Hukuman Yang Benar Benar Menginsafkan Vip Langgar Sop


 

Teka-teki ialah penyataan atau soalan yang mempunyai pembayang tertentu bagi tujuan menduga akal seseorang. Kebiasaannya, teka-teki mempunyai jawapan yang menarik, unik, atau kelakar.
Namun apa yang saya bentangkan di sini bukan teka-teki. Ini “teka-teka”. Saya beri pembayang dan anda teka apa jawapannya. Lebih tepat, teka siapa yang dimaksudkan.
Perlu diingat tidak ada hadiah untuk anda yang teka dengan betul. Lagi pun hadiah bukan segala-galanya. Bak kata pengasas Sukan Olimpik moden, Pierre de Coubertin: “Yang paling penting dalam Sukan Olimpik ialah bukan untuk menang tetapi mengambil bahagian”.
Sebenarnya, beliau juga berkata: “Yang paling penting dalam kehidupan ialah bukan menakluki tetapi berlawan dengan hebat”.
Ayuh kita mulakan permainan teka-teka. Jawapan anda tidak perlu dihantar kepada sesiapa. Simpan untuk membuktikan anda tahu apa yang sedang berlaku. Jom mula cuba teka siapa.
Seorang anggota pentadbiran Muhyiddin Yassin yang pada waktu pandemik berjaya keluar negara untuk bersama keluarganya. Duduk di negara itu untuk sekian lama dan habiskan cuti panjang yang diizinkan bosnya. Siapa?Seorang menteri yang keluar negara dikatakan atas urusan rasmi tetapi bila pulang ke tanah air melanggar SOP, khususnya peraturan wajib kuarantin yang ditetapkan kerajaan. Beliau kemudiannya dikompaun. Siapa?Seorang menteri yang dihormati ramai menghadiri majlis di kediaman artis terkenal. Beliau kemudian dikompaun. Denda RM2,000. Siapa?Seorang menteri yang melawat kawasan Parlimennya tetapi singgah ke sebuah kafe dan menikmati juadah yang dihidangkan bersama beberapa rakan, sekali gus melanggar peraturan waktu pandemik. Beliau mengaku langgar SOP. Siapa?Beliau bukan menteri tetapi memegang jawatan tinggi dan penting dalam institusi melambangkan demokrasi negara. Beliau menyertai satu pesta buah-buahan bersama sekumpulan besar rakan dan penyokong. Siapa agaknya?Beliau ini menteri. Sudah dua kali langgar SOP. Tidak patuh peraturan penjarakan sosial termasuk juga mengunjungi seorang pembesar di kediaman beliau walaupun kerajaan menetapkan semua pihak tidak boleh melakukan lawatan serta kunjungan pada waktu pandemik. Beliau dikompaun dan sudah membayar denda untuk kesalahan terbaharunya. Siapa?Amacam? Boleh jawab? Senang? Semua mereka yang disebut tadi mengaku bersalah dan memohon maaf kepada rakyat kerana mengingkari SOP yang ditetapkan mereka sendiri. Saya kata SOP yang mereka tetapkan sendiri kerana mereka berada dalam kerajaan atau bersamanya. Tentunya mereka maklum keputusan yang diambil, tetapi mereka sendiri melanggarnya.
Memang mereka dikompaun. Ada yang didenda RM1,500. Ada RM2,000. Mereka bayar dengan pantas. Tak ada masalah. Namun ada dalam kalangan rakyat yang tidak puas hati. Mengapa?
Kerana ada antara golongan VIP berkenaan langgar SOP meskipun tahu mereka langgar peraturan. Mereka tahu mereka melakukan kesalahan. Maksudnya ini bukan kes tidak tahu, tidak sengaja, atau terlepas pandang. Ada dalam kalangan mereka mohon maaf tetapi buat lagi.
Ketidakkepuasaan hati warganet boleh dilihat di media sosial. Bukan sahaja mereka tidak puas hati dengan jumlah denda, yang tidak menimbulkan masalah bagi seorang VIP.
VIP yang memohon maaf tetapi ulang langgar SOP bermakna hukuman yang dijatuhi tidak cukup untuk mengajar mereka. Tidak cukup untuk buat mereka insaf.
Lantas ada pelbagai cadangan rakyat utarakan. Ada cadang hukuman lebih berat seperti penjara. Denda lebih tinggi tidak diutarakan kerana sudah ada peruntukan sedemikian.
Seorang rakan lama menerusi Facebook mengutarakan: “Daripada denda RM2,000 ke atas VVIP elok mahkamah denda dengan cara mewajibkan mereka derma minimum 2,000 komputer riba atau tablet kepada anak-anak di luar bandar dan miskin di bandar yang memerlukan.”
Bagi saya itu satu cadangan yang baik.
Elok juga selain komputer riba dan tablet diwajibkan mereka menyumbangkan barangan keperluan kepada golongan susah untuk satu jangka waktu yang dianggap munasabah.
Ingin saya mencelah. Bagus juga jika golongan berada ini diperintah melakukan khidmat masyarakat untuk sesuatu tempoh. Arah mereka bekerja di tempat awam untuk bersihkan kawasan persekitaran, misalnya.
Atau suruh mereka jaga anak-anak yatim di pusat penjagaan atau warga emas di rumah orang tua. Satu lagi bentuk hukuman – suruh mereka sediakan makanan dan lain-lain barangan keperluan serta memberi pelbagai khidmat bakti untuk gelandangan. Banyak lagi yang boleh difikirkan.
Ini semua bukan bertujuan membalas dendam. Sekadar mereka serik agar tidak mengulangi kesalahan. Ini juga untuk memberi pengajaran betapanya susahnya orang susah. Agar mereka tahu erti kesusahan sebenar. Bila sudah menghayati kesusahan dengan cara paling dekat, diharapkan kelak khidmat bakti sebagai ahli politik itu akan benar-benar bererti.
Itu semua harapan kita rakyat marhean. Adakah akan jadi realiti? Waullahulaam.
Apa pun kepada anda yang mengambil bahagian dalam permainan teka-teka tadi, saya sampaikan ucapan terima kasih. Kepada anda yang dapat jawab dengan betul, tahniah. Syabas diucapkan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/hukuman-yang-benar-benar-menginsafkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Ceroi Punyalah Kata Rakyat Fitnah Akhirnya Polis Bongkar Mb Kedah Langgar Sop

Mb Ceroi Punyalah Kata Rakyat Fitnah Akhirnya Polis Bongkar Mb Kedah Langgar Sop

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 217 hits
July 17 2021 Polis Dapat Arahan Kompaun MB Kedah Uji Pandu yang viral haritu Tempohari Ustaz Afnan Hamimi Setpol MB Kedah merangkap Naib Ketua Pemuda Pas Malaysia macam buat posting menafikan di wall Fb dia ni Bila PDRM dapat arahan kompaun...
Menteri Langgar Sop Merosakkan Kredibiliti Pkp Khairy

Menteri Langgar Sop Merosakkan Kredibiliti Pkp Khairy

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 238 hits
Menteri langgar SOP merosakkan kredibiliti PKP Khairy Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin mengakui menteri yang melanggar SOP merosakkan kredibiliti perintah kawalan pergerakan penuh di Malaysia Dalam ...
Langgar Sop Punca Kedah Capai 800 Kes

Langgar Sop Punca Kedah Capai 800 Kes

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 197 hits
Langgar SOP punca Kedah capai 800 kes kata Sanusi Kedah hari ini merekodkan rekod tertinggi jangkitan harian Covid 19 dengan 800 dengan lebih daripada separuh bilangan itu akibat kontak rapat Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata wal...
Juru Langgar Sop Solat Aidilada Di Surau Taman Pelangi Mainpp Minta Penjelasan Pengerusi Kariah

Juru Langgar Sop Solat Aidilada Di Surau Taman Pelangi Mainpp Minta Penjelasan Pengerusi Kariah

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 434 hits
Pengerusi kariah Taman Pelangi dan Pegawai Tadbir Agama Daerah Seberang Perai Tengah diminta menyediakan laporan menjelaskan kejadian melibatkan lebih 200 individu melanggar prosedur operasi standard solat sunat Aidiladha di surau Taman Pel...
Rakyat Degil Kerana Menteri Langgar Sop Menteri Boleh Bebas Kami Tidak Boleh

Rakyat Degil Kerana Menteri Langgar Sop Menteri Boleh Bebas Kami Tidak Boleh

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 214 hits
Antara Menteri yang didakwa melanggar SOP termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad dan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Mala...
Awani Borneo 12 07 2021 Padah Langgar Sop Bendera Merah Ikhtiar Terakhir

Awani Borneo 12 07 2021 Padah Langgar Sop Bendera Merah Ikhtiar Terakhir

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 301 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Syaff Shukri membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo 12 Julai 2021 Sarawak beralih ke Fasa 2 PPN Rabu ini Penganjur kejut sahur didenda RM20 ribu Penduduk Tawau moh
Pekerja Kilang Jangan Takut Lapor Majikan Langgar Sop Kata Mtuc

Pekerja Kilang Jangan Takut Lapor Majikan Langgar Sop Kata Mtuc

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 318 hits
Timbalan Presiden MTUC Mohd Effendy Abdul Ghani berkata langkah itu bagi memastikan semua pihak sama sama bertanggungjawab membendung penularan Covid 19 yang semakin kritikal khususnya di Lembah Klang PETALING JAYA Kongres Kesatuan Sekerja ...
Tular Foto Santai Minum Sambil Sembang Lagi Ahli Parlimen Didakwa Langgar Sop

Tular Foto Santai Minum Sambil Sembang Lagi Ahli Parlimen Didakwa Langgar Sop

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 241 hits
Seorang Ahli Parlimen di Kedah yang bergelar Datuk disiasat polis apabila didakwa melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Menurut laporan Harian Metro Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya memb
Langgar Sop Polis Siasat Ahli Parlimen Minum Petang Ramai Ramai Di Kedah

Langgar Sop Polis Siasat Ahli Parlimen Minum Petang Ramai Ramai Di Kedah

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 330 hits
Langgar SOP Polis Siasat Ahli Parlimen Minum Petang Ramai Ramai Di Kedah Alor Setar Polis membuka kertas siasatan berhubung gambar seorang Ahli Parlimen bergelar Datuk di negeri ini yang didakwa melanggar prosedur operasi standard Perintah ...
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Abdullah Bin Amr Bin Haram Bicara Dengan Allah Tanpa Hijab

Siap Tadbir Pahang Negeri Ke 5 Pn Ok Nyonya Jom Sama

Dessy Dian Umbang Diberi Isi Diambi Chord

Maybe Rafizi Is Busy Playing With The Coins In His Pocket

Hobby Of Coins Collection Among The Younger Generations Nowadays

Curang Itu Pilihan Tapiiii