Ibu Sepatutnya Bangga Saat Bertarung Nyawa Alat Inilah Berjasa Dalam Labour Room
Proses kelahiran yang dilalui oleh seorang ibu dianggap sebagai satu jihad besar kerana ia antara hidup dan mati. Mungkin bagi yang ada pengalaman akan faham situasi ini dan bila diingat semula pastinya rata-ratanya akan berasa takut.
Dalam tempoh mengandung itu, ibu dah lalui macam-macam dugaan. Dengan alahannya, masalah kesihatan dan macam-macam lagi. Jadi apabila dah nak dekat bersalin, persiapan bayi yang akan lahir juga semestinya dah lengkap.
Bagaimanapun, untuk menyambut orang baru, persediaan itu bukan hanya untuk bayi sahaja tetapi apabila ibu dah mula rasa kontraksi dan bersedia untuk melalui proses kelahiran, kelengkapan untuk ibu bersalin juga disediakan dengan rapi.
Pasti ibu tak tahu apa yang pihak hospital sediakan untuk membantu kelahiran bayi dengan lebih selamat dan mudah. Ini kerana apabila dah berada dalam labour room, ibu hanya lalui rasa sakit dan bersedia untuk meneran sahaja.
Bagi memberi gambaran lebih jelas kelengkapan yang digunakan untuk kelahiran normal, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr Anna Liza Roslani berkongsi info ini.
Puan A sudah bertarung dengan kesakitan selama 5 jam di labour room. Doktor memeriksa pembukaan pintu rahim. Alhamdulillah! Sudah 10cm! Sudah tiba waktunya untuk meneran dan untuk melahirkan bayi.
Lantas, doktor membuat persiapan. Dia membasuh tangan dan memakai apron/gown. Kemudian dia membuka ‘set kelahiran’ yang berada di atas troli, bersebelahan dengan katil Puan A.
Terbeliak mata suami Puan A (yang mendampingi isterinya) apabila melihat kandungan ‘set kelahiran’ itu. Wajahnya seolah-olah panik! Beberapa peralatan besi tersusun rapi di dalam set itu. Berkilat. Nampak seperti peralatan yang menyakitkan!
Apakah peralatan- peralatannya?
1. Sarung tangan getah (glove) steril di dalam pembungkus kertasnya, untuk dipakai oleh doktor.
2.Kain hijau (drape atau lithotomy sheet) yang mempunyai lubang ditengahnya. Kain ini digunakan untuk menutupi bahagian bawah abdomen, kemaluan, dan peha ibu, sambil membenarkan pemeriksaan faraj dan kelahiran bayi. Siapa kata si ibu dibogelkan sewaktu bersalin? Siapa kata si ibu perlu memakai seluar muslimah? Kain hijau ini adalah bersih/steril (telah dinyahkuman) supaya bayi dilahirkan atas kain tanpa kuman.
3. Mangkuk besi berisi cotton-wool dan cecair hibitane. Cotton wool digunakan untuk membersihkan bahagian luaran kemaluan, juga untuk persekitaran yang agak bersih untuk bayi dilahirkan.
4. Pad – untuk dipakaikan pada ibu setelah bersalin.
5. Mangkuk besi berbentuk ginjal (kidney dish) – bekas untuk meletak uri
6. Gauze – untuk mengelap darah
7. Mangkuk besi untuk pengumpulan cord blood.
a. Episiotomy scissors – gunting untuk membuat potongan di kemaluan (episiotomi)
b. Clamps – untuk menyepit tali pusat bayi (sebelum dipotong)
c. Cord scissors – gunting untuk memotong tali pusat bayi
d. Stitch scissors – gunting untuk memotong benang jahitan
e. Tissue forceps – pemegang umum
f. Needle holder – alat untuk memegang jarum & benang (untuk menjahit luka)
g. Sponge forceps – pemegang untuk gauze & penyepit umum.
Sekarang, apabila anda sudah ketahui kegunaan setiap peralatan ini, anda sudah tidak takut, bukan? Cuma satu alat sahaja yang sedikit menggerunkan iaitu……..a!
Tq MsLinda Lyn kerana menyediakan set kelahiran dengan kemas.
Kredit: Dr Anna Liza Roslani
Pakar Obstetrik & Ginekologi
ARTIKEL MENARIK [“Genap 24 Minggu Adik Lahir. Terima Kasih Kuat Untuk Mummy Walaupun Tak Lama”]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Kenapa Anak Saya Lasak, Tak Reti Duduk Diam? Ini Penyelesaian Terbaik Buat Ibu Ayah]
**Mahu dapatkan barangan anak pada tawaran harga istimewa, klik di sini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Ibu Sepatutnya Bangga! Saat Bertarung Nyawa, Alat Inilah ‘Berjasa’ Dalam Labour Room appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ibu-sepatutnya-bangga-saat-bertarung-nyawa-alat-inilah-berjasa-dalam-labour-room/