Icu Masuk Icu Pelan Pemulihan Negara Tidak Mungkin Dicapai







POSTED BY AMIR WRLR


Oleh: Sim Tze Tzin & Dr Lee Boon Chye





Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaparkan data kapasiti katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pesakit ICU sehingga 24 Julai. Data ini penting untuk membantu rakyat dan penggubal dasar menentukan dasar untuk menangani kekurangan kapasiti ICU.





Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana mula memaparkan data KKM dalam Github supaya saintis data boleh membantu menganalisis data-data yang dipaparkan. Dengan pemaparan data ICU ini, barulah rakyat sedar tentang keadaan kritikal ICU di hospital awam.





Daripada data yang dipaparkan, kita mendapati kapasiti ICU di banyak negeri dalam keadaan krisis. Boleh dikatakan kapasiti ICU telah masuk ICU. Banyak negeri telah mencecah lebih 100%, sesetengah mencecah 200%. Ini amat mengejutkan.





Pelan Pemulihan Negara





Menurut Pelan Pemulihan Negara (PPN), pihak kerajaan telah menetapkan 3 metrik yang akan dipertimbangkan untuk menentukan jika satu negeri tersebut akan bertransisi dari satu fasa PPN ke satu fasa yang lain.







3 metrik yang akan dipertimbangkan adalah purata kes harian, kapasiti dalam ICU, dan kadar vaksinasi. Sebagai contoh, satu negeri yang ingin transisi dari Fasa 1 ke Fasa 2 haruslah mencapai purata kes harian kurang daripada 12 per 100,000 populasi, sistem kesihatan awam tidak kritikal dengan kapasiti ICU pada kadar sederhana, dan kadar vaksinasi penuh yang sekurang-kurangnya 10%. Untuk ke Fasa 3 dan 4, purata kes dan kapasiti ICU haruslah lebih rendah dan kadar vaksinasi haruslah lebih tinggi berbanding kondisi yang dicontohkan.





Melihat situasi di Malaysia setakat hari ini, jelas ternyata bahawa Malaysia tidak akan boleh mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan seperti gambaran yang diberi oleh kerajaan. Memang, kadar vaksinasi yang disasarkan berkemungkinan besar boleh dicapai, tetapi 2 lagi metrik tersebut tidak boleh dicapai oleh kerana kegagalan kerajaan PN dalam melaksanakan tugas dengan efisien. 2 masalah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan adalah:





Meningkatkan kapasiti ICU di hospital awam





Ternyata dengan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia sehingga mencecah 17,000 kes sehari, kapasiti ICU di hospital awam telah dibebankan dengan lebih banyak pesakit untuk dirawat.








Apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan PN apabila isu ini timbul?





Mereka tidak mengambil langkah awal untuk meningkatkan kapasiti ICU, terutamanya dengan kuasa yang diberi kepada mereka di bawah Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 2021.





Pegawai-pegawai kami telah menggunakan data mentah yang diberi oleh KKM di github dan membuat graf tentang situasi ICU di setiap negeri di Malaysia dari 9 Mei 2021 hingga 24 Julai 2021 dan telah membuat konklusi bahawa kerajaan PN tidak mengendahkan situasi ICU di beberapa negeri walaupun kapasitinya dibebankan dengan jumlah pesakit yang melebihi kapasiti maksimum.





Antara negeri tersebut adalah Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.





Untuk meningkatkan kapasiti ICU, bukan jumlah katil sahaja yang harus ditingkatkan malah jumlah jururawat ICU, dan doktor juga haruslah ditingkatkan di mana pihak kerajaan haruslah mencari avenue untuk mencari jalan, tetapi mereka gagal.





Memahami situasi yang dihadapi, kerajaan bertanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif untuk menyediakan lebih kapasiti ICU.





Purata kes harian





Dengan jumlah kes yang mencecah 1 juta dan kes harian pada tahap 17 ribu sehari. Mencapai metrik 4,000 kes sehari untuk transisi fasa adalah tidak masuk akal.






Ternyata walaupun kadar vaksinasi cepat dan tinggi dapat dicapai, tidak semestinya jumlah kes harian akan menurun dengan begitu banyak.





Adakah kerajaan akan mengubah metrik yang diumumkan dalam PPN?





Oleh itu, ternyata Pelan Pemulihan Negara hanyalah lagi satu “Colossal Failure” oleh kerajaan dalam mengawal Covid-19 dan memulihkan negara. Kerajaan gagal untuk mengeluarkan pelan yang efisien dan munasabah sekali lagi.





__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Bayan Baru dan Ahli Parlimen Gopeng

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/icu-masuk-icu-pelan-pemulihan-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Perlu Bahas Pelan Pemulihan Negara Di Parlimen

Pn Perlu Bahas Pelan Pemulihan Negara Di Parlimen

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 275 hits
Taklimat khas oleh Menteri Kewangan berkaitan Pelan Pemulihan Negara pagi tadi dengan mengudang wakil dari KEADILAN memberi kesempatan untuk para perwakilan menyampaikan pandangan parti kepada pemerintah Menurut kenyataan dari wakil wakil K...
Pelan Pemulihan Negara Perlu Dibentang Dibahas Di Parlimen Keadilan

Pelan Pemulihan Negara Perlu Dibentang Dibahas Di Parlimen Keadilan

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 229 hits
Taklimat khas oleh Menteri Kewangan berkaitan Pelan Pemulihan Negara pagi tadi dengan mengudang wakil dari KEADILAN memberi kesempatan untuk para perwakilan menyampaikan pandangan parti kepada pemerintah Menurut kenyataan dari wakil wakil K...
Pkpd Di Selangor Ditamatkan Seluruh Negara Di Bawah Fasa Pelan Pemulihan Negara

Pkpd Di Selangor Ditamatkan Seluruh Negara Di Bawah Fasa Pelan Pemulihan Negara

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di 34 mukim di negeri Selangor yang dijadualkan tamat pada hari ini 16 Julai 2021 tidak akan dllanjutkan Keputusan itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail...
Awani Borneo 26 07 2021 Pelan Pemulihan Negara Tenang Dan Terkawal

Awani Borneo 26 07 2021 Pelan Pemulihan Negara Tenang Dan Terkawal

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 296 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut AWANIBorneo 26 Julai 2021 Pelan hala tuju berfasa tamatkan krisis kesihatan dan ekonomi Apa cerita hartal doktor kontrak di Sabah dan Sarawak
Lantik Rafidah Jomo Anggotai Majlis Pemulihan Negara Gesa Dap

Lantik Rafidah Jomo Anggotai Majlis Pemulihan Negara Gesa Dap

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 255 hits
Lim Guan Eng mencadangkan pakar dalam bidang berkaitan yang tidak mempunyai hubungan politik dengan mana mana pihak seperti Rafidah Aziz dan Jomo Kwame Sundaram dilantik menganggotai Majlis Pemulihan Negara PETALING JAYA Setiausaha Agung DA...
Dr M Namakan Senarai Tokoh Dicadang Anggotai Majlis Pemulihan Negara

Dr M Namakan Senarai Tokoh Dicadang Anggotai Majlis Pemulihan Negara

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 285 hits
Malaysiakini Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menyenaraikan nama nama yang difikirkannya sesuai menganggotai badan ala Mageran Majlis Pemulihan Negara khusus untuk menangani wabak Covid 19 Nama nama yang disenaraikannya it...
Putrajaya Setuju Tubuh Majlis Pemulihan Negara Yang Dicadangkan Dr M

Putrajaya Setuju Tubuh Majlis Pemulihan Negara Yang Dicadangkan Dr M

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 208 hits
MALAYSIA NOW Dengan penubuhan majlis tersebut jawatankuasa khas PPN akan dibubarkan Pusat pentadbiran negara Putrajaya Kerajaan Perikatan Nasional hari ini bersetuju untuk menubuhkan Majlis Pemulihan Negara bagi memantau pelaksanaan Pelan P...
Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 734 hits
The Women Family and Community Development Ministry has provided three additional telephone numbers to facilitate applications for the Bakul Prihatin Negara aid launched by Prime Minister Muhyiddin Yassin on July 15 Its minister Rina Mohd H...
Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi Hancur Akibat Wabak Covid 19 Lapor Data Antarabangsa

Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi Hancur Akibat Wabak Covid 19 Lapor Data Antarabangsa

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 506 hits
Baru baru ini kita dilaporkan dengan keruntuhan sistem kesihatan di India yang terkesan dengan lonjakan kes wabak COVID 19 Selain dari India Biro Kewartawanan Penyiasatan menganalisis data yang disediakan oleh Breath Counts Coalition NGO Pa...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doakan Rayhana Ya

Melissa Memikat Cahaya Chord

Cerita Raya Pertama Kami Di Segamat

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r

Menginap 2h1m Di Concorde Hotel Shah Alam