Hukum Wanita Memakai Seluar Jeans



SOALAN:
Saya ada menonton video ceramah berkenaan haram dan muflis di akhirat bagi wanita memakai seluar jeans. Kenapa seluar jeans diharamkan atau semua jenis seluar yang lain diharamkan? Adakah seluar tidak menutup aurat? Terima kasih.

JAWAPAN:
Aurat merupakan sebahagian anggota badan yang diharamkan untuk dibuka atau dipamerkan, samada lelaki ataupun perempuan. Dalam erti kata yang lain, aurat adalah anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan kepada yang bukan mahram melihatnya. Kewajipan ini adalah sebagaimana firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ
“Wahai anak-anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan, dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah Al-A’raf: 26)

Menutup aurat adalah satu daripada fitrah bagi kejadian manusia. Disebabkan itu, Nabi yang pertama dahulu, Nabi Adam A.S dan Hawa apabila terdedah aurat baginda akibat termakan buah khuldi yang dilarang Allah SWT, lalu mereka menutupnya dengan daun-daun dari Syurga. Kisah ini dirakamkan Allah SWT di dalam al-Quran:

فَأَكَلَا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ ۚ وَعَصَىٰ آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَىٰ
“Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).” (Surah Taha: 121)

Pada hakikatnya, manusia akan mempunyai perasaan malu jika bahagian tertentu dipertontonkan kepada khalayak ramai. Sebab itu, menutup aurat amat berkait rapat dalam cerminan keperibadian seseorang. Bahkan ia berkait rapat kepada maruah diri. Ini kerana jika tercemar maruah diri maka hilang harga diri insan tersebut.

Merujuk kepada persoalan yang ditanyakan, adakah haram bagi seorang wanita memakai seluar jeans atau mana-mana jenis seluar yang lain?

Untuk menjawab persoalan ini, adalah lebih baik kita melihat asal-usul dan sejarah ringkas berkenaan isu ini. Melihat kepada ringkasan fakta sejarah terdahulu, seluar panjang merupakan pakaian yang dipakai oleh para pendekar wanita ketika bertempur pada zaman kekuasaan Greek. Sebuah artifak yang dijumpai dan dipercayai dibina pada tahun 470 sebelum masihi ditemui dengan telakarnya gambar pendekar wanita yang lengkap dengan busana perang dan berseluar panjang. Bahkan, terdapat 2 helai seluar yang dijumpai tertanam bersama di dalam perkuburan penungang kuda daripada kalangan lelaki dan wanita di Tarim Basin, China yang dipercayai ditanam semenjak tahun 1200 sehingga 900 sebelum masihi. [Lihat: https://bit.ly/2Nu8T4u]

Jika diperhatikan, seluar telah lama wujud menerusi fakta-fakta yang telah dinyatakan. Pada waktu yang sama di zaman Nabi SAW, seluar juga merupakan perkara yang dibincangkan sepertimana yang ternukil di dalam kitab-kitab fiqh. Seperti contoh sebagaimana sebuah hadith, Nabi SAW pernah terlibat dalam urusan jual beli seluar bersama seorang sahabat:

وَعَنْ مَالِكِ بْنِ عُمَيْرٍ قَالَ: بِعْتُ من رَسُولِ اللَّهِ رِجْلَ سَرَاوِيلَ قَبْلَ الْهِجْرَةِ فَوَزَنَ لِي فَأَرْجَحَ لِي
Hadith yang diriwayatkan oleh Malik bin Umair menyatakan bahawa: “Aku membeli daripada Rasulullah SAW seluar sebelum Hijrah, maka ditimbangkan dan diberikan kepadaku.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Begitu juga, hadith berkenaan sahabat ketika menunaikan haji/umrah:

مَنْ لَمْ يَجِدْ إِزَارًا فَلْيَلْبَسْ سَرَاوِيلَ
“Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” (Sahih Bukhari, no. 5804)

Bagi seluar jeans pula, sejarah utama penghasilan seluar panjang yang menggunakan jeans adalah khusus untuk digunakan kepada pekerja lombong emas dalam melakukan kerja-kerja berat. Ketika banyak lombong-lombong emas dibuka di California, Amerika Syarikat, fenomena tersebut telah menarik ramai pemuda untuk mencari emas. Namun begitu, mereka mempunyai masalah kerana seluar yang selalu digunakan sering kali terkoyak kerana kerja berat. Atas masalah itu, seluar jeans telah diciptakan oleh Levi Strauss dan Jacob Davis pada tahun 1873. Kain jeans adalah kain yang tebal dan amat sesuai untuk digunakan untuk membuat pakaian bagi kegunaan kerja-kerja berat dan lasak. Sehinggakan lama-kelamaan, seluar jeans telah menjadi tersohor dan diterima pakai oleh masyarakat sama ada lelaki mahupun wanita.
[Lihat: Elizabeth Austin, The Story of Jeans]

Adakah Seluar Jeans haram bagi wanita?

Seluar jeans tidak haram dan harus untuk dipakai. Tetapi ia boleh menjadi haram sekiranya ia tidak mengikut piawaan dan batasan yang telah ditentukan syara’ bagi lelaki dan wanita. Seperti contoh bagi lelaki dan wanita, haram memakai seluar jeans yang koyak di peha, betis atau di bahagian yang perlu bagi seorang Muslim itu untuk menutup bagi menjaga auratnya.

Begitu juga, agensi fatwa Mesir, Dar al-Ifta’ Misriyah al-Fatawa menyatakan bahawa hukum wanita memakai seluar:

جواز لُبْسه للمرأة، بشرط أن تتحقق فيه شروط الستر المطلوبة شرعًا
“Harus bagi wanita untuk memakai seluar, dengan syarat ia menutup aurat sepertimana yang dituntut oleh syara’.”

Kedua, tidaklah memakai seluar jeans tersebut seperti “berpakaian tetapi bertelanjang”. Sabda Nabi SAW, terdapat dua kategori penghuni neraka yang belum pernah Nabi SAW melihatnya. Di antaranya adalah:

وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ
“Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (mereka memakai pakaian tetapi tidak menutup keseluruhan aurat), yang menarik perhatian orang untuk melakukan maksiat di samping dia sendiri melakukan maksiat.”

Islam mengharamkan wanita memakai pakaian ketat yang boleh menampakkan bentuk badan atau pakaian yang nipis yang boleh menampakkan apa yang ada di sebalik pakaian itu, khususnya pada tempat-tempat sulit yang boleh menimbulkan fitnah diri kepada lelaki yang bukan mahram.

Ketiga, mengikut kaedah usul fiqh:

اذا زال المانع عاد الممنوع
“Apabila sesuatu larangan hilang perkara yang dilarang padanya, maka ia kembali harus.”

Harus memakai pakaian yang berasal daripada orang bukan Islam yang tidak lagi menjadi sesuatu yang khusus bagi mereka setelah berlalunya suatu jangka masa yang tertentu disebabkan halangan telah tiada. Walau bagaimanapun, amalan yang terangkum di bawah kaedah ini hanyalah amalan-amalan yang berbentuk adat sahaja, manakala amalan ibadah keagamaan sentiasa bersifat khusus kepada penganut agama tertentu dalam apa bentuk sekalipun adalah haram bagi umat Islam memakainya. Maka atas sebab tersebut, adalah diharuskan bagi seseorang untuk memakai seluar jeans kerana seluar jeans tidak lagi menjadi syiar atau tasyabuh kepada pakaian orang kafir. Jika dilihat pada hari ini, seluar jeans merupakan seluar yang dipakai oleh masyarakat di seluruh dunia termasuk negara-negara Islam sama ada lelaki atau wanita.

Kesimpulan

Kami berpendapat bahawa harus bagi seorang wanita memakai seluar jeans seperti mana yang telah dinyatakan. Namun begitu, pemakaian seluar tersebut haruslah terhindar daripada fitnah. Begitu juga tidak menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan seperti bahagian punggung yang mengundang perhatian hawa nafsu kepada mereka yang melihat.

Begitu juga, kami menasihatkan agar mengenakan baju atau jubah yang labuh dan longgar serta mampu menutupi sehingga ke paras lutut bagi menjaga kemaslahatan pada pemakai dan pada mereka yang melihatnya.

Walahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-wanita-memakai-seluar-jeans.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lukisan Tampal Seluar Jeans Lama Jadikan Artis Ini Terkenal Seluruh Dunia

Lukisan Tampal Seluar Jeans Lama Jadikan Artis Ini Terkenal Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 417 hits
Siapa sangka seluar jeans kegemaran anak anak muda seluruh dunia boleh bertukar menjadi lebih istimewa dan unik apabila bertukar tangan kepada seorang insan seni Itulah hakikat sebenar yang tidak terduga oleh orang ramai Seorang artis seni ...
Polis Wanita Bertubuh Sado

Polis Wanita Bertubuh Sado

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 411 hits
Ada juga polis wanita yang mempunyai aktiviti unik lain iaitu menjadi AHLI BINA BADAN Seperti yang dilakukan Kinga Szweda dari Tucholska Poland Ia dinobatkan menjadi runner up ahli bina badan terkuat di dunia dalam gelaran pertandingan body...
Kisah Unik Wanita Tak Dikenali Keluarga Usai Operasi Plastik

Kisah Unik Wanita Tak Dikenali Keluarga Usai Operasi Plastik

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 272 hits
Operasi plastik merupakan cara yang cukup populer saat ini Tak hanya kaum wanita saja operasi plastik bisa dilakukan juga oleh kaum pria Operasi plastik dianggap sebagai cara praktis untuk mendapatkan wajah cantik Seperti yang dilakukan ole...
Kesusahan Hidup Paksa Jadikan Beras Ganti Susu Anak Wanita Ini Nekad Ubah Hidup

Kesusahan Hidup Paksa Jadikan Beras Ganti Susu Anak Wanita Ini Nekad Ubah Hidup

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 575 hits
Semakin maju dunia hari ini semakin tinggi kos sara hidup yang perlu ditanggung setiap individu Setiap daripada kita perlu berkorban peluh dan keringat semata mata mahu mengisi perut atau menyusap sesudu nasi buat anak isteri di rumah Siapa...
Kisah Anak Tukang Jagung Bakar Sukses Jadi Pilot Wanita Pertama Di Tni Ad

Kisah Anak Tukang Jagung Bakar Sukses Jadi Pilot Wanita Pertama Di Tni Ad

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 565 hits
Menjadi pilot wanita pertama di TNI AD tentu sangat membanggakan bagi orang tua Letda CPN Puspita Ladiba Berikut kisah perjalanan Ladiba seorang anak tukang jagung bakar yang sukses di TNI AD
Wanita 21 Tahun Buang Bayinya Untuk Jadi Makanan Lele

Wanita 21 Tahun Buang Bayinya Untuk Jadi Makanan Lele

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 231 hits
Malu karena hamil di luar nikah hingga tega buang bayi ke kolam lele Warga Kabupaten Grobogan Jawa Tengah digegerkan dengan penemuan jasad bayi terapung di kolam lele Diduga bayi perempuan itu adalah hasil hubungan gelap yang tak diinginkan...
Anak Kecil Baru 8 Bulan Wanita Meninggal Dunia Selepas Koma Beberapa Bulan Kerana Diragut

Anak Kecil Baru 8 Bulan Wanita Meninggal Dunia Selepas Koma Beberapa Bulan Kerana Diragut

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 385 hits
Ohmedia cukup geram bila dengar kes ragut sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian individu yang tak bersalah Lagi lagi bila ia melibatkan seorang wanita tua atau muda yang bergelar ibu Baru baru ini tersebar di media sosial yang dikong...
Wanita Ini Hanya Keluar Pada Waktu Malam Bimbang Orang Sekeliling Takut Tengok Tangannya

Wanita Ini Hanya Keluar Pada Waktu Malam Bimbang Orang Sekeliling Takut Tengok Tangannya

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 365 hits
Baru baru ini page Kisah Rakyat Seluruh Malaysia KRSM berkongsi gambar seorang wanita di Facebook sehingga membuatkan netizen rasa sebak apabila tengok keadaan akak ni Kalau korang nak tahu akak ni sebenarnya hanya keluar pada waktu malam j...
Kisah Wanita Ditipu Suami 25 Tahun Dah Kawin Lain Tanpa Beritahu Dia Ustaz Kazim Elias

Kisah Wanita Ditipu Suami 25 Tahun Dah Kawin Lain Tanpa Beritahu Dia Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 306 hits
Kisah Wanita Ditipu Suami 25 Tahun Dah Kawin Lain Tanpa Beritahu Dia Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya