Ibu Memasak Di Dapur Bantu Bantulah Baliklah Kampung Ziarah Mak Ayah


Jangan biar ibu sendirian di dapur, usah lupakan ibu bapa di kampung. Ramadan datang lagi. Bulan yang penuh keberkatan ini bukan sekadar tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga bulan untuk muhasabah diri dan memperbaiki hubungan terutama dengan ibu bapa.
Ibu Memasak Di Dapur Bantu-bantulah Namun, dalam kesibukan mengejar amal ibadah, ada satu perkara yang sering kita terlepas pandang iaitu peranan ibu di dapur dan ibu bapa di kampung. Bagi yang masih tinggal bersama ibu, ada satu kebiasaan yang sering berlaku. Ibu sibuk di dapur, anak-anak pula sibuk dengan telefon, televisyen, atau rehat di bilik.

Tanpa sedar, kita membiarkan ibu berhempas pulas menyediakan juadah berbuka seorang diri. Ramadan sepatutnya menjadi bulan untuk lebih menghargai ibu, bukan membiarkan mereka kepenatan seorang diri.
Bayangkan, sejak pagi ibu sudah sibuk mengurus rumah, kemudian masuk ke dapur untuk memasak makanan berbuka. Ketika azan Maghrib berkumandang, ibu mungkin belum sempat duduk berehat kerana masih menguruskan hidangan di meja. Sedangkan kita? Hanya tahu menanti makanan terhidang tanpa menghulurkan bantuan.
Jika kita benar-benar menghargai ibu, Ramadan ini cubalah buat sesuatu yang berbeza. Bangun lebih awal untuk membantu memotong sayur, mengacau lauk, atau sekadar mencuci pinggan selepas berbuka. Jangan tunggu disuruh, kerana ibu tidak selalu meminta, tetapi dalam diam mereka mengharapkan sedikit keprihatinan.
Baliklah Kampung Ziarah Mak Ayah Bagi yang ibu bapanya jauh di kampung, Ramadan sepatutnya menjadi masa untuk lebih kerap bertanya khabar. Jangan biarkan mereka menanti panggilan yang tak kunjung tiba. Apalah sangat beberapa minit untuk menelefon ibu bapa, mendengar cerita mereka, bertanya tentang kesihatan dan keperluan mereka.
Jika ada kemampuan kewangan, cubalah cari jalan untuk menggembirakan mereka. Mungkin dengan mengirimkan sedikit wang, membelikan juadah berbuka, atau jika keadaan mengizinkan, pulanglah menziarahi mereka. Jangan hanya pulang ketika Aidilfitri, kerana kasih sayang ibu bapa bukan bermusim.

Ramadan bukan sekadar tentang solat dan puasa, tetapi juga tentang bagaimana kita melayani ibu bapa dengan penuh kasih sayang. Rasulullah SAW bersabda:
“Keredaan Allah terletak pada keridhaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.” (HR Tirmidzi)
Hadis ini jelas menunjukkan betapa besarnya kedudukan ibu bapa dalam kehidupan kita.
Ramadan adalah masa terbaik untuk kita berubah menjadi anak yang lebih baik. Jangan biarkan ibu kelelahan sendirian di dapur, dan jangan biarkan ibu bapa di kampung terasa dilupakan. Sesungguhnya, sekecil-kecil perhatian yang kita berikan kepada mereka, besar nilainya di sisi Allah.
Jika bukan sekarang kita menghargai mereka, bila lagi?
Baca artikel lain juga: Anak Bukan Trofi Mak Ayah, Bukti Pencapaian Didikan Terpaling Berjaya
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
 
The post Ibu Memasak Di Dapur Bantu-bantulah, Baliklah Kampung Ziarah Mak Ayah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-memasak-di-dapur-bantu-bantulah-baliklah-kampung-ziarah-mak-ayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurseri Ramadan Di Masjid Putra Nilai Masjid Wilayah Persekutuan Mak Ayah Lega

Nurseri Ramadan Di Masjid Putra Nilai Masjid Wilayah Persekutuan Mak Ayah Lega

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 106 hits
Bagi membolehkan mak dan ayah menunaikan solat tarawih dengan baik dan sempurna tanpa sebarang gangguan dua masjid memilih untuk mengadakan pusat asuhan untuk anak anak Sempena Ramadan kali ini Masjid Putra Nilai mengambil inisiatif mengumu...
Didik Anak Ingatan Kuat Dari Kecil Ini 5 Tips Penting Ibu Ayah Wajib Tahu

Didik Anak Ingatan Kuat Dari Kecil Ini 5 Tips Penting Ibu Ayah Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 119 hits
Ingin tahu kunci kejayaan anak di tadika Ia adalah daya ingatan yang kuat Nak tahu cara bagaimana untuk asah minda anak sejak kecil lagi untuk meningkatkan daya ingatan mereka Persoalannya apa kepentingan semua ini Dengan memiliki daya inga...
Asas Persiapan Membolosi Sbp Dan Mrsm Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Asas Persiapan Membolosi Sbp Dan Mrsm Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 151 hits
Asas Persiapan Membolosi SBP Dan MRSM Yang Ibu Ayah Perlu Tahu Mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh atau Maktab Rendah Sains MARA adalah impian ramai ibu ayah dan pelajar Namun persaingan yang sengit memerlukan persediaan awal dan str...
Panduan Anak Tak Meragam Di Masjid Senang Mak Ayah Solat Tarawih

Panduan Anak Tak Meragam Di Masjid Senang Mak Ayah Solat Tarawih

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 113 hits
Membawa anak ke masjid untuk solat Tarawih boleh menjadi satu cabaran kepada mak ayah Namun dengan beberapa langkah berikut pengalaman ini boleh menjadi lebih positif Mak ayah juga perlu lebih kreatif bagi memastikan anak anak terjaga denga...
Puasa Tanpa Ibu Zarina Zainuddin Bantu Sediakan Sahur Makanan Jepun Buat Sky Ramai Sayu Hati

Puasa Tanpa Ibu Zarina Zainuddin Bantu Sediakan Sahur Makanan Jepun Buat Sky Ramai Sayu Hati

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 95 hits
Kehilangan ibu Akiko Okumura yang meninggal dunia pada Jumaat lalu meninggalkan kesan yang begitu besar buat anaknya Sky Taizo Okumura dan suami Ridzuan Menerusi sepotong video yang dikongsi Sky dan bapanya dilihat bersahur buat pertama kal...
Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Berhampiran Kampung Cenderawasih Kini Mencecah Seluas 113 Hektar

Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Berhampiran Kampung Cenderawasih Kini Mencecah Seluas 113 Hektar

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 171 hits
KUANTAN Kebakaran hutan dan ladang nanas berhampiran Kampung Cenderawasih Pekan sejak 7 Mac lepas kini meningkat kepada 113 hektar berbanding 94 hektar pada Rabu kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Mohd Razam Taja Rah...
Imam Masjid Al Aqsa Zahir Penghargaan Kepada Malaysia Bantu Baitulmuqaddis

Imam Masjid Al Aqsa Zahir Penghargaan Kepada Malaysia Bantu Baitulmuqaddis

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 115 hits
Imam Masjid Al Aqsa Sheikh Dr Ekrima Sa id Sabri memimpin bacaan doa selepas menunaikan solat Maghrib yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Ilmu MADANI di Masjid Putra Putrajaya pada 24 Februari 2025 Foto Facebo...
Bantu Buat Apa Dok Kena Maki Hari Hari Dengan Walaun Bodo Biar Ja

Bantu Buat Apa Dok Kena Maki Hari Hari Dengan Walaun Bodo Biar Ja

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 163 hits
PM bincang isu tebatan banjir sempadan dengan MB KelantanSITI NUR ZAWANIFebruary 24 2025Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan daripada Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Perdana Putra Pada p...
Sogok Penguatkuasa Kes Lupus E Waste Datuk Antara 18 Direman 6 Hari Bantu Siasatan

Sogok Penguatkuasa Kes Lupus E Waste Datuk Antara 18 Direman 6 Hari Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 141 hits
Meor Riduwan Meor Ahmadbhnews bh com mySebahagian suspek yang direman enam hari bagi membantu siasatan kes sogok penguat kuasa bagi melindungi perniagaan proses dan lupus sisa e waste tidak dibenarkan di Kompleks Mahkamah Melaka Ayer Keroh ...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master