Icy Cool Beverages To Boost Your Mood Dari Anchor Food Professionals
Hi Korang,
Mesti korang akan ingat jenama Anchor ni butter je kan!
Hehehehe ye memang jenama butter pun tapi macam-macam boleh di buat dengan butter selain daripada kek sahaja wokeh. Kalau kak lily cakap dengan produk Anchor Food Professionals ni kita boleh buat minuman yang membangkitkan mood korang, cam ne?? Cool tak!! Of courselah cool kann….
Baru-baru ni Anchor Food Professionals telah memperkenalkan "Icy-Cool Beverages to Boost your Mood".
Wow!!
Maknanya bila kita minum, mood kita akan jadi happy dan excited lepas kita rasa minuman tuh. Ya ampun, nama dah sedap ni tapi bila rasa hauk sangat kan huahauhauha boleh kemurungan sepanjang hari tau tak?
Citernya cam ni, sebenarnya kalau korang nak tau yang Anchor Food Professionals ni memang telah banyak menghasilkan pelbagai jenis makanan berasaskan tenusu. Sebelum ni pun mereka telah melancarkan beberapa kempen makanan seperti Say Cheese, PizzArt dan Anchor Travel Cake. So, kali ni mereka tampil dengan minuman sejuk dan menyegarkan berasaskan produk tenusu juga yang pastinya akan membangkitkan mood korang selepas minum. Kempen kali ni diberi nama "Moodmojee"
Nama kempen pun dah excited di dengarlah!
Kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran "Moodmojee" ni di Petaling Jaya, Seriously memang tak sabar nak cuba sebanyak mungkin hidangan minuman yang di cipta ye
"We understand the versatile role dairy can play in delivering great taste, texture and appearance in any form whether it's in beverage or cakes. Dairy is traditionally very popular with Western markets but this time, we wanted to play with local ingredients to give it an overall Asian taste and feel."
"We are always looking at what's trending around the globe and strive to bring it back home to excite our business partners and ultimately, the taste buds of Malaysia. We have learnt that creativity and innovation is as important as taste to consumers these days." kata Mr Jack Tan, Associate Food Service Director
Kalau korang New Zealand merupakan tempat terhasilnya pakar tenusu sentiasa mencari dan menarik pelanggannya dengan memberi dan berkongsi idea-idea baru dalam penghasilan makanan berasaskan tenusu. Ini memberi peluang yang bagus untuk membantu rakan niaga mereka dalam bidang makanan sekaligus memberi citarasa baru kepada pelanggan
Kempen Moodmojee ini akan bekerjasama dengan 15 rakan niaga dalam bidang makanan dan minuman di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kempen ini akan memperkenalkan pelbagai menu yang berkrim secara berperingkat bermula bulan November 2018 hingga January 2019
Ok akak lily akan showcasekan pada korang minuman-minuman unik lagi menyegarkan ni ek. Ada 6 pilihan minuman yang korang tak mampu nak tolak ye
Kayanika Fusion
Kayanika Fusion - gabungan lapisan manis dan berkrim dengan 'kaya' tradisional, 'gula melaka', 'bubur' dan kacang merah
Lokasi - Delight Factory, Love Tea F&B, Cofeology Café & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, Overstepped (Sejati), HIVE by Love A Loaf, Family Confectionery, Baker’s Hut
Produk Anchor Dairy : Anchor Whipping Cream
Ciptaan : Chef Firuz
Yuzu Chocolate Surprise
Yuzu Chocolate Surprise - Gabungan lemak dan manis coklat dan yuzu citrusy menawarkan rasa yang menarik. Yuzu Chocolate Surprise adalah campuran coklat ais dengan Yuzu puree dan di bibir gelas diletakkan dengan salt lemon cooling candy
Lokasi - Choon Guan Coffee Shop, Gafe Kafé, Delight Factory, Chiu’s Café, Living Room, Cofeology Café & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, La Taste, HIVE by Love A Loaf
Produk Anchor Dairy : Anchor UHT Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream
Ciptaan : Chef Ichiro
Pom & Grey Twist
Pom & Grey Twist : Menggunakan teh keju, Pom & Gray Twist adalah sejenis ramuan menyegarkan. Early Grey Tea dicampur dengan sirap delima dan dilapisi di atas adalah krim coklat dan ditabur dengan serbuk koko
Lokasi - Choon Guan Coffee Shop, Delight Factory, Chubs Grill, Chiu’s Café, Lucky Bean, Living Room, Cofeology Café & Restaurant, La Taste, Family Confectionery, Baker’s Hut
Produk Anchor Dairy : Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream
Ciptaan : Chef Ken
Lemon Mint Meringue
Lemon Mint Meringue - Lemon Mint Meringue adalah sejenis air ice blended yang penuh dengan lemon mint vanilla. Terpasang dengan sebidang kuat meringue yang baru disebat dan dibakar dengan irisan jeruk nipis dan oren. Di atasnya diletakkan whipped and torched meringue dan hirisan lemon dan oren
Lokasi - Delight Factory, Love Tea F&B, Cofeology Café & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, Overstepped (Perdana), La Taste (Butterworth), HIVE by Love A Loaf, Family Confectionery
Produk Anchor Dairy - Anchor Whipping Cream
Ciptaan - Chef Firuz
Tangy Brew
Tangy Brew - Rasa yang mengejutkan dari Tangy Brew, sejenis minuman kopi yang pekat dan sejuk dan dihiasi dengan lapisan krim cair dan busa keju krim
Lokasi : Choon Guan Coffee Shop, Gafe Kafé, Delight Factory, Chubs Grill, Chiu’s Café, Lucky Bean, Living Room, Cofeology Café & Restaurant, Family Confectionery
Produk Anchor Dairy : Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream
Ciptaan : Chef Ken
White Chocoffee
White Chocoffee - Menawarkan rasa berkacang, White Chocoffee merupakan campuran kopi putih yang dipenuhi dengan coklat dan mentega kacang yang lazat
Lokasi - Gafe Kafé, Delight Factory, Chubs Grill, Lucky Bean, Love Tea F&B, Cofeology Café & Restaurant, Family Confectionery, Baker’s Hut
Produk Anchor Dairy - Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese dan Anchor Whipping Cream
Ciptaan : Chef Inchiro
Seriously kak lily pening nak pilih yang mana satu nak minum dulu ek, sebab semua sedap-sedap belaka, bila dah tengok demo cara penyediaannya ermm lagilah mengbangkitkan mood tau.
Meh check it out di sini ye :https://www.anchorfoodprofessionals.com/my/en.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2018/11/icy-cool-beverages-to-boost-your-mood.html