Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai


Iddah Bercerai: Panduan Tempoh ‘iddah Untuk Wanita
Tempoh ‘iddah adalah suatu masa yang penting bagi wanita Islam yang telah bercerai. Ia bukan sahaja membolehkan mereka untuk menyelesaikan urusan peribadi, tetapi juga memberi ruang untuk pemulihan emosi dan rohani. 
Dalam artikel ini, berikut dikongsikan mengenai pengertian, hukum, serta panduan mengenai tempoh ‘iddah bagi wanita yang bercerai dalam Islam.
BACA JUGA: Senarai Nafkah Wajib Suami Untuk Isteri & Anak-anak (JAKIM)
Pengertian Iddah ‘Iddah secara literalnya bermaksud tempoh menunggu. Dalam konteks perkahwinan Islam, ‘iddah merujuk kepada tempoh menunggu yang ditetapkan bagi wanita yang telah bercerai atau menjadi balu sebelum mereka dibenarkan untuk berkahwin semula. 
Tujuan utama ‘iddah adalah untuk memastikan keabsahan status kehamilan dan memberi peluang bagi penyelesaian hukum serta emosi.
 Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:
“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan  menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Hukum Iddah Hukum `iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.
Jenis dan Tempoh Iddah  Merujuk kepada laman web rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),iddah terbahagi kepada terdapat dua; `iddah disebabkan perceraian semasa hidup dan `iddah dengan sebab kematian suami.   
Setiap jenis `iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh `iddah yang perlu ditempuh sama ada panjang atau pendek. Pengiraan `iddah terbahagi kepada tiga iaitu:
1. `Iddah dengan kiraan suci (quru)
2. `Iddah dengan kiraan bulan; dan
3. `Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan.
Panduan Tempoh ‘iddah untuk Wanita yang Bercerai Berikut dikongsikan panduan tempoh ‘iddah untuk wanita yang bercerai. Sila rujuk jadual di bawah: 
BIL JENIS `IDDAHADA HAID / TIADA HAID/SEDANG MENGANDUNGTEMPOH `IDDAHKETERANGANi.Bercerai talak raj`ie/bainAda haidTiga kali sucia. Jika ditalak semasa dalam keadaan suci, `iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga.
B. Jika ditalak semasa dalam keadaan haid, `iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.
c.Jika ditalak semasa dalam keadaan nifas, hendaklah menunggu sehingga tiga kali suci selepas nifas. `Iddah tamat  apabila datang haid yang keempat.ii.Bercerai talak raj`ie/bainTiada haid (sama ada kerana penyakit, telah dibuang rahim, telah putus haid, belum pernah haid atau lain-lain)Tiga bulan iii.Bercerai talak raj`ie/bainSedang mengandungSehingga bersalin atau kandungan gugurSelesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang  menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar.iv.Bercerai talak raj`ie/bain dan belum pernah disetubuhi Ada haid atau tiada haidTiada `iddah     v.Bercerai talak raj`ie/bain dan menghidap istihadhaha.  Haid tidak menentu tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haidnya. 




b.  Haid tidak menentu dan tidak  mengetahui kebiasaan perjalanan haidnya atau tidak dapat membezakan antara darah haid dan istihadhah.Tiga kali suci         




Tiga bulan          NOTA: 
Talak Ada dua jenis iaitu:
1.  Talak RAJ’IE: Talak satu atau dua yang dilafazkan oleh suami. Suami BOLEH rujuk isterinya dalam tempoh iddah tanpa perlu kepada akad dan mas kahwin yang baru.
2.  Talak BAIN: Talak yang TIDAK BOLEH dirujuk oleh suami, namun isteri itu boleh dinikahi kembali dengan AKAD dan MAS KAHWIN yang BARU. 
Talak bain terbahagi kepada dua, iaitu talak bain sughra dan talak bain kubra:
Talaq bain sughra (kecil):  Apabila suami menceraikan isteri dengan talak raj’ie samaada satu atau dua kemudian tidak rujuk hingga tamat tempoh iddah. Begitu juga penceraian yang berlaku sebelum persetubuhan, penceraian dengan sebab ila’ (bersumpah tidak mahu mengetubuhi isteri), fasakh dan khulu’ (tebus talaq) dan suami atau isteri yang murtad. Talaq bain kubra(besar): Talak 3 yang dilafazkan dengan satu lafaz atau talak raj’ie yang telah berlaku sebanyak 3 kali. Apabila terjatuhnya talak TIGA, maka suami tidak boleh kembali mengahwini isterinya melainkan setelah memenuhi SYARAT-SYARAT berikut: a. Setelah iddah isteri selesai.
b. Bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.
c. Suami yang baru menyetubuhi bekas isteri itu.
d. Suami yang baru menceraikan bekas isteri.
e. Selesai iddah setelah bercerai dari suami baru.
Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Bercerai Merujuk kepada laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, panduan kiraan tempoh iddah 3 kali suci bagi wanita yang haidnya teratur dan datang setiap bulan berdasarkan jadual berikut :
Kiraan tempoh idah akan bermula setelah lafaz talak dijatuhkan ketika isteri dalam keadaan suci. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ إِذَا طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحۡصُواْ ٱلۡعِدَّةَۖ
Maksudnya:” Wahai Nabi! Apabila kamu – (engkau dan umatmu) – hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya”

Surah Al- Talaq, 1 Rujuk contoh pengiraan di bawah:
Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh Iddah (Talak Raj`ie) 1. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
2. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan. 
3. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan keizinan suami. 
4. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Dalam hal ini suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan bahkan mereka wajib menanggung seluruh nafkahnya termasuk nafkah tempat tinggal. Namun mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda. 
5. Tidak boleh berkabung.  Bahkan mereka dituntut untuk bersolek dan berhias kepada suaminya sebagai dorongan bagi membangkitkan keinginannya untuk rujuk semula.
Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh Iddah (Talak Bain) 1. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
2. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan. 
3. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja.  Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja mendapatkan rawatan perubatan dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam.  Termasuk dalam larangan keluar rumah juga ialah keluar untuk bermusafir walaupun untuk menunaikan ibadat fardu haji. Justeru dalam hal ini keluar rumah tanpa keperluan yang penting dan mendesak adalah tidak dibenarkan sama sekali.
4. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan.  Ini kerana sepanjang tempoh `iddah dengan talak bain bekas suami masih berkewajipan menyediakan tempat tinggalnya dan dilarang daripada menghalau keluar isteri yang diceraikan.  Namun sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir tanah runtuh gempa bumi dan sebagainya mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi. 
5. Disunatkan berkabung dan meninggalkan amalan berhias kerana dibimbangi dengan berhias itu boleh mendorong kepada maksiat dan kerosakan serta membawa kepada fitnah.
Hikmah Iddah Bercerai 1. Keselamatan Emosi dan Rohani
Tempoh ‘iddah memberi ruang kepada wanita yang baru sahaja bercerai untuk menenangkan emosi dan menjalani proses pemulihan secara rohani. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menguruskan perasaan sedih dan kecewa akibat perceraian, serta merencanakan langkah seterusnya dengan lebih tenang dan jelas.
2. Peluang Penyelesaian Harta dan Urusan Kewangan
Selama tempoh ‘iddah, wanita yang bercerai mempunyai masa untuk menyelesaikan urusan kewangan bersama dengan bekas suami. Ini termasuk pemisahan harta bersama, penyelesaian nafkah, dan pembahagian harta pusaka (jika ada). Tempoh ‘iddah memastikan bahawa proses ini dilakukan dengan adil dan setimpal.
3. Memelihara Nasab Keturunan
Bagi wanita yang bercerai, ‘iddah menetapkan suatu tempoh di mana mereka tidak dibenarkan untuk berkahwin semula. Ini memastikan bahawa jika sebarang kehamilan adalah hasil daripada perkahwinan sebelumnya, status kehamilan tersebut dapat ditentukan dengan jelas.
Sumber:
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-773: PANDUAN KIRAAN TEMPOH IDAH – Mufti Wilayah Persekutuan. Garis Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami – JAKIM Facebook Peguam Syarie Nurain

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/iddah-bercerai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=iddah-bercerai

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pibgn Guru Wanita Itu Ada Suami Dan Anak Mesti Dicegah Bercinta Dengan Pelajar

Pibgn Guru Wanita Itu Ada Suami Dan Anak Mesti Dicegah Bercinta Dengan Pelajar

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 187 hits
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalidkhairil ashraf hmetro com myKuala Lumpur Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional menyifatkan tindakan seorang guru wanita sekolah menengah kebangsaan yang bercinta dengan pelajar lelaki b...
Jijik Gosip Cinta Dengan Kim Saeron Dikritik Netizen Imbas Kembali Ciri Wanita Idaman Kim Soohyun

Jijik Gosip Cinta Dengan Kim Saeron Dikritik Netizen Imbas Kembali Ciri Wanita Idaman Kim Soohyun

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 128 hits
Drama Queen of Tears popular Kim Soo hyun tidak semena mena telah terpalit kontroversi ARTIKEL BERKAITAN Pada 24 Mac Kim Sae ron telah memuat naik foto intim bersama Kim Soo hyun menimbulkan spekulasi bahawa mereka sedang bercinta kini Namu...
Apa Makna Ketidakseimbangan Hormon Di Kalangan Wanita

Apa Makna Ketidakseimbangan Hormon Di Kalangan Wanita

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 177 hits
Ketidakseimbangan hormon pada wanita merujuk kepada keadaan di mana terdapat terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon tertentu dalam aliran darah Hormon adalah sebatian semulajadi yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin dan memainkan peran...
Doa Mudah Bersalin Buat Wanita Hamil

Doa Mudah Bersalin Buat Wanita Hamil

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 182 hits
Doa dan Amalan Yang Boleh Diamalkan Wanita Mengandung Bagi Memudahkan Proses Bersalin Mengandung dan melahirkan seorang zuriat merupakan satu rezeki kurniaan Allah yang diberikan kepada wanita wanita tertentu sahaja Hal ini demikian kerana ...
Bikin Geger Pria Di Malang Ditemukan Tewas Dengan Pisau Tertancap Di Leher Wanita Luka Lebam

Bikin Geger Pria Di Malang Ditemukan Tewas Dengan Pisau Tertancap Di Leher Wanita Luka Lebam

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 185 hits
Polres Malang langsung menggelar olah TKP di lokasi kejadian untuk mengetahui penyebab kematian korban
Lelaki Menyamar Paderi Dipenjara 3 Tahun Kerana Kahwini 10 Wanita

Lelaki Menyamar Paderi Dipenjara 3 Tahun Kerana Kahwini 10 Wanita

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 167 hits
BHarianonline nbsp Penjara Harris County di pusat bandar Houston di mana pihak berkuasa berkata bahawa Orlando Coleman 51 yang dijatuhi hukuman tiga Foto AGENSITEXAS Seorang lelaki yang mendakwa dirinya seorang paderi dijatuhkan hukuman pen...
Wanita Cantik Tak Kisah Jadi Tukang Sapu Tetap Bersolek Walaupun Kerja Di Jalanan

Wanita Cantik Tak Kisah Jadi Tukang Sapu Tetap Bersolek Walaupun Kerja Di Jalanan

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 191 hits
Dalam keadaan ekonomi yang bukan sahaja menyerang Malaysia malah seluruh dunia maka ramai tidak memilih kerja dan menyambar segala peluang yang ada Buat wanita yang bekerja sebagai tukang sapu di Thaland dia tidak menjadikan kerjanya sebaga...
Polis Buru Wanita Pontian Hina Nabi Muhammad Di Facebook

Polis Buru Wanita Pontian Hina Nabi Muhammad Di Facebook

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 181 hits
MOHD SHARKAWI LONDINGISKANDAR PUTERI Seorang wanita diburu selepas disyaki membuat kenyataan berbaur hinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman sosial Facebook Tangkap layar hantaran komen berkenaan dipercayai dilakukan seor...
Ayah Kau Man Wanita Meraung Kereta Proton Wira Terperosok Bawah Treler

Ayah Kau Man Wanita Meraung Kereta Proton Wira Terperosok Bawah Treler

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 129 hits
Seorang wanita meraung kecewa terhadap sikap pemandu treler yang terlibat dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan yang bertembung di hadapan sebuah kilang pengeluar kaca di Lipat Kajang Jasin Melaka Wanita meraung lihat kereta terperosok...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba