Ibu Terima Kasih Sayang Tetap Sama 3 Kali Detail Scan Semuanya Okay Hari Ke 5 Kelahiran Baru Tahu Segalanya


Tidak terduga apabila mendapat berita tentang bayi yang baru dilahirkan oleh ibu ini rupanya tiada penglihatan sejak lahir. Malah 3 kali detail scan yang dilakukan ketika kehamilan juga tidak mampu mengesan sebarang masalah pada mata bayi comel ini.
Segalanya baik-baik sahaja sehinggalah masuk hari ke-5 selepas kelahiran bayi ini. Segalanya berubah. Ikuti perkongsian ibu ini

Baca: “Ya Allah Panjangkan Umur Anakku.” Aafiyah Perlukan Rawatan Masalah Jantung Terbalik
Bismillahirrahmanirrahim..
Saya disahkan mengandung pada bulan Januari 2020. Rafeeq Zhakeef anak kedua. Ada sorang anak yang sulung, lelaki juga, Rifdan Zameer. Sepanjang mengandungkan rafeeq, alahan semua macam biasa, sama lebih kurang macam abg dia. kira flownya sama je. Cukup kandungan 26week, saya ada buat details scan. Tidak ada apa yang tak kena yang doctor detect. Semua baik-baik je.
Sepanjang saya pregnant pun, tak ada apa yang luar biasa, semua sama macam mengandungkan anak sulung, Rifdan. Saya tak ada kencing manis masa mengandung, tak ada darah tinggi. semuanya normal dan baik-baik sahaja.
Lilitan Kepala Janin Kecil Dibawah Graf Normal
Cuma masa kandungan masuk 36minggu, doktor ada detect lilitan kepala bayi sedikit kecil dibawah graf bagi ukuran lilitan kepala baby yang normal. Maka dari situ saya perlu refer ke hospital sebanyak 2 kali untuk melakukan details scan. Tapi memang tak ada apa yang perlu dirisaukan kata doktor. Seminggu sebelum tarikh bersalin, doktor sarankan saya untuk warded awal, untuk tempoh pemantauan dan diberi tempoh 4 hari untuk bersalin normal. Jika gagal bersalin normal, doktor akan minta untuk melakukan secara pembedahan Czer.
Dipaksa Bersalin
Rafeeq akhirnya dilahirkan secara Czer kerana percubaan bersalin normal gagal selepas jantung Rafeeq mula ada masalah selepas lebih 8 jam doktor pecahkan air ketuban. Tarikh 7 September 2020 (Isnin) jam lebih kurang 8.50pm, Rafeeq selamat dilahirkan secara Czer.

Bayi Dihantar Ke NICU, Menyusu Tapi Tak Buka Mata
Selepas bersalin, Rafeeq terus dimasukkan ke NICU kerana doktor perlu memantau pernafasan baby. Ketika itu pernafasan Rafeeq laju dan memerlukan bantuan pernafasan. Tapi Alhamdulillah, Rafeeq stabil cuma memang ditahan di NICU dan ketika itu saya diward selepas bersalin. Hari pertama dan hari kedua di ward, saya memang nampak tak ada yang tak normal pada Rafeeq.
Saya melawat Rafeeq sehari 2 kali (Pagi dan petang) itu pun untuk menyusu sahaja dan masanya sangat terhad dengan keadaan Covid-19 ketika itu, masih berjaga-jaga. Sepanjang 2 hari, 4 kali menyusukan Rafeeq, akak tak nampak dan tak teliti apa yang tak kena pada bayi.

Semuanya dalam keadaan baik, masa menyusu bayi tidur dan tak buka mata.
Masa lahir doctor memang check baby macam biasa. Dalam tempoh dua hari, memang doctor kata belum nampak baby bukak mata. Mata belah kiri ada bukak sikit dan mata belah kanan tak bukak langsung. Awal-awal tu doctor memang bagi masa baby bukak mata dengan natural.
Hari ke-3
Masuk Hari ketiga warded, Pagi (10 September 2020) Doktor Pakar Kanak-Kanak, Dr. Goh menghubungi suami saya untuk berjumpa dengan kami berdua pada jam 5 petang. Kami ke NICU seperti yang diminta untuk berjumpa Dr.Goh.
Dr.Goh memberitahu mereka detect abnormal pada baby. Tapi masa tu masih belum jelas lagi yang Dr.Goh ceritakan. Dia banyak bertanyakan latar belakang dan salasilah keluarga kami, kedua-dua belah keluarga saya dan suami. Dalam perbincangan tersebut juga, Doctor ada tanya tentang environment pekerjaan jika ada terlibat dengan environment chemical. Dan awalnya, Doctor hanya minta doa yang baik-baik.
Doctor menjelaskan tentang situasi Rafeeq dimana sesuatu yang abnormal pada bayi iaitu mata, lilitan kepala dan titik lengkuk pada tulang belakang bayi. Ketika itu saya dan suami hanya mampu doa yang baik-baik sahaj. Kami tak terlintas bahawa bayi kami tiada penglihatan mata.

Hari Ke-5
Masuk hari ke-5, Rafeeq masih di NICU dan saya sudah discharge. Doktor Pakar Kanak-Kanak menghubungi sekali lagi untuk membuat conference antara saya dan suami, doktor pakar kanak-kanak dan doktor pakar mata.
Hari kelima, baru lebih details dan terperinci yang doc terangkan tentang Rafeeq. Masa conference dalam bilik meeting dalam ward NICU, doc pakar kanak kanak cerita lebih lanjut tentang Rafeeq. Tentang 2 perkara yang lain yg abnormal. Lilitan kepala dan lengkuk di tulang belakang.
Doktor ada beritahu yang mereka hantar sample darah untuk buat ujian kormosam (ujian genetik) untuk beberapa sindrom yang berkaitan dengan mata, kepala dan tulang belakang. Dan bila doctor alihkan pada penerangan doctor mata.
Doctor mata menerangkan yang pembentukan mata Rafeeq terganggu dan mata sebelah kanan Rafeeq bersaiz kecil (mikro) kemungkinan tanpa bebola mata dan mata sebelah kiri kelihatan ada bebola mata tapi pembentukan anak mata terganggu.
Doctor pakar mata Hospital Taiping memaklumkan pada kami suami isteri, yang Rafeeq memang tiada harapan untuk melihat.
Kami suami isteri tergaman (speechless) saling berpandangan.. dan masa tu cuba ada kekuatan bertanya “tidak ada apa cara ke untuk bantu anak saya”. doctor hanya memberitahu usia Rafeeq lebih 6 bulan boleh/akan refer ke pakar mata Hospital Kuala Lumpur untuk pembedahan kosmetik sahaja. (cantikkan keadaan mata).
Masa tu kami suami isteri maklum, memang penglihatan Rafeeq tak ada. Masa tu memang tak ada kata-kata penyambung.. diam je.. sepi.. saling berpandangan.. keadaan masa tu.. macam tak percaya pun ada kami yang hadapi situasi tersebut.. cuma.. tersentak.. bila salah sorang doctor kanak-kanak mula bersuara dengan nada yang sangat pada kami “bermotivasi”.
Ayatnya “ibu, ayah, satu kekurangan anak, tidak bermakna dia hilang segala fungsi, kita masih perlu ajar dan didik anak, ajar berjalan, ajar memegang, ajar segala tentang kehidupan. Ibu ayah jangan risau, kita sama-sama bantu untuk mengajar dan memantau perkembangan anak”
Dan selepas itu, nurse tolak masuk cot baby, dan tunjuk Rafeeq kepada kami. Dengan kuasa Allah swt, segala perasaan sedih risau semua tadi, hilang. Yang ada dalam diri kami kekuatan, “InShaAllah, kami boleh menjaga mendidik anak ini sedaya kami”.

Penyebab itu doctor tak boleh nak sahihkan, sebab boleh jadi pelbagai sebab. Yang doctor ada terangkan kemungkinan sahaja sebab-sebab terjadinya. Kemungkinan yang doctor ada bincangkan:-
1. Genetik – faktor keturunan, untuk mengesahkan faktor ini yang doctor ambil sample darah baby untuk melalui ujian kormoson.
2. Jangkitan kuman – untuk jangkitan kuman ni, doctor menilai dalam tempoh saya mengandung ada tak terlibat dengan bahan bahan chemical (sebab itu yang doctor tanya environment kerja) – (Suami isteri tak terlibat dengan kerja chemical)
Untuk 2 faktor ini, ikut result yang doctor bagi pada kami, kedua-dua nya negative. Maksudnya, Rafeeq lahir tanpa penglihatan bukan faktor keturunan/sindrom atau jangkitan kuman.
Doctor pun tak boleh nak sahihkan faktor utamanya. Allahu’alam..

Baca: “Damailah Suamiku, Ramai Doakan Awak.” Perginya Wira Negara & Ayah 4 Anak
Kami terima semua ni secara perlahan-lahan dan Alhamdulillah. Kata-kata semangat dari semua orang, mak abah, adik beradik, saudara saudara, kawan kawan.. memberi kami kekuatan dan keyakinan yang Rafeeq akan baik-baik sahaja. Risau akan masa depan itu ada, tapi kami letak terus kepercayaan kepada Allah swt yang mana sehebat hebat perancang.
Rafeeq Zakheef adalah satu bentuk rezeki buat kami yang mana kami sedar, kami perlu jaga dan asuh sama seperti abangnya, Rifdan Zameer. Kami akan sentiasa bagi kata-kata positif bila dia dah besar nanti, beri kasih sayang sama banyak dengan yang lain dan dia perlu yakin dengan diri sendiri kerana masing-masing ada kelebihan masing-masing.

Rafeeq Zakheef, bermaksud “yang baik, yang membanggakan”. InShaALLAH, Rafeeq anak yang baik anak yang akan membanggakan umi abi dan keseluruhannya. Rafeeq anak yang hebat. Ramai yang sayangkan rafeeq. Jadi anak soleh ye, berbakti dan memberi manfaat yg baik untuk semua. Allah SWT ada dengan kita.
Kredit: Rozaila Radzali
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Ibu Terima, Kasih Sayang Tetap Sama” 3 Kali Detail Scan, Semuanya Okay. Hari Ke 5 Kelahiran Baru Tahu Segalanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-terima-kasih-sayang-tetap-sama-3-kali-detail-scan-semuanya-okay-hari-ke-5-kelahiran-baru-tahu-segalanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Saya Minta Maaf Saya Sayang Awak Kalau Boleh Setiap Hari Ucapkan

Terima Kasih Saya Minta Maaf Saya Sayang Awak Kalau Boleh Setiap Hari Ucapkan

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 278 hits
Berapa ramai pasangan yang menjalani kehidupan berumahtangga yang muram dan suram Dia bangun tidur aku pun bangun tidur juga Anak anak pun turut sama bangun tidur Aku makan dia pun makan anak anak pun sama makan juga Dia keluar bekerja aku ...
Pakai Baju Yang Sama 100 Hari Wanita Ini Tekad Tidak Beli Baju Baru

Pakai Baju Yang Sama 100 Hari Wanita Ini Tekad Tidak Beli Baju Baru

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 483 hits
Mana mungkin kita akan memakai pakaian yang sama sehingga berhari berhari warna dan jenis yang sama sudah tentu kita akan berasa malu dan sengan kerana pasti ada diantara yang mengenali akan menegur pakaian kita Namun lain pula bagi seorang...
Terima Kasih Allah 6 Tahun Tunggu Suami Isteri Sama Sama Menangis Doktor Sebak

Terima Kasih Allah 6 Tahun Tunggu Suami Isteri Sama Sama Menangis Doktor Sebak

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 432 hits
Bagi pasangan suami isteri kehadiran anak pelengkap rumah tangga Walau apa pun terjadi usaha dan doa yang tak putus dianggap kunci kejayaan selagi kedua duanya normal dan tiada masalah kesihatan Apa sahaja rawatan sekalipun yang dilakukan s...
Hiburan Siti Nurhaliza Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 42 Hari Ini Tak Putus Terima Ucapan Serta Doa Selamat

Hiburan Siti Nurhaliza Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 42 Hari Ini Tak Putus Terima Ucapan Serta Doa Selamat

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 495 hits
Menyambut hari kelahiran yang ke 42 pada hari ini penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memanjatkan kesyukuran kerana masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki bersama keluarga serta peminat tersayang Sumber Siti yang kini ...
Terima Kasih Jadi Pasangan Terbaik Raih Anugerah Utama Hyunbin Beri Ucapan Buat Kekasih Son Yejin

Terima Kasih Jadi Pasangan Terbaik Raih Anugerah Utama Hyunbin Beri Ucapan Buat Kekasih Son Yejin

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 361 hits
Kelmarin telah berlangsung anugerah berprestij 2020 APAN Star Awards dan ramai nyata gembira apabila Hyunbin diumumkan sebagai pemenang Anugerah Utama pada malam tersebut Dek lakonannya yang meninggalkan kesan sebagai Kapten Ri Jung hyuk da...
Terima Kasih Ya Allah Selamat Timang Anak Keenam Tahniah Datuk Awie Isteri

Terima Kasih Ya Allah Selamat Timang Anak Keenam Tahniah Datuk Awie Isteri

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 328 hits
Faktor usia bukan halangan Penyanyi dan pelakon Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenamnya pada petang semalam Menerusi petikan artikel yang dikeluarkan oleh Harian Metro yang turut juga dikongsikan oleh Awie menerusi facebooknya Awi...
Hiburan Terima Kasih Yas Zarina Anjoulie Sah Bercerai

Hiburan Terima Kasih Yas Zarina Anjoulie Sah Bercerai

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 394 hits
Julai tahun lalu pelakon yang penuh kontroversi Zarina Anjoulie akhirnya telah menamatkan zaman bujang dengan kekasih hatinya Eilyas Azhar atau lebih mesra dipanggil Yas BACA AdvertisementBerita perkahwinan mereka ini mula tersebar selepas ...
Bayaran Bpn 2 0 Fasa Kedua Bermula Hari Ini Boleh Semak Jika Anda Sudah Terima

Bayaran Bpn 2 0 Fasa Kedua Bermula Hari Ini Boleh Semak Jika Anda Sudah Terima

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 368 hits
Pada bulan September tahun lalu kerajaan dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional untuk golongan B40 dan juga M40 Bayaran ini dilakukan secara 2 fasa yang mana fasa pertama telah pun dibayar berm...
Terima Kasih Untuk 20 000 Subscribers

Terima Kasih Untuk 20 000 Subscribers

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 267 hits
Syukur Alhamdulillah channel Youtube Buasir Otak TV akhirnya telah mencapai 20 000 Subscribers beserta pencapaian milestone lain iaitu 4 500 000 Views dan 250 Video Walaupun sasaran untuk dapat Silver Play Button masih jauh namun tak akan a...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever