak Nak Ikut Ponteng Sekolah

Syafiq Dibelasah Dari Jam 1 Hingga 5 Petang Ibu Saudara Dakwa Mangsa Dibelasah Kerana Tak Nak Ikut Ponteng Sekolah

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 435 hits
Susulan kes pelajar lelaki dibuli lima suspek ibu saudara kepada mangsa tampil berkongsi kronologi kejadian yang menyebabkan anak saudaranya itu kini mengalami trauma Menurut Myza Jalil anak saudaranya Syafiq dibelasah lima suspek hanya ker...
Nak Ikut Nabi Musa Atau Nak Ikut Firaun Perbandingan Yang Mengelirukan

Nak Ikut Nabi Musa Atau Nak Ikut Firaun Perbandingan Yang Mengelirukan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 589 hits
Tentu ramai yang dah kenal Ustaz Abdul Somad Penceramah dari Indonesia yang digemari ramai sekarang samada di Indonesia mahupun di Malaysia Saya tak pernah dengar ceramah Ustaz Abdul Somad ini Tapi saya kenal rupa parasnya yang biasa biasa ...
Baru Nak Joget Sama Suami Dah Sampai Gelagat Lucu Keluarga Ini Usik Hati Netizen

Baru Nak Joget Sama Suami Dah Sampai Gelagat Lucu Keluarga Ini Usik Hati Netizen

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 363 hits
Apabila ada sahaja majlis keramaian seperti kenduri kahwin dan majlis makan malam sudah pasti ia dijadikan peluang untuk seluruh ahli keluarga untuk meluangkan masa bersama Lazimnya setiap keluarga besar sudah pasti akan ada seorang dua yan...
Boleh Nak Jadi Anak Mak Tapi Suami Kena Adil Baru Isteri Boleh Cool

Boleh Nak Jadi Anak Mak Tapi Suami Kena Adil Baru Isteri Boleh Cool

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 640 hits
Suami seorang anak emak adalah pilihan yang tepat Apabila dia menjaga ibunya bermakna dia boleh menjaga isteri dengan baik Namun dalam keadaan tertentu ada jika tidak ditangani dengan baik boleh membawa masalah dalam perhubungan Lelaki anak...
Hiburan Dah Dengar Kita Menang Baru Konon Nak Bagi Kerjasama Aishah Sindir Sinis Jihan Muse

Hiburan Dah Dengar Kita Menang Baru Konon Nak Bagi Kerjasama Aishah Sindir Sinis Jihan Muse

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 326 hits
Kontroversi penyanyi lagenda Aishah yang tidak berpuas hati dengan hadiah rantai berlian didakwa palsu tajaan Datuk Seri Vida sebagai hadiah kemenangan dalam sebuah program realiti sudah pun berakhir Menerusi akaun Instagram Aishah dia ada ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord