Ibu Allahyarham Sandra Kecil Hati


Ibu Allahyarham Sandra Kecil Hati
IBU kepada Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdullah kesal dan kecewa dengan komen-komen sinis yang ditulis segelintir warganet terhadap pemergian anaknya di laman sosial.


Menurut Syakinah, komen negatif terhadap Sandra tinggalkan kesan mendalam terhadap keluarga, lebih-lebih lagi selepas mereka baru kehilangan orang tersayang
“Terima kasih kerana anda sudi komen walaupun komen anda tak sepatutnya ditulis sebegitu. Saya tak mahu bercerita tentang ini tetapi memandangkan komen anda sinis dan memedihkan hati, sebagai seorang ibu yang kehilangan anak dalam kejadian yang tragis ingin saya beritahu ya, anak saya yang awak cakap pergi katak tu menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan menangis dan hidungnya berpeluh
“Wajahnya bersih, tenang seperti orang sedang tidur. Keluarga kami sedang berkabung, berhati-hatilah dengan komen-komen anda. “Saya yakin Allah tempatkan anak saya dalam kalangan orang-orang yang diredai… InsyaAllah!,” katanya menerusi laman Facebook pada Sabtu




Syakinah tulis luahan hati di Facebook miliknya dan berkongsi foto Sandra ketika masih bayi.Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi paparan skrin komen sinis yang ditulis seorang warganet mempersendakan pemergian penyanyi lagu Hey Kau itu. Individu berkenaan dipercayai menggunakan akaun palsu dengan nama Fatin Syahirah itu menulis pelbagai kata-kata hinaan terhadap penyanyi itu sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan warganet. Dalam pada itu, Syakinah berkata kehilangan anak sulungnya itu merupakan dugaan besar buat keluarga dan tidak menyangka Sandra pergi buat selama-selamanya
Lebih menyayat hati apabila peserta program Big Stage 2020 itu bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-26 pada Rabu depan. “Berat sungguh dugaan yang mama kena hadap hari ni kakak. Mama tak sangka mama akan bawa kakak balik dalam keadaan kaku. Mama harap keajaiban berlaku dan harap awak bertahan… tak buka mata pun tak apa asalkan kakak terus bertahan hidup
“Bngkak dah mata mama menangis, sesak dada dan sakit yang amat menahan pedih tetap tak mengubah takdir yg anak mama dah pergi tinggalkan mama selamanya… seorang anak yang baik, sejak kecil tak pernah menyusahkan
“11 September 2020 pukul 1.00 pagi kakak pergi tinggalkan mama. Lima hari menjelang hari lahir kakak, bayangkan kesedihan mama melalui semua ini tanpa kakak di sisi. “Banyak yang ingin mama coretkan tentang kakak, namun jiwa mama masih diselubungi rasa duka yang mendalam, rindu pada suara kakak memanggil… dan yang paling dirindui selepas ini adalah suara kakak menyanyi di setiap penjuru rumah. Mama rindu
“Tenanglah kakak sana ya, mama akan selalu doakan kakak, buat pahala untuk kakak. InsyaAllah mama yakin Allah reda pada anak mama, Allah panggil pulang pada hari Jumaat yang indah penuh barakah dengan cuaca yang nyaman dengan sedikit hujan,” ujarnya
Sandra atau nama sebenar Alessandra Dianne Ampuria pergi menghadap illahi pada pagi Jumaat selepas enam hari tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi, Hospital Putrajaya. Pada 5 September lalu, Sandra terbabit dalam kejadian tak diinginiLebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sandra diuruskan di Tanah Islam Kampung Kauluan, Sabah pada petang Jumaat
Tergamam Penyanyi Sandra Pergi Menghadap Illahi Pagi Tadi. Mengejutkan Ini Kata Kata Usop. Warganet Terkedu Sampai Macam Tu Sekali Usop Muatnaik Status.SELEPAS kira-kira enam hari bert4rung ny4wa dalam wad Unit Raw4tan Rapi, Hospital Putrajaya, penyanyi Sandra Dianne akhirnya pergi menghadap illahi pada awal pagi Jumaat. Wakil syarikat rakaman Sony Music Entertainment, Veea Norman dalam satu kenyataan memberitahu, peserta Big Stage musim ketiga itu, menghembvskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 pagi
Berita pemergian peserta Big Stage itu turut dikongsi oleh rakan-rakan artis dan penggiat seni. “Saya ingin mengesahkan Sandra Dieanne pergi menghadap illahi pada pukul di Hospital Putrajaya pukul 1 pagi Jumaat. Pihak keluarga memohon semua mendoakan agar segala urusan di tempat persemadian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihak Sandra jika ada salah silap,” ujar Veea Norman
Sandra mengalami kejadian yang tak diigini di jalan raya pada Sabtu lalu.Sandra akan dibawa pulang dan akan diuruskan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran Sabah. Sandra atau nama sebenarnya Alessadra Dianne Ampuria, 26, yang dikenali dengan lagu Hey Kau dikatakan mengalami kegagalan fungsi otak akibat kejadian yang tak diigini di jalan raya
Dalam kejadian pada 5 September lalu itu, kereta dipandu Sandra yang turut ditemani pengurusnya dikatakan hilang kawalan ketika dalam perjalanan mengadakan latihan sempena program Big Stage siaran Astro di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Akibat kejadian tersebut Sandra ditempatkan di unit rawatan rapi dan keadaannya teruk sehinggalah dia pergi menghadap illahi pada Jumaat sementara individu bersamanya dalam kereta diraw4t di wad biasa hospital itu. Berita mengenai pemergian bintang berusia 26 tahun itu dimaklumkan penyanyi Usop yang juga salah seorang peserta program realiti berkenaan pada pagi Jumaat menerusi Instagram
Kata2 Usop“Asalammualiakum semua…tolong sedekahkan al fatihah untuk sahabat seperju4ngan saya. Kini telah pulang keramatullah. Sandra rehat k. AlFatihah,” tulisnya. Meninjau ke ruangan komen pada posting berkenaan, para peminat serta rakan selebriti yang masih lagi terkejut dengan berita berkenaan menitipkan ucapan takziah serta sedekahkan bacaan al-Fatihah buat Sandra
Sumber : MstarSandra Dianne Dikatakan Mengalami Luka Di Kepala Dan Masih Tidak Sedarkan Diri. Superintendan Azman Dedahkan Kesan Daripada Kejadian TersebutKERETA yang dinaiki Sandra Dianne bersama seorang rakannya brek mengejut secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan dan terbalik.Kuala Lumpur: Kereta yang dinaiki penyanyi dan peserta program realiti Big Stage 3, Sandra Dianne, 26, bersama seorang rakannya brek mengejut secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan dan terbalik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang semalam di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), berhampiran Subang Jaya itu, kereta jenis Great Wall itu kemudian melnggar sisi kiri sebuah kereta jenis Nissan Almera yang berada di hadapannya akibat hilang kawalan
“Mereka memandu di lorong paling kanan sebelum tiba-tiba brek secara mengejut. Ia turut melnggar dua lagi kenderaan yang berada di lorong yang sama,” katanya. Azman berkata, selepas mermpuh tiga kenderaan lain, kereta itu terbalik
Akibat kejadian itu, Sandra dikatakan mengalami luka di kepala dan kini dalam keadaan tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, manakala rakannya menerima rawatan pesakit luar
Ketika kejadian, penyanyi berasal dari Sabah itu dikatakan dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk latihan penuh konsert Big Stage 3 minggu keempat yang berlangsung semalam-mymetroMasih Tidak Sedarkan Diri. Bella Perjelaskan Keadaan Dan Punca Berlakunya Kejadian Yang Tidak Diingini Sehinggakam Sandra Dianne Dikejarkan Ke WadSama-sama mendoakan keadaan Sandra yang masih tidak sedarkan diri. HINGGA kini penyanyi dan peserta program Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne yang terlibat dalam kejadian yang tidak diingini pada Sabtu masih dalam keadaan kr1t1kal dan tidak sedarkan diri
Bagaimanapun maklumat terperinci mengenai situasi Sandra masih tidak dapat dipastikan oleh wakil syarikat rakaman Sony Music iaitu Bella. Katanya buat masa ini hanya ibu penyanyi itu sahaja dibenarkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya
“Keadaan Sandra masih kr1t1kal dan tidak sedarkan diri. Dia masih dirawat di ICU sejak semalam (Sabtu). Sehingga kini, kami belum dapat maklumat sepenuhnya daripada doktor. Keadaan di bahagian hadapan kereta yang dipandu Sandra.“Sebab hanya ibu Sandra sahaja dibenarkan masuk ke bilik ICU. Pihak kami nak cakap lebih lanjut pun tak berani sebab takut salah beri info. Harap semua orang dapat doakan Sandra,” katanya kepada mStar.Menerusi laporan mStar pada Sabtu, Sandra dikejarkan ke wad kecemasn di Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kejadian tersebut ketika dalam perjalanan ke Putrajaya
Difahamkan ketika itu Sandra yang ditemani sepupunya dalam perjalanan ke sesi latihan konsert mingguan Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Dalam pada itu, Bella memberitahu sepupu Sandra yang turut terlibat dalam kejadian itu mengalami kecederaaan di tangan dan masih dirawat di hospital yang sama.Tiada maklumat lanjut mengenai keadaan Sandra sehingga kini.“Ketika kejadian itu berlaku, Sandra bersama sepupunya nak ke sesi latihan konsert mingguan Big Stage. Sandra yang memandu kereta ditemani sepupunya.”Sepupu Sandra hanya mengalami keceederaan di tangan dan masih dirawat di hospital yang sama,” ujarnya
Sandra antara salah seorang peserta yang akan membuat persembahan di pentas Big Stage 2020 minggu keempat yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.Selain Sandra, peserta lain yang turut layak ke minggu seterusnya ialah Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Yamani Abdillah, Qody Rani, Fadh Majid dan Nana Sheme. Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal berkata pihak produksi bersepakat untuk mengecualikan penyertaan Sandra untuk minggu ini.-mstarNakaaal, riuh Aidilfitri Eleena, SandraBerbeza pengalaman raya bagi dua penyanyi muda, Eleena Harris dan Sandra, namun tidak membataskan komunikasi serta kemesraan di antara mereka dalam satu sesi fotografi yang disusun khas Kosmo! bersempena dengan Aidilfitri tahun ini
Cukup dikenali menerusi lagu Terlalu Rindu, Eleena atau nama lengkapnya, Wan Eleena Wan Harris, 21, sangat teruja apabila datangnya Syawal yang disifatkan sebagai bulan untuk merapatkan ukhwah sesama manusia terutama dalam kalangan sanak saudara
“Apabila Syawal, saya sangat teruja untuk berjumpa dengan rakan-rakan serta sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu disebabkan perubahan dan komitmen hidup. Paling menarik, disebabkan saya masih bergelar pelajar bertubuh genit, saya masih berpeluang untuk diberi duit raya,” katanya yang merupakan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang perakaunan
Sementara itu, bagi penyanyi yang terbang jauh ke Sabah untuk bersama dengan keluarga tersayang sempena Aidilfitri, Sandra, 22, selain mengeratkan hubungan sesama Muslim, perkara lain yang sangat digemari pelantun lagu Hey Kau! itu adalah pilihan makanan yang pelbagai
“Saya membesar di kawasan kampung. Banyak perkara lucu yang ingin saya ceritakan. Sudah tentu apabila Syawal menjelang, kita akan bertemu dengan sanak saudara yang kita sendiri tidak begitu kenal. Akhirnya, ia akan mengeratkan lagi silaturahim. Selain itu, saya akan ‘kejar’ makanan. Saya memang suka makan walaupun badan saya kecil,” ujar pemilik nama sebenar Alessandra Dianne Ampuria itu
Pertama kali digabungkan bersama dalam sesi fotografi, dua belia tersebut mempunyai cerita yang bertentangan tentang Aidilfitri.Bibir Eleena kena bunga api.Walaupun tidak pernah merasai pengalaman beraya di kampung, Eleena memberitahu, suasana raya keluarganya masih meriah dan riuh
“Ibu saya berdarh Inggeris, manakala ayah orang Melayu. Sejak kecil sehingga hari ini, saya tidak pernah merasai pengalaman beraya di kampung. Kalau dulu waktu nenek masih ada, saya dan keluarga akan beraya di kediamannya iaitu di Taman Tun Dr. Ismail
“Jadi, kalau orang bertanya sama ada saya pernah merasai pengalaman malam raya misalnya, jawapan saya adalah tidak. Memang teringin untuk beraya di kampung tapi bagi saya beraya di mana-mana pun sama sahaja, apa yang penting adalah keberadaan bersama keluarga tersayang,” ujarnya yang merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik
Diajak bercerita tentang pengalaman raya, Eleena tidak boleh melupakan kenangan beraya sewaktu di bangku sekolah rendah apabila dia mendapat kecederaaan disebabkan kenalannya.“Kejadian berlaku ketika saya berusia tujuh tahun. Biasalah, walaupun ditegur oleh ibu bapa untuk tidak berlari-lari di kawasan rumah, saya tidak mengendahkan nasihat mereka. Akibatnya, sedang asyik berlari-lari sambil memegang bunga api, kaki saya tersaduung dan saya terjtuh
“Bunga api yang saya pegang terkena pada bahagian bibir. Sehingga hari ini ia masih berbekas. Nasib baik ia (bunga api) tidak mencedeerakan bahagian lain seperti mata, kalau tidak habislah saya,” kata Eleena bersahaja.Sandra si tomboi kampungBerbeza kisah dengan Eleena, anak gadis kelahiran bandar Tuaran, Sabah iaitu Sandra mengecapi pengalaman raya sama seperti kanak-kanak tipikal lain yang membesar di kampung.Katanya, sewaktu kecil, Syawal adalah bulan yang paling ditunggu olehnya kerana dapat beraya tidak ingat dunia bersama rakan-rakannya yang kebanyakan adalah lelaki
“Waktu kecil saya memang suka bergaul dengan golongan lelaki. Jadi, saya memang tidak malu untuk pergi rumah orang beraya walaupun saya tidak kenal tuan rumah.“Apa yang penting adalah dapat duit raya. Saya dan rakan-rakan akan meruungut kalau dapat duit raya sedikit. Masakan tidak, rumah mewah dan besar, duit raya bagi sedikit sahaja. Tidak berbaloi,” ceritanya sambil membuahkan tawa
Sambungnya lagi, dia mempunyai satu perangai iaitu suka memberikan duit raya terkumpul kepada orang lain terutama adik-beradik dan sepupu.“Walaupun saya disifatkan sebagai kaasar oleh rakan-rakan, saya suka ‘menderma’ duit raya kerana duit raya yang terkumpul pun saya tidak banyak gunakan selain untuk tujuan membeli alat permainan seperti piistol dan boneka adi wira,” ujarnya menutup bicara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://qasyahfulmalayworld.blogspot.com/2020/09/ibu-allahyarham-sandra-kecil-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Anak Saya Tak Mati Katak Ibu Allahyarham Sandra Dianne Terguris Baca Komen Sinis

Hiburan Anak Saya Tak Mati Katak Ibu Allahyarham Sandra Dianne Terguris Baca Komen Sinis

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 2000 hits
Ibu mana yang tak sedih apabila anak kesayangan pergi menghadap Ilahi tetapi makin hiba apabila ada yang tergamak meninggalkan komen tidak sensitif terhadap orang yang sudah tiada Ibu kepada Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdu...
Kubur Masih Merah Kata Kata Fitnah Sudah Keluar Ini Luahan Sedih Ibu Sandra Dianne Tentang Kenyataan Seorang Gadis

Kubur Masih Merah Kata Kata Fitnah Sudah Keluar Ini Luahan Sedih Ibu Sandra Dianne Tentang Kenyataan Seorang Gadis

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 711 hits
IBU kepada Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdullah kesal dan kecewa dengan komen komen sinis yang ditulis segelintir netizen terhadap kem4tian anaknya di laman sosial Menurut Syakinah komen negatif terhadap arwah meninggalkan ...
Ini Fitnah Saya Akan Saman Kamu Ibu Sandra Dituduh Cabut Alat Pernafasan Arwah Sandra

Ini Fitnah Saya Akan Saman Kamu Ibu Sandra Dituduh Cabut Alat Pernafasan Arwah Sandra

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 241 hits
Allahuakhbar Banyaknya fitnah yang bertebaran Kuatkan hati hamba Mu ini Ya Allah Kepada Eina Outlet kami tak tau pula kalau kamu salah seorang daripada ahli keluarga kami yang tersesat nun di negeri Kedah source
Selepas Sifatkan Anak Mati Katak Ibu Sandra Terima Lagi Tuduhan Cabut Alat Pernafasan Arwah

Selepas Sifatkan Anak Mati Katak Ibu Sandra Terima Lagi Tuduhan Cabut Alat Pernafasan Arwah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 378 hits
Sebelum ni Ohmedia pernah bercerita mengenai komen seorang pengguna media sosial terhadap ibu Alessandra Dianne Ampuria Nor Syakinah Abdullah apabila menyifatkan kematian anaknya sebagai mati katak Kalau korang belum baca boleh klik dekat b...
Tak Ada Bantuan Oksigen Pada Arw4h Cuma Tiub Saksi Tampil Pertahankan Ibu Sandra

Tak Ada Bantuan Oksigen Pada Arw4h Cuma Tiub Saksi Tampil Pertahankan Ibu Sandra

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 198 hits
Seorang pes4kit di h0spital Putrajaya Amni Fatnin mend kwa dia adalah saksi yang berhampiran dengan katil bintang Big Stage 2020 Sandra Dianne sepanjang arw4h mendapat raw4tan di situ Menurut Amni arw4h ditempatkan berhadapan dengan katilny...
Hiburan Dituduh Cabut Mesin Hayat Arwah Pada Hari Jumaat Ibu Sandra Dianne Kecewa Difitnah Netizen Bakal Saman Fitnah

Hiburan Dituduh Cabut Mesin Hayat Arwah Pada Hari Jumaat Ibu Sandra Dianne Kecewa Difitnah Netizen Bakal Saman Fitnah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 603 hits
Ibu kepada Allahyarham Sandra Dianne Nur Syakinah Abdullah sekali lagi meluahkan rasa kekecewaan apabila telah difitnah seorang pengguna Facebook telah menyebabkan kematian anaknya pada jumaat lalu Menurut individu terbabit Syakinah dikatak...
Ibu Sandra Dianne 4 Hari Lagi Hari Lahir Kakak Bayangkan Kesedihan Mama

Ibu Sandra Dianne 4 Hari Lagi Hari Lahir Kakak Bayangkan Kesedihan Mama

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 551 hits
Dia seorang anak yang baik sejak kecil tak pernah menyusahkan Dari awal mengandung langsung takda tanda morning sickness mengidam nak makan nasi apa je nasi asalkan nasi tu di masak sedap sedap source
Sifatkan Anak Sebagai Mati Katak Ibu Sandra Terkilan Dengan Komen Pengguna Laman Sosial

Sifatkan Anak Sebagai Mati Katak Ibu Sandra Terkilan Dengan Komen Pengguna Laman Sosial

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 326 hits
Semalam kita dikhabarkan berita sedih dengan pemergian peserta program Big Stage 2020 Allahyarham Sandra Dianne selepas dia terbabit dalam sebuah kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tenah berhampiran dengan Subang Jaya pada hari ...
Didakwa Sengaja Cabut Mesin Hayat Pada Hari Jumaat Ini Reaksi Ibu Sandra Dianne

Didakwa Sengaja Cabut Mesin Hayat Pada Hari Jumaat Ini Reaksi Ibu Sandra Dianne

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 592 hits
IBU kepada Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdullah sekali lagi meluahkan rasa kecewa dengan komen seorang individu di laman Facebook Kali ini Syakinah dituduh menyebabkan kematian anaknya apabila membuat keputusan menghentikan...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor