Iktibar Perang Uhud




oleh Mohd Rizal Azman Rifin
Apabila berkunjung ke Makkah dan Madinah sama ada untuk laksanakan haji ataupun umrah, kunjungan ke perlembahan Bukit Uhud pasti menjadi lokasi ‘wajib ziarah.’
Terasa amat rugi andainya pengunjung terlepas peluang untuk berziarah ke sana yang terletak tidak jauh dari kota Madinah al-Munawarrah.
Apa yang menariknya di sekitar Bukit Uhud itu sehingga ribuan jemaah haji dan umrah mengunjunginya?
“Pastinya, tidak lain, Bukit Uhud adalah simbol kepada siri peperangan yang dilalui Rasulullah SAW bersama sahabat baginda dahulu demi menegakkan ajaran agama Islam,” kongsi Mohd Rizal Azman Rifin tatkala menceritakan pengalamannya kepada wartawan, Muhammad Saufi Hassan, baru-baru ini.
Sebaik berakhir perang sulung dalam Islam ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah iaitu Perang Badar, masyarakat kafir Quraisy Makkah menaruh dendam untuk kembali bagi menghancurkan Islam di Madinah.
“Saya bersyukur kerana menjadi seorang daripada pengunjung yang diizinkan Allah SWT untuk menjejakkan kaki ke Bukit Uhud.
Secara tidak langsung, saya dapat merasai serba sedikit pengorbanan Nabi Muhammad SAW bersama sahabat baginda dalam memperjuangkan syiar Islam biarpun ada dalam kalangan sahabat yang syahid.
Ketika belajar di sekolah menengah dulu, saya hanya menghayati sirah Perang Uhud secara harafiah dan teks semata-mata.
Bagaimanapun, jauh di sudut hati, saya mahu menginjakkan kaki di kawasan berkenaan bagi meninjau dan merasai sendiri bagaimana perit Baginda dan sahabat dalam mempertahankan kesucian Islam.
Alhamdulillah, melalui pakej umrah Jad Travel yang saya sekeluarga sertai baru-baru ini, ia memberi peluang kepada saya untuk berkunjung ke lokasi impian ini.
Sebaik kami tiba di kawasan perlembahan kaki Bukit Uhud, hati saya tiba-tiba menjadi begitu sayu tatkala mutawif Jad Travel iaitu Ustaz Badrul Hakimi memulakan kisah Perang Uhud dengan meminta jemaah membaca surah al-Fatihah untuk disedekah kepada syuhada yang syahid di medan tempur Uhud.
Selepas itu, terlintas nama Saidina Hamzah bin Abu Talib yang digelar Rasulullah sebagai ‘Assadullah’ atau ‘Singa Allah’.
Malah, beliau juga terkenal dengan gelaran ‘Assadul Jannah’ atau Singa Syurga.
Namun gelaran paling popular yang sering diulang sebut oleh Rasulullah pada dirinya ialah sebagai ‘Penghulu Para Syuhada’.
Gelaran itu disebut sendiri oleh Rasulullah apabila Saidina Hamzah gugur dalam Perang Uhud itu.
Sesekali air mata tanpa disedari mengalir perlahan tatkala Badrul asyik dengan penceritaannya.
Ingatan saya nyata lebih banyak terarah kepada kisah Saidina Hamzah yang gugur syahid itu.
Selesai mutawif menceritakan secara ringkas kisah Perang Uhud, kami berkesempatan melihat persekitaran kawasan lembah kaki Bukit Uhud.
Malah, saya juga sampai ke puncak satu daripada anak bukit Jabbal Rumat yang Rasulullah tempatkan kumpulan 50 pemanah.
Dalam sejarah, dinyatakan dengan jelas bahawa 40 orang daripada kumpulan pemanah itu turut turun ke kawasan lembah bukit bagi sama-sama meraih harta tinggalan tentera musuh.
Ini bertentangan dengan apa yang diperintahkan Rasulullah sebelum tercetusnya perang supaya kumpulan itu tidak sesekali meninggalkan kawasan puncak bukit itu.
Kumpulan pemanah yang dipimpin Abdullah bin Jubair itu adalah ‘senjata rahsia’ yang digarap Rasulullah dalam usaha menggempur kekuatan pasukan musuh.
Senjata rahsia itu pada peringkat awalnya menunjukkan keberkesanan yang jitu. Bagaimanapun, akibat kecuaian dan ‘terlupa’ pada pesanan Rasulullah, tentera Islam kemudian kembali berada dalam kekalutan yang memeritkan.
Perang Uhud ini turut memberikan banyak pengajaran seperti sekuat manapun strategi yang diatur, seandainya kepatuhan ahli pasukan tidak kental, maka ia akan membawa musibah besar.
Patuh kepada pemimpin adalah pengajaran utama kepada kita apabila berada di persekitaran Bukit Uhud.
Kini, selepas lebih 1,400 tahun Perang Uhud berlalu, masyarakat Islam dari seluruh penjuru alam kembali untuk berziarah bagi mengenang kembali apa yang pernah dilalui Rasulullah bersama sahabatnya.
Kami turut tidak melepaskan peluang untuk berada di pinggiran sisi perkuburan syuhada Perang Uhud yang terletak di bawah kaki Bukit Uhud.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/17/iktibar-perang-uhud/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ma Ruf Amin Perang As Dan Iran Sangat Merugikan Tidak Ada Yang Diuntungkan

Ma Ruf Amin Perang As Dan Iran Sangat Merugikan Tidak Ada Yang Diuntungkan

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 261 hits
Wakil Presiden Ma ruf Amin berharap ketegangan Iran dan Amerika Serikat segera mendapatkan solusi terbaik Sebab jika terjadi peperangan tidak ada yang diuntungkan satu sama lain
Video Iran Serang Pangkalan Tentera As Perang Dunia Ke 3 Bermula

Video Iran Serang Pangkalan Tentera As Perang Dunia Ke 3 Bermula

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 604 hits
Akhirnya IRAN melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan udara di Iraq yang menempatkan tentera Amerika Syarikat pada jam 3 pagi Selasa waktu tempatan dan antara yang menjadi sasaran ialah pangkalan udara Al Asad di bar...
Siapa Yang Menang Jika As Dan Iran Jadi Perang

Siapa Yang Menang Jika As Dan Iran Jadi Perang

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 546 hits
Jakarta CNBC Indonesia Di tengah meningkatnya ketegangan yang sedang berlangsung antara Amerika Serikat dengan Iran ada banyak pertanyaan tentang siapa yang akan menang jika pertempuran benar benar terjadi Namun menurut para ahli pemenangny...
Lepas Kapal Perang Indonesia Hantar 4 Jet Pejuang Menghadap China Di Kepulauan Natuna

Lepas Kapal Perang Indonesia Hantar 4 Jet Pejuang Menghadap China Di Kepulauan Natuna

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 517 hits
Angkatan udara Indonesia mengerahkan empat jet pejuang ke Laut China Selatan susulan pertikaian dengan China selepas negara itu membantah pelanggaran China terhadap zon ekonomi eksklusifnya Pertikaian bermula pertengahan Disember lalu selep...
Siap Perang Amerika Serikat Larang Maskapai Penerbangan Melintasi Iran Dan Irak

Siap Perang Amerika Serikat Larang Maskapai Penerbangan Melintasi Iran Dan Irak

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 211 hits
Administrasi Penerbangan Federal Amerika Serikat melarang maskapai penerbangan untuk melintasi wilayah udara Irak dan Iran
Perang Iran As Ini Dampak Negatifnya Ke Indonesia

Perang Iran As Ini Dampak Negatifnya Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 208 hits
Iran telah melancarkan serangan ke pangkalan udara Amerika Serikat di Irak Rabu Perang antara Iran AS akan memberikan dampak ke Indonesia khususnya pada bidang ekonomi
Perang Dah Mula Masa Makin Suntuk Komuniti Dunia Suarakan Kebimbangan World War 3 Mungkin Tercetus

Perang Dah Mula Masa Makin Suntuk Komuniti Dunia Suarakan Kebimbangan World War 3 Mungkin Tercetus

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 255 hits
Ekoran situasi tegang antara Amerika Syarikat dan Iran selepas pembunuhan komander tertinggi Iran satu serangan peluru berpandu ke atas pangkapalan tentera yang menempatkan tentera AS di Iraq telah dilancarkan Berita mengenai serangan terse...
Perang Orang Kaya Darah Orang Miskin Warga Dunia Kecam As Seru Peperangan Dihentikan

Perang Orang Kaya Darah Orang Miskin Warga Dunia Kecam As Seru Peperangan Dihentikan

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 226 hits
Krisis antara kuasa besar Iran dan Amerika Syarikat menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk dunia Bahkan sekutu AS dan negara negara Arab turut mengambil jalan berkecuali dari terlibat dalam ketegangan itu Tanda pagar IranvsUSA trendi...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It