Ibu Negara Ada 30 000 Keluarga Miskin



Oleh Mohd Iskandar Ibrahim    LIHAT VIDEO DI SINI PETALING JAYA: Dianggarkan ada kira-kira 30,000 ketua isi rumah di ibu negara, berada di bawah garis kemiskinan yang memerlukan bantuan sewajarnya. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata jumlah itu dikenal pasti berada dalam 178 lokaliti sekitar Kuala Lumpur terutama membabitkan penghuni projek perumahan rakyat (PPR).
"Di bandar (Kuala Lumpur), golongan ini tidak dapat memenuhi keperluan yang asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
"Maka, pendapatan sekitar bawah RM2,200, kita anggap keluarga itu perlu mendapatkan bantuan sewajarnya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengumumkan senarai 335 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 di Sri Pentas, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.
Annuar bagaimanapun menjelaskan, pihaknya tidak dapat memberikan jumlah yang tepat ketua isi rumah tergolong di bawah garis kemiskinan kerana perbezaan angka antara agensi berkaitan.
"Ada pelbagai agensi yang melihat perkara ini seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
"Kita akan cuba selaras sebab ada lain-lain jumlah, contohnya JAWI mempunyai 23,000 sasaran ketua keluarga, kita pun ada rekod lebih kurang sama manakala JKM mempunyai jumlah kira-kira 13,000.
"Bagaimanapun, anggaran kita antaranya berdasarkan jumlah ketua isi rumah membabitkan 63,000 unit PPR di sekitar ibu negara yang mana separuhnya daripadanya tergolong di bawah garis kemiskinan," katanya.
Mengulas mengenai program MyBeras@Wilayah yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi, Annuar berkata, ia adalah sub program kepada MyFood untuk golongan miskin bandar atau mereka yang hilang mata pencarian ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 
Tan Sri Annuar Musa
"Kita menyasar untuk mengagihkan lebih 5,000 kampit beras seminggu dengan sasaran antara 20,000 ke 30,000 kampit sebulan.
"Mereka yang ingin menyumbang kepada program ini, boleh berbuat demikian dengan memberi sumbangan menerusi portal MyInfaq.
"Malah saya sendiri akan menghubungi rakan-rakan swasta untuk bersama menjayakan program ini. Orang ramai juga boleh menyumbang sekurang-kurangnya RM10 menerusi portal terbabit," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, agihan beras dilakukan secara sistematik kepada golongan sasar di setiap zon supaya tiada insiden pelanggaran prosedur operasi tetap (SOP) PKP.
Muhyiddin dalam perutusan khas sempena Hari Wilayah malam tadi berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan mengagihkan beras kepada golongan memerlukan bermula semalam menerusi Program MyBeras@Wilayah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/ibu-negara-ada-30000-keluarga-miskin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Pakai Jam Hampir Sejuta Ringgit Ketika Kl Ada Lebih 30 000 Keluarga Miskin

Menteri Pakai Jam Hampir Sejuta Ringgit Ketika Kl Ada Lebih 30 000 Keluarga Miskin

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 657 hits
MALAYSIA DATELINETular di media sosial padanan jam tangan dipakai Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dalam sidang medianya sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan kelmarin Imej jam mewah di tangan kiri pemimpin Umno berusia 6...
Pernah Viral Berpisah Dengan Keluarga Angkat Budak 7 Tahun Maut Didera Ibu Bapa Tiri

Pernah Viral Berpisah Dengan Keluarga Angkat Budak 7 Tahun Maut Didera Ibu Bapa Tiri

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 576 hits
Seorang kanak kanak berusia 7 tahun ditemui maut dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya Melaka Menerusi laporan Harian Metro kanak kanak tersebut dipercayai didera ibu dan bapa tiri berikutan terdapat kesan cedera serta lebam di a...
Keluarga Angkat Sedih Kanak Kanak Maut Didera Ibu Kandung Selepas Dipulangkan

Keluarga Angkat Sedih Kanak Kanak Maut Didera Ibu Kandung Selepas Dipulangkan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 622 hits
Sejak semalam tular di media sosial apabila seorang kanak kanak berusia tujuh tahun ditemui maut terlangkup didalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya Alor Gajah Melaka Terdapat juga kesan lebam di badan mangsa dipercayai didera ole...
Nyawa Ibu Direnggut Covid Aisyah Hidup Sebatang Kara Setelah Ditinggal Keluarga Besar Karena Mualaf

Nyawa Ibu Direnggut Covid Aisyah Hidup Sebatang Kara Setelah Ditinggal Keluarga Besar Karena Mualaf

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 391 hits
Malang benar nasib yang dialami Aisyah Alissa Nyawa ibunya direnggut virus Corona Aisyah pun kini hidup sebatang kara Mirisnya Dia juga tertular Covid 19 dan dinyatakan positif berdasarkan hasil Swab tes di RS Siloam Karawaci Saat ini Aisya...
Panas Bekas Timbalan Menteri Soal Kerajaan Pn Mana 150 000 Laptop Untuk Pelajar Miskin

Panas Bekas Timbalan Menteri Soal Kerajaan Pn Mana 150 000 Laptop Untuk Pelajar Miskin

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 357 hits
BILAKAH Kementerian Pendidikan akan mengagihkan 150 000 komputer riba yang diperuntukkan untuk murid miskin seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021 soal bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching Ahli Parlimen Kulai itu berkata...
Covid 19 Azizan Osman 31 Ahli Keluarga Positif Ibu Mentua Meninggal Dunia

Covid 19 Azizan Osman 31 Ahli Keluarga Positif Ibu Mentua Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 472 hits
KUALA LUMPUR Pakar motivasi dan penceramah Datuk Azizan Osman hari ini mengesahkan beliau dijangkiti wabak COVID 19 selepas berkontak rapat dengan seorang pesakit yang sama pada 7 Januari lalu Menerusi kemas kini yang dimuat naik di laman F...
More Than 14 000 Affordable Homes Built Last Year

More Than 14 000 Affordable Homes Built Last Year

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 281 hits
The housing and local government is targeting 15 577 PR1MA units to be completed this year PETALING JAYA More than 14 000 homes were built for B40 and M40 communities last year housing and local government minister Zuraida Kamaruddin said t...
Warganet Peter Anthony Bayar Saman Bantu Penduduk Pedalaman Yang Dikompaun Rm8 000 Langgar Pkp

Warganet Peter Anthony Bayar Saman Bantu Penduduk Pedalaman Yang Dikompaun Rm8 000 Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 305 hits
Peter menyerahkan resit pembayaran kepada salah seorang penduduk yang dikompaun RM1 000 ketika keluar membeli barang keperluan di Tenom baru baru ini KOTA KINABALU Kejadian lapan penduduk kampung di pedalaman Sabah yang dikenakan kompaun RM...
Kena Kompaun Rm1 000 Keluar Beli Barang Saya Simpati Tapi Tindakan Kami Wajar Kata Ketua Polis Sabah

Kena Kompaun Rm1 000 Keluar Beli Barang Saya Simpati Tapi Tindakan Kami Wajar Kata Ketua Polis Sabah

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 559 hits
Sekumpulan penduduk yang mahu ke pekan Tenom untuk membeli barang keperluan baru baru ini dikenakan kompaun RM1 000 kerana melanggar prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan KOTA KINABALU Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali ...
Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Ribut Tropika Senyar Fenomena Luar Biasa Dan Persediaan Cuaca Malaysia

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

10 Nasihat Penting Mengenai Cuaca Buruk Yang Perlu Anda Tahu

Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Eskisehir Dan Bursa Day 4 1

Pangkah Dengan Bijak Demokrasi Memilih Pemimpin Prn Ke 17 Sabah 2025

Ke Palm Mall La Kita

Ultimate Beef Biryani Recipe By Food Fusion

Berat Turun Dengan Mudah Tanpa Perlu Dipaksa

Final Muzikal Lawak Superstar 2025 Malam Gelak Kudap Kudap Lengkapkan Hujung Minggu Anda