bila aku sedar bahawa aku perlukan sesuatu benda baru, jatuh cinta contohnya. ehemm, just kidding. aku rasa hobi dan perkara yang aku buat sekarang terlalu pasif, pasif dari segi pergerakkan aku la kot, hobi aku tengok anime, online dan membaca yang semuanya boleh dibuat dalam keadaan kurang pergerakkan
beberapa hari lepas aku ada keluar dengan cousins macam biasa, hari penuh gelak ketawa macam budak2. main bubble, lari dari anjing yang menyalak dan sesi photoshoot macam biasa. benda boleh happy2 kenapa la nak sedih2 kan. so, bagi golongan yang selalu sedih2 kat luar sana, korang keluar2 la selalu, cari geng elok2 dan spend time sama2 bina memori untuk dikenang suatu hari nanti. cewahhhhh *ayat aku kekadang buat diri sendiri cringe jugak*
pecah rekod personal, maka tiga bijik aiskrim dalam masa satu hari. bukanlah yang patut dibanggakan tapi siapa je yang mampu tolak aiskrim. kalau ada? anda hebat.
dah penat bergelak ketawa huhuhaha, kita makan pulak. telan air liur pulak bila tengok benda nie balik. aiyooo. menu hari itu, ayam masak sos, sotong panggang sambal, sayur kailan sos tiram dan tomyam seafood. boleh tahan, tomyam tu umphhh kuah dia dan banyak isi. nice, harga pun boleh kira murah, total termasuk nasi kosong 4 ketul dalam rm36+.
aduh. sorry perutku dan matamu. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |