Ikan Cencaru Sumbat Sambal Dengan Air Fryer




Semalam saya ke KLIA menyambut abang, kakak ipar dan anak saudara yang baru balik dari mengerjakan umrah. Masya Allah seronoknya melihat mereka yang balik, mereka yang nak berangkat ke Mekah yang ada di airport bersama keluarga masing masing. 
Rindu sangat dengan tanah suci Mekah dan Madinah. Teringat kata seorang ustaz, kalau paling tak larat pun, berusaha untuk solat 5 waktu berjemaah di Masjidil Haram. Ganjaran untuk ini sahaja dah 500,000 pahala sehari. 
Sedang di Malaysia, kita hanya dapat 135 pahala sehari iaitu  27x5. Maknanya 10 tahun solat berjemaah di sini menyamai pahala solat 1 hari di Mekah. Masya Allah. Perbanyakkan doa agar kita diberi rezeki menjadi tetamu Allah. Orang kaya berduit belum tentu dapat ke sana jika tidak dijemput. 
Dalam perjalanan balik saya membayangkan pahala jika kita bersolat di Masjidil Haram di malam Lailatul Qadr. Masya Allah. Lailatul Qadr adalah anugerah Allah untuk umat Nabi Muhammad SAW. Kita pasti bertemu dengan Lailatul Qadr jika setiap malam kita solat Isyak dan Subuh secara berjemaah dan solat terawih. Ini minimum. 
Pastinya lebih jika setiap malam kita melakukan solat Tahajjud, sebelum atau selepas Sahur. Jom jangan lepaskan peluang ini kerana kita tidak tahu kalau ini adalah Ramadhan terakhir kita. Setakat ini dahulu pesanan buat saya dan anda semua. Semoga bermanafaat. 

Rumah kami memang ramai penggemar ikan cencaru sumbat. Ikan cencaru sumbat pun ada beberapa versi. Satu yang macam sambal belacan tapi dimasukkan bawang merah, satu yang macam sambal tumis yang ditumis seketika dan satu lagi yang sumbat kelapa. 
Yang sumbat kelapa ni, saya jarang buat kerana kalau menggunakan udang kering dan sambal kelapa tak dimasak, boleh menyebabkan gatal dan bengkak seluruh badan. 
Untuk hari ini saya menyediakan sambal sumbat yang digoreng terlebih dahulu. Kebelakangan ini, saya kurang rajin nak menggoreng atas dapur, jadi saya goreng menggunakan air fryer sahaja. 
Cepat dan dapur pun bersih, jimat minyak juga. Yang penting, sama sedap walaupun saya sebenarnya suka isi ikan yang digoreng. Hahaha
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Dengan Air Fryer
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 ekor ikan cencaru - belah belakang
4 sudu besar cili kisar
Sedikit belacan bakar - jika suka
Beberapa tangkai daun kesum - atau daun kunyit
1 keping asam keping
1 sudu besar gula 
½ sudu kecil garam
Bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
2 batang serai - potong-potong
1 inci halia
Cara cara:Tumbuk serai, halia, bawang putih dan bawang besar dan tumiskan sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili betul betul masak. Bila dah terbit minyak masukkan gula dan garam secukup rasa.
Masukkan daun kesum dan asam keping atau air asam jawa. Masak sehingga kering dan garing.

Bila sambal dah masak, sumbatkan dalam ikan dan bakar dalam air fryer. Lumur sambal di bahagian badan ikan juga. Nota: kalau tiada lebihan sambal untuk lumur pada badan ikan, renjiskan dengan sedikit minyak supaya ikan tidak kering.  
Kalau nak sedap lagi bungkus ikan dengan daun pisang/daun kunyit.


Nota:Ikut kesesuaian banyak mana sambal yang hendak dibuat, kalau mahu banyak sambal gandakan bahan bahan.
Boleh juga diletakkan sedikit santan jika suka.
Selain disumbat, boleh juga separuh dari sambal dilumur pada ikan dan setelah dibakar, tuang separuh lagi sambal ke atas ikan dan dihidangkan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/04/ikan-cencaru-sumbat-sambal-dengan-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Ramadan Hari Ke 6 Ikan Cencaru Sumbat Dengan Ayam Masak Lemak Cili Api

Menu Ramadan Hari Ke 6 Ikan Cencaru Sumbat Dengan Ayam Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 339 hits
Menu Ramadan Hari Ke 6 Ikan Cencaru Sumbat Dengan Ayam Masak Lemak Cili Api Dah masuk hari ke 6 puasa kita tetapi macam tak terasa pula Mungkin sebab seronok melalui ramadan sekali lagi Selain untuk menggandakan ibadah kita ramadan juga ada...
Bingka Labu Guna Air Fryer Mudah Dan Cepat

Bingka Labu Guna Air Fryer Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 540 hits
Bingka labu ini ada peminat tersendiri Terasa lemak lemak madu Bingka ada bermacam jenis bingka Ada yang memang suka bingka labu ni tapi nak buat sendiri tak berani Takut tak menjadi Jangan risau Guna saja resipi yang dikongsikan oleh puan ...
Kek Marble Susu Bakar Guna Air Fryer

Kek Marble Susu Bakar Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 275 hits
Kek marble susu memang sedap Ada rasa lemak manisnya Sesuai dimakan bila bila masa saja Buat sebagai pemanis mulut selepas berbuka puasa juga sesuai Selain itu sudah tentunya boleh dijadikan salah satu juadah di hari raya Ikuti resipi yang ...
Sambal Mangga Ikan Bakar Tengok Pun Dah Terliur

Sambal Mangga Ikan Bakar Tengok Pun Dah Terliur

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 317 hits
Sambal mangga ikan bakar ini kalau tengok pun dah terliur Dapat bayangkan rasa masam dan pedas yang memikat selera Tambah lagi kehadiran ikan sardin bakar yang ada rasa manis yang tersendiri Ha sedap kan Orang belah pantai timur ada yang me...
Menu Berbuka 13 Ramadan Sambal Tempe Ikan Bilis Kentang

Menu Berbuka 13 Ramadan Sambal Tempe Ikan Bilis Kentang

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 230 hits
Menu berbuka 13 Ramadan kita berbuka masakan sambal lagi Kalau semalam masak hari ni masak sambal tempe ikan bilis kentang Lupa pula ada tempe dalam kulkas Mujur masih elok lagi Nampak tempe terus terbayang sambal tempe ikan bilis kentang N...
Resipi Tart Telur Portugis Sedap Lemak Berkrim Guna Air Fryer Je

Resipi Tart Telur Portugis Sedap Lemak Berkrim Guna Air Fryer Je

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 319 hits
Resipi tart telur Portugis Salah satu pastri yang paling popular mempunyai kastard berkrim di tengah tengah kerak rangup Hanya perlukan bahan dan langkah langkah senang untuk menyediakannya Boleh cuba resipi tart telur Portugis yang dikongs...
Menu Berbuka 1 Ramadan Ikan Cencaru Bakar Bersambal Dan Butterhead Lettuce

Menu Berbuka 1 Ramadan Ikan Cencaru Bakar Bersambal Dan Butterhead Lettuce

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 254 hits
Hari pertama berpuasa cuaca mendung Alhamdulillah kurang sikit dugaan berpuasa berbanding kalau cuaca panas Stok barang dapur pula kehabisan Segala jenis binatang dah pupus dalam peti ais Yang ada hanya telur je Petang baru encik suami memb...
Acar Ikan Cencaru Rasa Masam Manisnya Tambat Selera

Acar Ikan Cencaru Rasa Masam Manisnya Tambat Selera

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 212 hits
Ikan cencaru antara ikan yang menjadi kegemaran ramai dan menjadi ikan yang sering digunakan di dalam masakan Dalam kepelbagaian masakan tersebut pernah cuba acar ikan cencaru Ikuti resipi perkongsian daripada Cukup dapat makan dengan nasi ...
Resepi Sandwich Jagung Untuk Anak Yang Suka Makan Jagung Hanya Guna Air Fryer Je Memang Sedap

Resepi Sandwich Jagung Untuk Anak Yang Suka Makan Jagung Hanya Guna Air Fryer Je Memang Sedap

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 350 hits
Anak kadang kadang tak nak makan nasi waktu sahur Tak berselera katanya jadi apa kata mama papa buatkan menu simple untuk anak waktu sahur Untuk anak yang boleh berpuasa pun sesuai mama pun tak penat nak sediakan sarapan pagi buat si kecil ...
If Hannah Yeoh Can Be Mistaken As Ytl S Daughter Yeo Bee Yin Will Soon Become Michelle Yeoh S

From Wef To Asean Leveraging Davos Insights For Regional Progress

Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Pas S Gaffes Could Lead To Public Disgust Says Analyst

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Sate Sungai Melaka Mee Rebus Dan Rojak 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord

Nama Lain Gula Dan Tips Kawal Pengambilan Gula

Kelebihan Derma Darah Panduan Dan Manfaat Khas Untuk Penderma

A Little Laughter Goes A Long Way A Chat With Drew From Bixby Moto