Id Az Dermastic Premium Sheet Mask Yang Menakjubkan


Hi korang..

Siapa yang x nak cantik? Siapa yang x nak melihat atau merasa ketenangan pada seluruh wajah? Mesti takde kan....macam tu jugak la SA ni...kalau stress, penat dan tak cukup rehat..selain dari merehatkan diri..SA suka menggunakan mask muka..tenang aje apabila mask tu melekat pada muka...sejuk dan segar aje kan...hilang segala penat dan stress...so apa pilihan mask yang SA ada...bertuah betul apabila baru-baru ni SA diperkenalkan dengan Mask keluaran ID.AZ.



Yeayy....3 jenis sheet mask yang menjadi kegemaran SA keluaran ID.AZ yang mampu mengekalkan kelembapan kulit muka...special thanks to The Butterfly Project for this opportunity..Product ID.AZ dicipta dan dihasilkan di sebuah hospital kecantikkan di Korea. Dikenali sebagai Asia Beauty Care dan di beri nama ID manakala AZ bermaksud merangkumi semua dari A ke Z. Hospital ini mempunyai kepakaran dalam kecantikan kulit dan jenama ID.AZ merupakan salah satu jenama paling popular di Korea.

3 jenis Fit Mask yang SA dah cuba adalah :-


1. ID.AZ Dermastic GOLDEN -Fit mask > NUTRITION







ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask adalah mask hidrogel emas yang menjadikan rumpai laut sebagai ramuan utama. Rumpai laut diproses dan mengandungi vitamin serta mineral yang penting untuk mengekalkan kulit yang sihat. Bahan-bahan lain yang terkenal termasuk madu, royal jelly, dan propolis. Bahan berkhasiat ini mempunyai keupayaan untuk memulihkan keanjalan pada kulit. Kulit muka SA sensitif dan lebih mudah terdedah kepada dehidrasi akibat kualiti udara yang buruk di negara kita baru- baru ini. Ia juga menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk sekiranya cuaca panas.


Daripada paket itu, SA dapati ada wangian buah yang kuat. Potongan mask hydrogel memberikan  cabaran untuk SA ambil dari paket,  perlu berhati- hati agar mask tidak koyak. Ia diliputi intipati dan mask agak berbentuk elastik. Hyrogel mask ni juga sebenarnya diperkaya dengan nutrisi. Nampak kelainan pada mask ini kerana kepingan-kepingan hidrogel tebal ini terpisah dua. Ianya berwarna emas dan kelihatan cantik sangat. Selepas dilekatkan pada muka..anda akan rasa kehebatannya. Kepingan yang terpisah mengikut bahagian T-Zone dan U-Zone sangat sesuai untuk apa juga bentuk muka . Ianya menutup perimeter wajah dengan kedap dan tidak perlu risau ianya beralih..ianya kedap dan ketat selepas diletakkan pada wajah. SA pakai di muka selama 15-20 minit seperti kebiasaan. Terdapat lebihan intipati yang tersisa pada kulit muka SA. Tidak perlu dicuci, hanya dap kan ke seluruh wajah agar ianya menyerap ke dalam kulit muka..Kulit SA terasa sangat terhidrat dan agak lembab selepas menggunakannya. Psttt ...ianya sesuai juga untuk anti penuaan tau.....





2. ID.AZ Dermastic WATER- Fit Mask > Hydrating

Dengan penggunaan yang konsisten mask ini mampu melembabkan dan meremajakan kulit muka korang. Bahan-bahan yang penting seperti sea water, hydrolyzed collagen, asid hyaluronik, panthenol, betaine, dan allantoin. Betaine adalah humectant dan anti-iritasi yang terdedah kepada ikatan hidrogen (berinteraksi dengan air) dan meningkatkan keupayaan untuk mengekalkan kelembapan. Asid hyaluronik bertindak dengan cara yang sama. Panthenol adalah provitamin B5 dan digunakan sebagai pelincir, emolien, dan pelembab, yang memberikan lubriaction dan penghidratan. Allantoin membantu melembutkan dan melindungi kulit sambil menenangkan kulit. Ia juga merangsang pertumbuhan semula sel.






Mengandungi Deep Sea Collagen amat sesuai dengan kulit SA dan dapat mengekalkan kelembapan pada kulit.Terdapat aroma ringan yang halus bukan bau yang tidak menyenangkan ye..dari pek dan arahan yang disediakan sebelum guna bersihkan muka menggunakan toner. Ianya mempunyai 2 lapisan, satu lapisan material gauze. Lekatkan pada muka di bahagian mata dan mulut meliputi dagu. Biarkan 10 minit dan keluarkan lapisan material gauze. Biarkan lapisan kedua sehingga 20 minit. Selepas itu tanggalkan.  Dap kan lebihan intipati ke seluruh wajah agar ia menyerap dengan lebih cepat. Nah...kulit korang akan terus lembab dan segar selepas kepenatan dengan urusan seharian di luar...tak percaya? korang boleh cuba...





SA kalau boleh nak guna sampai pagi kerana ia begitu selesa, menyejukkan dan menenangkan , Keadaan mask masih basah apabila SA mengeluarkannya walaupun selepas 30 minit. Kulit SA sangat lembut dan licin selepas itu! Ia juga membantu mencerahkan bekas jerawat SA dan juga nada kulit SA. Secara keseluruhan, SA cukup suka dengan mask ini!


3. ID.AZ Dermastic BRIGHT-Fit Mask > Brightening 

Mask ini dibuat daripada microfiber, yang lebih tebal daripada mask  ID.AZ Dermastic Water-Fit. SA sangat kagum dengan mask ni sebab semasa SA buka paket mask ni terdapat lebihan intipati ekstrak mutiara, ekstrak portulaca oleracea dan berry complex. Banyak tau intipati yang tidak melekit tetapi bertindak dan menyerap dengan cepat pada wajah. Selepas guna macam biasa jangan cuci muka. Sapu lebihan ekstrak intipati pada ke seluruh wajah sampai ianya betul- betl menyerap ke dalam kulit. Mask ini tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit malah bertindak untuk mencerahkan kulit korang.










Kulit SA kelihatan segar selepas menggunakan mask ini dan SA percaya dengan kekerapan penggunaan mask ini secara konsisten pasti kulit muka akan menjadi lebih cerah. Jom kita bebaskan kulit muka kita dari kelihatan kusam, gelap dan tidak bermaya. Korang boleh tengok kulit muka SA selepas penggunaan mask ini. Semakin segar kan?

SA sangat- sangat recommend pada korang fit mask ID.AZ Dermastic ni..dapatkan segera di Watson yang terpilih.

Harga pun sangat ekonomi dan berpatutan.

Dermastic GOLDEN-fit mask-Nutrition : RM19.90
Dermastic WATER-fit mask-Hydrating : RM12.90
Dermastic BRIGHT-fit mask-Brightening : RM12.90
Info lanjut:
Website : https://id-az.co.kr/
Instagram : https://www.instagram.com/idplacosmetics/
Facebook : https://www.facebook.com/idplacosmetics/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2019/10/idaz-dermastic-premium-sheet-mask-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
14 Sheet Mask Drug Store Karena Cantik Tak Harus Mahal

14 Sheet Mask Drug Store Karena Cantik Tak Harus Mahal

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 225 hits
Rekomendasi 14 sheet mask drug store yang terjangkau Cantik nggak harus mahal karena yang penting adalah komitmen dalam merawat kulit
Pulau Pulau Buatan Manusia Yang Sangat Menakjubkan

Pulau Pulau Buatan Manusia Yang Sangat Menakjubkan

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 547 hits
TAHUKAH ANDA PULAU PULAU BUATAN MANUSIA YANG SANGAT MENAKJUBKAN Tuhan sudah menciptakan seluruh bumi dan isinya untuk kehidupan manusia Namun dengan semakin berkembangnya populasi manusia membuatkan dunia semakin sempit Mungkin kerana alasa...
Hair Mask Kacang Hijau Untuk Rawat Rambut Rusak Dan Kulit Kepala

Hair Mask Kacang Hijau Untuk Rawat Rambut Rusak Dan Kulit Kepala

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 337 hits
Hair mask kacang hijau untuk rawat rambut rusak dan kulit kepala tak sehat
Kisah Pemindahan 2 Makam Sahabat Rasulullah Yang Menakjubkan

Kisah Pemindahan 2 Makam Sahabat Rasulullah Yang Menakjubkan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 579 hits
Gambar google sekadar hiasan PEMINDAHAN 2 MAKAM SAHABAT RASULULLAH Pada tahun 1932 raja Iraq yang bernama Shah Faisal I bermimpi dimana dalam mimpinya ia ditegur oleh Huzaifah Al Yamani yang berkata Wahai raja Ambillah jenazahku dan jenazah...
Lukisan Menakjubkan Gambaran Kemusnahan Dunia Tanpa Manusia

Lukisan Menakjubkan Gambaran Kemusnahan Dunia Tanpa Manusia

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 529 hits
19 Karya Lukisan Menakjubkan Gambaran Kemusnahan Dunia Pernah anda terfikir atau bayangkan bagaimana agaknya keadaan dunia setelah berlakunya kemusnahan besar Lukisan lukisan hidup imaginasi kemusnahan dunia ini adalah hasil karya karya Jon...
Vivo Nex 3 Menakjubkan

Vivo Nex 3 Menakjubkan

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 249 hits
INGINKAN telefon pintar mudah alih dengan teknologi di tahap tertinggi dan menakjubkan Produk terbaru Vivo NEX3 ada jawapannya Ia adalah peranti terbaik menggabungkan inovasi terbaharu yang menakjubkan Dikemaskan dengan rekaan bentuk inovas...
Face Mask Diy Perlu Ke Pakai Mask

Face Mask Diy Perlu Ke Pakai Mask

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 403 hits
Face mask diy do it yourself selalu kita beli face mask ni yang dah siap je kat drugstore online shop betul tak sleeping mask clay mask cari je kat mana mana mesti ada lagi satu malas pun citernya kalau nak buat kos pun mesti mahal sebab bu...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator