Hukumnya Harus Menceraikan Isteri Ketika Hamil


Majoriti ulama 'mengharuskan' talak isteri sewaktu sedang hamil, kerana talak boleh saja jatuh pada bila-bila masa dan sah talaknya. Tiada tempat tidak jatuh talak kecuali ketika gila namun, apa sekalipun sebab seseorang suami hendak menceraikan isteri tetap ada waktu haramnya iaitu ketika haid.


Tsabit satu hadis yang maksudnya, "Dari Ibnu Umar r.a. bahawa dia pernah menceraikan isterinya dalam keadaan haid. Kemudian Umar bin Khatthab r.a. menceritakan kejadian tersebut kepada Nabi. Lantas beliau pun berkata kepada Umar bin Khatthab r.a., ‘Perintahkanlah kepada dia (Ibnu Umar) supaya kembali kepada isterinya, kemudian talaklah dia dalam keadaan dia suci atau hamil." Sahih Muslim (1471)

Hadis ini menjelaskan dua hukum, iaitu haramnya talak sewaktu isteri sedang haid dan harusnya talak sewaktu isteri sedang hamil.

Imam al-Nawawi sewaktu mensyarahkan hadis ini berkata, hadis ini menjadi dalil keharusan talak sewaktu isteri sedang hamil yang jelas kehamilannya dan ia merupakan pandangan mazhab Syafi’e.

Ibnul Mundzir berkata, pandangan ini juga dipegang oleh majoriti ulama, antaranya Thawus, Al-Hasan, Ibnu Sirin, Rabiah, Hammad bin Abi Sulaiman, Malik, Ahmad, Ishaq, Abu Tsur, dan Abu Ubaid.

Namun, Ibnul Munzir turut menambah bahawa terdapat sebahagian ulama mazhab Maliki yang mengharamkannya, manakala Al-Hasan al-Basri memakruhkannya. (Rujuk Syarh Sahih Muslim, 10/65) Salah satu qaul Imam Malik juga (Rujuk Al-Mudawwanah 2/4).

Talak sewaktu isteri sedang hamil terletak di bawah kategori talak yang bukan sunniy dan bukan bid’iyy, maka hukumnya adalah harus.

Hal ini kerana ‘iddahnya tertakluk kepada kelahiran kandungan, bukan kepada haid. (Rujuk Al-‘Inayah Syarh al-Hidayah 3/478, Syarh al-Zarqani ‘ala Mukhtasar al-Khalil 4/144, Hasyiyata Qalyubi wa ‘Umairah 3/349, Bahr al-Mazhab 10/18, Manar al-Sabil fi Syarh al-Dalil 2/237 dan Al-Taqrirat al-Sadidah fil Masai’l al-Mufidah, hal. 92)

Namun, demikian jika tidak terzahir pada wanita tersebut tanda-tanda kehamilan, maka ia menjadi talaq bid’iy. (Rujuk Hasyiyah Bujairimi ‘ala al-Khathib 3/505).

Namun, pendapat yang dianggap kuat adalah pendapat majoriti ulama yang mengharuskan penalakan wanita yang sedang hamil.

Dan iddah bagi wanita hamil yang ditalak adalah sehingga dia melahirkan kandungannya sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya, "Wanita-wanita yang hamil, waktu iddah mereka adalah sehingga mereka melahirkan kandungan mereka." Surah al-Thalaq (4)

Manakala dari sudut perundangan, sekiranya isteri diceraikan ketika dia sedang hamil maka dia juga layak mendapat kemudahan-kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talak rajie, iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal dan apa-apa perbelanjaan lain yang patut.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kami berpegang kepada pendapat majoriti ulama, bahawa hukum menceraikan isteri sewaktu dalam keadaan hamil ialah harus, tidak haram dan tidak juga makruh.

Tapi suka juga kami ingatkan, seseorang isteri yang mengandung akan menghadapi keletihan dan tekanan perasaan memikirkan tentang kesempurnaan bayi kandungannya.

Apabila berlaku perceraian, ia akan menambahkan lagi penderitaan dan kesusahan yang terpaksa ditanggung, sekali gus menjejaskan kesempurnaan bayi dan menganggu kesihatan si ibu.

Seorang suami yang baik pastinya akan mengambil kira segala aspek dan melakukan semua ikhtiyar sebelum melafazkan cerai terhadap isteri.

Begitu juga kami tegaskan, sebarang urusan berkaitan perceraian hendaklah dirujuk kepada mahkamah Syariah sebagai pemegang kata putus dan selaku pihak yang berautoriti dalam urusan undang-undang keluarga Islam.

Wallahu a’lam.

BACA INI JUGA:
Bolehkah Isteri Minta Cerai Jika Tidak Puas Seks?Sihir Pemisah Dan Pembenci Suami Isteri
sumber: muftiwp



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/hukum-cerai-isteri-ketika-hamil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Curang Ketika Saya Hamil 6 Bulan Isteri Dakwa Ammar Alfian Curang

Suami Curang Ketika Saya Hamil 6 Bulan Isteri Dakwa Ammar Alfian Curang

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 625 hits
Nelissa Nezam isteri kepada pelakon Ammar Alfian meluahkan dirinya menerima dugaan yang tidak disangka sangka dalam bulan ramadan ini Menurut Nelissa rumah tangganya yang berusia tiga tahun mengalami masalah apabila Ammar mengkhianati keper...
Hiburan Saya Memang Hamil Kembar Tapi Salah Satunya Mungkin Keguguran Isteri Aliff Syukri

Hiburan Saya Memang Hamil Kembar Tapi Salah Satunya Mungkin Keguguran Isteri Aliff Syukri

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 682 hits
Selasa lalu jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi rasa bimbangnya apabial isteri tercinta Datin Seri Nur Shahida dimasukkan ke wad selepas mengalami pendarahan serius disebabkan oleh tekanan dan berisiko kepada kandungannya Ram...
Suami Nak Isteri Hamil Cepat Isteri Carikan Isteri Untuk Suami Kisah Benar

Suami Nak Isteri Hamil Cepat Isteri Carikan Isteri Untuk Suami Kisah Benar

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 581 hits
Saya perasan banyak betul trafik masuk untuk baca artikel yang Dhia tulis kat blog Magicalips tu Dalam tu si Dhia tulis panjang lebar la petua nak cepat hamil untuk pasangan yang dah lama menanti cahaya mata Ok jangan keliru Saya Adzril dar...
Sejumlah Hal Yang Harus Kamu Ketahui Mengenai Tidur Ketika Berpuasa Ramadan

Sejumlah Hal Yang Harus Kamu Ketahui Mengenai Tidur Ketika Berpuasa Ramadan

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 395 hits
Praktisi kesehatan tidur dokter Andreas Prasadja mengatakan ketika seseorang kurang tidur metabolisme tubuh terganggu
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation