Identiti Cina Kampung Peranakan Kelantan Unik



Kaum Cina Kelantan dianggap unik dan berbeza berbanding kaum Cina yang tinggal di negeri lain. Cara hidup mereka dan hubungan dengan kaum Melayu serta kaum-kaum lain agak akrab.

Masyarakat Cina telah wujud di Kelantan sejak abad ke-17 Masihi lagi dan kebanyakan mereka tinggal di sepanjang pinggir-pinggir sungai di Kelantan seperti kawasan Pulai Gua Musang, Kampung Pasir Parit Pasir Mas, Kemasin Bachok dan Sungai Pinang Tumpat.

Walaupun tiada catatan sebenar sejarah kedatangan mereka ke Kelantan, namun mereka percaya kedatangan nenek moyang mereka lebih awal dari kedatangan orang Cina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Ini berdasarkan penemuan patung lama di tokong tertua berusia 600 tahun atau lebih di kampung Pulai, Gua Musang dan berasal dari Dinasti Ming. Ini bermakna kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu bukan dimulakan di Melaka tetapi di Kelantan.

Manakala kajian yang dilakukan penyelidik dari UTM mendapati orang Cina tinggal di di Kampung Parit sejak kira-kira 1,400 tahun lampau, iaitu 100 tahun sebelum Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Mansur Shah.

Terdapat dua kategori Cina di Kelantan iaitu Cina Peranakan diberi gelaran Cina kampung, Cina Kelantan dan Oghe Cino Kito. Bagi Cina di bandar mereka dipanggil Cina bandar atau Cina Benua.

Cina Kampung tidak seperti kaum Cina di negeri-negeri lain kerana dialek komunikasi percakapan harian mereka dalam loghat Kelantan di samping bahasa Hokkien. Kebanyakan mereka berkulit sawo matang dan tidak menampakkan mereka sebenarnya kaum Cina kerana perkahwinan campur dengan keturunan Thai.

Kadang-kala adalah susah untuk membezakan mereka sama ada dari segi muka atau bahasa kerana gaya hidup mereka boleh dikatakan lebuh kurang sama dengan orang melayu. Contohnya dari segi berpakaian dan juga makanan.

Bagi masyarakat Cina Tionghua Kelantan pula tidak pernah rasa terpinggir walaupun di sekeliling mereka adalah orang-orang melayu beragama Islam.

Proses asimilasi kesenian dan kebudayaan tempatan mempengaruhi nama dan apa yang mereka suka. Orang kelantan lebih suka memanggil Mek kepada wanita Cina Kelantan dan mereka membahasakan diri mereka ambo.

Mereka mampu membaca dan menulis tulisan jawi yang sesetengah anak Melayu kelantan sendiri gagal memahirkan diri. Bagi Cina Peranakan yang mendapat pendidikan dalam aliran Melayu mereka menggalakkan anak-anak mereka mampu membaca jawi.

Bagi generasi terdahulu Cina Peranakan mereka tidak kekok memakai kain pelikat, kain sarung, kebaya dan serban serta memakan sireh. Bahasa Kelantan mereka pekat dan lancar. Karakter dan perwatakan mereka ada kalanya kelihatan lebih Melayu daripada Melayu sendiri.

Mereka suka budu dan ulam-ulaman sebagai makanan hidangan. Mereka juga makan nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi dagang. Mereka suka tapai ubi dan ketupat.

Dari segi hiburan, mereka suka dikir barat, makyong, menora dan wayang kulit. Keterlibatan mereka bukan sekadar pengikut, bahkan ada menjadi 'pemimpin' persembahan seperti jadi tukang karut dikir dan dalang wayang kulit.

Orang Cina di Kelantan telah diasimilasikan dari segi nama-nama yang digunakan seperti Gan Awang, Tan Awang Besar, Lau Cheng San atau Che Hassan, Che Midah, Mek Su dan nama-nama lain. Malah kalau berada di luar Kelantan, mereka lebih bangga dikenali sebagai Oghe Kelate.

Di kelantan, rata-rata kaum cina perempuan lebih selesa bersarung batik ketika berada di rumah. Namun terdapat juga golongan yang lebih berusia memakai sarung batik ketika menghadiri majlis-majlis keramaian.

Sekali pandang tiada banyak perbezaan dengan kaum Melayu kecuali baju yang berlengan pendek yang juga mempunyai identiti tersendiri. Pun begitu masih ada lagi golongan tua yang berkebaya pendek yang tentunya nampak manis sekali.

Berkemban dengan sarung batik selepas mandi bagi kaum wanita adalah pemandangan biasa bagi kami Cina Kampung. Bagi kaum lelaki berkain pelikat tanpa baju adalah 'pakaian rasmi' semasa berada di rumah.

'Semutar' ataupun kain lilit kepala merupakan eksesori yang biasa dipakai  oleh kaum lelaki semasa melakukan aktiviti harian seperti berkebun, menjaga lembu kambing dan sebagainya.

Dari segi cara makan dan makanan, orang Cina Kampung ini biasanya mengamalkan adat yang lebih kurang sama dengan orang Melayu di mana mereka tidak menggunakan sudu dan garpu semasa makan sebaliknya lebih suka terus menggunakan tangan ketika menjamu hidangan.

Kadang-kala terdapat juga keluarga yang akan bersela bersama keluarga di atas lantai dan makan seperti mana yang orang Melayu melakukan.

Kepercayaan masyarakat Melayu seperti melarang anak bermain di luar rumah pada waktu senja dengan mengadakan pelbagai mitos, antaranya hantu bagi menakutkan anak, turut menjadi amalan Cina Peranakan.

Mereka yakin kepercayaan itu bertujuan memastikan anak-anak berada di rumah pada waktu berkenaan supaya semua anggota keluarga dapat makan malam bersama.

Ramai antara Cina Peranakan masih mendiami kawasan pesisir sungai kerana meneruskan cara hidup sejak dulu iaitu bertani. Tidak ramai berpindah ke bandar kecuali golongan muda yang memilih untuk mengubah taraf hidup sendiri.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/06/fdv.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cina Kelantan Jadi Contoh

Cina Kelantan Jadi Contoh

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 579 hits
Kita tidak harus meletakkan semua daripada kalangan bukan Islam dalam satu bakul yang sama dengan kumpulan yang bersikap prejudis terhadap Islam dan fanatik perkaumannya atau melampau Masih banyak orang bukan Islam di Malaysia yang percaya ...
Iftar 18 Mangga Dari Kampung

Iftar 18 Mangga Dari Kampung

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 463 hits
Asalamualaikum dan salam 19 Ramadhan Alhamdulillah masih diberikan rezeki untuk meneruskan ibadah di siang hari dan malam2 nya dibulan mulia ini Alhamdulillah semalam juga grup ngaji kami dah khatam tadarus dan petang semalam kami berbuka d...
Tragedi Pulang Ke Kampung

Tragedi Pulang Ke Kampung

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 351 hits
SEORANG pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang Jelebu maut manakala 24 penumpang dan seorang pemandu cedera selepas bas mereka naiki terbabit kemalangan di Jalan Kuala Klawang Seremban berhampiran Bukit Tangga dekat Seremban hari ini Turut ...
Baby Sadoo Memudahkan Perjalanan Pulang Ke Kampung Untuk Ibu Dengan Anak Kecil

Baby Sadoo Memudahkan Perjalanan Pulang Ke Kampung Untuk Ibu Dengan Anak Kecil

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 770 hits
Assalamualaikum Musim perayaan hari raya Aidilfitri bakal tiba 2 minggu lagi Sebagai seorang ibu perkara yang paling Fiza ambil berat adalah penyediaan makanan bayi sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung dan juga apabila tiba di kampung...
Iklan Raya Watsons Ini Sesuai Untuk Orang Yang Suka Berangan Masa Balik Kampung

Iklan Raya Watsons Ini Sesuai Untuk Orang Yang Suka Berangan Masa Balik Kampung

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 575 hits
Nak dekat musim raya inilah banyak iklan iklan raya yang win anda akan tonton Demi menyambut mood raya yang berlegar legar di kalangan Umat The post appeared first on
Polisi Buru Penyebar Hoaks Remaja Dipukuli Brimob Hingga Tewas Di Kampung Bali

Polisi Buru Penyebar Hoaks Remaja Dipukuli Brimob Hingga Tewas Di Kampung Bali

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 308 hits
Hal yang menunjukan orang dalam video tersebut adalah tersangka Andri Bibir dari pakaiannya tegasnya
Dapatkan Kopi Warisan Kampung Diproses Secara Tradisional Dari Gerik Perak

Dapatkan Kopi Warisan Kampung Diproses Secara Tradisional Dari Gerik Perak

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 393 hits
Kepada pengemar tegar kopi tradisional boleh cuba KOPI WARISAN KAMPUNG keluaran Syarikat Mohd Jonid Jalan 100 Takong Datoh Gerik Perak Berat 350 gram RM10Di buat secara tradisional menggunakan kayu api utk memasak biji kopiHarga RM10 00Untu...
Kemas Beg Balik Kampung Mencabar Bagi Isteri Suami Jangan Pertikai Angkat Je Susun Dalam Kereta

Kemas Beg Balik Kampung Mencabar Bagi Isteri Suami Jangan Pertikai Angkat Je Susun Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 825 hits
Lumrah isteri nak yang terbaik untuk keluarganya Segala persiapan balik raya di kampung dah tersusun rapi dalam kepala isteri Apa yang perlu dibawa banyak mana baju yang perlu dibawa pulang ke kampung semuanya sudah difikirkan awal Jangan k...
Makan Makan Di Camden Market

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan

Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Evergreen Edupress Pelancaran Siri Pembelajaran Sosial Emosi Di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Khasiat Tersembunyi Pokok Mata Pelanduk

Ringgit Climbs As Trump Ramps Up Pressure On Fed To Cut Interest Rates


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda

Tenangnya Pagi Muharam

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Wajah Sebenar Pas Terdedah