Huraian Jenis Jenis Muamalat
HURAIAN JENIS-JENIS MUAMALAT
Muhammad Nuruddin
Bashah
Calon Sarjana Pengajian Islam (MIS) OUM 2023-2024
Suatu
bentuk latihan mencari menyusun maklumat ilmu mumalat berdasarkan transaksi
moden untuk persediaan penulis sebagai pelajar sarjana Pengajian Islam. Semoga
maklumat ini dapat digunakan oleh peminat ilmu muamalat dan bermanfaat dunia
dan akhirat.
Secara Tunai
Bai’ sorf
Takrifan:
Pertukaran
matawang - jual beli mata wang yang sama
jenis atau berlainan jenis seperti jual beli emas dengan emas, emas dengan
perak, dinar dengan dinar, dan dirham dengan dirham. Mata wang adalah bahan ribawi seperti emas,
perak, Ringgit Malaysia (RM), Dolar Amerika Syarikat (USD) ataupun makanan
seperti beras, tepung gandum, dan lain-lain yang berkaitan disebut sebagai item
ribawi. Item ribawi adalah barang yang memerlukan kaedah urus niaga khas untuk
mengelakkan berlakunya riba. (IRSYAD HUKUM SIRI KE-766: HUKUM PIHAK MONEY
CHANGER MENGAMBIL KEUNTUNGAN DARIPADA PERTUKARAN MATA WANG, 2023)
Riba
menurut mazhab al-Syafi’i terbahagi kepada tiga kategori:
Riba
al-Fadhl: jual beli bahan ribawi yang
tidak sama kuantiti sedangkan kedua-duanya daripada jenis item yang sama. Tukar 5 gram emas jenis 999 dengan 6 gram
emas jenis 916. Ia adalah haram kerana sepatutnya kedua-dua ditukar dengan
kadar yang sama.
Riba
al-Nasi’ah: Riba yang berlaku disebabkan terdapat syarat penangguhan dalam
penyerahan item ribawi ataupun duit pembayaran secara sengaja kemudian
dikenakan cas tambahan. Jual 5 gram emas dengan harga RM 2000 secara tangguh.
Riba
al-Yad: Riba yang berlaku disebabkan lewat menyerahkan item ribawi walaupun
tidak diletakkan syarat penangguhan.
Dalil:
‘Ubadah
bin al-Somit RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
الذّهَبُ بِالذّهَبِ، وَالفِضّةُ
بِالفِضّةِ، وَالبُرّ بِالبُرّ، وَالشّعِيرُ بِالشّعِيرِ، وَالتّمْرُ بِالتّمْرِ،
وَالمِلحُ بِالمِلحِ، مِثْلاً بِمِثْلٍ، سَوَاءً بِسَوَاءٍ، يَداً بِيَدٍ، فَإذَا
اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ، فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ، إذَا كَانَ يَداً
بِيَدٍ
Maksudnya:
“Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli
dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya
mesti sama, dibayar secara tunai (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan
kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki
dengan syarat mesti dibayar secara tunai”. Riwayat Muslim
Contoh terkini:
Transaksi
di money changer ini termasuk dalam bay’ al-sarf.
Hal
berkaitan forex ini telah diputuskan melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang
pada 13-15 Februari 2012 yang telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran
Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui
Platfom Elektronik. Muzakarah menegaskan
bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani
(individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item
ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia tertakluk di bawah hukum
Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat
khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut.
Pihak
yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah
al-Ta’aqud);
Harga
belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad;
Item
belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang
menjual serta boleh diserahkan kepada pembeli;
Sighah
akad hendaklah menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur
penempohan dan sighah ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara
satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.
Syarat-syarat
khusus Bay al-Sarf :
Di
samping memenuhi syarat-syarat tersebut, Muzakarah juga menegaskan bahawa
operasi jual beli tukaran mata wang asing (forex) mestilah bebas daripada
sebarang unsur riba, unsur al-Salaf wa al-Bay (memberi pinjaman dengan syarat
sesuatu transaksi jual beli adalah. dibuat), unsur perjudian, gharar yang
keterlaluan dan kezaliman atau eksploitasi. Berdasarkan kajian terperinci yang
telah dilakukan, Muzakarah mendapati perdagangan pertukaran mata wang asing
(forex) oleh individu secara on the spot (individual spot forex) melalui
platform elektronik mengandungi elemen seperti riba melalui pengenaan faedah
rollover, keperluan pembelian dan penjualan dalam pemberian hutang melalui
leverage, qabd yang tidak jelas semasa urus niaga pertukaran, penjualan mata
wang bukan dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Terdapat
taqabbudh (penyerahan) antara dua item yang terlibat dalam platform forex
sebelum kedua-dua pihak menjalankan urus niaga secara berasingan daripada
kontrak, jual beli mata wang hendaklah dilakukan secara berkala dan tidak boleh
ada sebarang kelewatan.
Sehubungan
itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang
asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom
elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan
kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras
dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam
perdagangan mata wang seumpama ini. (Irsyad - Laman Web Rasmi Jabatan Mufti
Sarawak, n.d.)
Bai’ Salam
Takrifan:
Al-salam
adalah sebuah akad jual beli dalam Islam yang terbahagi kepada dua bahagian
iaitu dari segi bahasa dan istilah. Dari segi bahasa, al-salam bermaksud
mendahulukan atau mendapat sesuatu pada masa akan datang. Manakala dari segi
istilah syarak, al-salam merujuk kepada menjual sesuatu barang dengan
menyatakan ciri-ciri barang tersebut sahaja tanpa mengambil fizikal barang
tersebut pada masa perlaksanaan akad. Al-salam juga diterima dan dikecualikan
daripada hukum jual beli barangan yang tidak wujud, walaupun amalan ini
sebenarnya tidak sah. Justifikasi bagi penggunaan al-salam adalah untuk
memenuhi keperluan atau hajat manusia kepada akad seperti ini, contohnya para
peniaga yang memerlukan modal untuk perniagaan mereka. Dengan al-salam, mereka
dapat mendapatkan modal dengan mudah untuk melangsungkan perniagaan dan
memperoleh keuntungan. Sebagai contoh, dalam konsep jual salam, seorang penjual
menjual sebiji kereta dengan ciri-ciri tertentu kepada pembeli yang setuju
untuk membeli pada harga yang disepakati, walaupun kereta tersebut belum ada
pada masa itu. Pembeli membayar harga tersebut walaupun barangan belum
diserahkan kepada mereka. Ini menunjukkan bahawa al-salam menggambarkan jual
beli hutang dari penjual dan tunai dari pembeli, kerana bayaran sudah dibuat
walaupun barangan belum diterima. (Bay’ Salam Dan Aplikasi Semasa, 2009)
Dalil:
Firman Allah SWT.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ اَمَنُوا إِذَا
تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمَّى فَاكْتُبُو
“ Wahai orang-orang yang
beriman,apabila kamu berhutang untuk waktu yang ditentukan maka hendaklah kamu
menulisnya.”
Manakala dalil al-sunnah yang
memperkatakan mengenai al-salam ini pula ialah:
حدثنا عن إبن عباس, قال.قدم رسول الله
صلى الله عليه وسلم المدينة, وهم يسلفون في الثمار, السنة والسنتين, فقال: ((من اسلف في تمر, فاليسلف في كيل معلوم ووزن
معلوم إلى أجل مسمى))
Dikhabarkan
kepada kami oleh Ibn Abbas RA,katanya semasa Nabi Muhammad SAW datang ke
Madinah nabi mendapati orang-orang Islam di sini menempah atau mengeluar
buah-buahan semasa setahun ataupun dua tahun iaitu mereka membayar tunai
harganya untuk memperoleh buah-buahan selepas setahun ataupun dua tahun. Maka
nabi bersabda: “Sesiapa yang ingin menempah atau mengedar,hendaklah dia
mengikut sukatan tertentu,timbangan tertentu dan tempoh tertentu. (Riwayat Imam
Muslim)
Contoh terkini:
Amalan
masyarakat moden sebagai contoh kontrak salam adalah membeli-belah dalam
talian, di mana pembeli membayar sebelum menerima produk. Selain itu, produk
juga diberikan kejelasan mengenai bentuknya. Kemudian, produk akan dihantar
dalam masa beberapa hari.
Cara
Bank medapat untung adalah melalui Bai salam selari. (melibat 3 pihak) Bai
'as-salam (Jualan Pembayaran Depan) Bai 'as-salam ialah akad jual beli barang,
di mana harga barang dibayar tunai pada masa akad, dan penyerahan barang
ditangguhkan. dan dilaksanakan pada masa yang dipersetujui. Jika diaplikasikan dalam perbankan,
keuntungan yang diperolehi oleh bank adalah perbezaan antara harga yang
diperoleh daripada pelanggan dan harga jualan kepada pembeli. Bai'as-salam
biasanya digunakan untuk pembiayaan bagi petani dengan jangka masa yang agak
pendek iaitu 2-6 bulan. Kerana yang
dibeli oleh bank adalah barangan seperti beras, jagung dan eabai, di mana pihak
bank tidak berhasrat untuk menggunakan barang tersebut sebagai simpanan
(inventori), maka akad bai' as-salam dibuat kepada pembeli kedua, contohnya
peniaga pasar utama atau pemborong. (Ibrahim, Y., 2022).
Perbezaan
Bai’ salam dengan bai’ istisna’:
JENIS BARANG
ISTISNA: Tidak tertentu kepada
barangan “Ain” tetapi juga termasuk kepakaran kerja dan kemahiran pembuatan. Contoh: pembuatan rumah,kilang,menempah
cincin dan lain2
SALAM: Tertentu kepada barangan
berbentuk “Ain” sahaja. Contoh: madu,kereta,pakaian,gula dll
PEMBAYARAN
ISTISNA': Boleh ditangguh pembayaran
samada pembayaran dibuat pada awal kontrak/pertengahan/pada akhir
SALAM: Pembayaran perlu dijelaskan
segera semasa akad
SIFAT KONTRAK
ISTISNA': Mengikat secara ikutan iaitu semata-mata
ikatan bagi melindungi penjual daripada ditinggalkan begitu sahaja oleh pembeli
tidak bertanggungjawab.
SALAM: Mengikat kontrak secara asli
dan tetap
PEMBATALAN KONTRAK
ISTISNA': Kontrak boleh dibatalkan sebelum pembuatan
dilakukan.
SALAM: Kontrak tidak boleh dibatalkan
TEMPAT SERAHAN
ISTISNA': Tidak disyaratkan menentukan tempat serahan
didalam akad
SALAM: Tempat serahan barang mesti
ditentukan didalam akad
Bai’ Dayn
Takrifan:
Satu
bentuk perniagaan di mana seseorang yang mempounyai hak mengutip hutang yang
akan matang suatu masa akan datang boleh menjual haknya kepada orang lain
dengan harga yang dipersetujui.
Bay‘
al-dayn adalah penjualan dayn atau hutang yang wujud hasil daripada akad
mu‘awadat maliyah (akad pertukaran) seperti murabahah, bay‘ bithaman ajil,
ijarah, istisna‘ dan lain-lain lagi. Bay ‘al-dayn berlaku apabila pihak yang
memerlukan kecairan bertindak menjual hutang atau aliran tunai yang dimilikinya
kepada pihak ketiga. Bay‘ al-dayn terbahagi kepada dua jenis, iaitu jual beli
hutang secara tunai dan tangguh. Bay‘ al-dayn secara tunai bermaksud hutang
tersebut dibeli dengan harga tunai dan hutang tersebut juga boleh dijual sama
ada kepada orang yang berhutang atau pihak ketiga. Jumhur ulama mengharuskan
menjual hutang kepada orang yang berhutang. Manakala jual hutang kepada pihak
ketiga adalah tidak diharuskan menurut ulama Hanafiyyah, sebahagian ulama
Syafi‘iyah dan ulama Hanabilah. Namun sebahagian ulama Syafi‘iyah dan
Malikiyyah berpendapat sebaliknya. Bay‘ al-dayn secara tangguh (jual beli
hutang dengan hutang) juga disebut bay‘ al-dayn bi al-dayn atau bay‘ al-dayn bi
al-nasi’ah. Ulama bersepakat bahawa jual beli hutang dengan hutang adalah tidak
harus sama ada kepada penghutang atau pihak ketiga kerana hakikatnya ia adalah jual
beli sesuatu dalam tanggungan dengan sesuatu dalam tanggungan orang lain. (Nadhirah,
N., & Mohamad Sabri, H.,2008).
Bay’
al-dayn mudahkata adalah jual hutang
yang telah sabit
pada tanggungjawab seseorang bagi
melepaskan tanggungan orang
yang berhutang tersebut
atau menjual hutang yang
sabit pada tanggungjawab
seseorang kepada pihak yang ketiga.
Dalam erti kata
yang lain bermaksud
satu kontrak jual
beli dengan seseorang yang
berhutang menjual hak
hutangnya kepada si
pemberi hutang sama ada kepada orang yang memberi hutang itu sendiri
atau kepada pihak ketiga. Kebiasannya penjual hutang akan menjual
hutangnya pada harga
diskaun kerana pembeli
sama ada pemberi
hutang atau pihak ketiga tidak
akan membeli hutang tersebut jika harga tidak dikurangkan. (Razimi, M. S. A.
et.al. 2017).
Dalil:
Jual beli hutang dengan hutang telah
sabit pengharamannya dalam sunnah yang diriwayatkan oleh Ibn Umar iaitu:
أن النبي (ص) نهى عن بيع الكالئ
بالكالئ٥٠
“Rasulullah SAW telah melarang
daripada jual beli hutang dengan hutang”.
Walaupun hadith Ibn Umar itu lemah
pada sanadnya, larangan bay‘ al-kali bi al-kali telah disepakati oleh
sebilangan besar ulama. Oleh itu, larangan ini adalah daripada hadith dan ijmak
ulama.
Contoh terkini:
Majlis
Penasihat Syariah (MPS), dalam mesyuarat kedua pada 21 Ogos 1996, bersetuju
untuk menerima prinsip bai` dayn iaitu jual beli hutang sebagai salah satu
kaedah membentuk instrumen dalam pasaran modal Islam. Ini bersandarkan kepada
pandangan sebahagian besar fukaha yang mengharuskan konsep ini dengan beberapa
syarat. Dalam konteks pasaran modal, syarat-syarat ini akan dapat dipenuhi
apabila terdapat suatu system pengawalseliaan yang telus yang memastikan
maslahat (kepentingan) peserta pasaran terpelihara. (Bai’ Dayn | Maybank
Islamic, n.d.)
Dari
sudut perundangan Islam, dayn merangkumi luas skop, termasuk pembayaran produk,
pembayaran qardh (pinjaman), mahr (mas kahwin) bayaran sebelum atau selepas
bersekedudukan, iaitu mahr yang belum diberikan selepas perkahwinan `aqd
(kontrak), sewa, pampasan jenayah dilakukan (arsy), pampasan untuk ganti rugi,
wang yang perlu dibayar untuk perceraian (khulu`) dan bagi pesanan pembelian
yang belum sampai (muslam fih). Dalam konteks pasaran modal Islam, bai` dayn
adalah prinsip menjual yang terhasil
daripada kontrak mu`awadat maliyyah (pertukaran kontrak), seperti murabahah,
bai` bithaman ajil (BBA), ijarah, ijarah munthiyah bi tamlik, istisna` dan
lain-lain. (Council, S. A.,2006).
Secara
umumnya, majoriti fuqaha Islam sebulat suara membenarkan aktiviti menjual
hutang kepada penghutang. Mereka hanya berbeza pendapat tentang menjual hutang
kepada pihak ketiga atas alasan penjual tidak akan dapat untuk menghantar
barang yang dijual kepada pembeli. Pada mesyuarat ke-8 pada 25 Januari 1996,
IISG mengenal pasti `illah (sebab) kenapa esetengah fuqaha Islam tidak membenarkan bai`
dayn. `illah secara umumnya menyentuh mengenai risiko kepada pembeli, gharar, ketiadaan qabadh dan riba.
Secara bertangguh
Murabahah
Takrifan:
Murabahah
merupakan salah satu bentuk jual beli yang dibenarkan Syara’ yang membenarkan
syarat pertambahan harga kerana penangguhan bayaran supaya tercapai keredhaan
antara kedua belah pihak. Keharusannya ini juga adalah kerana tiada sebarang
larangan untuk transaksi seperti ini disamping dapat memenuhi hajat manusia
mahupun penjual atau pembeli.
Ibnu Rusyd,
mengatakan bahawa murabahah adalah jual beli b arang pada harga asal dengan
tambahan keuntungan yang disepakati. Dalam akad ini, penjual harus memberitahu
harga produk yang ia beli dan menentukan tingkat keuntungan sebagai tambahannya.
Murabahah artinya saling mendapatkan keuntungan. Dalam ilmu fiqh, Murabahah
diartikan menjual dengan modal asli bersama tambahan keuntungan yang jelas. (Ilyas,
R., 2016).
Dalil:
ٱلَّذِينَ يَأْكُلُونَ ٱلرِّبَوٰا۟ لَا
يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيْطَـٰنُ مِنَ ٱلْمَسِّ
ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْبَيْعُ مِثْلُ ٱلرِّبَوٰا۟ ۗ
وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا۟ ۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوْعِظَةٌۭ
مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِ ۖ
وَمَنْ عَادَ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلنَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ٢٧٥
Orang-orang
yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti
berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan
(Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa
sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah
menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa
yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia
berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum
pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada
Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka
itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al Baqarah 275)
Contoh terkini:
Perlu
diingat: Komoditi Murabahah adalah berasaskan tawarruq.
Salah
satu contoh komoditi Murābahah dan Tawarruq merupakan satu konsep yang
diaplikasikan dalam produk pembiayaan perumahan Flexi Home Financing-i di CIMB
Islamic Bank. Produk pembiayaan perumahan ini merupakan salah satu daripada
produk perumahan yang ditawarkan oleh pihak CIMB Islamic Bank. Sebelum ini,
beberapa konsep lain seperti Bay’ Bithaman Ājil (BBA) dan Bay’ Inah telah
diaplikasikan dalam produk pembiayaan perumahan di perbankan Islam yang mana
ianya menimbulkan kontroversi. Produk perumahan yang menggunakan konsep BBA
dikatakan mengenakan caj bayaran balik yang tinggi, manakala penggunaan Bay’
Inah pula dikritik hebat oleh sarjana Islam Timur Tengah kerana dikatakan salah
satu helah daripada Riba. (Mohamad, M. T. et. al,. 2018).
Komoditi
Murabahah merupakan salah satu bentuk transasksi jual beli komoditi yang
menggunapakai kontrak Murabahah dan Tawarruq. Komoditi menurut kamus dewan
merupakan barangan yang diperdagangkan terutamanya melibatkan keluaran ladang,
bahan mentah dan bahan galian. Manakala Murabahah adalah sejenis transaksi yang
sering diterjemahkan oleh institusi kewangan Islam sebagai harga kos ditambah
harga jualan atau lebih dikenali dengan mark up price. Oleh itu dapat difahami
bahawa komoditi Murabahah adalah satu bentuk urusniaga jual beli yang
melibatkan pembelian barang-barang atau komoditi tertentu pada harga kos campur
margin keuntungan (Murabahah) yang telah disetujui oleh kedua belah pihak
(penjual dan pembeli) dan kemudiannya, komoditi tersebut akan dijual semula
kepada peniaga komoditi yang lain (pihak ketiga) dengan tujuan untuk memperoleh
wang tunai.
Rajah di
bawah adalah komoditi murabahah.
Ijarah/manfaat
Takrifan:
Perjanjian
untuk memiliki faedah atau manfaat dari sesuatu barang yang diterima dengan
bayaran yang sesuai mengikut perjanjian yang ditentukan. Ia juga bermaksud upah
(ambik manfaat pihak lain) Jadi, Ijarah
adalah penjualan
manfaat
yaitu pemindahan hak guna (manfaat) atas suatu barang (bayaran sewa) atau
perkhidmatan (upah)atau pekerjaan dalam waktu tertentu melalui pembayaran atau
upah tanpa diikuti dengan pemindahan milikan barang itu sendiri.
Menurut
(Hama, Z.,2013) perkataan Ijarah disudut bahasa ianya berasal dari perkatan وإجارة أجرا يأجر أجر
yang
bermakna sesuatu yang diberikan sebagai ganjaran kepada sesuatu perbuatan.
Adapun
Makna Ijarah disudut fiqh terdapat pelbagai takrif yang telah diberikan oleh
Fuqaha terhadap pengertian Ijarah mengikut kefahamannya masing-masing terhadap
konsep Ijarah itu sendiri seperti berikut:
Mazhab
Hanafi telah mentakrifkan Ijarah sebagai
"عقد على المنفعة بعوض"
Maksudnya
: Aqad ke atas manfaat dengan bayaran.
Mazhab
Maliki pula telah mentakrifkannya sebagai "تمليك
منافع شيء مباحة مدة معلومة بعوض"
Maksudnya
: Aqad pemilikan ke atas manfaat sesuatu yang diharuskan pada satu tempoh
tertentu dengan bayaran.
Ujrah adalah upah (bayaran upah atau
sewa):
"العوض
الذي يدفعه املستأجر للمؤجر يف مقابلة املنفعة اليت يأخذها منه"
Maksudnya : Bayaran upah yang
diberikannya oleh Musta’jir kepada Mu’ajir ke atas Manfaat yang didapati dari
padanya.
Dalil:
ۚ فَإِنْ أَرْضَعْنَ
لَكُمْ فَـَٔاتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ
Maksudnya : "jika mereka
menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya
Surah At-Talak ayat 6
أَعْطُوا الأَجِيرَ أَجْرَهُ ، قَبْلَ
أَنْ يَجِفَّ عَرَقُهُ
Maksudnya : "Berilah upah kepada
orang yang mengambil upah sebelum peluhnya kering"
Riwayat Ibnu Majah dan Tabrani
satu hadith qudsi, Nabi SAW
meriwayatkan bahawa Allah SWT berfirman:
ثَلاَثَةٌ أَنَا خَصْمُهُمْ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ… وَرَجُلٌ اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا فَاسْتَوْفَى مِنْهُ وَلَمْ يُعْطِ
أَجْرَهُ
Maksudnya: “Terdapat tiga golongan
yang akan menjadi musuh-Ku pada hari Kiamat… (salah satunya ialah) orang yang
mempekerjakan orang lain, namun setelah orang tersebut memenuhi tugasnya,
upahnya tidak dibayarkan. Riwayat al-Bukhari (2227) dan Ibn Majah (2442)
Contoh terkini:
Bank
telah menginovasikan kaedah ijarah untuk dijadikan jual beli barangan seperti
kereta misalnya. Ia umpama kita menyewa kenderaan dan satu hari knderaan itu
jadi milik kita.
Misalnya
kontrak AITAB adalah singkatan dari al-ijarah thumma al-bay‘ ( الاجارة ثم البيعُ ) yang bererti sewa kemudian beli iaitu
satu kontrak muamalat yang menggabungkan al-ijarah (sewa) dan al-bay‘ (jual
beli). Al-ijarah berasal dari perkataan alajr ( الأجر
) yang bermaksud balasan di atas kerja atau gantian di atas kerja, ganjaran
yang dibalas, juga disebut sebagai al-ujrah yang bermaksud upah atau sewa
al-kira’( الكراء ) sebagai gantian
kepada manfaat yang diperolehi kerana menggunakan sesuatu. Al-ajr biasanya
digunakan bagi merujuk ganjaran akhirat dan al-ujrah pula merujuk kepada
ganjaran dunia. (Zakaria, M. U., 2015).
Ijarah Muntahiyah Bittamlik atau IMBT adalah menyerupai al-ijarah
thumma al-bay AITAB ini.
Bit Thaman ajil
Takrifan:
“Al-Bai
Bithaman Ajil” bermakna jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan bayaran
ansuran iaitu menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual
kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran harganya sehingga satu masa yang
ditetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur. Bai Bithaman Ajil ialah
"jualan bayaran tertunda", yang berfungsi seperti kontrak murabahah,
tetapi dengan pembayaran secara umumnya dibuat secara tertunda.
Walaupun
kontrak Bai Bithaman Ajil mempunyai banyak nama, pada praktiknya ia berfungsi
sama seperti kontrak jualan, dengan pembayaran tertunda dan tarikh pembayaran
yang telah dipersetujui. Harga jualan yang disebut untuk aset dalam kontrak
adalah termasuk keuntungan. Aset biasa untuk kontrak tersebut ialah tanah,
bangunan, mesin dan peralatan. (Bai Bithaman Ajil, n.d.)
Dalil:
Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW
yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.A, beliau berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْتَرَى طَعَامًا مِنْ يَهُودِيٍّ إِلَى أَجَلٍ، وَرَهَنَهُ
دِرْعًا مِنْ حَدِيدٍ
Maksudnya: “Nabi SAW pernah membeli
makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan
mencagarkan baju besi Baginda SAW.” Riwayat
al-Bukhari (2068)
Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi
Muhammad SAW pernah beramal dengan transaksi jual beli secara bertangguh
Contoh terkini:
Kaedah
pembiayaan BBA telah diperkenalkan di Malaysia oleh Bank Islam Malaysia Bhd
(BIMB) yang mula beroperasi pada 13 Mei 1983. Kaedah pembiayaan BBA merupakan
produk utama Bank Islam Malaysia Bhd yang juga merupakan produk utama perbankan
Islam di Malaysia. Kaedah BBA ini bagaimanapun tidak diiktiraf oleh bahagian
dunia lain yang mengamalkan perbankan Islam yang lebih selesa menggunakan
kaedah murabahah atau kos rujukan.
Produk-produk yang
menggunakan prinsip al-Bai'
Bithaman Ajil merupakan
produk yang paling
popular dan digemari
dikalangan pelanggan-pelanggan bank
sama ada bank-bank
Islam atau bank-bank perdagangan yang menyertai Skim
Perbankan Islam. Antara produk-produk yang terdapat di pasaran yang menggunakan
prinsip tersebut ialah produk produk pembiayaan runcit seperti produk
pembiayaan memiliki harta
seperti rumah, tanah,
kedai dan rumah
kedai serta pembiayaan
semula harta, pembiayaan komputer
peribadi, pembiayaan barang pengguna dan sebagainya. Secara keseluruhannya, dapatan
kajian menunjukkan bahawa
al-Bai' Bithaman Ajil
yang dilaksanakan di Bank Islam Malaysia Berhad memenuhi syariat Islam.
(Ali, M., & Othman, N. A., 2010).
Inah
Takrifan:
Al-‘Inah
menurut bahasa Arab bermaksud hutang. Ia ditakrifkan oleh al-Mausu‘ah
al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah sebagai pembelian barangan secara bayaran tangguh,
kemudian menjualnya secara bayaran tunai kepada penjual tadi dengan harga lebih
rendah. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 14/147) Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh al-Islami
wa Adillatuhu, 4/467 mendefinisikan jual beli dengan kaedah al-‘Inah sebagai
suatu helah dalam jual beli untuk berhutang secara riba, dengan cara seseorang
menjual aset dengan bayaran tangguh, kemudian membeli semula aset tersebut
dengan harga yang lebih rendah daripada harga yang dijual secara bayaran tunai.
(Al-Bakri, 2023)
Dalil:
Dalil mengharamkannya
Diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar
R.Anhuma secara marfu‘ (disandarkan kata-kata ini kepada Nabi SAW), katanya:
إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالعِينَةِ
وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ البَقَرِ، وَرَضِيتُمْ بِالزَّرْعِ، وَتَرَكْتُمُ
الجِهَادَ، سَلَّطَ اللهُ عَلَيْكُمْ ذُلاًّ لاَ يَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوا
إِلَى دِينِكُمْ
Maksudnya: “Sekiranya kalian berjual
beli dengan cara ‘inah, dan kalian memegang pada ekor lembu, dan kalian redha
dengan tanaman, sehingga kalian meninggalkan jihad, pasti Allah akan memberikan
kehinaan kepada kalian dan Dia tidak akan mencabutnya sehingga kalian kembali
kepada agama kalian.” Riwayat Abu Dawud
(3462) dan al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra (5/316)
Dalil mengharuskannya
Diriwayatkan sebuah hadith daripada
Abu Sa‘id al-Khudri R.A, katanya: “Bilal R.A datang bertemu Nabi SAW dengan
membawa kurma barni, lalu Baginda SAW bersabda:
مِنْ أَيْنَ هَذَا؟ قَالَ بِلاَلٌ:
كَانَ عِنْدَنَا تَمْرٌ رَدِيءٌ، فَبِعْتُ مِنْهُ صَاعَيْنِ بِصَاعٍ لِنُطْعِمَ
النَّبِيَّ ﷺ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ:
أَوَّهْ أَوَّهْ، عَيْنُ الرِّبَا، عَيْنُ الرِّبَا، لاَ تَفْعَلْ، وَلَكِنْ إِذَا
أَرَدْتَ أَنْ تَشْتَرِيَ فَبِعِ التَّمْرَ بَبَيْعٍ آخَرَ، ثُمَّ اشْتَرِهِ
Maksudnya: “’Mana kamu dapat kurma
ini?’, Bilal menjawab: ‘Aku mempunyai kurma yang buruk, lalu aku menjualnya dua
gantang kurma itu dengan satu gantang (kurma yang baik) untuk diberi makan
kepada Nabi SAW’. Baginda SAW bersabda: Aduhai! Aduhai! Ini adalah riba, ini
adalah riba, jangan melakukannya. Tetapi jika kamu ingin membeli (kurma barni
itu), maka juallah kurma (yang kamu ada) dengan transaksi yang berbeza, kemudian
belilah (kurma barni) itu’.” Riwayat al-Bukhari (2312) dan Muslim (1594)
Contoh terkini:
Bai
al-‘inah merujuk kepada kontrak yang membabitkan urus niaga jualan dan
pembelian semula aset oleh penjual. Dalam urus niaga ini, penjual menjual aset
kepada pembeli secara tunai dan kemudian membelinya semula pada harga yang
tertunda yang lebih tinggi dari harga jualan tunai. Transaksi ini juga
dijalankan di mana penjual menjual aset kepada pembeli pada harga yang tertunda
dan kemudian membelinya semula secara tunai pada harga yang lebih rendah
daripada harga jualan tertunda. Bagi pembiayaan di bank yang menggunakan bai’
al-’inah, Bank akan menjual aset (tanah yang dimiliki oleh bank atau aset lain
yang dinasihatkan oleh Bank) kepada pelanggan pada harga jualan yang akan
dibayar secara tertunda.
Pembiayaan
peribadi bank patuh syariah semua guna Bai’ al inah atau tawarru’. Jika bai’ al
Inah begini:
Bank
jual tanah kepada pelanggan 500,000 secara tangguh.
Pelanggan
bayar balik kepada bank tangguh 500 000 itu.
Pelanggan
jual semula tanah itu (sebab pelanggan nak pembiayaan tunai bukannya tanah)
kepada bank dengan harga rendah RM 450 000 secara tunai. Bank bayar kepada
pelanggan RM 450 000 beli tanah semula secara tunai.
Jadi
yang bank bayar itu umpama pinjaman peribadi kerana pelanggan kena bayar lebih
kepada bank (keuntungan bank).
Walau
bagaimanapun, bay‘ al-‘inah masih tidak diterima di kalangan ulama Timur Tengah
kerana ia dikatakan sebagai helah untuk menghalalkan riba. Para ulama
berselisih pendapat berhubung dengan keharusan bay‘ al-‘inah. Hadith-hadith
mengenai bay‘ al-‘inah yang dijadikan hujah bagi golongan yang mengharamkan
bay‘ al-‘inah adalah tidak kukuh untuk
dijadikan sandaran hukum, disebabkan tiada nas yang qat’i dan hadis yang
disepakati kesahihannya. Oleh itu, hadith-hadith yang dijadikan hujah oleh
golongan yang mengharamkan bay‘ al-‘inah telah ditolak disebabkan wujudnya keraguan
padanya. (Nadhirah, N., & Mohamad Sabri, H.,2008).
Musawwamah
Takrifan:
Jenis
jualan am dan biasa yang melibatkan tawar-menawar harga komoditi yang
diperdagangkan antara penjual dengan pembeli tanpa sebarang rujukan kepada
harga dibayar atau kos yang ditanggung oleh penjual. Oleh itu, ia berbeza
daripada Murabahah dari segi formula penentuan harga. Tidak seperti Murabahah,
penjual dalam kontrak Musawamah tidak perlu mendedahkan kosnya. Kedua-dua pihak
berunding untuk mencapai harga yang dipersetujui. Semua syarat lain yang
berkaitan dengan Murabahah adalah juga sah bagi Musawamah. (Istilah | BSN
Malaysia, 2023)
Dalil:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟
لَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَـٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ
تِجَـٰرَةً عَن تَرَاضٍۢ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ
كَانَ بِكُمْ رَحِيمًۭا ٢٩
Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu
sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan
jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan
janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mengasihani kamu. (Al Nisa 29)
Contoh terkini:
Akad
transaksi sehari hari dipasar tradisional akan kita temui antara penjual
(al-Bai’) dan pembeli (al-Musytarl) untuk menghindari dari akad ribawi dengan
kesepakatan tawar menawar (Musawamah) yang
diatur antara penjual dan pembeli, dengan keuntungan pokok yang diutarakan
penjual pada pembeli (Murobahah) sehingga, Transaksi yang dilakukan kedua belah
pihak terjalin secara aman, yang tentunya banyak diterapkan di pasar-pasar
tradisional maupun modern bahkan juga bisa ditemui di Online Shop atau
Marketplace. Bai Al-Musawamah atau akad musawamah merupakan akad jual beli
dimana penjual tidak memberitahukan harga pokok dan keuntungan yang didapatnya
dari sebuah produk atau sejenisnya dimana haraga ditentukan melalui proses
tawar menawar antara penjual dan pembeli. (Kurniawan, R. R., 2021).
Istisna’
Takrifan:
Jual
beli al-Istisna' adalah kontrak tempahan barang yang telah ada sejak zaman
Rasulullah S.A.W. hingga kini. Ia melibatkan permintaan untuk membuat sesuatu
barang secara khusus, seperti pakaian atau perabot. Menurut fuqaha’,
al-Istisna' didefinisikan sebagai akad untuk melakukan sesuatu yang ditentukan,
dan terdapat perbezaan pandangan antara mazhab mengenai definisinya. Mazhab
Hanafi melihatnya sebagai akad hutang dengan syarat spesifik, sementara mazhab
Maliki dan Syafici menganggapnya serupa dengan Bay' al-salam, tetapi dengan
perbezaan dalam jenis barang yang ditempah. Dalam al-Istisna', barang yang
ditempah lebih spesifik dan tidak semestinya tersedia di pasaran. Secara
keseluruhan, al-Istisna' memberikan fleksibiliti dalam pembayaran dan
pengeluaran barang, menjadikannya relevan dalam konteks perbankan Islam moden
yang memerlukan penyelesaian pembiayaan yang sesuai dengan keperluan pelanggan.
("Fiqh muamalat: Konsep jual Beli istisna' Dan aplikasinya," n.d.)
Istisna klasik mempunyai
mekanisme berikut:
Pelanggan
(pembeli) menghubungi pengeluar (penjual) untuk membina aset khusus untuknya.
Mereka bersetuju dengan spesifikasi aset, harga dan tarikh penghantaran pada
masa pelaksanaan kontrak.
Pelanggan
membayar harga pembuatan secara tunai atau ansuran mengikut perjanjian mereka.
Setelah
proses pembuatan selesai, pengilang menghantar aset yang telah siap kepada
pelanggan pada tarikh penghantaran.
Dalil:
Dalil
pensyariatan al-istisna' yang menjadi hujah pegangan mazhab Hanafi adalah
melalui hadis mawquf yang disebutkan oleh Abdullah bin Mas’ud iaitu:
ما راَه المسلمون حسناً فهو عند الله
حسن
Maksudnya:
“Apa yang dilihat oleh umat Islam sebagai baik, maka ia adalah baik di sisi
Allah S.W.T ”
Berdasarkan dalil tersebut, maka
mazhab Hanafi telah melihat dan menganggap bahawa al-istisna' sebagai harus
kerana ia mendatangkan kemaslahatan kepada umat Islam.
Contoh terkini:
Bank-bank
Islam, seperti Bank Muamalat, menawarkan kemudahan Istisna' sebagai alternatif
kepada produk pembiayaan konvensional, termasuk pinjaman penyambung (bridging
loans). Dalam konteks ini, Istisna' memberikan penyelesaian kepada masalah
pembiayaan jangka pendek dan memenuhi permintaan untuk pembiayaan yang lebih
fleksibel dalam pembelian aset yang belum siap.
Istisna' selari (pembiayaan pembelian tempahan rumah)
Kontrak istisna selari melibatkan tiga pihak dan terdiri
daripada dua kontrak berasingan.
Kontrak pertama adalah antara pembeli akhir (pelanggan)
dan penjual (bank syariah), di mana bank syariah sebagai penjual
bertanggungjawab untuk menyerahkan aset kepada pelanggan mengikut spesifikasi
yang disediakan.
Perjanjian istisna' kedua ialah antara bank syariah
(sebagai pembeli) dan pebina aset (misalnya pemaju perumahan). Langkah-langkah
berikut terlibat dalam kontrak istisna selari.
Pelanggan ingin membeli aset tertentu untuk dikeluarkan
atau dibina (contohnya rumah) dan mendekati bank Islam untuk pembiayaan.
Bank syariah (sebagai penjual/pengeluar) mengadakan
kontrak istisna dengan pelanggan. Harga RM 300 000 ditentukan sebagai yuran
bank ditambah margin keuntungan.
Bank Islam (pembeli) menandatangani kontrak istisna
(istisna kedua) selari dengan kontraktor untuk membina aset (rumah) mengikut
spesifikasi yang dipersetujui dengan pelanggan.
Bank Islam membayar RM 150 000(tunai) kos pembinaan kepada
kontraktor dalam kontrak istisna’ kedua.
Selepas proses pembuatan selesai, bank Islam menyerahkan
aset kepada pelanggan (pembeli utama) pada tarikh penghantaran. Kadangkala,
bank Islam melantik kontraktor sebagai ejen mereka untuk menyerahkan aset
kepada pelanggan bagi pihak mereka.
Pelanggan membayar harga aset istisna kepada bank syariah
dalam bentuk ansuran (RM 300 000 selama 30 tahun).
Kelebihan
Istisna' adalah:
Fleksibiliti:
Pembeli dapat menentukan spesifikasi barang yang ingin ditempah.
Pembiayaan
Jangka Pendek: Sesuai untuk projek yang memerlukan pembiayaan sementara sebelum
hasil dijana.
Pematuhan
Syariah: Istisna' mematuhi prinsip muamalat Islam, mengelakkan unsur riba dan
gharar.
Peluang
Pembangunan: Menyokong pertumbuhan industri pembinaan dan meningkatkan peluang
pekerjaan.
Secara
keseluruhan, Istisna' dalam muamalat bank moden bukan sahaja menyediakan
alternatif yang sah dari segi syariah tetapi juga berfungsi sebagai alat
penting dalam memenuhi keperluan pembiayaan yang semakin meningkat di kalangan
masyarakat.
Istijrar
Takrifan:
Bay’ al-Istijrar (بيع
الاستجرار). Definisi bagi akad ini adalah seperti berikut:
وبيع
الاستجرار: أخذ الحوائج من البياع شيئا فشيئا، ودفع ثمنها بعد ذلك.
Maksudnya:
Bay’ al-Istijrar ialah suatu transaksi dimana pembeli mengambil barang sedikit
demi sedikit berdasarkan keperluan, kemudian membayar harganya selepas daripada
itu.
Suatu
kontrak antara pembekal dengan pelanggan di mana pembekal membekalkan barangan
tertentu secara berterusan mengikut mod pembayaran yang telah dipersetujui
sehingga mereka menamatkan kontrak tersebut. Ia sama digunakan untuk kontrak
antara pemborong dengan peruncit bagi membekalkan sejumlah aset yang telah
dipersetujui.
Dalil:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا
تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن
تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan
jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan
yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.” Surah al-Nisa’ (29)
Contoh terkini:
Salah
satu contoh aplikasi bai' istijrar di Malaysia adalah dalam kontrak niaga
hadapan minyak sawit mentah atau crude palm oil (CPO) futures contract. Dalam
kontrak ini, penjual berjanji untuk menyediakan minyak sawit mentah kepada
pembeli pada harga yang ditetapkan pada masa hadapan, berdasarkan permintaan
pembeli.
Jadi
dalam konteks pasaran komoditi di Malaysia, bai' istijrar digunakan untuk
membolehkan pihak-pihak berkontrak melakukan urus niaga secara berterusan pada
harga yang dipersetujui, tanpa perlu menunggu barang siap sebelum dijual. (Sekuriti,
M. P. S. S.. 2002).
Kes
moden makan dulu bayar kemudian di restoran. Dalam sesetengah urus niaga ia
boleh diterima atau dibenarkan untuk membeli atau menjual pada harga yang tidak
diketahui seperti penggunaan Bai’ al-Istijrar. Istilah ini ialah istilah urus
niaga dalam perundangan mengenai kontrak yang disebut oleh pakar hukum salaf
dan khalaf. Ringkasnya, apa yang dimaksudkan dengan bai’ al-istijrar ialah
transaksi yang mana pembeli berurus niaga dengan penjual, membeli barang atau
mengambil barang tanpa mengetahui harganya. Harga dimaklumkan dan dipersetujui
kemudian, walaupun selepas item itu dipakai atau digunakan atau dimakan (jika
makanan). (Al-Bakri, Z. M., 2024, January 1).
Tawarruq (terlibat dalam komoditi murabahah)
Takrifan:
Al-tawarruq
adalah jual beli yang berlaku apabila pembeli membeli barangan dengan harga
tangguh, kemudian menjualnya kembali dengan harga tunai yang lebih rendah
kepada penjual ketiga. Jual beli ini dinamakan al-tawarruq kerana pembeli yang
membeli barangan tidak bermaksud untuk mendapat barang tersebut, sebaliknya
adalah untuk mendapatkan tunai. Perbezaan antara al-tawarruq dan bay‘ al-‘inah
adalah al-tawarruq melibatkan jualan barangan kepada pihak ketiga manakala bay‘
al-‘inah hanya melibatkan dua pihak sahaja Perbahasan mengenai al-tawarruq
tidak banyak dibincangkan oleh para ulama dahulu berbanding bay‘ al-‘inah
memandangkan ia diharuskan oleh jumhur ulama. Walau bagaimanapun, berdasarkan
pemerhatian penulis, terdapat segelintir sarjana daripada Timur Tengah yang
tidak menyokong penggunaan instrumen ini yang digunakan dengan agak meluas
dalam institusi perbankan Timur Tengah. Berbanding Malaysia yang
mengaplikasikan prinsip bay‘ al-‘inah dalan institusi perbankan untuk pembiayaan, institusi
perbankan Timur Tengah pula menggunakan jual beli altawarruq. (Nadhirah, N.,
& Mohamad Sabri, H.,2008).
Dalil:
Sabda
Rasulullah S.A.W:
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول
الله صلى الله عليه وسلم استعمل رجلا على خيبر فجاءه بتمر جنيب، فقال رسول الله صلى الله عليه
وسلم:أكل تمر خيبر هكذا. قال لا، والله يارسول الله إنا لنأخذ الصاع
بالصاعين و الصاعين بالثلاثة. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لاتفعل، بع الجمع بالدراهم
ثم ابتع بالدراهم جنيبا
Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a,
bahawa Rasulullah S.A.W melantik seorang sahabat sebagai petugas di Khaibar.
Sahabat tersebut membawa kurma yang disebut (janib). Rasulullah S.A.W bertanya
kepada sahabat tersebut: “Adakah semua kurma Khaibar begini?” Sahabat tersebut
menjawab: “Demi Allah, tidak wahai Rasulullah. Kami membeli kurma ini satu sa`
dengan imbalan kurma ini sebanyak dua sa’ dan jika kami membeli kurma ini dua
sa` dengan imbalan kurma ini tiga sa`”. Rasulullah S.A.W bersabda: “Jangan
lakukan seperti itu. Tetapi jual semua kurma tersebut dengan dirham, kemudian
belilah dengan dirham tersebut kurma janib”. (Riwayat Al Bukhari)
Contoh terkini:
Pembiayaan
Islamik peribadi menggunakan kaedah ini selain Bai’ al Inah.
Caranya
pelanggan memohon pembiyaan dari bank. Satu barang akan dibeli bank dari pihak
A. Bank jual kepada pelanggan itu dengan murabahah (ada keuntungan dan dibayar
tangguh). Pelanggan lantik bank jual semula barang itu (pelanggan hendak duit
biaya bukannya barang). Bank jual barang kepada B. Hasil jualan kepada B
dikredit kepada pelanggan (inilah wang pembiayaan).
Contoh
tanpa bank :
“Encik
Amin memerlukan wang tunai RM 50 000 dan dia tidak menemui sesiapa yang boleh
memberikan pinjaman tanpa faedah (riba), jadi dia membeli kereta Encik Aman
dengan harga RM 60 000 yang akan dibayar dalam tempoh setahun. "Kemudian
Encik Amin menjual kereta itu kepada Encik Ali dengan wang tunai RM 50
000."
Kerjasama
Musyarakah
Takrifan:
Akad musyarakah ialah kerjasama antara dua pihak yang
menyumbang antara satu sama lain dalam bentuk dana untuk membina perniagaan,
dengan keuntungan dan risiko yang akan dikongsi bersama mengikut perjanjian. Jadi
apa bezanya dengan akad musyarakah mutanaqisah? Musyarakah mutanaqisah ialah
kerjasama antara beberapa pihak mengenai pemilikan sesuatu aset tetapi dengan
jumlah keuntungan yang berbeza antara satu sama lain. Ini disebabkan oleh
membenarkan pemilikan aset yang lebih besar daripada pihak lain supaya nilai
keuntungan yang diperoleh juga lebih besar.
Dalil:
Surah Sod : 24.
قَالَ لَقَدْ ظَلَمَكَ بِسُؤَالِ
نَعْجَتِكَ إِلَىٰ نِعَاجِهِۦ ۖ وَإِنَّ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلْخُلَطَآءِ لَيَبْغِى
بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ
وَقَلِيلٌۭ مَّا هُمْ ۗ وَظَنَّ دَاوُۥدُ أَنَّمَا فَتَنَّـٰهُ فَٱسْتَغْفَرَ
رَبَّهُۥ وَخَرَّ رَاكِعًۭا وَأَنَابَ ۩ ٢٤
"… Dan sesungguhnya kebanyakan
dari orang yang bersyarikat itu sebagian dari mereka berbuat zalim kepada
sebagian lain, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh; dan amat
sedikitlah mereka ini …."
Contoh terkini:
Majlis
Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia telah menerima cadangan dari
sebuah institusi kewangan Islam untuk menawarkan produk pembiayaan perumahan
berdasarkan konsep musyarakah mutanaqisah. Dalam modus operandi produk ini,
pelanggan memohon pembiayaan untuk membeli harta tanah bersama dengan institusi
kewangan Islam, dan harta tanah tersebut kemudian disewakan kepada pelanggan.
Pelanggan akan menggunakan bayaran ansuran bulanan untuk membeli bahagian
pemilikan institusi kewangan secara beransur-ansur.
MPS
telah mengkaji isu-isu berkaitan termasuk penggabungan perjanjian musyarakah
dan ijarah dalam satu dokumen, serta cagaran terhadap aset yang dimiliki secara
bersama. Keputusan yang dibuat oleh MPS adalah bahawa penggabungan perjanjian
tersebut adalah dibenarkan selagi perjanjian-perjanjian tersebut dimeterai
secara berasingan dan jelas. Selain itu, cagaran boleh dilaksanakan sekiranya
melibatkan bahagian milik pelanggan yang digadaikan kepada institusi kewangan
Islam.
Keputusan
ini adalah berdasarkan fakta bahawa kontrak musyarakah mutanaqisah adalah
bentuk kontrak baru yang diiktiraf oleh ulama fiqah untuk memenuhi kehendak
masyarakat Islam masa kini. Syarak membenarkan beberapa bentuk pengurusan ke
atas aset musyarakah, termasuk hak untuk berjual beli atau menyewakan aset
tersebut. Dengan itu, kontrak musyarakah mutanaqisah ini memperlihatkan
kebolehan untuk memberi dan menerima cagaran terhadap aset yang dimiliki secara
bersama, dengan keizinan semua pihak yang terlibat. (Financing Based on
Musyarakah Mutanaqisah | Maybank Islamic, n.d.)
Contoh
Musyarakah di Malaysia:
Musyarakah
Mutanaqisah
Musyarakah mutanaqisah ialah satu bentuk kerjasama di mana
satu pihak (contohnya bank) memberikan modal untuk membeli aset, dan pemilik
aset (pelanggan) akan membeli balik saham bank secara berperingkat. Contoh
biasa adalah dalam produk pembiayaan rumah di mana bank dan pelanggan memiliki
rumah tersebut secara bersama. Pelanggan membayar sewa kepada bank, dan dari
masa ke masa, pemilikan rumah itu berpindah sepenuhnya kepada pelanggan.
Pembiayaan KPR (Kredit Pemilikan Rumah)
Dalam skim ini, bank dan pelanggan menggabungkan modal
untuk membeli rumah daripada pemaju. Keuntungan yang diperoleh daripada sewa
yang dibayar oleh pelanggan setiap bulan menjadi sebahagian daripada keuntungan
bank. Ini adalah contoh sebenar bagaimana musyarakah diaplikasikan dalam
kewangan perumahan di Malaysia.
Kerjasama Perniagaan Kecil
Bank juga menggunakan musharakah dalam pembiayaan
perniagaan kecil, di mana bank memberikan modal kepada usahawan kecil untuk
memajukan perniagaan mereka. Keuntungan daripada perniagaan itu kemudiannya
dikongsi mengikut perjanjian awal. Ini membantu usahawan kecil mendapat akses
kepada modal tanpa perlu terjebak dalam sistem faedah.
Melalui contoh-contoh ini, musyarakah di Malaysia
menunjukkan bagaimana prinsip syariah boleh diaplikasikan dalam sektor kewangan
untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
Perbezaan musyarakah dengan mudharabah dalam Islam:
Struktur
Pemilikan Modal:
Mudharabah:
Hanya ada seorang pemilik modal (shahibul maal) dan seorang pengurus
(mudharib).
Musyarakah:
Terdapat beberapa pemilik modal yang menyumbang kepada perniagaan.
Perkongsian
Risiko:
Mudharabah:
Pemilik modal menanggung seluruh risiko kerugian.
Musyarakah:
Semua pihak berkongsi risiko mengikut nisbah modal yang disumbangkan.
Pengurusan
perniagaan:
Mudharabah:
Pengurusan perniagaan sepenuhnya dijalankan oleh mudarib, manakala pemilik
modal tidak terlibat dalam operasi harian.
Musyarakah:
Semua pihak boleh terlibat dalam menguruskan perniagaan, bergantung kepada
perjanjian yang dibuat.
Matlamat
dan Fokus:
Mudarabah:
Lebih menumpukan kepada pelaburan dan pengurusan modal oleh satu pihak.
Musyarakah:
Menekankan kerjasama dan kerjasama antara beberapa pihak dalam menjalankan
perniagaan.
Mudharabah
Takrifan:
M
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://laman-munawwarah.blogspot.com/2025/01/huraian-jenis-jenis-muamalat.html