Hutang Negara Rm1 Trilion Atau Rm686 Bilion



Oleh:
Suhana Mohamed

TABUNG Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF) melalui Special Data Dissemination Standard (SDDS) telah melaporkan data dan statistik serta butiran terperinci mengenai jumlah rizab antarabangsa sesebuah negara termasuk Malaysia.

Antara data yang dilaporkan adalah berkenaan saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab serta aset mata wang asing lain. Selain itu, maklumat seperti jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan akan datang juga dipaparkan untuk tatapan umum.

Butiran terperinci rizab antarabangsa yang dilaporkan itu sebenarnya mempunyai empat jadual iaitu Jadual I, II, III dan IV. Maklumat di dalam Jadual I adalah berkenaan aset rizab rasmi Malaysia yang berjumlah AS$104,405.0 juta manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$120.3 juta, jumlah pada akhir Ogos 2018. Di dalam Jadual II ada menunjukkan aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman dalam mata wang asing.
Aliran keluar ini disebabkan oleh pembayaran balik berjadual pinjaman luar negeri oleh kerajaan sebanyak AS$241.0 juta untuk tempoh 12 bulan akan datang. Nilai ini menunjukkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran kewangan.

Selaras dengan amalan yang digunakan mulai April 2006, data ini tidak melaporkan unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah AS$2,618.5 juta untuk tempoh 12 bulan ke hadapan.

Di dalam Jadual III ada menunjukkan satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka adalah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, dan ia dilaporkan berjumlah AS$108.6 juta.

Rizab antarabangsa Malaysia juga tidak mempunyai pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terlibat dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit.

Bank Dunia berpendapat bahawa paras hutang Malaysia tidak akan menyebabkan Malaysia terjerumus kepada krisis. Malah risiko kewangan yang dihadapi oleh Malaysia juga didapati masih dalam keadaan terkawal. Merujuk kepada kenyataan Ketua Ekonomi Bank Dunia, Dr. Richard Record, sebanyak 97.7 peratus hutang Malaysia adalah dalam denominasi ringgit.

Ini menunjukkan risiko yang terhad kepada kerajaan apabila terdedah kepada pertukaran asing. Hampir 70 peratus daripada hutang itu adalah jangka sederhana dengan tempoh matang melebihi tiga tahun dan mempunyai risiko terhad berdasarkan terma rollover atau pulang ganti. Pun begitu, kerajaan baharu sudah tentu akan memastikan hutang terus ditangani de­ngan telus, waspada serta berhati-hati selain melaksanakan pengurusan yang lebih berhemat.

Kenyataan Ketua Ekonomi Bank Dunia itu dibuat ketika beliau membentangkan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia Edisi Ke-18 Bank Dunia yang lalu. Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia mengunjurkan ekonomi Malaysia dijangka kekal berkembang pada paras 5.4 peratus untuk 2018 disokong asas makroekonomi dan permintaan eksport yang kukuh.

Malaysia sebenarnya masih mampu mengekalkan pertumbuhan yang kukuh dan dapat memberikan asas mampan untuk kerajaan terus melaksanakan agendanya. Malaysia adalah sebuah negara yang berjaya kerana mempunyai ekonomi yang kukuh dan bergerak ke arah pendapatan tinggi.

Laporan itu juga menekankan kepentingan me­lihat kepada kualiti pertumbuhan secara keseluruhan dan bagaimana setiap rakyat Malaysia boleh memanfaatkan kejayaan ekonomi yang telah dicapai.

Saban tahun hutang negara telah dilaporkan mengikut piawaian IMF iaitu format SDDS ini. SDDS merupakan panduan kepada negara anggota IMF dalam penyebaran statistik dan data negara kepada orang ramai. Mengikut laporan SDDS, hutang Malaysia pada 31 Disember 2017 adalah RM686.8 bilion dan liabiliti luar jangka pula adalah RM238 bilion. Angka ini terbuka dan boleh didapati di laman web Bank Negara, Jabatan Perbendaharaan Negara, Jabatan Perakaunan Negara dan Jabatan Audit Negara.

Baru-baru ini kerajaan telah menambah angka baharu kepada jumlah tersebut termasuk komitmen seperti pembayaran pajakan dan bayaran penyelenggaraan terhadap hutang kerajaan dan liabiliti luar jangka yang berjumlah RM201.4 bilion.

Oleh kerana pertambahan itulah yang telah menunjukkan jumlah keseluruhan hutang negara berada pada nilai mendekati RM1 trilion. Ia sebenarnya bermaksud jumlah hutang dan liabiliti adalah sebanyak RM1 trilion.

Secara teknikalnya, ini adalah angka yang benar kerana Malaysia mempunyai liabiliti lebih daripada RM1 trilion, di mana RM686.8 bilion adalah dalam bentuk sekuriti hutang.

Kerajaan lain di dunia juga menggunakan SDDS dan melaporkan hutang sekuriti tertunggak mereka sebagai hutang negara, yang tidak termasuk tanggungan luar jangka. Tiada kerajaan di dunia mengambil kira komitmen pajakan dalam laporan hutang negara mereka.

Bayaran sewa pula adalah semua perbelanjaan barangan namun ia bukanlah hutang barang. Jika kita memasukkan nilai ini, maka semua perbelanjaan kerajaan seperti gaji pegawai kerajaan, pencen dan subsidi dalam jumlah hutang negara juga perlu dimasukkan ke dalam laporan.

Piawai kiraan yang digunakan adalah seperti yang ditetapkan oleh badan kewangan antarabangsa dalam melaporkan hutang negara, dan angka-angka ini boleh diperoleh dengan mudah menerusi laman web Jabatan Negara,

Perbendaharaan, Jabatan Perakaunan dan Jabatan Audit Negara. Ia merupakan laporan yang tepat dan telus yang dilaporkan dari semasa ke semasa.

Malah agensi penarafan, komuniti pelaburan dan institusi kewangan juga memahami dan menyedari akan kewujudan ke semua angka tersebut kerana ia tidak pernah disembunyikan. Bahkan, agensi penarafan sentiasa mengadakan mesyuarat dengan pegawai EPU dan MOF dan laporan sentiasa dikemas kini secara kerap.

Perkembangan ekonomi memungkinkan kerajaan untuk mencari lebih banyak sumber pendapatan sekaligus meningkatkan keupayaan negara untuk menyerap lebih banyak hutang. Untuk rekod, setakat ini, Malaysia tidak pernah culas menunaikan tanggungjawab membayar komitmen yang telah diambil.

Pun begitu, ia bukanlah hanya berkisar kepada jumlah hutang yang kita punyai namun apakah sebenarnya yang boleh dilakukan dengan hutang tersebut dan keupayaan negara untuk melunaskannya.

Ini kerana apabila kita pandai berhutang, kita juga perlulah bertanggungjawab untuk membuat bayaran dan menyelesaikan hutang tersebut. Semoga negara ini akan terus maju dan berupaya untuk terus melangsaikan hutang.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Kewangan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Kampus Pasir Gudang, Johor.

Sumber: http://m.utusan.com.my/rencana/utama/hutang-negara-rm1-trilion-atau-rm686-bilion-1.783625

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/11/bgr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm1 Bilion Untuk Pelan Perkembangan Ekonomi Digital Negara

Rm1 Bilion Untuk Pelan Perkembangan Ekonomi Digital Negara

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara dengan peruntukkan RM1 bilion bagi menggalakkan perkembangan ekonomi digital kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Katanya pelan itu bertujuan membangunkan...
Jepun Jamin Bon Samurai 200 Bilion Yen Bantu Kurangkan Hutang Negara

Jepun Jamin Bon Samurai 200 Bilion Yen Bantu Kurangkan Hutang Negara

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Jepun menjamin sehingga 200 bilion yen untuk penerbitan bon Samurai bertempoh 10 tahun Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata tawaran oleh kerajaan Jepun itu mencerminkan keyakinan terhadap pentadbiran dan kepimpinan Pe...
Hutang Negara Naik Satu Kali Ganda Ini Jawapan Najib

Hutang Negara Naik Satu Kali Ganda Ini Jawapan Najib

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 299 hits
Saya perhatikan ada yang mengkritik saya kerana hutang kerajaan naik satu kali ganda dalam tempoh 9 tahun saya sebagai PM dan mendakwa itu adalah bukti kerajaan BN tidak mengawal negara dengan baik Oleh kerana kebanyakan rakyat marhaen tida...
Zikir Ph Kurang Kan Hutang Rm1 Trillion Adalah Tahyul Lagi Khurafat

Zikir Ph Kurang Kan Hutang Rm1 Trillion Adalah Tahyul Lagi Khurafat

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 331 hits
Samurai Bon 1 Akhirnya terjawab juga teka teki ura ura penerbitan bon global oleh pihak kerajaan Malaysia beberapa minggu yang lalu apabila diumumkan bahawa kerajaan akan menerbitkan bon Samurai yang berjumlah 200 Billion di dalam bajet sem...
Hutang Negara Penting Diberi Keutamaan Tapi Kami Juga Mempunyai Hutang Penoreh Getah

Hutang Negara Penting Diberi Keutamaan Tapi Kami Juga Mempunyai Hutang Penoreh Getah

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 309 hits
Kadang kala hendak beli barangan keperluan harian pun tidak mampu dengan pendapatan hanya RM10 sehingga RM15 sehari Begitu rungutan golongan penoreh getah di Kampung Katong di sini berikutan kejatuhan harga komoditi tersebut yang sekali gus...
Lelaki Ini Yang Merompak Rm50 Bilion Duit Negara

Lelaki Ini Yang Merompak Rm50 Bilion Duit Negara

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 297 hits
Lelaki ini yang merompak RM50 bilion duit negara Sampai sekarang Menteri Kewangan LGE salahkan beliau Negara kurang
Rm1 2 Bilion Bagi Pastikan Kemajuan Syiar Islam Tahun Depan

Rm1 2 Bilion Bagi Pastikan Kemajuan Syiar Islam Tahun Depan

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan memperuntukkan RM1 2 bilion tahun depan berbanding RM1 1 bilion tahun ini bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas berikutan keadaan ekonomi yang mencabar Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sebagai a...
Dana Sebanyak Rm1 Bilion Untuk Pembelian Rumah Pertama

Dana Sebanyak Rm1 Bilion Untuk Pembelian Rumah Pertama

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Bank Negara akan menyediakan dana RM1 bilion untuk membiayai pembelian rumah pertama bagi golongan berpendapatan bulanan tidak lebih RM2 300 kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau berkata dana tersebut akan disediakan bermul...
3 Prosedur Wajib Untuk Bentang Paper Atau Hadir Kursus Di Luar Negara

3 Prosedur Wajib Untuk Bentang Paper Atau Hadir Kursus Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 754 hits
Pernah tak cikgu cikgu dapat peluang rare untuk bentang paper atau attend kursus kat luar negara pastu tak tau nak buat apa Atau tak tau langsung prosedur yang cikgu cikgu kena buat Atau nak channelkan benda tu ke mana dan nak tanya siapa M...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Lindungi Peranti Galaxy Anda Dengan Samsung Care

Khutbah Jumat Jika Seorang Muslim Memperhatikan Shalat Asalnya Agama Dia Itu Baik

Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ