Hukuman Berat Menanti Pemandu Mabuk


Nora MahparMenteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata isu pemandu mabuk adalah
perkara yang dipandang serius oleh kerajaan khsususnya kementerian.PETALING JAYA: Hukuman lebih berat akan dikenakan terhadap pemandu disabitkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk apabila Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda bagi meningkatkan hukuman kepada pesalah yang mengingkari undang-undang jalan raya.
Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, isu pemandu mabuk adalah perkara dipandang serius kerajaan khususnya kementerian, jika tidak dibendung dengan serius boleh membawa kesan buruk kepada pengguna jalan raya yang tidak bersalah.
Katanya, menurut kaji selidik dijalankan Kementerian Pengangkutan dari 21 Mei hingga 4 Jun lalu, seramai 97% daripada 345,000 responden bersetuju hukuman sedia ada bagi pemandu yang disabitkan kesalahan mabuk tidak memadai.
“Seramai 94% atau 324,409 responden juga mahu hukuman penjara atau denda ditingkatkan bagi memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya mengenai kesan negatif membabitkan kes kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk.
“Sebagai strategi utama mencegah peningkatan kes ini, Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Akta 333 akan dipinda bagi meningkatkan hukuman berkaitan kepada pesalah yang mengingkari undang-undang jalan raya termasuk pemandu mabuk.
“Bacaan pertama Rang Undang-Undang (RUU) dilaksanakan pada sesi Parlimen 27 Julai 2020 manakala bacaan ke-2 dan ke-3 turut dijadual pada sesi Parlimen kali ini. Secara spesifik, pindaan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 adalah komitmen kerajaan untuk memastikan tindakan tegas terhadap pesalah yang memandu secara melulu termasuk merempit,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Wee Ka SiongBeliau menjawab soalan Hasan Bahrom (PH-Tampin) yang ingin tahu bilakah Kementerian Pengangkutan akan membentangkan RUU berkaitan kes pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian.
Selain itu, Hasan juga ingin tahu apakah kerajaan akan mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah berkenaan dan bagaimana kerajaan hendak memastikan pemandu tidak memandu dalam keadaan mabuk.
Ka Siong berkata, bidang kuasa kementerian adalah dari segi advokasi, mengenakan penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan kepada rakyat supaya mereka patuh kepada peraturan.
“Bagi sesiapa yang melanggar peraturan, hukuman berat akan menanti anda. Kali ini, kerajaan lakukan dengan serius dan kita harap ia dapat sokongan semua pihak.
“Kita hendak tekankan kepada semua, sentuh sedikit saja alkohol, tidak boleh memandu,” katanya.
Mengenai soalan tambahan Nizar Zakaria (BN-Parit) yang mahu tahu apakah tindakan kerajaan menggalakkan mereka yang mabuk supaya tidak memandu, Ka Siong berkata: “Pihak kementerian menggalakkan syarikat e-panggilan seperti Grab untuk memperhebat kempen mereka supaya pengunjung pusat hiburan gunakan perkhidmatan e-panggilan.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/hukuman-berat-menanti-pemandu-mabuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukuman Lebih Keras Terhadap Pemandu Mabuk Dibentang Untuk Bacaan Pertama

Hukuman Lebih Keras Terhadap Pemandu Mabuk Dibentang Untuk Bacaan Pertama

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Hukuman penjara bagi mereka yang memandu bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian dinaikkan kepada tempoh tidak kurang 10 tahun dan maksimum 15 tahun serta denda minimum RM50 000 sehingga RM100 000 Bagi s...
Hukuman Gantung Lesen Pemandu Mabuk Minimum 7 Tahun Wajar

Hukuman Gantung Lesen Pemandu Mabuk Minimum 7 Tahun Wajar

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 392 hits
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini Bacaan kali pertama Akta Pengangkutan Jalan 2020 itu dibuat Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang turut memaklumkan bacaa...
Pemandu Mabuk Penjara 5 Tahun Jika Menyebabkan Kecederaan Atau Kematian

Pemandu Mabuk Penjara 5 Tahun Jika Menyebabkan Kecederaan Atau Kematian

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 337 hits
Kerajaan kini sedang membentangkan Rang Undang undang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi menguatkuasakan hukuman yang lebih tinggi terhadap pemanduan cuai atau dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian RUU te...
Pendakwa Raya Mahu Hukuman Paling Berat Dijatuhkan Ke Atas Najib

Pendakwa Raya Mahu Hukuman Paling Berat Dijatuhkan Ke Atas Najib

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 401 hits
Kes penyelewengan wang SRC International Sdn Bhd mencalar imej negara dan rakyat Malaysia tidak sepatutnya menanggung kesan akibat perbuatan itu Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk V Sithambaram berkata ia adalah pertama kali Perdana Menteri...
Hukuman Berat Ibu Bapa Tinggal Anak Dalam Kenderaan Zailah

Hukuman Berat Ibu Bapa Tinggal Anak Dalam Kenderaan Zailah

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 280 hits
Timbalan Menteri Wanita dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff KUALA LUMPUR Kerajaan memandang serius terhadap isu ibu bapa yang cuai dengan meninggalkan anak atau bayi mereka di dalam kenderaan sehingga ...
Pelaku Conteng Mural Perlu Dikenakan Hukuman Berat

Pelaku Conteng Mural Perlu Dikenakan Hukuman Berat

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 341 hits
KUANTAN Hukuman berat perlu dikenakan terhadap pelaku yang menconteng mural potret barisan pemimpin negara di Taman Cahaya Alam Seksyen U12 Shah Alam Selangor Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihak berkuasa perlu...
Kementerian Sedia Tubuh Pasukan Khas Pantau Jualan Arak Pemandu Mabuk Kata Timbalan Menteri

Kementerian Sedia Tubuh Pasukan Khas Pantau Jualan Arak Pemandu Mabuk Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 347 hits
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ismail Muttalib berkata kementerian akan mengenal pasti premis khas penjualan arak di kedai runcit dalam usaha mengurangkan kes pemandu mabuk KUALA LUMPUR Kerajaan sedia pertimbangkan penubuh...
Hukuman Penjara Pemandu Di Bawah Pengaruh Alkohol Dadah Di Naikkan Sehingga 15 Tahun

Hukuman Penjara Pemandu Di Bawah Pengaruh Alkohol Dadah Di Naikkan Sehingga 15 Tahun

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Hukuman penjara bagi mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian dinaikkan kepada tempoh tidak kurang 10 tahun dan maksimum 15 tahun serta denda minimum RM50 000 sehingga RM100 000 Bag...
Tahniah Ameer Sofazr Isteri Umum Berita Gembira Isteri Kini Hamil Setelah 5 Tahun Menanti

Tahniah Ameer Sofazr Isteri Umum Berita Gembira Isteri Kini Hamil Setelah 5 Tahun Menanti

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 600 hits
Tiada yang lebih menggembirakan oleh setiap pasangan yang berkahwin apabila penantian untuk memiliki zuriat sendiri akhirnya dimakbulkan Penyanyi Ameer Sofazr berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bahawa isteri tercinta bakal melahir...
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Anakanda Sultan Perak Raja Azlan Muzaffar Shah Curi Tumpuan Dengan Wajah Tampan

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

Masak Nasi Lemak Simple

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Belanjawan 2026 Tarikh Pembentangan Jangkaan Intipati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Harry Nona

Ukraine Tekankan Gencatan Senjata Sebelum Rundingan Damai

Dibayar Berlari Untuk Orang Lain Khidmat Joki Strava Makin Popular Di Indonesia

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Sabah Umno At Weakest Point Faces Critical Juncture Says Analyst

Only Emergency Royal Brakes Can Slow Down Or Stop Akmal Express High Speed Runaway Train