Ibu Kota Baharu Indonesia Nusantara Berisiko Jadi Projek Gajah Putih


Ibu Kota Baharu Indonesia, Nusantara Berisiko Jadi ‘Projek Gajah Putih’
Ibu negara baharu Indonesia, Nusantara yang dibangunkan di tengah belantara untuk menggantikan Jakarta, belum menunjukkan potensi seperti yang dijanjikan walaupun sudah setahun dirasmikan.
Menurut AFP, beberapa bangunan ikonik termasuk Istana Presiden dan jalan raya baharu masih sunyi tanpa penghuninya walaupun menjadi tarikan pelancong dan pekerja binaan.
Projek legasi bekas presiden Indonesia, Joko Widodo kini berhadapan dengan pemotongan bajet yang besar disebabkan kelewatan pembinaan dan kurangnya minat daripada Presiden baharu, Prabowo Subianto.
Difahamkan, Prabowo lebih menumpukan kepada projek kebajikan mega yang menjejaskan pembangunan Nusantara.
Ia sekaligus mencetuskan persoalan sekiranya Nusantara mampu merealisasikan potensi yang telah dijanjikan.
“Keazaman politik terhadap IKN ketika ini terasa hambar,” kata Dedi Dinarto, penganalisis kanan di firma Global Counsel, merujuk kepada nama rasmi Nusantara, Ibu Kota Nusantara.
Hanya sekitar 1,000 kakitangan pihak berkuasa bandar bersama beberapa ratus pegawai kementerian mendiami Nusantara ketika ini, jumlah yang masih jauh daripada sasaran dua juta penduduk menjelang 2045.
Prabowo hanya menyebut IKN sekali dalam ucapan negara sulungnya dan memotong bajet projek itu daripada 43.4 trilion rupiah atau (AS$2.66 bilion) kepada hanya 6.3 trilion rupiah pada 2026.
“Prabowo merasakan ini bukan legasinya” Difahamkan, permohonan pihak berkuasa IKN untuk bajet lebih 21 trilion rupiah pada 2026 juga tidak diluluskan.
Manakala pembiayaan asing dalam jumlah besar masih sukar diperoleh walaupun Indonesia cuba menarik minat sekutu di Timur Tengah dan Asia.
“Prabowo merasakan ini bukan legasinya. Beliau ada agenda sendiri untuk didahulukan,” kata seorang pegawai terbabit dalam pembinaan IKN kepada AFP.
Walaupun begitu, Ketua Pihak Berkuasa IKN, Basuki Hadimuljono, menegaskan kawasan eksekutif yang menempatkan istana dan kementerian sudah siap hampir 98 peratus.
Beliau yakin Prabowo akan berpindah ke Nusantara pada 2028 sebelum pilihan raya presiden seterusnya, sebaik kawasan legislatif dan kehakiman siap.
“Jika anda tidak mahu berpindah ke sini, itu kerugian anda,” kata Basuki seperti yang dilaporkan dalam AFP.
Namun, sesetengah penjawat awam masih ragu-ragu untuk berpindah ke kota baharu yang belum lengkap infrastrukturnya dan terletak 1,200 kilometer dari Jakarta.
Buat masa ini, Nusantara memiliki tiga hospital, kedai kopi, lebuh raya ke Balikpapan dan lapangan terbang menunggu kelulusan penerbangan komersial.
Dalam masa sama, pusat beli-belah dan panggung wayang yang dirancang masih terbengkalai.
Walaupun terdapat pelancong yang teruja melihat istana berbentuk burung Garuda, penganalisis memberi amaran Nusantara berisiko menjadi ‘projek gajah putih’ sekiranya momentum pembangunan terus perlahan.
BACA: Fenomena “Blood Moon” Dijangka Berlaku Malam Ini – MYSA Sumber: AFP
The post Ibu Kota Baharu Indonesia, Nusantara Berisiko Jadi ‘Projek Gajah Putih’ appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/07/ibu-kota-baharu-indonesia-nusantara-berisiko-jadi-projek-gajah-putih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrajaya Urged To Abolish Mp S Fixed Allowances To Avoid Similar Fall Out To Indonesia

Putrajaya Urged To Abolish Mp S Fixed Allowances To Avoid Similar Fall Out To Indonesia

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 1162 hits
BILLOWING smoke burning government buildings and angry mobs Those were the scenes unfolding in neighbouring Indonesia as angry citizens took to the streets to protest the death of an e hail rider and escalating costs of living But the spark...
20 Individu Hilang 6 Terbunuh Susulan Bantahan Ganas Di Indonesia

20 Individu Hilang 6 Terbunuh Susulan Bantahan Ganas Di Indonesia

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2963 hits
JAKARTA Sekurang kurangnya 20 orang dilaporkan hilang manakala enam lagi terkorban selepas gelombang bantahan besar besaran melanda Indonesia berhubung isu kenaikan elaun serta kemewahan ahli parlimen Menurut Suruhanjaya untuk Orang Hilang ...
Hiburan Puteri Sarah Kongsi Rezeki Sedekah Makanan Untuk Pemandu Ojek Di Indonesia Buat Bapak Sama Teman Dimakan Ya

Hiburan Puteri Sarah Kongsi Rezeki Sedekah Makanan Untuk Pemandu Ojek Di Indonesia Buat Bapak Sama Teman Dimakan Ya

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 3005 hits
Baru baru ini muncul satu gerakan atau satu inisiatif daripada rakyat Malaysia yang bersepakat untuk membantu rakyat negara jiran ketika saat saat mereka berdepan situasi tidak menentu ketika ini Inisiatif itu adalah untuk membantu para pem...
Control Measures Underway Malaysians In Indonesia Urged To Be Vigilant Envoy

Control Measures Underway Malaysians In Indonesia Urged To Be Vigilant Envoy

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 984 hits
Malaysians residing in or visiting Indonesia are advised to stay alert to current developments and heed local authorities advice amid riots in Jakarta and other major cities since Aug 28 Malaysia s Ambassador to Indonesia Syed Hasrin Tengku...
Apa Boleh Kita Pelajari Apa Berlaku Di Indonesia

Apa Boleh Kita Pelajari Apa Berlaku Di Indonesia

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3714 hits
RENUNGANPrabowo Subianto bersumpah tidakakan berganjak setapak pun mempertahkanrakyat dan negaranya PAGI tadi saya hubungi seorang kawan di Jakarta untuk mengetahui apakah cerita sebenar dari versi di sana di sebalik demonstrasi yang berlak...
Ketika Aksi Massa Berujung Murka Refleksi Hari Kemerdekaan Ke 80 Republik Indonesia

Ketika Aksi Massa Berujung Murka Refleksi Hari Kemerdekaan Ke 80 Republik Indonesia

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 1689 hits
BloggerBorneo com Betapa tidak suasana syahdu refleksi 80 tahun perjalanan bangsa disaat bersamaan justru berubah pilu seakan menjadi kado pahit kita harus menerima bahwa situasi dan dinamika sosial politik bangsa ini sedang tidak baik baik...
Wacana Dpr Versi Indonesia Idol Antara Lucu Serius Dan Membahayakan

Wacana Dpr Versi Indonesia Idol Antara Lucu Serius Dan Membahayakan

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2633 hits
BloggerBorneo com Belakangan muncul wacana yang cukup heboh anggota DPR harus memenuhi syarat layaknya audisi bakat Mulai dari minimal lulusan S2 skor TOEFL di atas 500 IPK 2 75 good looking bisa Microsoft Office dan Canva bebas korupsi bah...
Staf Kedutaan Besar Indonesia Di Peru Maut Ditembak

Staf Kedutaan Besar Indonesia Di Peru Maut Ditembak

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 1169 hits
Astro AwaniSaluran berita Peru 24 Horas melaporkan bahawa Zetro ditembak sebanyak tiga kali berhampiran pangsapurinya pada Selasa Foto FB Zetro Leonardo PurbaKUALA LUMPUR Seorang kakitangan pentadbiran di Kedutaan Besar Indonesia di Lima Pe...
Brutal Sophistication Cw Zon S Custom Triumph Rocket 3

Misteri Identiti Mayat Terapung Dekat Tali Air Cetus Tanda Tanya Warga Seberang Perai

Hiburan Rezeki Untuk Dikongsi Fida Jungle Girl Sumbang Rm100 000 30 Smart Tv Amp Taja Murid Istimewa Ke Abu Dhabi

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

Quick Beef Mince Eggplant Recipe

Belanjawan Madani Keempat Belanjawan Rakyat

Doa 10 Oktober 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Mulakan Bisnes Sabun Handmade Dari Rumah

Belanjawan 2026 Malaysia Ringkasan Impak Rakyat Peluang Ekonomi

Like Komen Share Dan Hubungannya Dengan Matematik

Viperpro 3 December Viperpro Top 30 By Elizabeth

Unimap Akan Bangunkan Air Space Sandbox Di Perlis

Projek Solar Berskala Besar Dilaksanakan Cukai Karbon Bakal Diperkenal