Husam Musa Ganja Pernah Gesa K Jaan Iktiraf Bagi Tujuan Perubatan



'Minyak ganja' pernah bantu rawat Husam 
Oleh Ramieza Wahid dan Rahmat Haron Diterbitkan 15 Mac 2019, 8:36 malam  |  Dikemaskini 16 Mac 2019, 10:44 malam.


WAWANCARA | Senator Husam Musa merupakan antara pemimpin yang menggesa kerajaan supaya mengiktiraf ganja bagi tujuan perubatan, khususnya spesies hem.Ketika ditanya sekiranya beliau pernah mencuba produk kesihatan berasaskan hem untuk tujuan perubatan, Husam menjawab:"Saya pernah ada pati minyak hem."Hem ini mengaktifkan reseptor. Dalam badan kita ada beratus-ratus reseptor dan ada satu yang boleh dirangsang oleh kanabis."Jadi apabila kita ambil minyak hem reseptor itu akan diaktifkan dan ia adalah kejadian tuhan," katanya kepada Malaysiakini di Petaling Jaya semalam.Terdahulu Husam merasmikan seminar tertutup mengenai perubatan hem anjuran Persatuan Perubatan Hemp Malaysia di Kuala Lumpur.Beliau juga diberi taklimat oleh pakar mengenai manfaat hem untuk perubatan.Persidangan itu menghimpunkan sejumlah pakar perubatan hem tempatan serta antarabangsa, termasuk dari Thailand, Belanda, Korea Selatan dan Indonesia.Beza dua spesiesKata Husam, sistem tubuh dan otak manusia memiliki reseptor endocanabinoid yang membolehkan seseorang mendapat ketenangan, tidur atau rehat.Ia juga katanya menjadikan tubuh seseorang menerima bahan mengandungi tetrahydrocannabinol (THC) dan cannabidiol (CBD) secara semula jadi.Diminta penjelasan lanjut jika Husam memang pernah mencuba minyak hem, bekas exco kanan Kelantan itu berkata, beliau seorang yang percaya ada produk ganja boleh membantu dari segi kesihatan.“Kenapa tidak? Saya percaya dengan apa yang saya pelajari.“Ia adalah ekstrak minyak hem, bukan kanabis marijuana asli,” katanya kepada Malaysiakini.

Umumnya terdapat dua spesies tumbuhan ganja, iaitu Cannabis Sativa (yang dirujuk sebagai hem) dan Cannabis Indica (yang dirujuk sebagai marijuana).Kedua-dua spesies mempunyai manfaat perubatan yang berbeza dengan bahan THC dan CBD.Hem memiliki kandungan THC rendah, manakala marjuana pula mempunyai kadar THC yang tinggi.Marijuana dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah kerana kandungan THC yang tinggi pada bunga tumbuhan betinanya sehingga dapat memberikan kesan khayal dan boleh digunakan untuk melegakan kesakitan penghidap barah, atau mengurangkan kesan sampingan rawatan kimoterapi.Sementara itu, serat batang pokok hem pula merupakan bahan asas yang digunakan dalam lebih 25,000 bidang industri, termasuk kain, tali, kertas dan gentian.Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak membezakan dua spesis ganja hem dan marijuana ini.Bermanfaat cergaskan mindaHusam turut menjelaskan hem (yang tinggi CBD) juga dibuat minyak bagi tujuan perubatan untuk penyakit sawan dan epilepsi."Mengikut kajian minyak hem berguna dalam rawatan sakit kanser, sawan, masalah saraf, ketegangan, bahkan jantung," katanya.Hujung tahun lalu, Forbes melaporkan AS meluluskan penanaman, pengedaran dan penggunaan hem, manakala China pula merupakan pengeluar 50 peratus produk industri hem dunia.Menurut Husam kegunaan minyak hem boleh memberi manfaat dalam beberapa aspek.
“Berdasarkan pada bacaan dan kajian saya sendiri mengenai sejarah kanabis, bahan ini sangat berguna untuk kecergasan minda, inspirasi intelektual dan kesihatan badan,” kata lagi.Husam mencadangkan supaya kerajaan dan masyarakat lebih aktif mengkaji kegunaan hem dari segi perubatan dan memahami kegunaan bahan itu secara lebih adil.Beliau berkata cadangannya supaya Malaysia memperkenalkan tanaman ganja kesihatan bagi tujuan perubatan akan dilihat sebagai langkah terkedepan jika berjaya direalisasikan.Diperkenalkan oleh doktor“Isu ini telah diputuskan oleh kabinet dua bulan lalu dan ini adalah satu langkah ke depan, walaupun langkah ini agak terlewat berbanding negara lain," katanya ketika berucap dalam seminar itu.Beliau juga berharap kerajaan lebih terbuka menerima cadangan daripada pihak profesional mengenai penanaman ganja kesihatan di Malaysia.
“Sekiranya kerajaan telah berani membuat kajian, saya berharap kerajaan akan lebih terbuka untuk menerima input profesional dalam baja, bentuk perladangan serta kegunaan ganja kesihatan dari segi perubatan secara terkawal," katanya lagi.Sementara itu, Husam juga mengakui telah menggunakan minyak hem bagi merawat penyakitnya pada 2015.Menjawab pertanyaan wartawan jika setakat ini minyak hem boleh dikatakan mujarab atau sesuai dengan rawatan penyakit yang dihidapinya, Husam berkata: "Ya.""Saya diperkenalkan dengan minyak hem oleh seorang doktor untuk rawatan saraf bagi masalah penyakit bell's palsy saya."Bell's palsy ialah kegagalan kawalan saraf muka kerana jangkitan pada saraf utama di belakang telinga."Caranya, satu titik minyak ini diletakkan di bawah lidah. Minyak itu tak ada rasa apa, pedas atau pahit... rasa minyak saja, tak ada rasa loya, tak ada rasa high, tak khayal," katanya.Bagaimanapun, kata Husam harga minyak ekstrak hem itu agak mahal iaitu RM550 untuk 100ml kerana faktor kesulitan perundangan yang menyukarkan kelulusan bekalan dan penggunaan ubat berkenaan.Baca Wawancara 2: Husam: Ganja disalah erti gara-gara fitnah silamWAWANCARA | Senator Husam Musa menjelaskan terdapat tiga faktor utama yang menjadi punca penggunaan ganja bagi tujuan perubatan mendapat cacian dan cemuhan.Hal itu, katanya, disebabkan tumbuhan berkenaan difitnahkan bermudarat sejak bertahun-tahun lamanya."Jadi terdapat tiga faktor mengapa ia jadi begitu."Pertama faktor kejahilan, diikuti kebimbangan yang tidak menentu ataupun prasangka, dan yang ketiga, kesangsian yang berpanjangan."Jadi kita mesti mulakan dari satu titik sebab kita tidak boleh selama-lamanya dikawal oleh kebimbangan yang tidak menentu," katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara pada Khamis lalu di Sri Damansara, Petaling Jaya.Terdahulu, bekas exco kanan Kelantan itu ditanya sekiranya pengambilan ganja untuk perubatan akan menggalakkan lagi masalah penyalahgunaan dadah.Menurut Husam, sejarahnya bermula apabila British menggubal Akta Dadah Berbahaya pada 1952 dan memasukkan tumbuhan ganja (kanabis) tanpa membezakan spesis hem dan marijuana.Boleh jana pendapatan"Bahan ini sangat berguna untuk kecergasan minda, inspirasi dan intelektual serta kesihatan badan tetapi oleh kerana ia difitnah melalui pengharaman oleh British pada 1952 dan dikaitkan dengan penagihan semata-mata, aspek baik dalam kanabis dilupakan."Jadi kanabis dah disangka buruk sehingga yang nampak adalah ketagihan manakala aspek positif tidak di ketengahkan."Jadi sekarang kita kena berlaku adil menggunakan semula kanabis dan juga herba yang lain secara wajar," katanya.Husam menjangkakan penanaman hem untuk industri dan ganja perubatan - jika dibenarkan kerajaan - dapat menjana pendapatan rakyat dan membawa pulangan hasil kepada negara.Katanya jumlah pulangan itu juga dianggarkan sangat besar.Pada masa sama katanya jika semua pihak sekadar mengutamakan kebimbangan dan mengabaikan langkah mencari formula yang sepatutnya, negara akan ketinggalan dari dua segi."Pertama, hasil kepada negara termasuk petani-petani dan manfaat kesihatan," katanya lagi.Menjelaskan lanjut, Husam memberi contoh cadangan syarikat multinasional Coca Cola untuk mengeluarkan minuman kesihatan berasaskan kanabis yang tinggi CBD tetapi rendah THC."Bayangkan Coca Cola mengeluarkan minuman berasaskan kanabis yang tidak menyebabkan ketagihan tapi memberi rasa senang kepada jiwa dan beri kesan kepada kesihatan yang baik."Bayangkan berapa jumlah pasaran yang mereka dapat, dan kita hanya terkebil-kebil sebab kita dikawal oleh kejahilan dan lebih mengutamakan kebimbangan tanpa cuba menghapuskan kesangsian kita," ujarnya.Melekat dalam fikiranHusam juga berkata orang ramai terutamanya pengidap penyakit kronik seperti barah dan sawan boleh mendapat manfaat jika pasaran ganja untuk perubatan dibuka dengan kawal selia seperti produk kesihatan lain."Sekarang ini satu cara untuk memupuk (kefahaman ganja perubatan) adalah tentang ubat dan drugs (dadah) atau rawatan untuk penyakit kronik seperti barah dan sawan," jelasnya.Husam juga diminta mengulas mengenai kawal selia peraturan di antara industri alkohol berbanding ganja untuk tujuan perubatan."Itu sebabnya dalam Islam, alkohol Allah haramkan kerana ia sudah ada kemudaratan lebih banyak berbanding manfaat. Asasnya kerana mudarat alkohol."Tapi dari kes ganja untuk perubatan, ia sangat berbeza, sebab kita boleh asingkan yang baik dan yang buruk."Pati CBD dapat diambil daripada pokok hem (yang rendah THC)."Kita ambil manfaat ganja perubatan dan kita buang mudaratnya. Jadi lebih lagi keadaannya dari alkohol," ujarnya.Husam berkata fitnah British pada 1952 masih melekat pada pemikiran orang ramai sedangkan terdapat manfaat perubatan yang dapat dipertimbangkan."Tak faham kerana difitnahkan British pada 1952, rakyat diberitahu bahawa ganja berbahaya, sedangkan ada lagi kegunaan lain yang boleh beri manfaat. Saya rasa ini semua adalah mindset," jelasnya.Baca Laporan: Penggunaan ganja untuk perubatan harus, kata muftiMufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Mohd Noor pada awal Februari lalu dilaporkan berkata penggunaan tumbuhan semula jadi seperti ganja dalam perubatan adalah harus jika tidak mengancam keselamatan.Wan Salim bagaimanapun berkata kajian terperinci perlu dilakukan oleh pakar bagi membuktikan keberkesanannya, selain kaedah itu diambil hanya selepas tiada pilihan lain yang lebih baik.“Jika kanabis dilihat memudaratkan penggunaannya, jatuh haram. Penggunaannya juga dilarang bagi tujuan keseronokan atau khayal.“Kebenaran penggunaan mengikut kuantiti ditetapkan perlu diperjelaskan selain kawalan ketat," katanya. Wan SalimSementara itu, ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan, pula berkata penggunaan produk berasaskan ganja yang diimport perlu diberi peluang dan diterima secara terbuka bagi tujuan perubatan. Pada 10 Feb lalu, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Zulkifli Abdullah, dilaporkan media sebagai berkata, pokok ganja boleh diusahakan bagi tujuan perubatan dan kajian, namun perlu memperoleh kebenaran menteri kesihatan.Zulkifli yang juga bekas ketua polis Kelantan, Perak dan Kuala Lumpur berkata terdapat peruntukan undang-undang yang membenarkan penanaman pokok ganja dengan syarat atau kebenaran khusus.“Jadi saya rasa, sayanglah kalau benda ini betul (ganja perubatan) dan boleh dilakukan dalam negara. Kalau kita tengok Akta Dadah Berbahaya, pokok ganja ini boleh diusahakan untuk tujuan perubatan,” kata beliau lagi.Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye pula pada 11 Februari lalu berkata produk berasaskan ganja bagi tujuan perubatan boleh diimport tetapi perlu mematuhi tiga syarat yang dikenakan kerajaan dan syarikat yang berbuat demikian perlu mendaftarkannya di Kementerian Kesihatan."Selamat digunakan, terbukti berkesan dan maklumat kegunaan yang jelas.“Walaupun ganja diklasifikasikan sebagai dadah berbahaya tetapi ada dadah berbahaya seperti morfin yang digunakan sebagai ubat, namun digunakan dengan formulasi dan kuantiti tertentu.“Jadi, sekiranya hendak import ubat perlu berdaftar di bahagian farmasi Kementerian Kesihatan. Kalau sudah berdaftar dan melepasi syarat dikenakan maka ia boleh digunakan mengikut syarat-syarat ditetapkan,” katanya. (https://www.malaysiakini.com/)Lihat sebelum ini..Ladang Ganja Canggih & Mewah Di Kota London Israel Cipta Daun Ganja Yang Tidak Mabuk, Ubat.... Tanam Pokok Ganja Untuk Tujuan Perubatan  Demontrasi Ganja & Negara Penyalurnya.Universiti Ganja Diserbu, Tapi Patut Ada Di Aceh. AS Batal Haram Ganja, Peluang Niaga Bagi Aceh ... Masa Depan Perusahaan Ganja di Aceh…  Aceh, Perlu Jadikan Ganja Sebagai Sumber Eko Halal...Lihat Taman Pokok Ganja, Bisakah Aceh Manfaatkan?Misteri Pulau Puaka Di Aceh.Hadiah Tahun Baru 'Ganja' Diluluskan Untuk K'jaan ...




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/husam-musa-pernah-gesa-kjaan-iktiraf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Sendiri Yang Terlalu Tergesa Gesa Sehingga Doa Sulit Terkabul

Kita Sendiri Yang Terlalu Tergesa Gesa Sehingga Doa Sulit Terkabul

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 546 hits
Barangkali kesalahan kita karena terlalu tergesa gesa dalam meminta terkabulnya doa Posting ditampilkan lebih awal di
Pernah Gagal Dalam Perkahwinan Ini Permintaan Elly Mazlein Buat Bakal Suami

Pernah Gagal Dalam Perkahwinan Ini Permintaan Elly Mazlein Buat Bakal Suami

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 1629 hits
Semalam telah selamat berlangsungnya upacara majlis malam berinai buat pelakon kesayangan rakyat Malaysia Elly Mazlein atau pun lebih mesra dengan panggilan Kak Lina PomPom Majlis diadakan dengan penuh meriah dan warna warni Semalam juga me...
5 Miliarder Ini Tetap Kaya Raya Walau Tak Pernah Begadang

5 Miliarder Ini Tetap Kaya Raya Walau Tak Pernah Begadang

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 235 hits
Miliarder seperti CEO Apple Tim Cook mengklaim dirinya kerap bangun sangat awal di pagi hari sebagai salah satu kunci suksesnya Tapi soal produktivitas kesuksesan dan kesehatan tidur malam tanpa bergadang juga menjadi salah satu hal penting
Ini Penampakan Kantor Hotman Paris Yang Menjadi Ruko Termahal Pernah Dibelinya

Ini Penampakan Kantor Hotman Paris Yang Menjadi Ruko Termahal Pernah Dibelinya

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 196 hits
Pengacara kondang Hotman Paris Hutapea dikenal memiliki begitu banyak ruko di Jakarta Dari sekian banyak ruko yang dimiliki Hotman memilih untuk menjadikan ruko termahal yang dibelinya sebagai kantor pusat perkara international
Mufti Gesa Wujud Undang Undang Tangani Isu Seperti Sajat

Mufti Gesa Wujud Undang Undang Tangani Isu Seperti Sajat

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 261 hits
KERAJAAN perlu mengubal satu undang undang jelas membabitkan isu lelaki mengubah diri mereka menjadi perempuan dan melakukan perkara perkara yang dilarang dalam agama Ketika mencadangkan perkara itu Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria ...
Cuepacs Gesa Kerajaan Percepat Bayaran Gcr

Cuepacs Gesa Kerajaan Percepat Bayaran Gcr

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 427 hits
SHAH ALAM Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam menuntut kerajaan menyegerakan penebusan awal Gantian Cuti Rehat sebanyak 75 hari kepada kakitangan awam seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2020 Presidennya Adnan Mat ...
Penganalisis Gesa Anwar Jelas Dakwaan Hadi Kena Sokong Dr M

Penganalisis Gesa Anwar Jelas Dakwaan Hadi Kena Sokong Dr M

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 345 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Seorang penganalisis politik menggesa Anwar Ibrahim menjelaskan dakwaan seorang ahli veteran Umno mendakwa presiden PKR itu memberitahunya Presiden PAS Abdul Hadi Awang kena menyokong kepimpinan Perdana Menteri D...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator