Hukum Tolak Menolak Menjadi Imam Solat


Antara syarat seseorang itu menjadi imam bagi solat jemaah adalah yang diketahui baik bacaannya berbanding orang-orang yang diimamkan. Ini kerana bacaan yang salah seperti bacaan Al-Fatihah akan memberi kesan kepada sah atau tidak solat seseorang.
Biasanya apabila bukan pada waktu solat fardu berjemaah di masjid yang telah mempunyai imam yang dilantik, akan ada orang-orang yang akan ‘ditolak’ menjadi imam bagi mengetuai solat.
Saya masih ingat, dahulu sewaktu di universiti, apabila kelas habis lewat dan solat berjemaah bersama imam masjid telah lama berlalu, maka akan ada rakan-rakan yang saling tolak-menolak untuk memilih imam.
Ia juga tidak mustahil berlaku ketika hendak menunaikan solat di tempat kerja atau ketika kita berhenti solat dalam musafir. Tolak menolak di sini bukanlah berkasar secara fizikal tetapi apabila disuruh akan ada yang saling menolak dan menyuruh yang lain.
Setakat usaha kami menyemak, tidak ada hadis yang menceritakan bahawa ada hukum tertentu bagi orang yang menolak menjadi imam sedangkan dia lebih arif, tetapi dalam hal ini, orang yang menolak telah menyelisihi sunnah yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW iaitu:
يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ
“Yang menjadi imam bagi sesuatu kumpulan ialah orang yang lebih pandai membaca al-Quran…” (Riwayat Muslim, no.613)
Bahkan dalam satu hadis lain daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
ثَلَاثَةٌ عَلَى كُثْبَانِ المِسْكِ ـ أُرَاهُ قَالَ ـ يَوْمَ القِيَامَةِ: عَبْدٌ أَدَّى حَقَّ اللَّهِ وَحَقَّ مَوَالِيهِ، وَرَجُلٌ أَمَّ قَوْمًا وَهُمْ بِهِ رَاضُونَ، وَرَجُلٌ يُنَادِي بِالصَّلَوَاتِ الخَمْسِ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ
Maksudnya: “Tiga golongan yang akan berada di atas bukit al-misk (kasturi) pada hari Kiamat: Hamba yang menunaikan hak Allah dan juga hak tuannya, seorang lelaki yang memimpin (mengimami) sesuatu kaum dan kaum tersebut redha kepadanya dan seorang lelaki yang selalu memanggil (melaungkan azan) untuk solat lima waktu pada setiap waktu iaitu siang dan malam”. (Riwayat al-Tirmizi, no.1986 dan 2566 – Imam al-Tirmizi menilai hadis ini sebagai hasan gharib)
Tuntasnya, dalam hal ibadah, seseorang itu hendaklah menyemak kemampuan diri untuk menjadi imam. Jika dia maklum bahawa dirinya lebih baik dalam bacaan Al-Quran berbanding orang lain, maka tidak salah dia menyahut suruhan menjadi imam, berbanding dia menyuruh orang lain yang mungkin lemah bacaannya.
Tidak perlu berasa rendah diri atau tidak yakin kerana orang yang mencadangkan juga sudah tentu mempercayai kemampuan dirinya. Di samping itu, tambahlah pengetahuan dan ilmu serta perbaikilah bacaan dan usaha menghafal surah-surah pendek yang boleh dibaca dalam solat.
 
Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan
The post Hukum Tolak-Menolak Menjadi Imam Solat appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/tolak-menolak-menjadi-imam-solat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Melakukan Pembedahan Usus Supaya Menjadi Kurus

Hukum Melakukan Pembedahan Usus Supaya Menjadi Kurus

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 415 hits
SOALAN Ohmedia dapat rasakan ada antara kenalan kita pernah melakukan pembedahan untuk membuang usus supaya badan menjadi kurus Jadi apakah hukumnya JAWAPAN Hukum membuang atau memotong mana mana bahagian tubuh samada bagian luar tubuh atau...
Salam Jumaat Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat

Salam Jumaat Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 1173 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers SALAM JUMAAT Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat Sudah agak lama Mrs A tak buat post Salam Jumaat Last bila diulang baca semula post tu terasa betapa kerdilnya diri ini sebagai...
Betul Ke 19 Orang Umno Yang Bersetuju Anwar Menjadi Pm Najib Belum Bersuara Dalam Isu Ini Kenapa

Betul Ke 19 Orang Umno Yang Bersetuju Anwar Menjadi Pm Najib Belum Bersuara Dalam Isu Ini Kenapa

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 524 hits
Mengikut Mahathir sokongan sebilangan Ahli Parlimen UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baharu adalah bersyarat iaitu memastikan Zahid dan Najib bebas daripada kesalahan Pengikut Najib dan Zahid ini mempunyai kese...
Russia Ingin Menjadi Yang Pertama Merakamkan Filem Di Angkasa

Russia Ingin Menjadi Yang Pertama Merakamkan Filem Di Angkasa

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 297 hits
Kita sedia melihat sejumlah filem sains fiksyen yang menggunakan latar angkasa lepas Namun ia sekadar menggunakan rakaman studio dan kesan khas untuk menjayakannya Bergerak kehadapan kini Russia dalam perlumbaan untuk menjadi negara pertama...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari

Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo