I Guru Berdepan Djz Pertahan Kepentingan Nasional


USTAZ MOHD AZIZEE HASAN   

HARI ini saya menjejaki Bangunan Dong Zong bersama beberapa pimpinan tertinggi iGuru untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap Dong Zong berhubung polemik tulisan Jawi.

iGuru diwakili saya bersama Ustaz Agus Lokman Timbalan Presiden dan Dr. Sharifah Hanum Syed Sahuri. Manakala pihak Dong Zong diwakili En. Ng Chai Heng selaku Setiausaha Agung dan En Yap Heng Lung Eksekutif Projek  Silang Etnik dan Budaya.

Meskipun di permulaan diskusi agak tenang tetapi ia menjadi semakin panas ketika membahaskan isu sekolah satu aliran dan polemik tulisan Jawi. Pihak Dong Zong tegar menolak pembelajaran Jawi di tahun 4 SJKC dan SJKT dan berkeras supaya hal keputusan pembelajaran tulisan Jawi diserahkan kepada Lembaga Pengelola Sekolah  bukan pihak PIBG , ibu bapa dan murid- murid.

Pihak iGuru telah menjelaskan pendirian tegas membantah tindakan Dong Zong yang cuba mencabar kedudukan Bahasa Melayu dan menyeru untuk menghormati apa yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan.

Kesimpulan yang dapat difahami ialah:

1.     Dong Zong melihat naratif pendidikan melalui kaca mata perspektif  ‘kecinaan’ dan menganggap kewujudan sekolah- sekolah Cina sudah lama bertapak dan British mengiyakan perkara tersebut.

2.     Dong Zong menolak konsep sekolah satu aliran dan memperjuangkan konsep multi language. Ini bererti pihak Dong Zong akan terus berjuang untuk pengekalan sekolah Vernakular. Sehingga kini terdapat 80 buah sekolah SMPC.

3.     Perjuangan Dong Zong merentasi parti dan meletakkan identiti, bahasa dan budaya mesti dipelihara melalui pendidikan. Justeru badan yang paling berkuasa ialah Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). Sebarang keputusan pihak KPM tanpa mengambil kira perbincangan LPS akan membawa konflik antara dua pihak.

4.     Dong Zong menganggap pembelajaran Jawi adalah satu bentuk Islamisasi. Ia turut disokong pihak kaum India yang mendakwa ramai anak India memeluk Islam disebabkan belajar tulisan Jawi walaupun ini hanya tuduhan tidak berasas.

5.     Dong Zong konsisten menzahirkan sikap rasis dalam memperjuangkan pendidikan Cina. Oleh itu kakitangan dan staf adalah mereka diambil dari mereka yang boleh bercakap Bahasa Cina.

6.     Dong Zong tidak menggunakan silibus sejarah yang ditetapkan pihak KPM. Mereka menggubal kurikulum sejarah menurut perspektif sendiri dan memasukkan lebih banyak kandungan berkaitan sejarah dunia berbanding sejarah Malaysia. Mereka melihat penulisan sejarah negara dimanipulasi orang politik. Hakikatnya mereka gagal memahami sejarah negara dengan tepat dan betul.

7.     Dong Zong kekal ekstrem dan bersifat Cauvinis dalam mempertahankan pendidikan kaum Cina meskipun berdepan ugutan mana- mana pihak termasuk kerajaan yang memerintah. Bagi mereka kepentingan kaum itu adalah mempertahankan identiti  dan bahasa mereka. Oleh itu mereka akan all out untuk hal tersebut dari sudut kewangan dan fasiliti.

8.     Dong Zong menganggap sistem pendidikan sedia ada hanya mementingkan satu kelompok sahaja iaitu mereka yang belajar di SK manakala murid-murid di SJKC/ T dipinggirkan atau berlaku diskriminasi. Sebenarnya pihak Dong Zong menolak untuk menerima sistem pendidikan aliran perdana.

Semoga rumusan ini adalah permulaan mengkaji lebih mendalam sistem pendidikan kelolaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia. Terima kasih kerana sudi mendengar pandangan iGuru dalam perbincangan yang bersifat inklusif meskipun ada banyak perbezaan dalam merungkaikan polemik isu Jawi.

iGuru akan terus memberanikan diri berdepan dengan pihak Dong Zong secara lebih berdepan dalam mempertahankan kepentingan nasional.

*USTAZ MOHD AZIZEE HASAN
Presiden Ikatan Guru-Guru Malaysia (i-Guru) – HARAKAHDAILY





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/i-guru-berdepan-djz-pertahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wali Kota Diminta Alih Fungsikan Tanah Mangkrak Di Batam Buat Kepentingan Publik

Wali Kota Diminta Alih Fungsikan Tanah Mangkrak Di Batam Buat Kepentingan Publik

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 213 hits
Muhammad Rudi pun diminta tegas menyikapi banyaknya tanah mangkrak di wilayahnya
Dedah Rakaman Audio Mengejutkan Demi Kepentingan Awam

Dedah Rakaman Audio Mengejutkan Demi Kepentingan Awam

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 419 hits
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Latheefa Koya hari ini berkata pendedahan sembilan audio konspirasi jenayah tertinggi membabitkan rakaman perbualan beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib R...
Pendedahan 9 Rakaman Audio Konspirasi Demi Kepentingan Umum Latheefa

Pendedahan 9 Rakaman Audio Konspirasi Demi Kepentingan Umum Latheefa

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 313 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya bersama Timbalan Ketua Pengarah SPRM Datuk Seri Azam Baki dan Pengarah Pencegahan Penggubahan Wang Haram SPRM Mohamad Zamri Zainul Abidin dalam sidang media khas pendedahan rakaman audio di Putrajaya fot...
Usik Kepentingan Dan Keuntungan Kroni Mahathir Padahlah Jawabnya Itu Yang Maszlee Malik Terima

Usik Kepentingan Dan Keuntungan Kroni Mahathir Padahlah Jawabnya Itu Yang Maszlee Malik Terima

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 435 hits
Sekarang ini tular di media sosial tentang petisyen yang meminta agar Maszlee Malik dikekalkan atau Mahathir kembali menyerahkan jawatan Menteri Pendidikan kepada Maszlee Malik yang melepaskan jawatan atas nasihat Perdana Menteri petang sem...
Dap Parti Memperjuangkan Kepentingan Kaum Cina

Dap Parti Memperjuangkan Kepentingan Kaum Cina

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 312 hits
Tindakan Lim Guan Eng yang mendakwa diri dan DAP sebagai parti pejuang Cina akan menguatkan lagi persepsi bahawa belia dan partinya adalah pejuang cauvinis Cina yang anti perpaduan Malah kenyataan Setiausaha Agung DAP itu juga akan mengukuh...
Mca Dan Dap Terus Sekata Dalam Hal Kepentingan Bersama

Mca Dan Dap Terus Sekata Dalam Hal Kepentingan Bersama

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 470 hits
ULASANTINDAKAN Polis membatalkan kongres Jawi yang dirancangkan Dong Jiao Zong di Kajang hari ini adalah tepat dan perlu dihormati semua pihak tanpa menimbulkan apa apa persepsi buruk Polis mendapat perintah daripada Majistret Syahrul Sazly...
Jual Negara Kepada China Ph Gagal Lihat Kepentingan Negara

Jual Negara Kepada China Ph Gagal Lihat Kepentingan Negara

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 246 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii mengesa agar Kerajaan memantau keluar masuk pelancong China ke negara ini dan memastikan mereka semua keluar dari Malaysia seperti yang putuskan tidak lebih 15 hari Katanya satu dokum...
Kepentingan Mode Manual

Kepentingan Mode Manual

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 229 hits
Walaupun ada banyak mode yang kita boleh guna pada kamera tetapi ianya sangat bergantung kepada apa yang kita nak rakam Dalam banyak situasi mode manual langsung tidak diperlukan Malah digalakkan untuk rakam guna mode mode automatic untuk m...
Pengamat Nilai Omnibus Law Pro Investasi Tapi Lupa Kepentingan Rakyat

Pengamat Nilai Omnibus Law Pro Investasi Tapi Lupa Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 249 hits
Pakar Hukum Tata Negara Universitas Padjadjaran Mei Susanto melihat Omnibus Law sebagai instrumen hukum yang hanya mendukung kepentingan para investor dan melupakan hak rakyat
Effective Networking In Your Industry

Kelantan Mayat Pemancing Ditemui Dalam Sawah Padi

Montigo Botol Minum Bergaya Yang Jadi Pilihan

Ppim Tubuh Pusat Aduan Anti Buli Kosmo 14 08 2025

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Lorry Driver Who Ran Over Cop With 4wd Charged With Attempted Murder


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya

Adab Adab Makan

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Eaaci Melancarkan Kempen Kesedaran Alergi Antibiotik Global