Hutang Ecrl Dan Opera China



A Kadir Jasin
بِسْمِ  اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Najib merasmikan pecah tanah projek ECRL di Pahang tahun 2017MALAYSIA adalah negara pertengahan dari segi keluasan wilayah, bilangan penduduk dan ukuran ekonomi.
Tetapi dalam beberapa hal dan sudut, ia boleh dikatakan besar.Misalnya, sebagai negara yang ditakrif sebagai negara Islam kita adalah antara yang termaju.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Dalam banyak hal kita jauh lebih maju dan progresif daripada negara-negara Islam yang lebih besar dan kaya.
Tetapi yang benar-benar membezakan Malaysia daripada negara Islam yang lain sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa adalah keberanian kita mengambil pendirian dalam isu-isu utama dunia.
Di bawah kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad mulai awal tahun 1980-an, keberanian kita berhujah dan menawarkan kepemimpinan dalam forum antarabangsa telah mendapat pengiktirafan global.
Inilah antara punca yang menyebabkan negera-negara raksasa seperti China dan Amerika berhati-hati dalam perhubungan dengan Malaysia, khususnya apabila Dr Mahathir kembali menerajuinya.
Macam mana marah pun mereka kepada beliau kerana dianggap “recalcitrant” – dalam bahasa yang mudah keras kepala – namun mereka mengakui bahawa suara beliau mempunyai pengaruh ke atas pendapat antarabangsa.
Dalam konteks projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang masih hangat dibincangkan walaupun di peringkat rasmi telah dikunci mulut, kita terpaksa mengambil tindakan tegas dan bijaksana walaupun tujuan kita bukan sekali-kali menghukum atau memalukan China.
Kita sekadar mengatakan dengan ikhlas bahawa kita tidak mampu menanggung beban hutang membina landasan itu dan membiayai penyelenggaraannya selepas itu.
Sebelum ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu, kerajaan BN telah membuat komitmen kepada kerajaan China untuk berhutang RM55 bilion untuk membina ECRL dan memberikan kontrak pembinaan kepada syarikat milik kerajaan China.
Sekarang sudah pun diketahui umum bahawa pinjaman RM55 bilion itu bukan semata-mata untuk membiayai ECRL tetapi juga untuk menolong menampung hutang dan penipuan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Segala beban hutang, penipuan dan pembaziran zaman bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak,kini menjadi beban dan tanggungjawab kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Masalah ECRL
Walaupun bukan sekali-kali tujuan kita bermusuh dengan China atau juga mana-mana negara namun kepentingan negara dan rakyat jelata adalah lebih utama.
Matlamat kerajaan PH dalam isu ECRL ini adalah untuk meringankan beban hutang negara sebanyak yang mungkin.
Maka dalam perkiraan kerajaan PH adalah lebih baik menamatkan projek itu dan membayar ganti rugi kepada China atau kalau terpaksa dilaksanakan juga ialah hendaklah dengan kos dan syarat yang lebih ringan.
Ada sumber berkata, walaupun hutang projek itu sekarang RM55 bilion tetapi apabila diambil kira kos dan tanggungan jangka panjang ia mungkin mencapai RM100 bilion atau lebih.
Masalahnya sekarang kita sudah disedut masuk ke dalam geopolitik China. Kita dalam dilema ditelan mati emak, diluah mati bapa.
Kita memerlukan pasaran China untuk barang-barang dan perkhidmatan kita manakala China pula takut pembatalan ECRL akan berjangkit kepada negara-negara lain yang mempunyai perjanjian yang sama dengannya.
Rasanya dunia lebih mengambil berat perhubungan dengan kita sejak Dr Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri.
Selain rundingan di belakang tabir, China baru-baru ini melancarkan apa yang saya istilahkan sebagai “diplomasi opera”.
China terkenal dengan opera atau di negara kita disebut  wayang Cina.
Kedutaan China di Malaysia dilaporkan telah merakam dan mengedarkan sebuah lagu bagi memperingati 45 tahun perhubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara.
(Boleh Tonton Di Sini).
Di dalam dunia di mana diplomasi dan ekonomi tidak dapat dibezakan serta dipisahkan, kita tidak ada pilihan selain mencari jalan keluar terbaik tanpa menjejaskan air muka, menoda kedaulatan dan membebankan kewangan negara.
Apa pun kesudahan kepada episod ini, pengajaran dan iktibarnya amat jelas, iaitu di tangan sebuah kerajaan, sebuah parti politik dan seorang pemimpin yang korup, negara boleh menjadi muflis, tergadai dan terjajah.
Maka di bahu siapa pun terpikul tanggung jawab untuk menyelesaikan kemelut ECRL ini, diharapkan bahawa penyudahnya biarlah negara tidak muflis, bumi tidak tergadai dan negara tidak dijajah.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/01/hutang-ecrl-dan-opera-china.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Poser Over Letter Showing Malaysia Rejected Cheaper Ecrl Offer From China

Poser Over Letter Showing Malaysia Rejected Cheaper Ecrl Offer From China

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 453 hits
More questions have surfaced on the future of the multi billion ringgit East Coast Rail Link this time over a letter purportedly informing China Communications Construction Company that the Malaysian government would not take up the company...
China S Reputation Affected By The Shenanigans In The Ecrl

China S Reputation Affected By The Shenanigans In The Ecrl

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 308 hits
Dennis Ignatius Free Malaysia Today The East Coast Railway Link one of former prime minister Najib Razak s toxic legacies is an issue that just won t seem to go away Soon after he took office Prime Minister Dr Mahathir Mohamad trudged off t...
Hebat Tun M China Tawar Kurangkan Kos Ecrl

Hebat Tun M China Tawar Kurangkan Kos Ecrl

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 356 hits
China menawarkan untuk mengurangkan hampir separuh kos pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur bernilai AS 20 bilion dalam usaha menyelamatkan mercu tanda projek pembangunannya di Asia Tenggara kata dua sumber hari ini Bagaimanapun kenyata...
China Offered Heavy Discount On Ecrl But Then Came The Contradictory Remarks By Our Ministers

China Offered Heavy Discount On Ecrl But Then Came The Contradictory Remarks By Our Ministers

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR China offered to nearly halve the cost of a US 20bil rail project to save the centrepiece of its infrastructure push in South East Asia two sources said on Thursday but contradictory remarks by Malaysian ministers leave the out...
Pembatalan Ecrl Tak Jejas Hubungan Malaysia China Kata Menteri

Pembatalan Ecrl Tak Jejas Hubungan Malaysia China Kata Menteri

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 333 hits
Pembatalan ECRL tak jejas hubungan Malaysia China kata menteri Dikemas kini 30 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 26 Ja
Putrajaya Cancels Ecrl Contract With China Firm Says Report

Putrajaya Cancels Ecrl Contract With China Firm Says Report

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 440 hits
Putrajaya today cancelled the East Coast Railway Link contract with China Communications Construction Company today according to The Straits Times The ST report quoting sources said Putrajaya was now seeking a new contractor to build the EC...
Wechat Akan Memaparkan Lokasi Individu Yang Liat Membayar Hutang Di China

Wechat Akan Memaparkan Lokasi Individu Yang Liat Membayar Hutang Di China

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 329 hits
Aplikasi WeChat di China bukan sekadar untuk pemesejan untuk berkenalan dengan individu berhampiran Di China ekosistem WeChat membolehkan ia menjadi dompet digital dan memaparkan kad pengenalan seseorang pengguna Di Hebei China ia kini meng...
China Offered To Slash Ecrl Cost By Nearly Half Say Sources

China Offered To Slash Ecrl Cost By Nearly Half Say Sources

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 267 hits
China offered to nearly halve the cost of a US 20 billion rail project to save the centrepiece of its infrastructure push in Southeast Asia two sources said today but contradictory remarks by ministers leave the outcome uncertain The confli...
Opera Touch Kini Hadir Untuk Ipad Mod Privasi Hadir Untuk Ios Dan Android

Opera Touch Kini Hadir Untuk Ipad Mod Privasi Hadir Untuk Ios Dan Android

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 286 hits
Tahun lepas bulan April Opera hadir dengan Opera Touch Ia adalah aplikasi pelayar web untuk peranti dengan skrin yang bersaiz besar Ia memfokuskan penggunaan sebelah tangan penghalang iklan dan pelombong kriptowang Ketika ia dilancarkan ia ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba