Hukuman Penjara Mandatori 20 Tahun Lebih Berkesan Cegah Kes Pemandu Mabuk Kata Aktivis


Faiz ZainudinKerajaan juga mencadangkan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk pemandu
mabuk yang disabitkan bersalah digantung lesen memandu sehingga 20 tahun. (Gambar
Bernama)PETALING JAYA: Seorang aktivis sosial memuji cadangan kerajaan mengenakan hukuman lebih berat yang disifatkannya memadai untuk menyedar dan menakutkan masyarakat supaya lebih peka terhadap bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol.
Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya, Lee Lam Thye berkata, jika hukuman penjara sehingga 20 tahun dijadikan mandatori, ia lebih berkesan berbanding denda maksimum RM150,000 untuk mencegah kes kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk yang semakin membimbangkan daripada berlarutan.
“Saya rasa paling penting dan akan membawa mesej serius kepada masyarakat ialah aspek tentang hukuman penjara.
“Bayangkan kalau undang-undang ini diluluskan bererti hukuman penjara dikenakan secara wajib. Jadi, bila kes dirujuk ke mahkamah, hakim tidak ada pilihan melainkan kenakan hukuman penjara, ia adalah satu faktor utama yang boleh mencegah kes pemandu mabuk pada masa akan datang.
“Kalau denda saja tidak memadai, tapi bila hukuman penjara diwajibkan itu yang sangat penting dan ramai akan takut kepada undang-undang ini apabila seseorang disabit bersalah,” katanya kepada FMT.
Rabu lalu, Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong dilaporkan berkata, cadangan hukuman berat itu dan penggantungan lesen memandu sehingga 20 tahun antara pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dijadualkan dibentang pada sidang Parlimen sedang berlangsung.
Katanya, kerajaan sedia menurunkan had kandungan alkohol dibenarkan ketika memandu mengikut ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) daripada 35mg dalam 100ml nafas kepada 22mg, 80mg dalam 100ml darah kepada 50mg atau 107mg dalam 100ml air kencing kepada 67mg.
Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan sedia ada hanya memperuntukkan denda minimum RM1,000 dan tidak melebihi RM6,000 atau penjara sehingga 12 bulan ke atas pemandu mabuk.
Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian pula, Seksyen 44 akta sama memperuntukkan denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan jika sabit kesalahan.
Tanggungjawab pengusaha premis
Selain hukuman berat, Lee berkata, pengusaha premis yang menjual alkohol perlu mengambil tanggungjawab bersama memberi kesedaran kepada pelanggan mengenai bahaya memandu dalam keadaan mabuk.
Beliau bersetuju dengan cadangan Wee untuk peniaga menasihati pelanggan mabuk tidak memandu, sebaliknya menggunakan perkhidmatan teksi atau e-hailing.
“Saya rasa pengusaha premis ada tanggungjawab membantu mendidik dan menasihati pelanggan.
“Kalau ada pelanggan minum dan mabuk, pengusaha boleh bantu mereka panggil teksi/e-hailing supaya mereka boleh dihantar pulang bagi mengelakkan mereka memandu dalam keadaan mabuk yang boleh membahayakan nyawa orang lain.”
Katanya, kempen kesedaran di media sosial juga perlu diperluaskan dan dibuat secara berterusan menggunakan kaedah lebih kreatif bagi meningkatkan kesedaran orang ramai seperti kefahaman mereka mengenai bahaya pandemik Covid-19.
“Kita minta Kementerian Komunikasi dan Multimedia, termasuk media memperbanyakkan program kesedaran mengenai bahaya memandu dalam keadaan mabuk.
“Saya harap kita boleh mencari jalan lebih inovatif mendidik orang ramai yang mereka ada tanggungjawab menjaga keselamatan dan kesihatan.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/hukuman-penjara-mandatori-20-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjara 20 Tahun Denda Rm150 000 Nanti Pemandu Mabuk

Penjara 20 Tahun Denda Rm150 000 Nanti Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 418 hits
Oleh Mohd Nasaruddin ParziMenteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini NSTP ASYRAF HAMZAHKUALA LUMPUR Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman berat penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150 ...
Pemandu Mabuk Bakal Dipenjara Maksimum 20 Tahun Denda Maksimum Rm150 000

Pemandu Mabuk Bakal Dipenjara Maksimum 20 Tahun Denda Maksimum Rm150 000

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 387 hits
Kalau korang ikut sesi Sidang Dewan Rakyat yang bersambung hari ini isu berkaitan pemandu mabuk antara topik utama yang dibahaskan dan nampaknya satu jalan penyelesaian telah diperolehi Ini berkaitan dengan Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1...
Um Tak Telus Dalam Kes Gangguan Seksual Kata Aktivis

Um Tak Telus Dalam Kes Gangguan Seksual Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 272 hits
Lilian Kok daripada Persatuan Tindakan Semua Wanita berkata hasil siasatan sepatutnya didedahkan kepada kedua dua pihak seperti di bawah Kod Amalan untuk Mencegah dan Mengendalikan Kes Gangguan Seksual UM PETALING JAYA Seorang aktivis hak w...
Pemandu Mabuk Hukuman Cadangan Kerajaan Masih Ringan

Pemandu Mabuk Hukuman Cadangan Kerajaan Masih Ringan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 270 hits
BANGI 24 Zulkaedah 1441H Khamis Cadangan kerajaan untuk meningkatkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda RM150 000 bagi membendung kes pemandu mabuk dilihat lebih baik berbanding undang undang sedia yang sudah tidak relevan...
Kementerian Sedia Tubuh Pasukan Khas Pantau Jualan Arak Pemandu Mabuk Kata Timbalan Menteri

Kementerian Sedia Tubuh Pasukan Khas Pantau Jualan Arak Pemandu Mabuk Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 316 hits
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ismail Muttalib berkata kementerian akan mengenal pasti premis khas penjualan arak di kedai runcit dalam usaha mengurangkan kes pemandu mabuk KUALA LUMPUR Kerajaan sedia pertimbangkan penubuh...
23 Pemandu Mabuk Dikesan Dalam Ops Mabuk Dan Ops Samseng Jalanan

23 Pemandu Mabuk Dikesan Dalam Ops Mabuk Dan Ops Samseng Jalanan

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 337 hits
AMPANG Kira kira 23 individu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol ditangkap dalam Op Mabuk dan Samseng Jalanan yang dilancarkan sejak 2 hari lepas di seluruh Selangor Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Sela...
Denda Rm100 000 Terhadap Pemandu Mabuk Dalam Draf Pindaan Ruu

Denda Rm100 000 Terhadap Pemandu Mabuk Dalam Draf Pindaan Ruu

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Denda maksimum RM100 000 terhadap pemandu mabuk terkandung dalam draf cadangan pindaan Rang Undang undang Pengangkutan Jalan 2020 yang akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat sekarang Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong menjelas...
Hak Keluarga Waris Mangsa Pemandu Mabuk Wajar Dilindungi

Hak Keluarga Waris Mangsa Pemandu Mabuk Wajar Dilindungi

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 389 hits
Kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk wajar diminimumkan dengan cara meminda Akta Pengangkutan 1987 Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh berkata tindakan kerajaan Perikatan Nasional meneruskan draf pindaan Kerajaan Pakatan Harapan ...
Pemandu Mabuk Tumpuan Hari Ke 3 Dewan Rakyat

Pemandu Mabuk Tumpuan Hari Ke 3 Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR Isu pemandu mabuk yang disabitkan kesalahan memandu bawah pengaruh alkohol dan dadah bakal menjadi tumpuan pada hari ke 3 persidangan Dewan Rakyat hari ini Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen isu berkenaa...
Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance

Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Resipi Lengkap Ayam Gulai Padang Memang Sedap Gerenti Jadi

Pergilah Di Tempat Kamu Lebih Dihargai

Agy S Fun Filled Aidilfitri Celebrations Are A Family Affair


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31