Hukuman Terhadap Lee Zii Jia Bam Dikritik Barisan Jaguh Badminton Dunia



Rakan-rakan antarabangsa pemain badminton Lee Zii Jia tidak berpuas hati dengan cara dia dilayan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Bekas juara Piala Thomas Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark dan kini pemain perseorangan ranking 22 dunia menyifatkan keputusan BAM menggantung Lee dan pemain perseorangan wanita Goh Jin Wei daripada perlawanan antarabangsa sebagai “malapetaka”.
Vittinghus berkata Lee dan Goh tidak melakukan kesalahan tetapi mereka terpaksa mengorbankan dua tahun kerjaya mereka pada kemuncak keemasan mereka.
“Mereka mahu mengikut haluan mereka sendiri. Pilih jurulatih mereka sendiri, persediaan latihan mereka sendiri, jadual kejohanan mereka sendiri, buat tawaran penajaan mereka sendiri dan sebagainya.
“Pada asasnya mereka mahu mencari rezeki dengan bermain badminton secara profesional. Sejujurnya, bagaimana itu menjadi jenayah?
“Mereka tidak melakukan apa-apa pun untuk memburukkan sukan mahupun negara mereka,” tulis Vittinghus pada hantaran di laman Facebooknya.
Catatan Facebook Vittinghus telah menerima 1,700 komen dan 7,400 perkongsian sejak disiarkan 12 jam lalu.
Viktor Axelsen (gambar, bawah), seorang lagi pemain Denmark dan pemain perseorangan nombor satu dunia sekarang, menyifatkan nasib yang perlu dilalui oleh Lee dan Goh sebagai “gila”.
“Bayangkan diri anda berada dalam kedudukan di mana anda tidak berasa gembira di tempat kerja anda sekarang dan anda mahu sesuatu berubah.
“Anda pergi meluahkan fikiran anda kepada bos anda dan memberitahu dia yang anda mahu berhenti dan mencari kerja di tempat lain.
“Bagaimanapun bos anda tidak berpuas hati dengan keputusan anda dan memandangkan mereka berkuasa melarang anda memohon pekerjaan dalam bidang anda, mereka mungkin meneruskan dan berbuat demikian. Anda hanya perlu tunggu dan lihat.
“Dengarkan betapa gilanya hal ini. Ini tahun 2022. Adakah ini yang kita mahukan untuk sukan kita,” soal Axelsen di Twitter.
Hantaran Axelsen malam tadi telah menerima 2,530 ciapan semula dan 5,280 tanda suka pada masa penulisan.
BAM memutuskan untuk tidak menurunkan Lee dan Goh (gambar, bawah) dalam mana-mana kejohanan antarabangsa selepas kedua-duanya memutuskan untuk meninggalkan persatuan itu dan menjadi pemain profesional.
Kejohanan utama semuanya dianjurkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) – badan induk antarabangsa sukan yang diiktiraf oleh Majlis Olimpik Antarabangsa.
Lee, 23, kelahiran Kedah, dianggap sebagai pemain badminton terbaik Malaysia ketika ini.
Vittinghus membayangkan Lee dan Goh kini mempunyai tiga pilihan: Berhenti main badminton, bermain untuk negara lain atau membawa perkara itu ke mahkamah.
“Apapun pilihannya, pemain berkenaan dalam keadaan tidak bagus,” tulis Vittinghus.
Jelasnya, walaupun pemain berpindah ke negara lain, ia memakan masa sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum pemain itu boleh bermain di peringkat antarabangsa semula.
“Untuk berpindah dari negara asal anda hanya untuk mengejar impian anda itupun sudah gila kerana badan negara anda menggunakan kuasa sepenuhnya dan tidak ada keadilan buat diri mereka.
“Saya sedar persatuan Malaysia telah memupuk pemain-pemain ini sejak mereka muda. Membayar mereka, melatih mereka dan menampung perbelanjaan mereka. Tetapi bukankah membantu pemain muda dan mengembangkan sukan itu adalah tugas sebuah badan negara?
“Mengapa membantu pemain datang dengan sekatan badan kebangsaan memutuskan sama ada anda boleh bertanding dalam sukan itu atau tidak? Itu gila.
“Semua orang kalah dengan peraturan ini. Keputusan seperti hari ini adalah malapetaka langsung untuk badminton,” katanya.
Kehilangan Lee dalam kejohanan badminton antarabangsa, kata Vittinhus, adalah satu tamparan hebat di peringkat global dan di Malaysia.
Dia menyifatkan Lee sebagai salah seorang “atlet yang paling boleh dipasarkan” dalam sukan itu.
“Dia berkelakuan baik, dia bersaing untuk gelaran terbesar di dunia dan dia dari salah satu pasaran terpenting untuk sukan kami,” kata Vittinghus.
Vittinghus juga mengkritik BWF kerana mengenakan peraturan yang hanya membenarkan badan negara menentukan siapa yang akan mewakili negara mereka.
“Mengapa persekutuan memutuskan siapa yang boleh menyertai kejohanan ‘terbuka’? Kemudian ia bukan kejohanan terbuka sebenarnya, bukan begitu?
“Saya benar-benar berharap BWF segera menyedari ini tidak boleh dilaksanakan untuk masa depan.
“Persekutuan badminton negara tidak boleh memegang kuasa seperti ini. Saya tahu banyak persekutuan tidak akan menggunakan kuasa ini untuk menyekat pemain mereka sendiri daripada bertanding. Tetapi ia tidak sepatutnya menjadi satu kemungkinan langsung,” katanya.
Penyelesaiannya, kata Vittinghus, mungkin adalah untuk mengembangkan bidang badminton yang berdaya saing.
“Mungkin juga dengan mencipta kejohanan profesional baru,” tulisnya.
Hukuman terhadap Lee Zii Jia, BAM dikritik barisan jaguh Badminton dunia
Baca Artikel Menarik:
Lori kontena rempuh puluhan kenderaan, 5 maut (Video) Tampal jalan berlubang dengan baju bundle, mana YB? -netizen Pemilihan DAP, Anthony bakal ganti Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP Tuan Ibrahim bidas Mat Sabu minta bom pam air di Sungai Muda Dijel kerana cuba curi tumbuhan lebih setengah juta ringgit Malaysia mungkin tenggelam? Bolehkah Muhyiddin bertahan dalam PRN Johor? Bengang dikeluarkan, Ronaldo lempar jaket Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video) Suami Ajak Rakan ‘Ratah’ & Bogelkan Isteri Tengah Baring Atas Katil Sempat selfie semasa kereta karam dalam sungai Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

The post Hukuman terhadap Lee Zii Jia, BAM dikritik barisan jaguh Badminton dunia appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/22/hukuman-terhadap-lee-zii-jia-bam-dikritik-barisan-jaguh-badminton-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Hukuman Buat Lee Zii Jia Bam Larang Sertai Pertandingan Antarabangsa 2 Tahun

Hiburan Hukuman Buat Lee Zii Jia Bam Larang Sertai Pertandingan Antarabangsa 2 Tahun

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 203 hits
Sebagai hukuman mengambil tindakan keluar dari Persatuan Badminton Malaysia pemain badminton perseorangan utama negara iaitu Lee Zii Jia dilarang untuk menyertai pertandingan antarabangsa selama dua tahun Timbalan Presiden BAM Jahaberdeen M...
Jangan Lupa Daratan Ingat Sikit Siapa Tolong Rashid Sidek Kecewa Lee Zii Jia Keluar Bam

Jangan Lupa Daratan Ingat Sikit Siapa Tolong Rashid Sidek Kecewa Lee Zii Jia Keluar Bam

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 214 hits
Baru baru ini kita dikejutkan dengan keputusan pemain perseorangan badminton negara Lee Zii Jia yang memutuskan untuk keluar dari Persatuan Badminton Malaysia Peminat Zii Jia juga dilihat menyokong tindakan Zii Jia dan ada pula yang mendakw...
Ini Sebab Mengapa Lee Zii Jia Akhirnya Keluar Bam

Ini Sebab Mengapa Lee Zii Jia Akhirnya Keluar Bam

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 244 hits
Seluruh peminat sukan badminton tanah air dikejutkan dengan berita pengunduran Zii Jia daripada Persatuan Badminton Malaysia Semua ini terjawab apabila disahkan sendiri oleh badan induk itu yang menerima surat peletakan jawatan Zii Jia Kepu...
Hiburan Kalau Orang Lain Bam Tak Bunyi Pun Roslin Hashim Bersuara Isu Lee Zii Jia Kena Bayar Pampasan

Hiburan Kalau Orang Lain Bam Tak Bunyi Pun Roslin Hashim Bersuara Isu Lee Zii Jia Kena Bayar Pampasan

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 277 hits
Masih dapat dirasakan kehangatan isu pemain badminton negara perseorangan yang cukup disayangi ramai iaitu Lee Zii Jia keluar dari Persatuan Badminton Malaysia diperkatakan di media sosial Disebabkan itu BAM terpaksa mengenakan bayaran pamp...
Hiburan Bam Ada Hak Buat Seperti Itu Misbun Sidek Nasihat Lee Zii Jia Kembali Ke Pangkal Jalan

Hiburan Bam Ada Hak Buat Seperti Itu Misbun Sidek Nasihat Lee Zii Jia Kembali Ke Pangkal Jalan

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 245 hits
Bekas jurulatih Lee Zii Jia iaitu Datuk Misbun Sidek masih bingung dengan keputusan yang diambil oleh pemain badminton perseorangan itu namun berharap ada penutup baik buat isu ini agar tidak memberi kesan buruk kepada pemain badminton nega...
Top National Shuttler Lee Zii Jia Resigns From Bam

Top National Shuttler Lee Zii Jia Resigns From Bam

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 192 hits
National badminton player Lee Zii Jia has tendered his resignation from the Badminton Association of Malaysia on Jan 11 BAM president Norza Zakaria confirmed the resignation Instead BAM president Norza Zakaria said He couldn t take the pres...
Ahmad Faizal Stop Turning Bam Lee Zii Jia Issue Into Polemic

Ahmad Faizal Stop Turning Bam Lee Zii Jia Issue Into Polemic

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 272 hits
Youth and Sports Minister Ahmad Faizal Azumu hopes all parties will refrain from turning the issue between the Badminton Association of Malaysia and Lee Zii Jia into a polemic or making negative assumptions Ahmad Faizal who held a meeting w...
Lee Zii Jia Resignation Sports Minister Lacks Leadership Says Steven Sim

Lee Zii Jia Resignation Sports Minister Lacks Leadership Says Steven Sim

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 210 hits
Former deputy youth and sports minister Steven Sim Chee Keong today criticised the ministry s current leadership over the resignation of national badminton player Lee Zii Jia an incident which he said showed that the country s sports crisis...
Bam Ban On Zii Jia And Jin Wei No One Is A Winner

Bam Ban On Zii Jia And Jin Wei No One Is A Winner

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 165 hits
Lee Zii Jia hitting a return against Thailand s Kunlavut Vitidsarn during their men s singles semi final badminton match at the BWF World Tour Finals in Nusa Dua on the resort island of Bali on December 4 2021 AFP FILE PICLETTERS Dark cloud...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa