Icerd Mustahil Di Malaysia Apakah Umno Dan Pas Masih Mahu Terus Berhimpun




Walaupun berapa pemimpin Pakatan Harapan seperti Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Salahuddin Ayub, Marzuki Yahya dan beberapa yang lain sebelum ini telah secara terbuka menolak ratifikasi ICERD, tetapi para pemimpin UMNO dan Pas terus tanpa henti-henti membangkitkan isu tersebut.


Malah, UMNO dan Pas telah secara bersama berhimpun di Pasir Salak semalam bagi tujuan membakar perasaan rakyat dan merancang untuk mengadakan himpunan yang lebih besar dengan tujuan yang sama di Kuala Lumpur pada 8 Disember depan.


Tidak cukup dengan itu, Presiden UMNO, Zahid Hamidi turut mengajak orang Melayu “mengamuk” untuk membantah ICERD.


Realitinya ICERD adalah suatu konvensyen yang dianjurkan oleh PBB untuk negara-negara seluruh dunia melaksanakannya, tetapi ia bukanlah paksaan.


Amerika Syarikat sendiri ada yang tidak setuju dengan beberapa konvensyen lain anjuran PBB dan enggan menandatanganinya.


Maka, jika Malaysia tidak menandatangani ICERD, ia bukanlah ada apa-apa masalah sebenarnya.


Meskipun banyak negara di dunia telah menandatangani ICERD, namun perlu difahami bahawa Malaysia adalah unik kerana ia sebuah negara berbilang kaum dan hak-hak istimewa orang-orang Melayu serta kedudukan Bumiputera sudah pun termaktub dalam Perlembagaan tanpa menimbulkan apa-apa masalah.


Bahkan ICERD, kalau pun ditandatangani, tidak sama sekali mengatasi kedudukan Perlembagaan yang merupakan tunjang kepada negara.


Selagi Perlembagaan negara kekal, kedudukan orang Melayu dan Bumiputera juga akan kekal.


UMNO dan Pas bukan tidak sedar hal itu, tetapi kerana ingin meraih untung politik, mereka terus juga memainkan isu itu. Maklumlah, kedua-dua parti itu sudah "bercantum" sebagai pembangkang sekarang ini.


Apabila keadaan nampaknya berlarutan, ramai yang mengharapkan kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamad agar bertindak lebih tegas agar isu ICERD ini tidak terus berlarutan. 


Kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan terdapat beberapa peruntukan dalam ICERD tidak sesuai dengan negara kita nampaknya masih tidak memadai untuk menghentikan isu tersebut daripada terus dimainkan.


Harapan itu akhirnya muncul hari ini apabila Tun Mahathir, ketika menghadiri Persidangan APEC di Papua New Guniea, dengan tegas menyatakan adalah mustahil untuk melaksanakan ICERD yang menuntut penghapusan diskriminasi kaum di Malaysia.


Katanya, perlaksanaan ICERD memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan di mana untuk memindanya perlukan sokongan dua pertiga di Parlimen.


Dengan penegasan Tun Mahathir berkenaan ICERD itu yang dilakukannya di hadapan masyarakat antarabangsa ketika Sidang APEC dan bukannya di Pasir Salak, Bagan Datuk atau Marang, Terengganu, tentunya dengan mudah dan jelas difahami bahawa Malaysia tidak akan menandatangani konvensyen PBB itu.


Kalau sudah mustahil untuk dilaksana, bererti tidak guna atau tiada keperluan untuk negara kita menandatanganinya.


Maknanya, isu ICERD ini sudah boleh dianggap selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi berikutan kenyataan Tun Mahathir itu.


Cumanya, bagaimana dengan UMNO dan Pas, masih mahukah mereka meneruskan perhimpunan membantah ICERD pada 8 Disember depan? (Shahbudin Husin 18/11/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/icerd-mustahil-di-malaysia-apakah-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mustahil Boleh Ratifikasi Icerd Tanpa Sokongan Umno Pas

Mustahil Boleh Ratifikasi Icerd Tanpa Sokongan Umno Pas

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 400 hits
KONVENSYEN Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum memerlukan sokongan ahli ahli parlimen Umno dan PAS untuk kerajaan melaksanakannya Dalam erti kata lain ICERD tidak akan dapat diratifikasikan sekiranya ahli parlimen dari ...
Pemuda Umno Pas Berhimpun Bantah Icerd

Pemuda Umno Pas Berhimpun Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 453 hits
Diterbitkan 4 Nov 2018 2 00 petangKira kira 1 500 orang berkumpul di Masjid Jamek Kuala Lumpur hari ini bagi membantah hasrat kerjaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Himpunan yang di...
Umno And Pas To Hold Gathering At Pasir Salak To Defend Muslims Against Icerd

Umno And Pas To Hold Gathering At Pasir Salak To Defend Muslims Against Icerd

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 382 hits
A peaceful assembly to unite Muslims and to oppose the ratification of the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination will be held on Nov 17 The assembly is expected to be attended by Umno president Da...
Umno Pas Told To Stop Fanning Racial Tension With Icerd Focus On Drug Problems Instead

Umno Pas Told To Stop Fanning Racial Tension With Icerd Focus On Drug Problems Instead

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR Umno and PAS have been told to stop fanning racial and religious tension by playing up the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination issue says Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad T...
Umno Pas Playing Malay Champions On Icerd Silent On 1mdb Anwar

Umno Pas Playing Malay Champions On Icerd Silent On 1mdb Anwar

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 332 hits
PKR AGM Newly minted PKR president Anwar Ibrahim said today that Umno and PAS are now trying to play Malay champions over the ratification of the International Convention of the Elimination of Racial Discrimination even though they were sil...
Icerd Pas Sudah Tukar Jadi Assabiyah Seperti Umno

Icerd Pas Sudah Tukar Jadi Assabiyah Seperti Umno

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 501 hits
Presiden Umno Zahid Hamidi dan Presiden PAS Hadi Awang bersatu membantah ICERD Foto The Malaysian Insight oleh Shahbudin Husin Hanya kerana isu ICERD yang sepatutnya tidak perlu lagi terus dibangkitkan Pas secara nyata telah menukar perjuan...
Demo Icerd Kenapa Umno Pas Tak Buat Demo Najib 1mdb Soal Kit Siang

Demo Icerd Kenapa Umno Pas Tak Buat Demo Najib 1mdb Soal Kit Siang

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 651 hits
Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Umno dan PAS akan bersama mengadakan protes bagi menyatakan bantahan terhadap skandal 1MDB dan bekas perdana menteri Najib Razak Veteran DAP itu berkata demikian sebagai mengulas rancangan Umno dan PAS m...
Icerd Mustahil Dilaksanakan Di Malaysia

Icerd Mustahil Dilaksanakan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 374 hits
ICERD Mustahil Dilaksanakan Di Malaysia Perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan perkara itu ha...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang