I Saraan Rm500 Kwsp Kini Dinaikkan Daripada Rm300


Bangun pagi tadi saya terima notifikasi daripada aplikasi KWSP di handphone mengatakan bayaran insentif khas i-Saraan dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 pada tahun ini. Yeay!



Bagi mereka yang tak bekerja dan tak dicarum oleh majikan macam saya, ini memang berita menggembirakan. Sebelum ini insentif i-Saraan yang diberikan kerajaan adalah sebanyak RM250 sahaja kemudian dinaikkan kepada RM300. Namun bermula tahun 2024, insentif khas i-Saraan ini dinaikkan kepada RM500 pula. Mana tak happy nya saya!


i-Saraan RM500 KWSPBagi yang masih belum tahu, i-Saraan adalah caruman sukarela yang diperkenalkan oleh KWSP bagi membantu golongan yang tak mempunyai pendapatan tetap seperti surirumah dan peniaga untuk membuat caruman KWSP mereka sendiri. Saya ada kongsikan cara saya mendaftar i-Saraan sebelum ini di Jom Apply i-Saraan KWSP. 




Untuk galakkan golongan ini membuat caruman mereka sendiri, kerajaan beri insentif khas sebanyak 15% daripada jumlah caruman, maksimum sehingga RM500 (bermula 2024) setiap tahun sehingga mencapai nilai terkumpul seumur hidup sebanyak RM5,000. Jadi sekiranya saya berjaya terima insentif khas sebanyak RM500 setiap tahun hasil caruman sendiri, maksimum saya boleh terima insentif ini hanyalah selama 10 tahun sahaja. Tapi okayla kan bila kerajaan nak kasi kita duit ekstra?


Saya mula apply i-Saraan pada tahun 2022. Pada masa itu saya tertarik untuk buat i-Saraan bila dengar kerajaan beri insentif khas sebanyak 15%. Bila ditolak tambah, saya rasa buat caruman di KWSP adalah sangat menguntungkan bila mana saya boleh dapat insentif khas 15% tak dicampur lagi dengan agihan pendapatan (dividen) tahunan yang diumumkan oleh KWSP pada setiap awal tahun.


Bagaimana Nak MendaftarPada ketika itu, saya walk-in ke pejabat KWSP untuk buat pendaftaran. Walau bagaimanapun, proses pendaftaran juga boleh dilakukan hanya daripada rumah. Samada nak mendaftar secara atas talian atau menggunakan aplikasi di telefon bimbit, ianya mudah dan tak perlukan tenaga untuk beratur panjang seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini. Jika nak mendaftar, sila ke halaman ---> Pendaftaran i-Saraan dan lengkapkan maklumat yang diminta.


Setelah akaun KWSP i-Saraan dah berjaya dibuka, kita boleh mula buat caruman sendiri menggunakan aplikasi KWSP di telefon pintar. Sangat mudah kerana kita tak perlu ke bank untuk urusan menambah nilai caruman. Selain itu, kita juga boleh lihat bil semasa juga melalui aplikasi KWSP.


i-Saraan | Apa Perlu Saya Tahu?Sama seperti maklumat yang saya kongsikan dalam artikel sebelum ini mengenai i-Saraan KWSP, beberapa syarat untuk mencarum i-Saraan masih kekal tak berubah. Walau bagaimanapun, ada sedikit perubahan pada nilaian maksimum yang boleh dicarum memandangkan jumlah insentif khas telah meningkat daripada RM300 kepada RM500. 


Jika sebelum ini, saya perlu mencarum paling kurang RM2,000 setahun untuk dapatkan maksimum insentif khas sebanyak RM300, namun sekarang nilai minimum yang perlu dicarum bagi mendapatkan insentif maksimum daripada kerajaan iaitu RM500 adalah sebanyak RM3,334 setahun. Tapi macammana kalau saya tiada duit nak mencarum sebanyak itu atau bagaimana pula jika saya mahu mencarum lebih daripada RM3,334?


Tiada masalah pun untuk mencarum kurang atau lebih. Jika saya buat caruman kurang daripada RM3,334..saya akan dapat insentif khas sebanyak 15% di darab dengan jumlah caruman saya pada tahun itu. Katakan saya hanya mencarum sebanyak RM1,000 sahaja, jadi nilai insentif khas yang saya akan terima adalah sebanyak RM150. Namun jika saya ingin mencarum lebih contohnya sebanyak RM5,000..saya tetap akan mendapat insentif maksimum sebanyak RM500 sahaja.


Pernah Dapat ke Insentif Khas i-Saraan?Tentulah pernah. Kan saya beritahu saya telah mendaftar akaun i-Saraan pada tahun 2022, jadi saya ada terima insentif khas dalam akaun KWSP saya pada tahun lepas. Namun untuk tahun 2023, nilai insentif khas masih belum boleh diakses melalui aplikasi KWSP dan nilai agihan pendapatan juga masih belum diketahui. Dengar cerita, KWSP akan beri agihan pendapatan lebih tinggi pada kadar 5.5% sehingga 6.5%. Betul atau tidak, wallahualam. Kita tunggu saja pengumumannya nanti.




Sebelum ini saya tak terfikir pun untuk dapatkan maksimum bayaran insentif khas daripada kerajaan melalui i-Saraan ini. Jadi saya hanya topap akaun kwsp mengikut masa yang saya rasakan perlu saja. Tapi bermula tahun lepas, saya target untuk dapatkan maksimum insentif memandangkan ia adalah salah satu cara untuk pastikan akaun saya berkembang tanpa perlu saya topup banyak menggunakan duit sendiri. Jadi sekarang saya mencarum secara lump-sum pada awal tahun supaya saya tak perlu fikir lagi nak topup tambahan pada setiap bulan. Lebih mudah dan tak memeningkan kepala.


Bersyukurlah pada mereka yang tak perlu bersusah untuk mencarum sendiri. Paling kurang majikan mencarum 13% bagi pihak pekerja ditambah lagi dengan caruman yang dipotong daripada gaji sendiri. Untuk golongan surirumah seperti saya, hanya ini sajalah cara untuk saya bersiap sedia sebagai persediaan di masa mendatang. Semoga tahun 2024 ini memberi lebih banyak rezeki yang berkah untuk kita semua..aamiin..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2024/01/i-saraan-rm500-kwsp-kini-dinaikkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 4 Juta Ahli Kwsp Terima Rm500 Caruman Tambahan Kerajaan

1 4 Juta Ahli Kwsp Terima Rm500 Caruman Tambahan Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 169 hits
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja hari ini mengumumkan telah mengkreditkan Insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1 4 juta ahlinya yang berusia 40 tahun hingga bawah 55 tahun Dalam kenyataannya dana persaraan itu berkat...
Caruman Tambahan Rm500 Di Akaun 1 Kwsp Semak Sekarang

Caruman Tambahan Rm500 Di Akaun 1 Kwsp Semak Sekarang

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 259 hits
Caruman Tambahan RM500 Di Akaun 1 KWSP Semak Sekarang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengkreditkan insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1 4 juta ahli KWSP berumur antara 40 dan bawah 55 Insentif ini diperuntu...
Laporan Polis 1999 Anwar Terhadap Daim Kini Tersebar Semula

Laporan Polis 1999 Anwar Terhadap Daim Kini Tersebar Semula

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 196 hits
HarapanDaily comLaporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Julai 1999 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin kini tersebar semula Anwar ketika itu mendedahkan bahawa Daim menerima wang tunai dan saham berjumlah r...
Video Akhirnya Anak Tukang Ikan Yang Viral Kini Lulus Masuk Polri Bikin Haru Komandan Cium Kaki Sang Ayahanda

Video Akhirnya Anak Tukang Ikan Yang Viral Kini Lulus Masuk Polri Bikin Haru Komandan Cium Kaki Sang Ayahanda

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 209 hits
Akhirnya Anak Tukang Ikan yang Viral Kini Lulus Masuk Polri Bikin Haru Komandan Cium kaki Sang Ayahanda
Bebanan Tanggungjawab Kini Terletak Di Bahu Dr Mujahid

Bebanan Tanggungjawab Kini Terletak Di Bahu Dr Mujahid

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 103 hits
HarapanDaily comBORHAN AHMAD nbsp Konvensyen AMANAH 2023 melabuhkan tirai dengan membentuk barisan kepimpinan baharu walaupun tidak berapa baharu Ini kerana muka muka lama kekal memimpin parti yang dikira mengamalkan Islam progresif itu Yan...
Rentasan 1511 Panas Kini Mahiaddin Yasin Bersatu Dalam Keadaan Panik

Rentasan 1511 Panas Kini Mahiaddin Yasin Bersatu Dalam Keadaan Panik

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 160 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1511 1 MAHIADDIN DAN BERSATU DAH JADI AYAM BERAK KAPUR 2 PERSEMPADANAN SEMULA KENAPA GABRA SANGAT 3 ANTARA YANG MENGAMBIL DAN DIAMBIL KESEMPATAN
Superman Kecundang Di Lpt Kini Diburu Polis Trafik

Superman Kecundang Di Lpt Kini Diburu Polis Trafik

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 202 hits
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli hmetro com myKlip video berdurasi 28 saat itu memaparkan kumpulan penunggang motosikal terbabit bersaing sesama sendiri sambil membuat aksi superman sebelum seorang daripada mereka hilang kawalan lalu ...
Isteri Kini Hamil Anak Ketiga Ramai Terkejut Dapat Tahu Daler Yusuf Rupanya Dah 10 Tahun Kahwin

Isteri Kini Hamil Anak Ketiga Ramai Terkejut Dapat Tahu Daler Yusuf Rupanya Dah 10 Tahun Kahwin

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 166 hits
Aktor kacukan Uzbekistan Daler Yusuf berjaya menyimpan rapi kehidupan peribadinya daripada umum bahkan selama bertahun tahun ramai peminat tidak tahu dia sudah berumah tangga Baru baru ini Daler atau Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad mengumu...
2 Ahli Sakit Kini Ahli Buka Cerita Punca Ketiadaan Ji Sukjin Dalam Running Man

2 Ahli Sakit Kini Ahli Buka Cerita Punca Ketiadaan Ji Sukjin Dalam Running Man

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 269 hits
Semakin lama sepertinya semakin berkurang ahli Running Man ARTIKEL BERKAITAN Terbaru ahli yang tinggal iaitu Yoo Jae suk Haha Kim Jong kook Song Ji hyo dan Yang Se chan telah menjalani misi istimewa untuk Krismas bersama tetamu TXT dan Kim ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco