Icerd Pertimbangan Baik Buruk Dan Pandangan


Oleh Prof Dr Zaharuddin Abdul Rahman


Ramai yang bertanya berkenaan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), sebenarnya saya telah pun memberikan pandangan kepada pihak kerajaan berkenaan perkara ini dalam pertemuan NGO Islam Bersama YB Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, malah juga telah membentangkan pandangan ringkas saya kepada beberapa pimpinan kerajaan negeri Kedah pada 8 November 2018 yang lalu dalam program anjuran ABIM & Exco Agama negeri.

Secara mudahnya, beberapa perkara perlu dilihat iaitu :

1.Aspek jika tandatangan ICERD dan tidak. 
A. Apa kesan jika tandatangan ICERD?

• Bila tandatangan, jika Malaysia pilih Ratifikasi maka ia adalah suatu komitmen berbentuk kukuh untuk menuruti semua artikel di dalam ICERD. Antaranya dalam artikel 5 ICERD (iv) yang menyatakan keharusan memilih pasangan bagi setiap individu, ia mungkin boleh mendesak kahwin sesama jenis dianggap hak asasi dan didesak agar dibenarkan.

• Namun obligasi tersebut DIBENARKAN untuk menyatakan pengecualian bagi artikel dan item tertentu seperti yang berbentuk affirmatif action/ discrimination (merujuk kepada perbezaan layanan kepada warga disebabkan justifikasi kukuh seperti OKU, penduduk asal, keterkebelakangan sesuatu kaum dan kelompok dan lain-lain).

• Hampir semua negara umat Islam yang menandatangani telah mengecualikan pengiktirafan negara Israel dan terdapat beberapa negara menambah pelbagai hal lain termasuk Singapura yang mengecualikan hampir 5 perkara.

• Namun begitu, pengecualian tersebut itu boleh dikritik dan dibantah oleh negara lain. Pun begitu, bantahan tersebut hanya sekadar bantahan sahaja.

• Dari hampir 197 negara di dalam UN, 177 telah menandatangani dan hanya Malaysia dan Brunei negara umat Islam yang tidak menandantanginya.

• Sebahagian besar negara yang menandatangani ICERD kelihatan tidak bersungguh pun dalam melaksanakan pelbagai klausa di dalam ICERD, malah terdapat yang telah menandatanganinya 20 atau 30 tahun lalu, namun tiada banyak perbezaan pun di negara mereka, ini menunjukkan tiada kuasa desakan yang serius bagi mana-mana negara hatta yang menyetujui ratifikasi ICERD.

• Dan semua pihak menandatangai melaksanakan artikel di dalamnya secara terpilih dan ada yang telah mengambil masa 50 tahun sejak konvensyen tersebut diperkenalkan, iaitu sejak 4 Januari 1969, namun masih lagi belum sepenuhnya.

• Majoriti non muslim yang ratifikasi ICERD, majoriti muslim adalah mereka yang mengambil peluang melapor ketidakadilan kepada pihak UN. Namun, hatta selepas dibicara dan keputusan ‘Violation’ diperolehi, hanya sekadar nasihat dan teguran sahaja diberikan oleh ICERD kepada negara terbabit, tiada tindakan keras atau paksa kelihatan terkena kepada negara terbabit, hanya lobi melobi dan sindir menyindir di perhimpunan PBB sahaja.

• Selain itu, setiap negara yang meratifikasi perlu menghantar laporan setiap suku tahun.

• Tanpa sebarang pindaan undang-undang dalam negara, ICERD TIDAK BOLEH mengambil alih kekuasan undang-undang dalam negara. Justeru, ketakutan yang melampau dalam hal ICERD, adakalanya dan mungkin ditambah-tambah kerana motif politik kepartian di dalam negara.

B. Jika tidak tandatangan?
 
• Perkara terpenting pada hemat saya, tiada paksaan atau ugutan secara keras seperti sekatan ekonomi, penarikan pelaburan, penamatan usahasama dagangan antara negara dan yang sepertinya, sekiranya Malaysia TIDAK menandatangani ICERD, kecuali akan wujud lobi antarabangsa sahaja secara berterusan sahaja.

• Malaysia tetap boleh berfungsi seperti biasa dan mengungguli hak asasi melalui undang-undang setempat dalam negara.

• Hanya kelihatan Malaysia ketinggalan dan ‘degil’ pada pandangan masyaraakat antarabangsa kerana 179 buah negara sudah menandatangani dan hanya negara kecil dan kurang dikenali antarabangsa sahaja yang mengabaikan ICERD.

• Malaysia mungkin dilihat tidak mesra hak asasi rakyat oleh antarabangsa.

2. Aspek positif dan negatif darinya

A. Apa aspek positif hasil darinya?
• Perjuangan Human Right dalam negara dianggap kuat dan setiap aduan berkaitan hak asasi di dalam negara bakal menerima sokongan meluas oleh masyarakat antarabangsa yang mendesak perubahan

• Setiap komitmen untuk ratifikasi akan ada bantuan tenaga dan lain-lain dari UN untuk memastikan ianya berjaya.

• Menandatangani dianggap dapat menarik pelaburan asing, lebih banyak political support serta tambahan dagangan kerana negara terbabit akan dianggap lebih telus dan mesra human right, justeru lebih bagus untuk pelaburan jangka sederhana dan panjang.

• Keharusan membuat reservation dianggap cukup untuk memastikan hak tertentu seperti bumiputra, Islam dan seperti terjaga.

• Pencabulan hak asasi rakyat di pelbagai peringkat termasuk pejabat, sekolah, university, banduan di penjara, pesalah, mangsa tuduhan dan sebagainya bakal mendapat perhatian. Malah pihak antarabangsa turut boleh melakukan ‘spot check’ di tempat berkaitan apabila wujud laporan atau kemungkinan wujud diskriminasi.

• Dengan adanya ICERD, semua melayu Islam dan kaum lain yang ditindas boleh mendapat sokongan lebih kuat dari pihak antarabangsa contoh pekerjaan tertentu yang tidak membenarkan bertudung, atau hanya khas berbahasa mandarin sahaja dan lain-lain.

B. Apa aspek negatif hasil darinya?

• Melayan hegemony barat dengan tunduk kepada tafsiran hak asasi yang ditentukan oleh mereka mendahului tafsiran yang lain termasuk Islam.

• Appreciation of rights tailored to a different cultural context diminishes.

• Undang-undang dalam negara yang dilihat menggalakkan perbezaaan layanan akan dilobi secara kerap dari dalam dan luar negara untuk dipinda bagi memberikan kuasa kepada pelaksanaan ‘treaty convention’. Jika tidak pinda, mungkin akan ada ‘unwelcomed surprise’ dari luar.

• Reservation terlalu banyak akan mengundang kejanggalan dan bantahan negara lain.

• Beberapa item mungkin kontroversi dan tidak termasuk dalam affirmative reservation menurut UN.

• Item yang disasarkan oleh ICERD hakikatnya boleh jadi sekadar illusonary sahaja kerana terlalu
banyak negara yang menandatanganinya tetapi mereka masih tetap kelihatan mengabaikan sahaja perlakuan diskriminasi dalam negara mereka malah sebahagian besar mereka tidak pun menghantar laporan.

• Negara kita mungkin akan kerap dilawati pegawai UN yang berkunjung dan melobi pihak berkuasa, penyokong-penyokong tegar ICERD dan Menteri secara kerap agar apa-apa yang tidak digemari mereka dipinda dan dituruti, pun begitu tiada kuasa eksekutif ke atas kita

Pertemuan NGO Islam bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa baru-baru ini membincangkan isu berkaitan ratifikasi ICERD.KONKLUSI

• Tidak perlu tandatangani ICERD dan hanya perlu cukup dengan wujudkan konvension yang hampir sama dengan ICERD di peringkat OIC namun lebih mesra variasi bangsa dan hak sesebuah negara.

• Tidak perlu tandatangani ICERD dan hanya cukup dengan menambahkan lagi liputan dan hebahan antarabangsa dengan undang-undang tempatan yang digubal bagi menggungguli hak asasi dalam negara.

• Jika terpaksa menandatanganinya, cukup sekadar bersetuju untuk accession sahaja beserta dengan reservation iaitu peringkat paling awal yang bersifat semakan keserasian negara dengan ICERD itu (peringkat ini boleh mengambil masa 20 ke 30 tahun ATAU LEBIH sebenarnya) dan bukan persetujuan ratification yang lebih mengikat atau lebih menjemput tekanan lobi antarabangsa.

• Tidak boleh dinafikan ICERD memang BAIK untuk mana-mana golongan minoriti dalam mana-mana negara, kerana denganya mereka boleh menuntut lebih kesaksamaan layanan. Namun TIDAK PELIK juga golongan asal atau majoriti akan merasa tidak selesa kerana tuntutan kesamarataan tanpa had, bakal menghilangkan keistimewaan mereka termasuk hal agama jika tidak diletakkan dalam affirmative reservation.

Islam dalam hal ini memang menggungguli hak asasi namun neraca hak asasi dan keadilan yang dipakai oleh agama ada perbezaannya dalam beberapa hal dengan hak asasi yang didasari logika semata-mata.

* Penulis ada Presiden Murshid .   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/icerd-pertimbangan-baik-buruk-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Icerd Dibawa Kepada Pertimbangan Jabatan Peguam Negara

Isu Icerd Dibawa Kepada Pertimbangan Jabatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 276 hits
19 November 2018 8 56 PM KUALA LUMPUR Isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskrinimasi Kaum telah dibawa kepada pertimbangan Jabatan Peguam
Penagih Dadah Tolak Icerd Lebih Baik Dari Menteri Yang Terima Kata Nik Abduh

Penagih Dadah Tolak Icerd Lebih Baik Dari Menteri Yang Terima Kata Nik Abduh

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 505 hits
Nik Abduh menyatakan penagih dadah yang menolak ICERD lebih baik daripada menteri yang menerimanya Foto Sinar Harian Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menempelak dakwaan Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Datuk Raja Kam...
Sokong Icerd Apa Pandangan Dap

Sokong Icerd Apa Pandangan Dap

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 317 hits
Dua ADUN DAP desak parti itu bertegasKUALA LUMPUR 11 Nov Dua Ahli Dewan Undangan Negeri DAP berpandangan jika parti itu mahu menjadi sebuah parti untuk semua rakyat ia sepatutnya bermula dengan memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untu...
Rakyat Jangan Takut Suarakan Pandangan Mengenai Icerd Kata Muhyiddin

Rakyat Jangan Takut Suarakan Pandangan Mengenai Icerd Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 386 hits
Rakyat jangan takut suarakan pandangan mengenai ICERD kata Muhyiddin Dikemas kini 16 minit yang lalu middot Diterbitkan pada
Pemimpin Ph Jangan Jadi Barua Icerd

Pemimpin Ph Jangan Jadi Barua Icerd

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 356 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Rakyat akan terus desak kerajaan batal hasrat ratifikasi ICERD PASKUALA LUMPUR Pemuda PAS bersama parti parti pembangkang dan badan bukan kerajaan akan terus mendesak kerajaan membatalkan hasrat untuk meratif...
Icerd Sanggupkah Kita Lihat Perkahwinan Sesama Jantina

Icerd Sanggupkah Kita Lihat Perkahwinan Sesama Jantina

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 448 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Baru 7 bulan Pakatan Harapan tadbir negara sudah porak peranda KUALA LUMPUR Sepanjang Barisan Nasional memerintah selama 61 tahun tidak sekali pun terdengar suara hendak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa M...
Icerd Apa Dan Kenapa Tidak Boleh Dilaksanakan

Icerd Apa Dan Kenapa Tidak Boleh Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 531 hits
MEMAHAMI ISU ICERD DALAM 3 MINITSebagai seorang pensyarah undang undang antarabangsa yang tiada apa apa kepentingan politik peribadi saya Dr Yazid terpanggil nak jelaskan isu ICERD ni dalam bahasa mudah Baru baru ini seorang menteri mengumu...
Isu Icerd Pertahankan Kedudukan Orang Melayu Islam Dan Bumiputera

Isu Icerd Pertahankan Kedudukan Orang Melayu Islam Dan Bumiputera

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 863 hits
oleh YB Shaharizukirnain Abdul KadirAhli Parlimen Setiu1 Saya membantah hasrat pihak Kerajaan untuk menandatangani Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Ramai pihak yang turut tidak menyokong perjanjia...
Icerd Gugat Peluang Pendidikan Anak Melayu Iguru

Icerd Gugat Peluang Pendidikan Anak Melayu Iguru

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 344 hits
Oleh Siti Hafidah Abd GhaffarBANGI 25 Safar 1440H Sabtu Langkah kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Untuk Memansuhkan Semua Bentuk Diskriminasi Perkauman pada suku pertama tahun depan akan membunuh peluang pendidikan anak an...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah