Icerd Atau Icuri




Tamrin Tun Ghafar


Khamis - 06/12/18
( 1 - 31 )


1.  Saya amat tertarik dengan lakaran - lakaran kartun Zunar dan beberapa kartunis lain dengan tajuk dan motif  kelakar tapi penuh dengan mesej dan pesanan.


2.  Jika lakaran seperti yang dilampirkan ini dilukis semasa zaman Najib memerintah dahulu sudah pasti bukan sahaja lakaran tersebut dirampas dan dimusnahkan, malah pelukisnya akan dipenjarakan.


3.  Sebagai contoh Zunar bukan sahaja pernah dikasari tapi pejabat beliau digeledah; 9 tajuk buku karyanya beserta ribuan buah jilidnya turut dirampas.


4.  Tidak cukup dengan itu , beliau juga pernah dilokapkan sebanyak 5 kali , dan dikenakan  9 pertuduhan dibawah beberapa Akta dan Undang - Undang seperti Akta Hasutan, Akta Multimedia,  Penal Code , Undang - Undang  Immigration dan beberapa undang - undang lain . Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjarakan selama 45 tahun.


5.  Itulah demokrasi dan kebebasan bersuara ala Najib yang dilaung - laungkan di pentas antarabangsa tetapi di dalam negara sesiapa sahaja yang menentang beliau akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.


6.  Saya sendiri pernah bermalam di lokap polis Jinjang Kuala Lumpur bersama Tian Chua ( mantan MP Batu ) , Hishamuddin Rais , Adam Adli , Haris Ibrahim dan beberapa orang rakan lain.


7.  Kesalahan kami ialah kerana menuduh UMNO/BN menipu dalam PRU 13  dahulu, justeru kami dituduh dibawah Akta Hasutan.


8.  Selepas 5 tahun dan selepas rakyat menumbangkan Kerajaan UMNO/BN barulah kes kami selesai.


9.   Polis dibawah Khalid Bakar, Apandi Ali , Peguam Negara dan Dzulkifli Ahmad , KP SPRM adalah ulat dan alat Najib dan Rosmah ketika itu; kerja mereka ialah menangkap siapa saja yang dilihat menentang Najib.


10.  Mereka mewah dan bermaharajalela.


11.  Boleh dibayangkan apakah tindakan Najib dan Rosmah terhadap Zunar dan kartunis lain termasuk mereka yang tidak sebulu dengannya; yang mewah ialah pemakan - pemakan dedak - CASH  IS  KING.


12.   Walaupun dibenci dan dizalimi namun masyarakat antarabangsa amat kagum dengan lakaran - lakaran beliau.


13.  Zunar telah dihormati dengan beberapa anugerah berprestij seperti : 


a.  Courage In Editorial Cartooning Award - 2012.


b.  International Press Foundation Award, New York - 2015.


c.  Cartooning For Peace Award - 2016 ,  Geneva - oleh Kofi Annan, mantan Setiausaha Agong Pertubohan Bangsa Bangsa Bersatu atau United Nation dan beberapa penghormatan lain.


14.  Di satu segi Najib telah berjaya memperdaya dan menipu masyarakat antarabangsa dengan slogan ‘Freedom of Speech’ atau Kebebasan Bersuara, dasar ‘Moderation’ atau Kesederhanaan dan amalan Demokrasi tulin yang kononnya menjadi pegangan Kerajaannya sedangkan apa yang dilakukan terhadap musuh - musuh politiknya lain sekali.


15.  Sebagai contoh kekerasan dilakukan terhadap perhimpunan BERSIH  yang mendesak setiap Pilihanraya mestilah  bersih dari sebarang kecurigaan dan salahlaku,  dan dalam masa yang sama DBKL tidak membenarkan rakyat berhimpun di padang Dataran Merdeka.


16.  Ramai pemimpin BERSIH dipukul, diheret dan dihumbankan ke dalam trak polis.


17.  Perkara yang sama berlaku terhadap penuntut - penuntut universiti yang berhimpun mendesak GST dihapuskan.


18.  Itulah cara Najib dan Kerajaan UMNO /BN memerintah.


19.  Perbezaan begitu ketara sekali apabila Kerajaan PH yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri tidak teragak - agak membenarkan rakyat berhimpun pada 08/12/18 dengan syarat mereka mesti menghormati Perlembagaan dan undang - undang.


20. Tidakkah Zahid selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang pernah melakukan apa saja yang boleh bagi menggagalkan segala apa yang hendak dilakukan oleh pembangkang ketika itu sedar dan merasa malu dengan kelulusan yang diberi bagi memudahkan Perhimpunan pada 8hb Disember nanti?


21.  Perhimpunan kali ini agak unik sedikit kerana buat pertama kalinya UMNO dan PAS akan bersama seperti pasangan pengantin tua yang hampir senja.


22.  Bagi menjaga air muka masing-masing, Zahid dan Hadi terpaksa meneruskan Perhimpunan  pada 8hb Disember  ini bagi membantah ICERD sedangkan Kerajaan sendiri telah mengumumkan secara rasmi bahawa kerajaan TIDAK AKAN menandatangi deklarasi tersebut.


23. Oleh kerana berbagai publisiti telah dibuat begitu juga ribuan wang ringgit telah dibelanjakan maka Perhimpunan ini suka tak suka terpaksa diteruskan dengan alasan - alasan yang remeh.


24.  Saya dan ramai lagi akan sama - sama turun padang jika sekiranya Perhimpunan itu diadakan bagi menuntut dari Najib dan keluarganya memulangkan semula duit rakyat yang disamun mereka melalui 1MDB.


25.  Begitu juga beratus juta ringgit lesap daripada Tabung Haji yang mana 7 juta orang Islam terutama makcik dan pakcik di kampung menabung di Lembaga itu bagi memudahkan mereka ke Mekah.


26.  Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan Perhimpunan itu akan diadakan bagi melakukan doa dan solat kesyukuran kerana Kerajaan tidak akan menandatangani ICERD.


27.  Hadi pula dengan alasan hendak mengajar Menteri - Menteri yang tidak menghormati Perdana Menteri.


28.  Zahid dan beberapa ahli UMNO pula mahu memprotes ICERD.


29.  Dengan berbagai alasan diberikan mereka,  ini semua membuktikan mereka ini bodoh sombong yang tak boleh diajar.


30.  Kan lebih bermakna jika mereka gunakan Perhimpunan ini menuntut Najib , Rosmah dan Jho Low memulangkan kembali  harta rakyat yang mereka rompak dari senyap seribu bahasa dan berpeluk tubuh tidak bersuara.


31.  Yang akan berkumandang di udara ialah laungan ' Takbir' dan ‘Hidup Najib’  bukannya 'Najib , pulangkan duit kami'.


Terima kasih.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/icerd-atau-icuri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Icerd Siapa Mulakan Dahulu Jangan Salahkan Umno Atau Pas

Isu Icerd Siapa Mulakan Dahulu Jangan Salahkan Umno Atau Pas

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 489 hits
Wan Hafiz HamzahKUALA LUMPUR 24 Nov Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan segala kemelut penentangan terhadap ICERD sehingga memperlihatkan demonstrasi demi demonstrasi dilakukan di seluruh negara bukan dimulakan oleh UM...
Ulasan Icerd Absurd Atau Berserk

Ulasan Icerd Absurd Atau Berserk

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 262 hits
Diterbitkan 24 Nov 2018 8 04 malamULASAN Absurd dalam bahasa Inggeris ialah stupid and unreasonable or silly in a humorous way things that happen that are stupid or unreasonable or ridiculous Kalau diterjemahkan dalam bahasa Malaysia perkat...
Kerajaan Nyata Pendirian Tidak Akan Meratifikasikan Icerd

Kerajaan Nyata Pendirian Tidak Akan Meratifikasikan Icerd

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya pada Jumaat berkata kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Perse...
Kenyataan Akhbar Penganjur Himpunan Aman Rakyat Tolak Icerd

Kenyataan Akhbar Penganjur Himpunan Aman Rakyat Tolak Icerd

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 625 hits
1 Susulan kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri berkenaan Kerajaan Pakatan Harapan Tidak Akan Meratifikasi ICERD bertarikh 23 November 20182 Gerakan Pembela Ummah bersama Sekretariat Kedaulatan Negara bersama NGO NGO Isla
Icerd Tidak Akan Diratifikasi Tun M

Icerd Tidak Akan Diratifikasi Tun M

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Kabinet hari ini secara sebulat suara bersetuju tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum selepas mengambil kira kebimbangan umum termasuk keselamatan nasional negara B...
Budak Tadika Pun Tahu Icerd Tidak Akan Diluluskan Kerajaan

Budak Tadika Pun Tahu Icerd Tidak Akan Diluluskan Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 260 hits
umno dan pas sekadar main politik murahan sejak mereka berpakat menipu rakyat dalam isu RUU355 kali ini mereka meneruskan permainan yang sama Sebab itu aku cadang black maria kutip mereka yang sengaja mencetuskan hasutan dan permusuhan kaum
Nyatakan Pendirian Icerd Di Dewan Rakyat

Nyatakan Pendirian Icerd Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 275 hits
Siti Nur Mas Erah AmranBANGUNAN Parlimen FOTO arkib NSTPKERAJAAN perlu menyatakan pendirian jelas dalam Sidang Dewan Rakyat di Parlimen bagi membuktikan keputusan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala ...
Dah Tak Munasabah Berhimpun Bantah Icerd

Dah Tak Munasabah Berhimpun Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 241 hits
Diterbitkan 23 Nov 2018 11 33 malamSelepas kerajaan memutuskan untuk tidak menerima Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum sewajarnya tiada mana mana pihak mengadakan perhimpunan kata Muhyiddin Yassin M...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation