I Am A Pcoser


Penat sebenarnya nak explain bila orang tanya kenapa aku tak mengandung lagi. Aku takde masalah lain pun, masalah utama aku ialah aku ni penghidap PCOS. Atau lebih dikenali dengan nama Polycystic Ovarian Syndrome. Penyakit ni disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan.    Wanita normal akan mengalami haid yang teratur dan berlaku penetasan telur atau 'ovulation' sekali sebulan. Means, dalam sebulan sekali akan ada satu ovum atau telur yang membesar dan berjaya menetas. Kalau berlaku persetubuhan dan sperma bertemu dengan ovum yang terlepas dari ovari tu tadi, maka mengandunglah perempuan tu. Aku pula kitar haid memang tak teratur dan takde ovulation berlaku. Sebab tu lah tak berjaya mengandung sampai sekarang

Macam ni lah rupa ovari normal dan ovari yang ada PCOS. Ada ovum tapi tak membesar pada saiz yang sepatutnya. Faktor utama ovum tak nak besar ni adalah sebab hormon tak stabil. Insulin dalam darah tinggi, hormon estrogen dan hormon testosteron tinggi berbanding progesteron. Hormon testosteron tu hormon lelaki. Jadi, wanita yang hidap pcos ni berlebihan hormon lelaki. Sebab tu lah wanita yang ada PCOS ciri-ciri dia macam lelaki seperti ada bulu-bulu halus di wajah (misai dan janggut), tumbuh bulu kaki yang kasar macam lelaki dan biasanya mempunyai berat badan berlebihan. Semua ciri tu memang ada pada aku. :/ 
Pada Ogos 2014 aku berpeluang mendapatkan rawatan dari pakar kesuburan ternama, Prof. Dato' Dr. Hamid Bin Arshat. Pada lawatan kali pertama ke klinik beliau aku kena buat transvaginal scan (TVS). Ngilu sikitlah sebab doktor akan masukkan probe scanner tu melalui serviks. Alhamdulillah bukan Dr. Hamid yang buat semua prosedur tu, ada assistant dia seorang doktor perempuan. Aurat masih terjaga. So, kepada sesiapa yang nak dapatkan rawatan dari beliau jangan risau ye. Lepas buat scan tu memang aku disahkan pcos lah. Doktor suruh aku kurangkan berat badan dan amalkan pemakanan seimbang. Kurangkan gula dan karbohidrat. Dalam kepala aku terus terfikir diet atkins. Disebabkan dah lama tak period, doktor bagi aku ubat turun darah, Norculut. Then, once dah period nanti kena makan satu lagi ubat hormon, Clomid untuk bantu matangkan telur. 
Masalah aku tu lah dah beberapa kali follow up dengan Dr. Hamid, dari makan 3 biji sehari Clomid sampai ke dos yang paling tinggi 5 biji sehari. Tak pernah jumpa telur yang berjaya besar. Ada pun cuma 8mm yang paling besar sedangkan saiz yang sepatutnya cantik ialah 18-20mm. Hampir putus asa jugak laa... Sampai sekarang aku masih teruskan rawatan dengan Dr. Hamid. 

Cuma untuk cycle ni doktor dah tukar ubat hormon yang baru. Dah makan clomid high dose pon tak jalan. Kali ni doktor bagi ubat Tamoxifen ni. Harap-harap lepas ni ada lah ovum yang react dan berjaya membesar. 
Nanti aku tulis apa supplimen yang bagus untuk diamalkan bagi PCOSer tegar macam aku nih. 
Oh ya, kalau ada yang nak dapatkan rawatan dari Dr. Hamid boleh hubungi nombor telefon ni. Klinik Dr. Hamid Arshat : 03-2094 5800Call lah untuk buat first appointment. Kalau nasib baik dapatlah tarikh awal. Macam aku hari tu call bulan Mac dapat tarik bulan Ogos. 5 bulan juga tempoh menunggu. So, kalau ada yang merancang untuk jumpa Dr. Hamid please call to fix your first appointment. Till then... SALAM




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://adahunny.blogspot.com/2015/03/aku-penghidap-pcos-tegar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024