Icerd Dewan Ulamak Kerah Turun 8 Dis


21 NOVEMBER 2018NASIONALUSTAZ DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
KEHARMONIAN dan keadilan yang mutlak adalah apabila Islam memimpin. Ini kerana Islam tidak memperjuangkan blok-blok bangsa yang disebut nasionalisme. Islam adalah agama yang meletakkan ketertinggian aqidah dan semua bangsa boleh bersama-sama Islam.

Penindasan perkauman berlaku apabila adanya sifat asabiyah jahiliyah dalam mempertahankan kronisme dan kebatilan sebagaimana di zaman arab jahiliyah. Penindasan kaum juga berlaku apabila berlakunya sifat melampau dan ekstrim ke atas sesuatu kaum seperti kelakuan Zionis Yahudi di Palestin serta adanya sifat dendam kesumat yang tidak berperikemanusiaan sebagaimana yang dilakukan oleh ektrimis Buddha di Myammar ke atas etnik Rohingya.

Sesungguhnya Islam hadir memimpin ummah dengan menyelesaikan kemelut pergaduhan dan perbalahan. Teras ukhuwwah dan penyatuan dijadikan dasar kehidupan bermasyarakat. Firman Allah SWT:

{وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ}
Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” [Aali-Imran: 103]

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) sangat kesal dengan cadangan kerajaan PH untuk meratifikasi ICERD di negara ini. Pihak kerajaan perlu mendengar bantahan rakyat bahkan hal ini turut mendapat tentangan hebat daripada pakar perlembagaan, pengamal undang-undang, para mufti dan NGO-NGO lain.

Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Hamid dalam satu tulisannya menyebut: “Saya katakan, tujuan utama konvensyen itu hendak disahkan adalah kerana mereka mahukan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak itu, dihapuskan. Mereka tidak berkata dengan terus terang bahawa itulah tujuan mereka, untuk mengelak bantahan. Maka, mereka menuntut supaya Malaysia mengesahkan konvensyen berkenaan. Apabila Malaysia mengesahkannya, Perkara 153 dan dasar yang bersifat diskriminasi kaum yang telah dipersetujui sebagai balasan kepada persetujuan orang Melayu memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu, yang telah termaktub dalam Perlembagaan itu, akan terpaksa dimansuhkan.”

Sedangkan di Malaysia, perlembagaan yang sedia ada memberikan hak kepada kaum selain melayu sebagai warganegara dan boleh mendapat hak-hak sebagaimana warganegara lain seperti pekerjaan, bersuara, bahkan mencalon dan dicalonkan dalam pilihan raya.

Keharmonian antara kaum ini telah dicapai menerusi Kontrak Sosial sewaktu kemerdekaan. Ini menjadi bukti sekalipun perbezaan kaum, namun setiap kaum boleh mengamalkan kepercayaan dan adat budaya mereka tanpa sebarang gangguan.

Islam tidak pernah mendiskriminasi penganut agama lain apatah lagi kaum dan bangsa. Malah Islam sendiri menyuruh berbuat baik serta berlaku adil kepada golongan non muslim. Firman Allah SWT:

{لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ}

Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” [Al-Mumtahanah: 8]

Adapun sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy yang membuat kenyataan memburukkan negara kita termasuklah tuduhan berlakunya diskriminasi kaum adalah tidak berasas.
Kenyataan yang tular melalui video berdurasi 2 minit lebih di media sosial itu wajar diambil tindakan segera. Kenyataan berkenaan jelas memburukkan nama baik negara dan suatu pengkhianatan kepada Malaysia tercinta.

Pihak DUPP juga menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira anutan agama, bangsa dan politik untuk turun secara aman ke Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018 (Sabtu) nanti bagi memberi teguran kepada pemimpin kerajaan PH agar menarik balik atau membuat kenyataan jelas menolak ratifikasi ICERD di Malaysia. Jangan biarkan rakyat dalam keresahan serta membuka ruang kepada campur tangan kuasa asing dalam urusan pentadbiran negara kita.

“Islam Memimpin”
“Islam Jalan Penyelesaian”

USTAZ DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
13 Rabiul Awal 1440 / 21 November 2018
 – HARAKAHDAILY 21/11/2018


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/icerd-dewan-ulamak-kerah-turun-8-dis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Batal Icerd Perlu Dibentang Di Dewan Rakyat Dr Shamsul Anuar

Keputusan Batal Icerd Perlu Dibentang Di Dewan Rakyat Dr Shamsul Anuar

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 383 hits
KENYATAAN MEDIA 1 Keputusan Kerajaan PH yang tidak akan Meratifikasikan ICERD dialu alukan Namun keputusan Kabinet Kerajaan PH ini mesti diperkukuhkan dengan membuat pendirian rasmi dalam Sidang Dewan Rakyat di Parlimen Ini penting supaya u...
Chaos At Dewan Rakyat Over Waytha S Speech On Icerd

Chaos At Dewan Rakyat Over Waytha S Speech On Icerd

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR Minister in the Prime Minister s Department P Waytha Moorthy was forced to cut short his speech on a controversial UN treaty on racial discrimination today after opposition MPs in the Dewan Rakyat bombarded him with shouts of r...
Nyatakan Pendirian Icerd Di Dewan Rakyat

Nyatakan Pendirian Icerd Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 276 hits
Siti Nur Mas Erah AmranBANGUNAN Parlimen FOTO arkib NSTPKERAJAAN perlu menyatakan pendirian jelas dalam Sidang Dewan Rakyat di Parlimen bagi membuktikan keputusan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala ...
Dewan Ulama Pas Ajak Rakyat Sertai Perhimpunan Tolak Icerd

Dewan Ulama Pas Ajak Rakyat Sertai Perhimpunan Tolak Icerd

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 299 hits
Nurulatiq Ahmad BandiMahfodz Mohamed SHAH ALAM Dewan Ulama Pas Pusat mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama sama menyertai perhimpunan mega menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di Dataran...
Icerd Kecoh Di Dewan Rakyat Bila Waytha Berucap

Icerd Kecoh Di Dewan Rakyat Bila Waytha Berucap

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 391 hits
November 19 2018 1 52 PMWaytha berkata beliau akan memberi jawapan bertulis kepada soalan mengenai ICERD bukannya jawapan lisan KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Waytha Moorthy terpaksa memendekkan ucapannya mengenai satu trit...
Dewan Rakyat Heats Up As All Sides Pressure Minister On Icerd

Dewan Rakyat Heats Up As All Sides Pressure Minister On Icerd

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 597 hits
PARLIAMENT The Dewan Rakyat today heated up as politicians from both sides of the floor pressured Foreign Affairs Minister Saifuddin Abdullah over the International Convention on the Elimination of Racial Discrimination Chief among the crit...
Kerajaan Digesa Naikkan Usul Icerd Untuk Dibahas Di Parlimen

Kerajaan Digesa Naikkan Usul Icerd Untuk Dibahas Di Parlimen

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR 15 Nov 8211 Kerajaan digesa membawa isu mengenai ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum untuk dibahaskan di Parlimen sebelum menandatanganinya kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dat...
Bom Jangka Icerd Apa Yang P Waythamoorthy Mahukan

Bom Jangka Icerd Apa Yang P Waythamoorthy Mahukan

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 340 hits
Idea yang tidak membangun malah memberi tekanan kucar kacir kepada rakyat malaysia Jika tandatangan diteruskan tidak mustahil boleh berlaku demostrasi secara besaran yang boleh menggugat keharmonian negara Persoalannya apakah rakyat malaysi...
Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Five Benefits Of Orange Juice


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

Sarapan Pagi Sabtu

In Los Angeles Hotels Become A Refuge For Fire Evacuees

Tips Mengelakkan Bayaran Bagasi Berlebihan