Ibarat Segerombolan Babi Menjaga Kebun Pisang


AS sekongkol rejim Zionis
AKHIRNYA pada Jumaat lalu, Zionis Israel mengangkat bendera putih apabila setuju gencatan senjata selepas 11 hari gagal menundukkan pejuang Hamas. Usul gencatan senjata datang daripada Amerika Syarikat (AS) sekali gus memaksa Zionis Israel menghentikan keganasan di wilayah Gaza.

AS menjadi pemain utama dalam setiap siri keganasan di Palestin. Israel menjadi proksi AS mengawal kepentingannya di dunia Arab sekali gus mendominasi geopolitik Asia Barat dalam gagasan penstrukturan politik kawalan.

Tindak balas Hamas pada 12 Mei lalu, sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri dilihat penganalisis geopolitik sebagai luar biasa. Kemaraan Hamas mengejutkan, teknologi senjata mereka jauh ke depan berbanding sebelumnya. Mereka bangkit tanpa lelah. Lokasi strategik Zionis dibolos dan berkeupayaan mengelak penangkis roket, Iron Dome Zionis Israel.

Hasilnya depoh senjata, pusat komersial dan lapangan terbang terbongkang. Terkini, Zionis Israel terpaksa menutup operasi pelantar gas Tamar walaupun terpaksa menanggung kerugian besar yang dianggarkan AS$6 juta (RM24.8 juta) sehari kerana ancaman peluru berpandu Hamas.

Awalnya ketika keganasan memuncak, AS menerusi Presiden Joe Biden menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan sokongan padu kepada Israel. Begitu juga penegasan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin kepada Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz.

Selain dana ketenteraan AS$3.8 bilion (RM15.7 bilion) setahun, ketika keganasan memuncak, Biden meluluskan penjualan senjata peluru berpandu bernilai AS$735 juta (RM3.03 bilion) kepada Zionis Israel. Bagaimanapun, dia berdepan tekanan daripada ahli Parlimen Demokrat yang mendesak supaya perjanjian penjualan senjata itu dibatalkan.

Hamas yang pada relatifnya serba kekurangan dari segi ketenteraan, kecuali semangat yang sangat tinggi itu berdepan dengan kuasa besar AS, bukan Zionis Israel.

AS telah mencetuskan krisis kemanusiaan yang genting di Palestin apabila membiayai pembunuhan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

BIADAB
Jumaat lalu, Biden telah berubah fikiran dan mengarahkan Zionis Israel merangka gencatan senjata dengan Hamas. Ini bertentangan dengan kenyataan awal menyokong tindakan keganasan terhadap Palestin.

Netanyahu pada mulanya tidak mempedulikan arahan AS supaya membuat gencatan senjata, dengan angkuh berkata, “selagi misi belum selesai, kami tidak akan berhenti.” Bagaimanapun, akhirnya mengalah kerana kemaraan Hamas yang sangat luar biasa.

Seperti biasa, keganasan dimulakan oleh Zionis Israel dan Hamas terpaksa mempertahankan diri. Kalau kita masih ingat, 27 hari sebelum Hamas melancarkan roket pertama pada 10 Mei, polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan mensabotaj dengan memotong wayar pembesar suara.

Ini berlaku pada hari pertama umat Islam berpuasa. Pada 7 Mei hari Jumaat terakhir Ramadan, sekali lagi polis Israel menyerbu Al-Aqsa, bertindak lebih biadab.

Mereka menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyurai jemaah. Pada 10 Mei, pejuang Hamas bertindak membebaskan Al-Aqsa, tetapi polis Israel membalas dengan mencederakan 305 orang awam yang berada dalam masjid.

Dipetik daripada sumber pihak berkuasa Palestin sehingga rencana ini ditulis pada Jumaat, sebanyak 107,000 penduduk Palestin hilang tempat tinggal, 40,000 orang kini menumpang di tempat perlindungan, kerosakan harta benda dianggarkan AS$322 juta, dan lebih 1,300 rumah ranap sepenuhnya akibat serangan Zionis Israel.

Bagaimanapun, sejak meletus keganasan, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) belum berbuat apa-apa. PBB dikembirikan, tidak berperanan sewajarnya apabila AS diberi kuasa veto sekali gus menyalahgunakan keistimewaan itu.

AS lebih menjaga kepentingannya Yahudi berbanding keamanan sejagat. Maka tidak hairanlah kalau PBB dilihat sebagai gajah kini menjadi bangkai gara-gara kuasa veto AS.

Oleh kerana itu, biarlah siapa pun diangkat sebagai Presiden AS, semua dasar luar telah dibingkai oleh pelobi-pelobi Yahudi. Puak inilah yang menentukan kalah atau menang seseorang calon Presiden semasa pilihan raya– sama ada Republikan atau Demokrat.

PROPAGANDA
Sebenarnya sudah dua kali Majlis Keselamatan PBB terutama oleh Perancis melobi sokongan untuk mengutuk keganasan Israel. Tetapi seperti biasa, usul seperti itu terhalang oleh kuasa veto AS dalam Majlis Keselamatan.

Maka desakan supaya Zionis Israel mengusahakan gencatan senjata kerana kegagalan menundukkan Hamas, bukan demi kemanusiaan dan keamanan sejagat. Sebelum ini

AS berjaya normalisasi Israel di dunia Arab. Pada Ogos tahun lalu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi menjalin hubungan diplomatik dan mengiktiraf negara haram Israel.

Kilang propaganda media Barat bergerak serentak memanjang naratif Hamas sebagai pertubuhan pengganas, dan hampir semua laporan menyelitkan istilah ‘militan’ bagi merujuk pejuang Hamas. Walaupun populasi Yahudi pada relatifnya sangat kecil iaitu 13.9 juta atau 0.2 peratus populasi dunia, tetapi Yahudi berkuasa membingkai politik dan ekonomi dunia. Media berada dalam tangan mereka.

Serangan Zionis Israel di Gaza kali ini juga dilindungi oleh kilang propaganda media kawalan Yahudi. Zionis di posisi sebagai mangsa, Hamas sebagai pengganas. Memang benar tidak semua Yahudi jahat seperti Netanyahu dan semua pemimpin Israel sebelum ini. Yahudi ortodoks misalnya menentang kekejaman yang dilakukan Zionis terhadap Palestin.

Tetapi jangan lupa bahawa 69 peratus Yahudi menganut ideologi Zionis.

Ada 4.26 peratus Zionis di luar Israel terutama di AS. Daripada 13.9 juta populasi Yahudi di seluruh dunia, sembilan juta daripadanya ialah Zionis. Tidak boleh menafikan yang Yahudi itu senama dengan Zionis.

Maka ucapan sulung Biden selepas menjadi Presiden AS terutama iltizam melangsungkan rundingan damai Palestin-Israel tidak lebih retorik, sama seperti semua Presiden sebelum ini.

Selagi AS dibiarkan menunggang PBB terutama Majlis Keselamatan, ini diibaratkan segerombolan babi disuruh menjaga kebun pisang. Babi tetap dengan kebabiannya.

Oleh: Ku Seman Ku Hussain

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/ibarat-segerombolan-babi-menjaga-kebun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Ditemukan Mati Di Kebun Pisang

Warga Emas Ditemukan Mati Di Kebun Pisang

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 312 hits
Oleh NORLIA RAMLI MAYAT Kamaludin Safei ditemukan di kebun pisang miliknya di Kampung KEDA Sungai Semiar Mukim Jeneri Sik Kedah hari ini SIK Seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun ditemukan meninggal dunia di kebun pisang miliknya di Ka...
Saya Peniaga Pisang Goreng 4 Tips Mudah Pisang Goreng Rngup Dan Sedap

Saya Peniaga Pisang Goreng 4 Tips Mudah Pisang Goreng Rngup Dan Sedap

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 280 hits
Allahmdulillah saya dan suami peniaga pisang goreng Syukur seronok sebenarnya berniaga pisang goreng ni saya memang suka makan pisang goreng Banyak saya belajar dari mak mertua dan cikgu google juga buat pisang goreng Finally saya dapat jug...
Cara Mudah Buat Lemang Dengan Daun Pisang Plastik

Cara Mudah Buat Lemang Dengan Daun Pisang Plastik

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 304 hits
Hai semua Masak apa hari ini Sis baru buat lemang tanpa buluh Hari ini sis nak share cara mudah buat lemang dengan daun pisang dan plastik Tak perlu nak tekap tekap
Popia Pisang Kayangan Buat Sendiri Baru Puas Makan

Popia Pisang Kayangan Buat Sendiri Baru Puas Makan

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 356 hits
Popia Pisang Kayangan ni nampak sedap dan mudah disediakan Jika anda belum ada idea menu apa nak disediakan semasa minum petang boleh cuba resipi perkongsian saudari MrsNor Wahid ni Bahan bahannya cukup mudah dan tidak renyah Anak anak pun ...
Resepi Kek Pisang Sangat Lembut

Resepi Kek Pisang Sangat Lembut

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 486 hits
Kek pisang adalah antara kek yang paling mudah untuk dibuat dan juga antara menu minum petang yang sesuai dimakan oleh seisi keluarga sambil menhirup teh panas Hmm sedapnya Resepinya mudah je Bahan bahan 200g unsalted butter145g gula kastor...
Mayat Remaja Perempuan 17 Tahun Di Temui Dalam Kawasan Kebun Getah Di Pokok Sena

Mayat Remaja Perempuan 17 Tahun Di Temui Dalam Kawasan Kebun Getah Di Pokok Sena

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 449 hits
ALOR SETAR Mayat seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dipercayai dibunuh ditemui di tepi jalan dalam kawasan kebun getah di Pokok Pauh Dalam Pokok Sena di sini kelmarin Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat ...
Resepi Apam Pisang Ni Mudah Je Nak Buat

Resepi Apam Pisang Ni Mudah Je Nak Buat

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 444 hits
Resepi Apam Pisang Ni Mudah Je Nak Buat Boleh la kan buat makan makan petang untuk anak beranak Bosan dengan cekodok kita buat apam pulak Memang pebret anak anak apam pisang dan cekodok pisang Selain makan macam tu je Yelah pisang ni bukan ...
Menu Minum Petang Popia Pisang Kayangan Memang Puas Makan Lebih Jimat

Menu Minum Petang Popia Pisang Kayangan Memang Puas Makan Lebih Jimat

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 468 hits
Kadang kadang buntu juga mama nak sediakan menu petang untuk anak anak Lebih lebih lagi waktu cuti dan juga waktu PKP ni anak anak asyik minta makanan je Jom mama cuba resipi minum petang yang dikongsi ini Selamat mencuba Untuk minum petang...
Sedap Mantap Pulut Inti Balut Daun Pisang Ni

Sedap Mantap Pulut Inti Balut Daun Pisang Ni

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 225 hits
Pulut Inti antara menu pulut tradisional yang masih kekal disukai ramai sehingga kehari ini Anda yang menyukai pulut ini boleh cuba membuatnya kerana kebanyakan bahannya ada di dapur anda Bagi yang baru nak mencuba berikut dikongsikan resip...
Misi Gsf Kejam Wajah Ardell Ditumbuk Rambut Ditarik Amp Tangan Haikal Dipijak Tentera Isewel

Small Bribes May Seem Harmless But Can Burn Down Nations Warns Kl Macc Chief

Malaysia S Heritage Food Needs More Than Nostalgia It Needs Sustainable Policy Investment

Rezeki Mazleen Juara Kilauan Emas 2025

A Family Memoir Sending Yaya To Uitm Dungun

Hiburan Misi Gsf Hospital Istanbul Maklum Keadaan Ardell Lemah Muntah Beberapa Kali Amp Tisu Bahu Koyak

Hiburan Emosi Anak Anak Turut Terganggu Aaron Aziz Isteri Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Penyebar Fitnah

Wdc888 5 Wdc888 Top 52 By Dante


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Macam Harimau Tapi Lebih Kecil Be Like

Bot Penambang Kuala Terengganu Warisan Yang Hidup

Ryt Bank Bank Digital Baru Guna Ai Serius Best Ke

Best Ground Beef Hamburger Steak Recipe

Restoran Wajib Singgah Di Krabi Langka Suka Muslim Pattani Aonang Krabi Muslim Pattani Memang Padu

Tak Sangka 7 Tanda Tubuh Kita Penat Sangat Tapi Selalu Abaikan