Ibu Kandung Kenalan Wanita Tomboy Didakwa Dera Kanak Kanak


Nurul Asyiqin (kanan) bersama Awin mengaku tidak bersalah atas dakwaan mendera kana-kanak berusia tujuh tahun di Johor bahru hari ini. (📸 ©malaysiagazette​.com) klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



JOHOR BAHRU – Seorang ibu dan kenalan perempuannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos lepas.

Kedua-dua suspek, Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan Awin Chua, 30, tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.45 pagi pagi untuk mendengar pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Fatimah Zahari.

Mangsa merupakan anak kandung kepada Nurul Asyiqin.

Sebelum ini, tular beberapa rakaman video dan gambar menunjukkan orang awam menyerbu sebuah rumah dipercayai bagi menyelamatkan kanak-kanak yang disyaki didera oleh ibu kandung dan seorang rakannya.

Sementara itu, pada Sabtu lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ibu mangsa berusia 27 tahun dan rakan perempuannya seorang warga asing berusia 30 tahun ditahan kerana disyaki mendera mangsa di sebuah rumah di Bandar Layang Kasa, Pasir Gudang.

Kamarul Zaman berkata, ibu kanak-kanak itu direman enam hari manakala rakannya direman tujuh hari bagi membantu sisatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mengikut kertas pertuduhan, bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal.

Manakala bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa niat bersama mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kandung Nurul Asyiqin ketika mangsa di bawah pemeliharaan mereka yang dilakukan di sebuah rumah dekat Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang.

Pendakwaan kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diyana Zubir menawarkan jaminan tinggi sebanyak RM30,000 terhadap setiap tertuduh dengan beberapa syarat tambahan termasuk dilarang menghampiri atau berhubung dengan mangsa.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Abd Rahim Ali yang bagaimanapun memohon jumlah jaminan yang lebih ringan memandangkan kedua-dua wanita itu masih belum didapati bersalah.

Mahkamah kemudian membenarkan Nurul Asyiqin diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin manakala Awin yang juga wanita berperwatakan lelaki itu dibenarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.

Sementara itu, hakim juga menetapkan syarat tambahan ikat jamin iaitu kedua-dua tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai dan diberi amaran supaya tidak boleh mengganggu mangsa.

Kes sebutan semula pada 27 September depan.

SOURCE: malaysiagazette​.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaup2date.blogspot.com/2023/08/ibu-kandung-kenalan-wanita-tomboy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kejam Kanak Kanak 7 Tahun Dipercayai Mangsa Dera Ibu Rakan Tomboy

Kejam Kanak Kanak 7 Tahun Dipercayai Mangsa Dera Ibu Rakan Tomboy

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 226 hits
Seorang kanak kanak berusia 7 tahun dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung sendiri di kawasan perumahan yang terletak di Pasir Gudang Johor Kejadian kejam ini dibongkar oleh penduduk kawasan sekitar perumahan terbabit dan berjaya diraka...
Jiran Dedah Kanak2 Didera Tiap Hari Ibu Kandung Amp Rakan Tomboy Mengaku Suami Isteri

Jiran Dedah Kanak2 Didera Tiap Hari Ibu Kandung Amp Rakan Tomboy Mengaku Suami Isteri

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 225 hits
Kes dipercayai dera yang berlaku di Bandar Layangkasa Pasir Gudang terhadap seorang kanak kanak berusia 7 tahun tular selepas beberapa video serbuan yang dibuat jiran tetangga dikongsikan di media sosial Setakat hari ini ibu kandung kepada ...
Ibu Kandung Rakan Pengkid Tergamak Dera Budak 7 Tahun Sehingga Melecur

Ibu Kandung Rakan Pengkid Tergamak Dera Budak 7 Tahun Sehingga Melecur

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 169 hits
JOHOR BAHRU Seorang kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun disyaki telah menjadi mangsa dera kepada ibu kandungnya sendiri beserta seorang lagi rakannya yang berperwatakan tomboy Perbuatan itu terbongkar selepas jiran jiran di kawasan kedia...
Menangis Teruk Ibu Dan Rakan Tomboi Mengaku Tak Bersalah Dera Budak Lelaki Berusia Tujuh Tahun

Menangis Teruk Ibu Dan Rakan Tomboi Mengaku Tak Bersalah Dera Budak Lelaki Berusia Tujuh Tahun

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 482 hits
Seorang ibu dan rakan serumahnya iaitu seorang wanita tomboi hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan seorang kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun Kenyataan itu dibuat oleh kedua dua suspek di hadapan hak...
Dia Malu Dengan Saya Pelakon Wanita Ini Dedah Dipukul Ibu Dek Wajah Menyerupai Ayah

Dia Malu Dengan Saya Pelakon Wanita Ini Dedah Dipukul Ibu Dek Wajah Menyerupai Ayah

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 360 hits
Korang kenal tak pelakon Korea bernama Lee So jung ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Lee So jung telah muncul dalam program MBC Oh Eun Young s Report Marriage Hell bersama suaminya yang mengusahakan sebuah restoran Jepun Khususnya dalam siaran itu ...
Didakwa Banyak Couple Item Jimin Bts Sedang Bercinta Dengan Pelakon Wanita Ini

Didakwa Banyak Couple Item Jimin Bts Sedang Bercinta Dengan Pelakon Wanita Ini

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 320 hits
Tiada angin tiada ribut Ji min BTS telah terpalit dengan khabar angin percintaan dengan seorang pelakon wanita ini ARTIKEL BERKAITAN Sejak tahun lalu ada netizen yang menyatakan bahawa Ji min sedang bercinta dengan pelakon Song Da eun yang ...
Terpedaya Sindiket Kerja Sambilan Wanita Rugi Rm118 767 49

Terpedaya Sindiket Kerja Sambilan Wanita Rugi Rm118 767 49

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 184 hits
Wanita mendakwa kerugian RM118 767 49 selepas terpedaya dengan sindiket tawaran kerja sambilan yang menawarkan gaji tinggi secara dalam talian Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 22 tahun itu mendakwa dit...
Permohonan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak Jwks

Permohonan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak Jwks

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 302 hits
Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak JWKS Bagi wanita yang ingin memulakan perniagaan atau sedang berniaga ada geran khas untuk anda bernilai RM2000 berbentuk peralatan Syarat syarat adalah seperti di bawah Paling bestnya wanita yang belu...
Hiburan Dia Wanita Sejak Lahir Saya Percaya Bakal Isteri Saya Tunang Mengamuk Lucinta Luna Dikatakan Bapok

Hiburan Dia Wanita Sejak Lahir Saya Percaya Bakal Isteri Saya Tunang Mengamuk Lucinta Luna Dikatakan Bapok

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 315 hits
Pempengaruh transgender dari Indonesia Lucinta Luna baru baru ini menjadi bualan hangat selepas dia bertunang dengan seorang lelaki Apatah lagi majlis itu dilakukan secara terbuka di negara tersebut membuatkan masyarakat di sana mempersoal ...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Arenaa Batik Boutique Hotel

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua

Malam Ni Kita Makan Mee Kuah Tulang Cara Utaqa Sebab Akak Orang Utaqa Penang

Individu Terkilan Ibu Kritik Gaji Sekolah Tinggi Tapi Gaji Macam Takde Sekolah

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx