Ikon Celik Al Quran



AMAL kebajikan tidak akan terhenti walaupun saat dunia dilanda pelbagai ancaman. Tidak kiralah sama ada ancaman perang fizikal mahupun berperang dengan musuh yang tidak dapat dilihat seperti pandemik Covid-19.
Bagi pasangan penyanyi duo adik-beradik, Heliza dan Hazwani Helmi, kedua-duanya tidak pernah berhenti daripada terus melakukan kerja amal untuk manfaat orang di sekeliling mereka.
Jika sebelum ini, nama dua beradik ini cukup serasi dengan pelbagai misi kemanusiaan di dalam dan luar negara, kini disebabkan beberapa kekangan, mereka hanya dapat melakukan misi kemanusiaan di dalam negara.
“Sepatutnya menjelang Aidiladha kami akan melakukan ibadat korban di Bangladesh dan Afrika selain Malaysia. Bagaimanapun, disebabkan krisis Covid-19 yang melanda dunia, kami tak dapat pergi ke negara itu,” kata Heliza.
Bercerita mengenai ibadat korban dan misi kemanusiaan, Heliza juga berkongsi pengalamannya menyembelih kambing.
“Sebelum ini, kami pernah ke Afrika dan berpeluang melakukan sendiri proses menyembelih kambing. Masya-Allah, itu adalah pengalaman berharga dan tak sangka dapat peluang itu,” katanya.
Hazwani pula menambah, walaupun saiz kambing tidak sebesar lembu, ia masih memerlukan banyak kudrat.
“Kalau nak sembelih lembu, lagi banyak tenaga diperlukan. Jadi, kami sembelih kambing saja dahulu,” katanya.
Selain itu, Heliza dan Hazwani juga kini sedang menantikan makluman daripada badan bukan kerajaan yang disertai mereka mengenai misi kemanusiaan ke Syria.
“Kami masih menantikan maklumat daripada mereka buat masa sekarang. Mungkin kerana krisis yang melanda dunia, banyak aspek perlu dipertimbangkan. Selain itu, kami juga baru pulang dari Pahang dan melihat sendiri keadaan lembu yang akan dikorbankan,” katanya.
Selain itu, dua beradik ini juga kini diangkat ikon program Jom Celik Al-Quran, hasil kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan Istitut Pengajian Al-Quran (IPaQ).
“Kemampuan membaca al-Quran saya masih pada tahap yang lemah dan merangkak. Jadi, saya berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan pembelajaran saya untuk belajar al-Quran.
“Nak dijadikan cerita, saya dihubungi seorang ikon program ini iaitu Ustaz Rushdi Al-Jauhari dan dia menerangkan mengenai sistem pembelajaran dalam program Jom Celik Al-Quran ini.
“Jadi, saya dan Hazwani tak mahu sekadar kami saja yang belajar dan ingin kongsikan ilmu ini dengan semua orang,” kata Heliza.
Bagi Hazwani, ini adalah satu inisiatif yang sangat bagus yang dilakukan oleh pihak MAIWP.
BERSAMA rakan artis yang turut terpilih sebagai ikon Program Celik Al-Quran. “Inisiatif ini adalah satu perkara yang patut diberikan pujian kerana manfaatnya akan berlaku secara menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat. Lihat saja barisan ikon yang terdiri daripada pelbagai latar belakang,” katanya.
Ditanya mengenai tugasan mereka sebagai ikon untuk kategori generasi muda, Heliza dan Hazwani akan menggunakan platform media sosial sebagai wadah untuk berkongsi ilmu al-Quran.
“Kita gunakan platform media sosial dengan sebaik mungkin. Kalau kita lihat, zaman sekarang wujud pelbagai trend yang boleh dikatakan sangat maju. Jadi, proses pembelajaran al-Quran juga haruslah maju dan kalau boleh mendahului,” kata Heliza.
Menurutnya, proses pembelajaran al-Quran juga mungkin boleh menarik minat golongan muda terutama kanak-kanak sekiranya ia dicorak dalam bentuk lagu.
“Contohnya, di sekolah dahulu mata pelajaran Kimia memerlukan kita untuk hafal banyak fakta. Jadi, apabila dijadikan dalam bentuk lagu, ia mudah diterima dan dihafal.
“Begitu juga dengan cara belajar al-Quran. Sekiranya ia dilagukan, mungkin akan lebih mudah dan pada masa sama dapat menarik perhatian generasi muda dan kanak-kanak,” katanya.
Bergelar ikon untuk program ini tidak menjadikan kedua-dua penyanyi ini rasa terbeban, sebaliknya menganggap ia sebagai tambahan rohani untuk diri mereka.
“Allah akan mudahkan urusan kita apabila peruntukan waktu untuk al-Quran,” kata Heliza.
Hazwani pula mengajak masyarakat supaya sentiasa menjadikan al-Quran sebagai satu kepentingan dalam hidup.
“Jadikan al-Quran itu seperti oksigen untuk kita kita sentiasa memerlukannya,” katanya.
Selain Heliza dan Hazwani, program Jom Celik Al-Quran turut membariskan ikon lain iaitu Ustaz Rushdi Al-Jauhari, Adam Corrie Lee, Lisdawati dan Zila Bakarin.
H Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2020/07/ikon-celik-al-quran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalan Dan Doa Murah Rezeki Dan Bebas Hutang Daripada Al Quran Dan Hadith

Amalan Dan Doa Murah Rezeki Dan Bebas Hutang Daripada Al Quran Dan Hadith

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 651 hits
Rezeki yang kita miliki adalah pemberian daripada Allah s w t Setiap manusia diberi pelbagai rezeki yag berbeza Ada antara kita mendapat rezeki kesenangan wang ringgit rezeki anak anak yang solehah dan solehah rezeki kesihatan dan lain lain...
Api Di Bawah Lautan Menjadi Bukti Kebenaran Al Quran Dan Hadits

Api Di Bawah Lautan Menjadi Bukti Kebenaran Al Quran Dan Hadits

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 240 hits
Alam semesta tiada hentinya memperlihatkan kekuasaan Allah dalam setiap detil keberadaannya Bukti yang menguatkan bahwa manusia hanyalah seorang hamba yang lemah Allah lah Sang Penguasa segala sesuatu di bumi Semua terjadi sesuai kehendak N...
Al Quran Bukan Sekedar Bacaan Biasa Mulialah Orang Yang Memuliakannya Dan Hinalah Orang Yang Meremehkannya

Al Quran Bukan Sekedar Bacaan Biasa Mulialah Orang Yang Memuliakannya Dan Hinalah Orang Yang Meremehkannya

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 196 hits
Al Quran Bukan Sekedar Bacaan Biasa Al Quran tidaklah seperti yang disangkakan oleh orang orang kafir Bukan gurauan atau mitos sebagaimana klaim mereka Al Qur an adalah kalamullah yang diturunkan sebagai pembeda antara kebenaran dan kebatil...
Update Stok Al Quran Tagging Enuur 20 Julai 2020

Update Stok Al Quran Tagging Enuur 20 Julai 2020

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 292 hits
ITEM READY STOCK 17 07 2020 10 08 pm READY STOCK POS DLM 1 MINGGU SELEPAS PAYMENT 1 A6 soft cover no tag Merah 68Pink 180Hitam 184Purple 180 2 Humairah A5 magnet no tag nafeesa safeeyaHijau 4 16 45Hitam 12 10 24Merah 0 27 4Purple 10 20 0Tur...
Erra Fazira Dedah Mahu Cari Calon Suami Boleh Mengaji Al Quran Bersama Sama

Erra Fazira Dedah Mahu Cari Calon Suami Boleh Mengaji Al Quran Bersama Sama

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 432 hits
Akui di usia kini lebih memberikan prioriti kepada anak perempuannya Engku Aleesya pelakon Erra Fazira langsung tidak menolak seadainya jodoh tiba pada masa sama Menurut Erra selain matang dari segi pemikiran beliau juga dikhabarkan mahukan...
Hukum Baca Quran Guna Pembesar Suara Pada Malam Hari

Hukum Baca Quran Guna Pembesar Suara Pada Malam Hari

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 313 hits
Apakah hukum baca Quran guna pembesar suara pada malam hari Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Apakah hukumnya masjid memasang rakaman bacaan Qu...
Hukum Tersalah Membaca Quran Kerana Baru Belajar

Hukum Tersalah Membaca Quran Kerana Baru Belajar

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 337 hits
Apakah hukum tersalah membaca Quran kerana baru belajar Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Jika seorang itu baru belajar membaca Quran dan belum...
Kisah S4yu Remaja Dij3mput Ilahi Ketika Dalam Perjalanan Jadi Imam Mengajar Al Quran

Kisah S4yu Remaja Dij3mput Ilahi Ketika Dalam Perjalanan Jadi Imam Mengajar Al Quran

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 275 hits
Jodoh rezeki ajal dan m4ut telah ditetapkan Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam rahim ibu lagi Sebagai muslim kita hendaklah berserah dan percaya kepada takdir yang telah ditetapkan ini Kisah S4yu Remaja Dij3mput Ilahi Ketika Dala...
Al Quran And Fardu Ain School Sessions To Reopen On Aug 2 Says Minister

Al Quran And Fardu Ain School Sessions To Reopen On Aug 2 Says Minister

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 206 hits
Minister in the Prime Minister s Department Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri said Kafa classes for schools in Group A states namely in Kedah Johor Kelantan and Terengganu will reopen starting August 2 Picture by Miera ZulyanaPUT...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa