Hukum Wanita Memakai Wangian Di Khalayak Ramai




SOALAN:
Apakah hukumnya bagi wanita memakai minyak wangi kemudian keluar ke rumah untuk bekerja, ke pasar dan sebagainya?

JAWAPAN:
Terdapat sebuah hadis yang boleh dijadikan perbincangan di dalam isu ini. Ia adalah sebuah hadis daripada Abu Musa al-Asy’ari R.A bahawa Nabi SAW telah bersabda:

‎أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ
“Mana-mana perempuan yang mengenakan wangian dan berjalan melewati satu kaum dan didapati bau darinya maka perempuan itu adalah penzina.” [Riwayat Abu Daud (4173) dan Al-Nasa’ie (5126). Hadis ini dinilai sebagai hasan]

Al-Imam al-Munawi Rahimahullah menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan hadis di atas adalah perempuan yang memakai minyak wangi yang terzahir dan kuat baunya kemudian keluar dari rumah lalu melewati satu kaum iaitu lelaki-lelaki ajanabi dan memang itu tujuannya, maka perempuan itu adalah penzina dari sudut mendapatkan dosanya. [Lihat Faydh al-Qadir. Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 3/147]

Seterusnya al-Imam al-Munawi Rahimahullah menyebutkan:

‎والمرأة إذا استعطرت فمرت بالمجلس فقد هيجت شهوة الرجال بعطرها وحملتهم على النظر إليها، فكل من ينظر ‏إليها فقد زنا بعينه، ويحصل لها إثمٌ لأنها حملته على النظر إليها وشوشت قلبه، فإذن هي سببُ زناه بالعين، فهي أيضاً زانية
“Dan perempuan jika mengenakan wangian lalu melewati satu majlis (yang padanya terdapat lelaki-lelaki) maka ia mampu menaikkan syahwat lelaki-lelaki dan mendorong untuk memandang kearahnya, maka setiap yang memandang kearahnya, maka matanya telah melakukan zina. Perempuan itu mendapat dosa kerana telah memancing pandangan kearahnya dan menjadikan hati lelaki tidak tenang. Makanya, ia adalah sebab berlakunya zina mata dan ia termasuk penzina.” [Lihat Faydh al-Qadir. Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 5/27]

Dalam sebuah hadis yang lain, daripada Abu Hurairah R.A yang mana pada satu ketika dia telah bertemu dengan seorang perempuan yang ingin pergi ke masjid dalam keadaan mengenakan wangi-wangian. Lalu Abu Hurairah R.A berkata: “Kamu ke masjid dalam keadaan berwangi-wangian? Sesungguhnya aku telah mendengar Nabi SAW telah bersabda:

‎أَيُّمَا امْرَأَةٍ تَطَيَّبَتْ، ثُمَّ خَرَجَتْ إِلَى الْمَسْجِدِ، لَمْ تُقْبَلْ لَهَا صَلَاةٌ حَتَّى تَغْتَسِلَ
“Mana-mana wanita yang mengenakan wangian kemudian keluar menuju ke masjid, tidak diterima solatnya sehinggalah dia mandi (bagi menghilangkan bau wangi tersebut).” [Riwayat Ibn Majah (4002). Syeikh Syu’aib mengatakan bahawa sanadnya lemah kerana terdapat padanya ‘Asim bin Ubaidullah]

Begitu juga apabila melihat athar para sahabat yang mana mereka amat menitikberatkan mengenai isu ini sepertimana yang diriwayatkan ketika zaman pemerintahan Umar al-Khattab R.A, telah keluar seorang wanita dalam keadaan mengenakan bau-bauan sehingga dicium baunya lalu Umar memukulnya dengan tongkat miliknya lalu berkata:

‎تَخْرُجْنَ مُتَطَيِّبَاتٍ، فَيَجِدُ الرِّجَالُ رِيحَكُنَّ، وَإِنَّمَا قُلُوبُ الرِّجَالِ عِنْدَ أُنُوفِهِمْ، اخْرُجْنَ تَفِلَاتٍ
“Kalian, para wanita keluar rumah dengan memakai wangi-wangian sehingga para lelaki mencium bau harum kalian?! Sesungguhnya hati lelaki itu ditentukan oleh bau yang dicium oleh hidungnya. Keluarlah kalian dari rumah dengan tidak memakai wangi-wangian.” [Riwayat Abdul Razak di dalam Musannafnya (8107)]

Adakah Tidak Boleh Langsung Wanita Memakai Wangi-Wangian?

Apabila melihat kepada hadis-hadis serta riwayat-riwayat yang disebutkan di atas, jelas menunjukkan akan keharaman wanita untuk mengenakan wangian apabila keluar di rumah. Adapun jenis wangian yang disebutkan di sini adalah dari jenis yang zahir, kuat baunya sehingga mengalihkan pandangan ajnabi tertempu kepadanya. Ini boleh menggerakkan syahwat lelaki-lelaki yang mana hati mereka telahpun sakit dan boleh membawa kepada berlakunya perkara yang lebih buruk.

Jika begini keadaannya, maka perbuatan tersebut adalah haram dan al-Imam Ibn Hajar al-Haithami Rahimahullah menyebutkan bahawa ia termasuk di dalam dosa besar meskipun si suami mengizinkan berpenampilan sedemikian. [Lihat al-Zawajir. Dar al-Fikr, 2/71]

Adapun mengenakan sedikit wangian-wangian bagi tujuan menghilangkan bau badan seperti memakai deodorant, bedak talkum, sabun dan sebagainya, ini tidaklah termasuk di dalam kategori yang disebutkan di dalam hadis Nabi SAW sebelum ini.

Ini kerana di dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda:

‎إِنَّ خَيْرَ طِيبِ الرَّجُلِ مَا ظَهَرَ رِيحُهُ وَخَفِيَ لَوْنُهُ وَخَيْرَ طِيبِ النِّسَاءِ مَا ظَهَرَ لَوْنُهُ وَخَفِيَ رِيحُهُ
“Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya.” [Riwayat Al-Tirmidzi (2788)]

Al-Hasan mengatakan kemungkinan yang dimaksudkan dengan wangian wanita itu adalah wangian ketika keluarnya mereka dari rumah iaitu wangian yang jelas warnanya seperti za’faran dan baunya tidak pula kuat dan jelas. Adapun apabila bersama suaminya (tidak di khalayak) maka berwangi-wangianlah dengan apa yang disukai olehnya.

Begitu juga yang disebutkan oleh al-Imam Badruddin al-‘Aini Rahimahullah:

‎وإنما كان خير طيب النساء هو اللون دون الريح لأن اللون يجعل الزينة لهن وأما الريح فإنه إذا فاح منهن يتأتى منه فساد، ويخاف عليهن من الفتنة
“Adapun sebaik-baik wangian bagi wanita adalah pada warnanya dan bukan pada baunya kerana pada warna itu dijadikan perhiasan bagi mereka manakala bau sesungguhnya jika tersebar baunya (kuat sehingga dapat dihidu baunya) akan datang padanya kerosakan dan takut keatasnya tertimpa fitnah.” [Lihat Nukhabu al-Afkar fi Tanqih Mabani al-Akhbar, 9/97]

Kesimpulan

Kami berpendapat bahawa wanita boleh mengenakan sedikit wangi-wangian yang tidak terzahir baunya. Ini juga bagi menjaga penampilan wanita tersebut apabila berada di khalayak. Begitu juga dibolehkan bagi pemakaian bedak, deodorant, sabun dan sebagainya.

Elakkan dari menggunakan wangian yang kuat baunya sehingga boleh menarik perhatian lelaki ajanabi yang boleh menyebabkan fitnah dan juga boleh mengheret kepada lembah maksiat yang lain. Ini seperti mana yang terdapat di dalam hadis-hadis yang menyamakan perempuan sebegini sebagai penzina.

Wallahu a’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/hukum-wanita-memakai-wangian-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani

Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 280 hits
Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai PetaniSeorang maut manakala seorang lagi cedera ringan setelah kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di kilometer 74 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan hari ini Ketua Polis...
Wanita Dakwa Terpaksa Usung Kakak Hidap Kanser Tahap 4 Ke Kaunter Untuk Keluarkan Wang Caruman

Wanita Dakwa Terpaksa Usung Kakak Hidap Kanser Tahap 4 Ke Kaunter Untuk Keluarkan Wang Caruman

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 501 hits
Seperti yang sedia maklum untuk menjalankan urusan di pejabat pejabat rasmi perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh sesuatu institusi badan berkanun Pun begitu masih ramai yang mengeluh mengenai perkhidmatan institusi yang menawa...
Wanita Yang Viral Karena Pukuli Suami Pengidap Stroke Merupakan Istri Kedua Yang Dinikahi Siri

Wanita Yang Viral Karena Pukuli Suami Pengidap Stroke Merupakan Istri Kedua Yang Dinikahi Siri

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 336 hits
MF wanita yang viral karena memukuli suaminya yang mengidap stroke merupakan istri kedua korban Adiknya korban itu bahwa korban ini baru nikah siri dengan si istrinya Dia dulu pernah punya istri istri pertama itu cerai kata Kanit Reskrim Po...
Ditinggal Ibu Bapa Kerana Cacat Wanita Ini Bangkit Dan Mampu Beli Rumah Cash

Ditinggal Ibu Bapa Kerana Cacat Wanita Ini Bangkit Dan Mampu Beli Rumah Cash

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 662 hits
Dilahirkan sebagai orang kelainan upaya cacat penglihatan Esah Hussin berjaya mengharungi pelbagai onak duri walaupun ditinggalkan ibu bapanya sejak dilahirkan Lebih membanggakan apabila wanita berusia 42 tahun itu mampu menyimpan selama 19...
Modus Main Ke Indekos Teman Wanita Ade Rekam 8 Mahasiswi Sedang Mandi

Modus Main Ke Indekos Teman Wanita Ade Rekam 8 Mahasiswi Sedang Mandi

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 214 hits
Dari HP pelaku kita cek ada 8 video mahasiswi berbeda sedang mandi ujar Aldy
Pakai Tudung Mesti Jahat Viral Video Wanita Maki Pemandu Bas Didakwa Brek Mengejut

Pakai Tudung Mesti Jahat Viral Video Wanita Maki Pemandu Bas Didakwa Brek Mengejut

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 641 hits
Satu ketegangan berlaku apabila seorang wanita bertindak memaki pemandu bas yang didakwa sengaja membrek bas yang dipandunya secara mengejut Berdasarkan yang tular di media sosial wanita itu mendakwa tindakan pemandu berkenaan membuatkan an...
Dimaki Penumpang Mufti Doa Rezeki Pemandu Wanita Bas Rapid Kl Bertambah

Dimaki Penumpang Mufti Doa Rezeki Pemandu Wanita Bas Rapid Kl Bertambah

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 507 hits
KUALA LUMPUR 24 Dis Mufti Wilayah Persekutuan menegur sikap seorang wanita yang memaki hamun pemandu bas wanita Rapid KL yang membrek kenderaan itu secara mengejut Datuk Seri Zulkifli Mohamad menegaskan penumpang itu bersikap kurang manis d...
Paksa Jadi Pengemis Wanita Pukul Amp Seret Suami Oku Bila Tak Dapat Duit

Paksa Jadi Pengemis Wanita Pukul Amp Seret Suami Oku Bila Tak Dapat Duit

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 485 hits
Gara gara suaminya tidak memperoleh wang hasil mengemis seorang wanita didakwa bertindak untuk menganiaya lelaki itu yang juga merupakan orang kurang upaya Kejadian berlaku di Palembang itu dirakam orang awam dan dimuat naik pemilik akaun F...
Video Detik Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Video Detik Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 350 hits
Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu VIDEO Detik Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan Wanit...
Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Resepi Kaswi Pandan

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Jjcm Kuching Day 2 Semenggoh Nature Reserve

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Five Benefits Of Orange Juice